iDAN

14 Julai 2011

Biro Pengaduan Awam JPM Tanah Pusaka Md Sesh Hilang!. Episod 2


Rujukan No. Aduan: A91621
(E-mel@Aduan yang saya hantar buat Biro Pengaduan Awam JPM (BPA)

Bersama-sama ini saya sertakan beberapa e-mel dalam usaha saya mencari hak milik tanah milik arwah ayahda saya Md Sesh. Bayangkan tiga tahun lalu masih banyak dapat dikesan geran yang terdapat di Pej. Daerah dan Tanah Kampar (PDTK). Dari masa ke semasa PDTK sentiasa merubah nombor geran di Mukim Teja. Tanah pusaka kami makin lupus sebab tiada lagi Bil Cukai Tahunan kami terima.

Pernah berlaku pada tahun 2000 di mana saya telah pun membayar denda Cukai Tahunan tetapi tidak menukar alamat (masih alamat di Kampung Changkat Tualang) berharap waris di kampung saya akan menerima bil tersebut. Tetapi ianya tidak dipos oleh PDTK.

Melalui panggilan telefon saya bertanya masalah ini & memberi nombor geran yang terkini; kata tiada dalam data mereka hanya melalui Lot di geran barulah saya dapati NOMBOR GERAN YANG BARU. (Asyik bertukar Nombor Geran).

Tidak munasabah baru setahun saya telah menebus tanah tersebut dengan bayaran ribuan RM boleh dikatakan geran tersebut tak ditemui pemiliknya; dan bertukar pula Nombor Gerannya. Geran yang ini PDTK tak jumpa alamat empunya!... bagaimana pula tahun sebelumnya ianya dapat saya jelaskan. (Pajakan Negeri 330708 Lot 6334)

Tahun ini 2011 saya telah ke DTK & telah tukar ke alamat Jenaris.
E-mel satu

Thu, April 23, 2009 9:15:18 AM
mencari geran arwah apak md sesh
From: ROHANI BT ABAS
To: idanradzi@yahoo.com

Berhubung dengan permohonan tuan tempohari, selepas semakan dibuat pihak kami tidak dapat membuat pengesahan untuk mendapatkan semua tanah-tanah milik arwah bapa tuan tanpa nombor hakmilik atau nombor lotnya. Ini adalah kerana hanya dengan nama pemilik sahaja dan nombor kad pengenalan maklumat-maklumat tidak dapat dikesan . Sila tuan hantarkan no. tel tuan sekiranya boleh kami menghubungi untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini. T.Q.

Nota: Saya dapat respon dari Pej. Tanah di Ipoh (bukan Kampar) ; banyak juga nama geran milik Mohd Radzi di Mukim Teja tetapi tanah tersebut tidak kami dapati milik pusaka kami.

From: iDANRADZi
Subject: Re: Mencari Geran Arwah Apak Mat Sesh
To: "ROHANI BT ABAS"
Date: Sunday, April 26, 2009, 4:52 AM

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuhu..

Tuan/Puan

Sukacita kiranya saya ingin memastikan apakah benar empat geran ini hak milik ayahanda saya (arwah Apak). Sementelah saya semak melalui laman web (situs) akan Bil Cukai Tanahnya semuanya telah pun dijelaskan dalam tempoh terdekat. Nombor geran tersebut adalah seperti dilampirkan ini;

GERAN 3761, GERAN 11193, GERAN 24239 dan GERAN 49322.

2. Apakah ianya hak milik bersama arwah Apak & saudara maranya atau orang lain yang namanya sama. Semua adik beradik arwah Apak telah meninggal dunia. Pewarisnya tak pernah pun berbincang masalah tanah ini dengan keluarga kami. Semasa arwah Apak masih adapun memang dia menguruskan semua harta adik beradiknya.

3. Seperti e-mel terdahulu PN 153139 No Lot 6334 (Kami panggil Tanah Air Hangat). Saya telah pun membuat semakan melalui Bil Cukai Tanah Tahun 1994, di Pejabat Daerah & Tanah Batu Gajah. Hak miliknya telah bertindih dengan nama orang lain, Mengikut semakan terkini di situs tuan/puan lain pula statusnya; sememangnya Lot tanah ini munasabah masih milik arwah Apak lantaran agak banyak jumlah cukai tanahnya.

Misterinya tahun lalu ianya telah pun dibayar oleh orang lain.

4. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya memiliki salinan pelan besar keseluruhan tanah, Kg. Changkat Tualang & sekitarnya; tahun 2001 ; tetapi sayangnya ianya cuma tertulis Nombor Lot Tanah tiada Nombor Geran Tanah. Jika ada pelan terbaru yang lengkap dengan kedua-dua nombor tersebut tentunya mudah saya merujuk serta mengesahkan yang semua nombor geran di atas adalah tanah hak milik arwah Apak atau orang lain. Di Pejabat Daerah & Tanah manakah yang dapat menyediakankan pelan tanah terkini bagi Mukim Teja di Daerah Kinta.

Saya mohon maaf sekiranya e-mel ini menganggu tugasan puan/tuan. Dalam masa terdekat saya akan ke pejabat tuan/puan untuk mendapatkan maklumat sebenarnya.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

iDAN

nota: Perkara 3 yang menjadi isu besar kami sebab memang sejak tahun 1920an lagi ianya adalah tanah pusaka yang disebut-sebut kehilangannya. Bayangkan jika tahun 1994 setahun sebelum ayahda saya meninggal dunia; bil ini masih tersimpan yang ianya telah dijelaskan. Sekitar 70 tahun kami membangunkan tanah ini & mebayar cukai tahunan takkan ianya boleh lenyap sebab cukai tertunggak tak sampai RM5,000 (Geran ini 5 ekar lebih)

Saya amat berhutang budi kepada Puan ROHANI BT ABAS yang sudi mengambil masa tugasannya & dapat mengesan salah satu geran tanah Pajakan Negeri milih arwah Md Sesh. Ketulusan beliau melayan aduan saya paling tidak menghasilkan juga penerimaan semula Tanah Pajakan pusaka kami ini.

Saya berandaian ada tidak kurang empat lagi geran kami yang diceroboh waris tiri kami yang masih tertunggak di PDTK sana. Saya sanggup bersara awal lantaran diugut mahu dilelong tanah pusaka ini. Orang miskin seperti kami manalah nak korek duit jika jumlahnya ribuan RM yang dituntut kerajaan dalam tempoh yang amat terhad.

Wassalam.

Tindakan yang dikehendaki dari BPA:
TIDAK PERLU TINDAKAN (Jika sudi majukan aduan ini ke PDTK) Saya ni pesakit kronik, sakit jantung semua ada nanti surat jemputan mesyuarat lewat sampai macam kes baru ni... merabanlah pula saya.

Nak tanam banyak-banyak betik jantan di tanah pusaka Md Sesh; arwah emak suka sangat buat kerabu pucuk betik tiap kali bulan puasa.

Sila intai akuan saya sebelah kanan jika anda mahu membantu membangun tanah pusaka Md Sesh.

Pusara Arwah Abg Din.

Ada ketika kita mengandaikan seseorang itu amat jahat, atau amat besar salah yang dilakukannya. Kita selalu amat melihat sebelah pihak sahaja yang benar, lagi baik belaka kononnya. Tanpa kita sedar diri kita entah baik entah tidak. Keluarga kita entah sempurna atau tidak. Jangan menuduh keluarga mertua kita keturunan yang tidak baik lantaran kita telah pun bersatu. Kita terpaksa menerima segala apa yang ada pada keluarga kita pun besan kita seadanya. Baik biras atau keluarga ipar, mertua atau menantu, sekarang telah menjadi keluarga kita yang besar.

Jalinan kekeluargaan ini akan kekal sampai ke akhirat nanti. Memburukkan keluarga orang yang dulunya bukan keluarga kita samalah seperti meludah ke langit. Aib seseorang kenalah ditutup agar Allah SWT akan menutup aib kita.

Apa salahnya kita bercerita pada anak-anak & cucu kita "kesilapan" kita masa lalu. Kesilapan atau kelemahan diri itu lain; keaiban itu lain. Keaiban antaranya asyik melakukan dosa besar berulang kali, konon bertaubat tapi buat lagi. Itu Aib. Kesilapan atau kelemahan diri bukan asyik buat dosa besar tetapi tak peka. Seandainya sering bertaubat & tidak asyik mengulangi kekurangan diri ini itu namanya kesilapan.

Takkan dalam hidup ini kita hanya mahu berceritera tentang kepintaran Sang Kancil atau Bawang Merah yang asyik jahat. Apa kata cucu kita jika dapat cerita dari mulut orang yang keluarga kita pernah masuk lokap; orang luar akan cerita yang tak elok sahaja, sedangkan di pihak kita. Kita tahu kenapa keluarga kita dituduh mencuri; kesnya pun tak lekat. Cuma fitnah orang semata. Atau zaman sekarang ni asyik masuk lokap sebab sokong Bersih, jahatkah?.

Isteri bungsu Abg Din Kak Aina (bukan nama sebenar) seorang yang amat tabah, semasa dia menjadi janda sejak sebelas tahun lalu, dia begitu tabah membesarkan anak-anaknya seramai 7 orang. Hatiku amat terusik setelah 11 tahun tidak ketemu; dia masih ramah & sudi menghantar aku pulang sampai ke hadapan laman rumahnya. Aku pun tersilap datang seorang; ingatkan Kak Aina di rumah bersama dengan anak-anaknya. Takkanlah semua anaknya sekolah pagi, pasti ada sekolah petang. Maka aku singgah amat kejap tak sempat berbual panjang.

Nak ke kubur sendirian aku ni jenis penakut; baca jawi tak semahir mana; takkan nak baca semua tulisan batu nisan. Seorang diri pula tu. Hatta aku terpaksa tunggu sampai Kak Aina balik. Bertanya tentang tanda kubur ada tulis nama tak jawi atau rumi.

Mengimbas kembali pemergian arwah Abg Din; aku masih ingat; aku sempat melihat wajahnya dari peti mayat di Hospital Tangkak. Tak sangka wajah arwah Abg Din nampak tenang saja. Jika mendengarkan dia kemalangan, tercampak dari lori; meninggal di jalan raya sana. Pastinya kita mengandaikan mukanya akan lebam atau pelbagai rupa kengerian. Tetapi tidak, tak nampak wajahnya luka; biar pun tercalar sedikit pun. Dalam siri Kemelut Madu yang aku sempat karang separuh jalan. Banyak kisah pelik yang dia terpaksa harungi. Orang akan kata kut matinya nanti susah sangat. Aku mahu buktikan pada mata masyarakat abang kandungku bukan seperti yang diuar-uarkan.

Dia hilang daya tahan diri seketika sahaja; bukan lantaran kemahuan dia; siapa yang aniaya dia; siapa yang sanggup runtuhkan rumah tangga dia. Siapa yang pernah patahkan anggota dia. Siapa yang pernah balun dia. Siapakah mertua yang masuk campur urusan rumah tangga dia. Bukan berniat menyelamatkan rumah tangga dia tetapi lebih kepada mahu menghancurkan kebahagiaannya.

Pun kini siapa pula antara ipar duai; saudara mara yang masih mahu menyambung perkara yang amat terkutuk ini. Anak-anak saudaraku semuanya amat baik; jika kelakuan mereka tidak sopan atau tidak berbudi bahasa; siapa yang mendidik dia. Aku sebagai Paksu mereka yang terpisah berbelas tahun amat menyayangi mereka semua. Siapa kalangan mertua atau ipar duai yang tak reti mendidik anak-anak. Siapa yang memisahkan kasih sayang anak & ayahnya. Anak arwah Abg Din dilahirkan bak kain putih. Siapa yang merona hidup mereka.

Itu yang aku mahu luahkan dalam Kemelut Madu. Nampaknya hingga kini manusia ini tetap namanya manusia. Tak nampak kita hidup sentiasa ada Malaikat bersama kita. Malaikat di kiri kanan kita ini sentiasa sedih melihat lagak kita. Berprasangka buruk pada seseorang tak pernah pun diajar oleh agama kita.

Melihat buah rambai ini teringat akan rumah Opah Kamariah
yang memang asalnya dulu banyak pokok rambai sekitar rumah kami.

Pernahkah kita dengar ceramah; bagaimana mudahnya seseorang ayah itu mati Syahid; seandainya ketika keluar rumah mencari rezeki; dia berniat mahu menunaikan tanggung jawab menyara keluarga. Kemudian dalam tempoh berkerja dia mati; itu boleh kita andaikan Mati Syahid. Bukan bagai bak ramai para isteri kini yang makin lupa diri; keluar rumah buat harta sendiri, suami diperlekehkan jika mahu minta bantuan dalam menyara kehidupan keluarga sendiri. Malahan ramai isteri sanggup tinggalkan anak-anak lantaran mengejar kemewahan dunia. Kejar lelaki kaya.

Kes kemalangan Abg Din; memang tragis; dia sempat hantar anaknya pulang seolah tahu ajalnya akan tiba; dia keluar mencari rezeki dengan bebanan tugasan yang amat berat. Bukannya ringan tong gas yang mahu diangkat dengan kudrat. Sampaikan tayar lori boleh pancit sebab bebanan yang teramat berat.

Aku tak boleh mengandaikan Abg Din pergi secara baik, nanti ada yang kata asyik nak memuji keluarga sendiri. Cuma fikirkanlah; apakah kita dapat mati dalam keadaan sedemikian. Ketika sedang mencari rezeki keluarga Tuhan ketemukan kita dengan ajal.

Aku masih ingat bagaimana sayangnya Pak Mertua dia orang Muar ini; bagaimana marahnya dia kepada tauke gas ini; mungkin lori yang dipandu oleh arwah Abg Din tidak selamat; itu yang dia persoalkan.

Kita yang tinggal ini matinya entah bagaimana, apakah kita bakal menyusahkan anak & isteri kita. Apakah akan menyusahkan suami menjaga sakit kita. Apakah ketika kita nak mati nanti; anak bini tak cukup beras nak ditanak; tak ada belanja harian sebab tuhan tutup rezeki kita.

Kita tak pernah mahu berpakat dalam menyara keluarga; asyik mempersoalkan hak & tanggungjawab suami atau isteri. Sedangkan seharian beginilah kita. Baik suami atau isteri masing-masing keluar rumah mencari rezeki. Tak ingatkah aduhai hati; bila pasangan kita telah tiada lagi; memang akan terputuslah rezeki yang bakal Tuhan turunkan pada si mati. Yang tinggal nanti belum tentu ada rahmat Ilahi jika asyik mungkar & ego diri.

Terima kasih Kak Aina lantaran masih menjaga anak-anak pun pusaka, pusara Abg Din sebaiknya.

Biro Pengaduan Awam JPM Tanah Pusaka Md Sesh Hilang!.


1. Mesyuarat diadakan pada pada Jumaat 8 Julai 2011, surat sampai Sabtu 9 Julai 2011, kalau pun sampai hari jumaat aku mana ada jet peribadi nak berkerjar dari Jenaris ke Ipoh jam 10:00 pagi. Posmen pun tak akan sampai pagi buta macam itu.

2. Bila aku bukan Kes 80974 di Biro Pengaduan Awam (BPA), kes yang aku adukan telah ditutup. (Amboi! mudahnya buat kerja)

3. Hari ini BPA di Ipoh buat keputusan sendiri; memang saya mutlak kehilangan tanah pusaka lima ekar lebih itu lantaran Tunggakan Cukai Tahunan. (Ingatkan BPA dapat membeli nasib orang kampung, Naa Mungkin!)

4. Akta di bawah sek 100 K.T.N (56/1965) (Aku pun tak pernah baca) di mana tanah tersebut telah dirampas memang tidak memihak kepada pemilik tanah; kami sebagai pewaris TIDAK diberikan surat Notis Rampasan atau Notis Lelongan. Apakah mungkin di pengap oleh Posmen atau orang kampung!.

5. Tahu-tahu sekitar 3 tahun lalu; bila saya nak bayar Cukai Tahunannya telah bertukar nama ke PR warga Indon. Saya telah kira cukainya biar pun termasuk denda lambat tak sampai pun RM5,000. Apakah kami mesti hilang hak milik yang kini telah pun bernilai sekitar RM300,000.

6. Pejabat Daerah Tanah Kampar PDTK telah pun berulang kali menukar No. Geran Tanah sekitar 3 tahun lalu; bayangkan ada banyak lagi tanah arwah apak yang hilang gerannya jadi mainan pihak mereka. Mana mungkin GERAN (GT) 00024239 DAERAH KINTA MUKIM TEJA LOT 6336 Keluasan Tanah 5A 1A 30.0000P pihak BPA dapat kesani lagi; Lot tanah tersebut telah ranap dalam mainan PDTK; sebab geran terbaru tidak sama dengan geran di tangan kami yang kami pegang sejah tahun 1920an lagi.

7. Tak apalah apak; anakda telah berusaha pelbagai cara mahu menyelamatkan tanah pusaka nenek moyang kita nampaknya dunia telah ambil dengan Akta Tanah Pindaan Kerajaan yang amat malang & menindas empunya hak milik tanah itu sendiri. Agar liang lahat arwah Apak tetap lapang & di mahkamah sana nanti kami akan tetap tuntut hak kami sebab ini adalah tanah pusaka titik peluh nenek moyang kami sejak azali.

"Taubat Lahom aku takkan berurusan dengan dunia durjana ini. Huh!."