iDAN

13 Disember 2009

Tak Larat Makan (Singgahsana)

Semalam ada empat jemputan kenduri kahwin, satu jemputan di Taman Maluri Cheras. Selalu dengar nama Taman Maluri, mungkin pernah sampai tapi tak mahir sangat arah jalanan di situ. Kalau dulu aku rajin menandakan rumah kekawan di Wikimapia, sejak gangguan kumpulan Datuk KJ itu aku naik muak nak buka Wikimapia; Habis semua dipadamnya. Selalunya kalau ada majlis atau perjalananku pasti aku tandakan di Wikimapia. Sayang semua itu telah dipadam. Lebih senang guna Google Earth atau secara ringkas http://www.dromoz.com/

Tiga lagi jemputan sekitar Meru, waris & kekawan Mila. Aku bertolak dari Jenaris sekitar jam 12:00 tengah hari, agak lewat bagi majlis sebanyak itu. Aku menjangkakan sekitar 4:00 atau 5:00 petang baru selesai.

Semasa mengikut pelan di kad jemputan ke Taman Maluri, aku cuma terlajak jalan di depan Stadium Badminton Cheras; orang KL biasalah pantang kita curi jalan sikit, bertalu²lah hon menyesakkan dada. Padahal secara awal kita telah kasi lampu isyarat. Mungkin tenguk plet Avanza Mila ini plet Wilayah takkan tak mahir jalan di KL. Selebihnya tanda iklan nama pengantin dipasang di persimpangan jalan menjadi panduan. Banyak sangat iklan yang sama guna rona kertas hitam putih buat kita keliru juga. Terkadang sampai berbelas iklan yang mirip sama memang memeningkan. Rona kertas iklan panduan jalan sebenarnya amat penting untuk kita cepat mengesan jalan.

Tiada kena mengena dengan ceritera
Berek tak makan

Taman Maluri banyak terdapat rumah pangsa & kondo. Sudah hidup bagai di Singapura rakyat kita di Malaya ini. Terdapat juga stesen LRT di Taman Maluri ini. Aziq 16 tahun (Cahayamata kedua) yang lebih mahir kawasan di sini. Katanya dia sering menaiki LRT ke Taman Maluri ini ke rumah kawannya.

Jemputan kahwin di Taman Maluri adalah staf Sime Darby kawan seofis Mila. Rasa kekoklah amat aku dijemput makan di meja VIP. Rasa terputus selera makan; sebab kira kami keluarga terawal sampai di meja VIP tersebut. Kononnya di rumah makan sedikit banget sarapan paginya; maklum nak pergi ke empat majlis makan besar!. Jarang aku jumpa majlis sebegitu, adasekitar empat meja VIP disediakan!. Kami sekeluarga kira keluarga VIP yang pertama. Siap bangku bagai di hotel & tayangan LCD pelbagai. Hebat majlis persandingan orang kita kini!.

"KL ni ibu tak sebesar mana, janji tertulis ke bandaraya, jumpa papan tanda Klang kita ikutlah!" Mila mahu aku patah balik ke Cheras, bagiku buang masa & tambah jauh sahaja perjalanan.

Tahu² setelah keluarg Taman Maluri, aku telah jumpa Lapangan Terbang TUDM, Mila hanya tahu jalan tengah, ikut Stadium Merdeka, aku benci jalan tu!, baik ikut Mid Valley.

Seperkara lagi Mila suka sangat berjanji dengan adiknya. Boleh dikatakan semua adik-beradik berkumpul di sekitar Bukit Kapar. Mila pun sudah mula berangan nak beli rumah di sekitar Meru.

Alang adik Mila baru sahaja ganti kereta Vios, zaman sekarang kerja biasa pun bergaji lumayan. Tak kisah nak pakai kereta apa pun. Lagi pun Vios & kereta nasional tak jauh beda sangat harganya. Katanya Vios ke Perak Mamam Akir ada Hari Keluarga di Perak. Sejak dulu keluarga Mila memang begitu tak kisah bertukar-tukar kereta. Alang ada dua kereta, sebuah lagu Pak Alang pakai. Jadi kami terus ke rumah Alang yang sekitar satu km sahaja dari rumah Mila di Batu Lapan Bukit Kapar. Dari rumah Alang sekitar dua ratus meter ada majlis kenduri kahwin kedua.

Menarik khemahnya rumah kampung; tetapi pelik tuan rumahnya tak menyambut tetamu pun, duduk lepak di kerusi pakai baju pagoda. Aku pun tak pasti mana satu tuan rumah, sudah kenyang makan baru perasan tenguk orang salam² dengan tuan rumah, yang pakai baju pagoda & berketayap putih.

"Mereka ini saudara sebelah emak, tapi hari raya pun tak pernah datang rumah!" Mila berceritera. Juadahnya memang menarik, semua jenis² makanan Jawa ada, siap sate & soto lagi. Yang ada sohon & tempe tu aku tak pasti namanya sambal apa. Aku memang pulun lapar juga memandu sejam lebih dari KL. Tapi banyak manalah boleh makan.

Rumah undangan ketiga sekitar satu km sahaja, tak jauh dari rumah Mila. Janji bersama Angah@Amee tak sampai². Aku kata jangan percaya dengan Angah tu, telah biasa; janji pagi petang belum tentu datang. Mila anak sulung. Along, Angah & Alang semua perempuan adik beradik yang paling tua. Ada karaoke, majlis ketiga ini masih padat biar pun telah hampir jam 4:00 petang. Paling menarik adalah tumis perut lembu masakan ala jawa. Mungkin tumbang seekor lembu kut!. Telahan aku betul telah habis makan main² di rumah ketiga tak muncul² si Ameenya, janji nak merewang bersama.

Solat zuhur sudah penghujungnya di rumah Mila. Nyaie begitulah tak larat bangun lagi, tidur sahaja di biliknya.

Sekitar 4:30 barulah muncul Amee dengan Kembara kereta kompeni suaminya. Kena pergi undangan ke empat di depan sedikit Pekan Kapar perkampungannya, sekitar 20 minit sampailah ke rumah pengantin, ikut jalan pintas. Jalan Acob namanya. Kalau ikut pekan Kapar memang tak sempat!. Yang ini memang hebat, siap bena besar di persimpangan jalan. Siap karaokenya. Itu pun tinggal sekitar dua tiga lagu telah tutup kedai!. Tuan rumah sampai atoknya pun pakai pakaian sedondong.

Aku cuma mampu makan pecal sahaja!. His! sedap betul sambal pecalnya. Tak tahan lagi nak isi tempolok ini. Bernafas pun sudah payah!. Selepas majlis ke empat Mila singgah pula dua rumah menziarah orang sakit & Wak Romlah yang memang asyik² tiada di rumah semasa hari raya tempoh hari. Sampai rumah Nyaie dekat maghrib. Jangkaanku jam 5:00 petang semuanya beres memang tersasar!.

Lepas solat maghrib aku entah kembara ke alam mana... pengsan. Tahu² telah jam 10:00 malam lebih. Adoi! nak kena memandu lagi! kena balik Jenaris, rumah Nyaie banyak makanan pun tak larat nak makan lagi. Mata payah nak celik sudah perut kekenyangan. Kalau makan lagi kut! terlelap di Avanza Mila. Mila mana pernah memandu jika berjalan denganku.

Mila memang sukalah lewat balik dari Meru!.

Mingguan Malaysia tak beli lagi terlupa siang tadi, singgah di dua buah kedai 7eleven tak jumpa². Hebat orang Shah Alam masih rajin baca Utusan. Akhirnya Utusan jumpa di Jenaris; di kedai mamak Jenaris banyak lagi akhbar Utusan tak laku!. Tiba Jenaris sekitar Jam 12:00 tengah malam.

Afiz tinggal seorang di rumah kelaparan, tak tahulah pula dia tak kerja KFC hari ini. Kena temankan dia pergi makan² di Jenaris. Pilihan Afiz biasalah Nasi Goreng Ayam. Aku pula pekena lagi Tomyam. Sedap Tomyamnya pekat kuahnya. Ingat nak tenguk sampai habis Liverpool menentang Arsenal baru 1-1 aku terlelap lagi; tau² telah bertukar pasukan lain!.