iDAN

11 Julai 2009

Buah Belimbing Buluh & Moh! ke Meru (Singgahsana)

"Dah petik atau belum?..."

"Apa bendanya kak?"

"Buah belimbing tu!.."

"Tak beranilah kak, tak pasti mana satu pokoknya, silap terpetik pokok orang kot kena marah pula!.. "

Kakak di gerai yang mana aku selalu mampir bukan sekali dua bertanya tentang buah belimbing buluh yang mana sedang sarat berbuah di depan rumah keluarganya di Jenaris. Tak pasti rumah siapa keluarganya itu, sebelahan Surau Jenaris. Setahu aku rumah kakak ini belakang gerainya. Dulu masa Arwah Kak Jah masih ada, dia rajin dengan Abg Zainannya sarapan di gerai ini. Dulu lontongnya sekitar RM1.00 sahaja... tetap cukup mengeyangkan. Murah amat. Sekarang tak pasti berapa harga lontongnya. Dulu emaknya yang memasak, memang sedap. Sekarang masih boleh tahan, tak jumpa lagi lontong sesedap emaknya masak di sekitar Sungai Kantan ini.

Pokok belimbing buluh sebelahan Surau Jenaris itu ada tiga batang. Dua batang milik keluarga kakak itu, sebatang lagi milik jirannya. Aku tak pasti yang mana satu. Itu yang tak berana sebarangan petik. Belimbing buluh ini berbuah ikut musim. Selalunya memang lebat berbuah & akan gugur begitu sahaja. Melambak di bawah pokoknya. Takan termakan. Masa aku berkerja Abg Jaapo rajin bawakan aku buah belimbing ini. Khasiat buah belimbing ini cukup banyak. Antaranya untuk meredakan sakit darah tinggi.

Dua tiga minggu lalu aku ada berbual dengan Ana Tajul tentang buah belimbing ini. Aku suruh dia tanam depan rumahnya. Sebab setahu aku depan rumahnya ada ruang untuk ditanam mungkin di sebelahan pokok nangka seberang jalan.

"Sudah tanam dah sebelah pokok mempelam depan rumah!" Ana kasi tahu bila aku telefon dia semalam.

Katanya dia beli anaknya di Pasar Tani MARDI hari Sabtu. Berharga RM6. Aku tak pernah ke pasar tersebut. Teringin juga nak pergi.

Khasiat Belimbing (Buluh)

Belimbing buluh ni sebenarnya ada dua jenis; buah yang berwarna kuning dan hijau - keduanya rasa masam. Sedap dibuat masak lemak dengan udang atau pun tumbuk saja dengan sambal + udang kepal (utara). Yang dah kering tu di sebelah utara dibuat acar. Katanya orang Kelantan masukkan sebagai ramuan singgang.

Dalam kehidupan seharian, asam ini yang kaya dengan asid oksalik digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan degil di tangan atau kesan karat di pakaian dan kadang-kadang digunakan jugak untuk mencuci barang-barang tembaga atau suasa.

Khasiat perubatannya banayak juga, antaranya ...
  • penawar batuk - daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus, ditapis dan diminum 3 kali sehari.
  • daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghalau lalat. Tidak susah , ambil saja duan agak secekak, kibas saja beberapa kali di meja makan. Lalat tidak akan datang lagi kerana dipercayai bau daunnya tidak digemari lalat.
  • merawat darah tinggi. Minuman air rebusan daunnya.
  • merawat penyakit kelamin
  • daunnya yang ditumbuk boleh menghilangkan gatal-gatal, bengkak cantik, reumatik, dan bengkak-bengkak kulit, sakit gigitan serangga
  • daun digosok pada tumit/tapakkaki untuk menghilangkan sakit akibat memakai kasut tumit tinggi.
  • Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.
( Pantang: orang yang mempunyai penyakit angin medu tidak boleh makan buah ini)

Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempatan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.

  • Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka.Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
  • Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit kencing manis dan pitam.
  • Ia juga berkesan untuk melegakan masalah batuk. Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang.
  • Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.
Jemputan Kahwin@Walimatul Urus



Minggu ini aku pasti sibuk adik Mila yang bungsu Maman Ifi@Ariff kenduri kahwin. Hari Ahad ini, sesiapa nak tenguk rumah keluarga Mila... Moh! lah datang ke Jalan Iskandar, Kg Bukit Kapar , Batu 8, Meru. Buat rakanku & anda yang mengenali aku, juga peminat blog ini sudi apalah kiranya menghadiri Majlis Perkahwinan adik ipar aku ini. Ini peluang terakhir untuk menghadiri kenduri kahwin buat keluarga Mila, Maman Ifi adalah anak yang bungsu.

Panduan ke rumah Mila:

Anda kenalah tahu jalan terbaik untuk sampai ke pekan Meru.

Jika dari pekan Meru jumpa lampu isyarat simpang empat. Ke kiri akan ke pekan Bukit Kapar & akan terus ke Kuala Selangor, Tanjung Karang perbagai, kanan pula ke Jalan Paip memang ada paip besar pun sepanjang jalan; Jangan beluk kiri atau kanan...

Dari Lampu isyarat ini anda ikut terus (jam 12:00).

Sebelah kanan nampak Dewan Besar Meru, kiri kanan ada sekolah... betul sangat jika nampak panduan ini. Tak jauh dari sekolah anda akan jumpa Taman Dato' Bardaie sempena nama ayah DATO' DR. MOHAMED ZORHADIE BARDAIE; sebelah kiri. Jalan Haji Bardaie; ikut lurus sahaja & perhatikan meter anda. Sekitar tiga kilometer akan jumpa Maskot Buah Durian di sebelah kanan, kirinya pula Surau Kampung Bukit Kapar. Banyak gerai & kedai. Selang beberapa meter akan nampak simpang di sebelah kiri Jalan Iskandar ; sepelaung dari simpang itu nampaklah rumah Mila sebelah kanan. Sebelah rumah Mila ada kedai perabut kaca. Pening!!!

Sesat saja dail nombor 0169094343 sepanjang dua hari itu aku akan hidupkan nombor ini. Nama pengantinnya, adik lelaki bungsu Mila ini ialah menggunakan gandingan nama Ariff & Sue. Sue ini orang jawa juga dari Dengkil. Malas dail telefon penyair ini tanya-tanyalah rumah Mila@Jamilah bt Abdul Rahman atau tanya rumah arwah Wak Deraman@Abdul Rahman b. Ngalipan nama ayah Mila; Emak Mila nama Miskiah. Takkan sesat lagi kot!.

Masa bertandang bagi masyarakat Jawa tak kisah jadual majlisnya dari Sabtu malam Ahad sampai Ahad petang. Jemputlah datang.

Ahad itu sekitar jam 5:00 petang aku mungkin kena hantar Aziq ke sekolah Teknik Gombak, masa itu kena bertamu dengan Milalah aku tiada selepas 5:00 petang. Lewat petang pun tak kisah janji anda dapat menyerikan majlis ini. Moh! lah jalan-jalan ke Meru... jangan tak datang. Juadahnya kami masak sendiri. InsyaAllah memang menyelerakan. Ini panduan lakaran pelan rumah pengantin.

Klik-Klik pada Gambar ini sampai bersaiz besar... Save Image As boleh cetak!