iDAN

28 September 2011

Kapcai iDAN merajuk


CDI motor memiliki beberap macam type, mulai tanpa pulser, CDI AC dan DC. Semua memiliki fungsi sama yakni membangkitkan tegangan tinggi koil sebagai sistem pengapian motor. Untuk lebih memahami sistem pengapian CDI AC dan DC silahkan simak lebih lanjut.

cdi ac  motorSistem CDI AC merupakan CDI motor yang telah lama berkembang, yakni memanfaatkan spul/kumparan pada magnet untuk membangkitkan tegangan menengah untuk suplay capasitor CDI ke koil yang akan di switch oleh SCR sesuai input dari pulser. Untuk lebih jelas bisa di lihat pada gambar berikut (1 tahun lalu qita buat post di site sjboygroup).

Untuk CDI DC sebenarnya basic tetap sama dengan CDI AC, namun untuk tegangan menengah AC di suplay oleh inverter/ konverter (Kotak warna biru pada gambar) sebagai pembangkit tegangan AC melalui oscillator dan transistor switching melalui trafo inti ferit(Trafo frekuensi tinggi). Jadi tidak membutuhkan spul pada magnet lagi, yang juga menambah beban mesin walau hanya beberapa persen saja. Untuk lebih jelas Bisa dilihat seperti pada gambar berikut, bandingkan dengan gambar CDI AC.
schematic diagram rangkaian cdi dc


iDAN : ada orang panggil CDI ini koil untuk plug; peranannya untuk melarasakan elektrik@api kepada plug kapcai kita.

Jika anda mempunyai masalah plug sentiasa basah; sebelum korek blok atau potong (Ribo) blok anda pastikan langkah ini dilakukan;

1. Servis kaberator ; seting minyak ngan angin kat kaberator tu....

  • kalau plug hitam.... minyak lebih!
  • kalau plug putih .... angin lebih!
  • kalau plug warna perang baru ngam....

biasa lak .. moto kalau lama tak servis memang akan menghadapi masalah plug basah.

Jika tak selesai selepas buat servis kaberator cuba tukar jarum minyaknya yang lebih halus atau yang lebih sesuai. Jarum minyak juga terkadang menjadi masalah minyak sukar dikawal.

Jika masih basah plugnya cuba tukar koil.

Koil untuk agihkan api kepada plug memang memainkan peranan; jika selalu basah plugnya; telah servis kaberatornya... cuba tukar koil ini!.

Masalah kapcai aku masih tak selesai; lepas korek blok timbul masalah api tak ada untuk plug pencucuhnya berfungsi!.

25 September 2011

Keistimewaan 'nasi kandar' Ipoh

PELANGGAN sanggup berbaris untuk mendapatkan nasi kandar ayam merah.

TIDAK sah kunjungan anda ke Ipoh jika tidak singgah makan nasi kandar di sebuah kedai di Jalan Yang Kalsom di bandar raya itu.

Restoran istimewa ini terletak dalam sebuah restoran Cina lama yang dinamakan Kedai Kopi Yong Suan. Gerai nasi kandar itu mula beroperasi sejak 1960, iaitu seusia dengan kedai kopi tersebut.

Kewujudan gerai itu sejak 51 tahun menjadikannya sebuah kedai makan yang tertua di bandar raya Ipoh. Namun apa yang lebih istimewa ialah popularitinya di kalangan penggemar nasi kandar.

Populariti dan kelazatan nasi kandar di gerai itu membuatkan banyak pihak memberi gelaran tertentu yang kadang kala tak masuk akal. Misalnya, mereka yang gemar makan nasi kandar ayam merah akan menggelar hidangan lazat itu sebagai 'nasi ganja'. Bagi yang biasa menjamu selera nasi tersebut, kata mereka kesedapan nasi bersama lauk pauk yang dihidang bersamanya membuatkan mereka 'ketagih'.

Ini diakui mereka yang pernah mencuba 'nasi ganja' yang mana, menurut mereka apabila sudah mencubanya sekali, mereka akan terus menjadi pelanggan setia masakan tersebut.

Bagi orang dari luar pula, mereka yang menggemarinya tidak pernah terlupa untuk singgah makan di situ, setiap kali mengunjungi bandar raya Ipoh.

Jika anda ke restoran ini pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa berbaris panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.

Bagi pelanggan baru, mungkin mereka 'angkat kaki' kerana tidak sanggup beratur panjang. Namun sebaliknya bagi penggemar setia nasi kandar di gerai ini, mereka sanggup beratur panjang demi sepinggan 'nasi ganja'.

Apa yang lebih menarik, barisan pelanggan itu terdiri daripada pelbagai wajah tanpa mengenal warna kulit dan bangsa, pelanggan Melayu, Cina dan India sabar menanti giliran untuk tujuan sama.

"Vangge... vangge... vangge..., panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud 'mari... mari... mari... sering kedengaran berkumandang setiap kali anda lalu di hadapan restoran tersebut.

Sama seperti Kedai Kopi Yong Suan. Pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah meninggal dunia.

Tradisi perniagaan tersebut diwarisi oleh ahli keluarganya.

Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, berkata, keistimewaan 'nasi ganja' ialah ayam merahnya dihidang bersama sambal kelapa yang tidak terdapat di mana-mana restoran di seluruh negara.

"Nasi kandar ini menggunakan resipi kami sendiri. Kami gunakan rempah yang digiling dan dibeli di Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di gerainya baru-baru ini.

Menurut Nihmatullah, sejak dibuka puluhan tahun lalu, 'nasi ganja' semakin hari semakin mendapat sambutan daripada orang ramai termasuk pelancong asing dari Singapura, Thailand dan Australia.

Katanya, kebanyakan pelanggan memberitahu, keistimewaan 'nasi ganja' terletak pada menu ayam merah miliknya.

"Keenakan ayam merah ini tidak boleh ditandingi mana-mana pengusaha nasi kandar lain di bandar raya ini.

"Dahulu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai kerana terletak di hadapan stesen bas Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup sejak 15 tahun lalu, namun sambutan orang ramai terhadap 'nasi ganja' tidak pernah pudar," katanya.

"Biasanya, kami menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar sehari," katanya.

Restoran itu dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga pukul 5.30 petang.

Antara pemimpin yang sering mengunjungi restoran itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan beberapa tetamu kenamaan yang lain.

Sementara itu, pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan hebat orang ramai ke atas masakan nasi kandar turut membantu melariskan jualan minuman dan roti bakar yang dijual di kedainya.

"Saya mewarisi perniagaan ini daripada mendiang ayah saya," katanya ringkas tanpa mahu mengulas lanjut.

23 September 2011

Masalah Tanah Pusaka Md Sesh & warisnya Siri 2++

Dengan Guruh; kilat & hujan amat lebat aku bertolak dari Jenaris ke Gombak & menuju ke
Kampar Perak seawal 8:00 pagi; aku disambut baik oleh staf BPA Jabatan Perdana Menteri dari Ipoh Perak
ada beberapa bibik kecil yang patutnya Pej. Daerah & Tanah Kampar ambil perhatian
... aku pun 28 tahun jadi kuli di Jabatan Awam.

Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta bertindak serta bersikap cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.

Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman sebaik mesyuarat habis; bayangkanlah bilamana bermesyuarat sampai hampir 2 jam tak ada barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda biru untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan hadir ke bilik mesyuarat dengan Pak Menteri


    • Tasuki Kasbi Sekiranya kita nak berjumpa YAB DS MB sampai di ruang tamu minuaman dan kueh mueh sudah tersedia ... sementara menunggu giliran perut dah kenyang ... kenapa layanan seumpama ini tidak disediakan di jabatan2 kerajaan yang lain ... paling tidak sediakan air manerel segelas plastik pun dah memadai .. dapat melegakankan tekak dari kering ...

    • Kamil Dasuki saya pun selalu alami situasi demikian. kita kena perbetulkan secara bersemuka tetapi berhemah agar perkara yang tidak disenangi olehpelanggan dari kalangan kampongan dan yang kurang penonjulan mendapat tempat yang sewajarnya. pegawai kerajaan pun asal dari kampong. adakalanya lebih hulu dari kita.cumanya mereka lupa dek kerana keselesaan suasana nyaman di pejabat....mencegah lebih baik dari memusnahkan.

    • Rosli Abdul Aziz
      Pengalaman saya di Pejabat Tanah Kampar beberapa tahun lalu. Saya berjumpa seorang kerani utk membayar premium tanah bagi pihak bapa yg uzur dan menghidap Parkinson.
      Saya berdiri di tepi meja...tanpa dipelawa duduk. Saya beritahu saya nak bayar premium bagi pihak bapa....kerani tu jerkah saya: Apa bukti mika ni anak Abdul Aziz ? Mika ingat senang2 teman nak terima bayaran? Saya kata saya datang utk membayar wang....bukan utk menuntut wang...dan kalau ada bukti saya ni menyamar...pergi la report polis , saya kata. Kadang2 malas saya nak bertengkar...sabor ajer ler...

    • Eyta Didie inilah dilema yg saya alami sekarang....

    • Idan Radzi
      Biro Pengaduan Awam Perak... pasti perasan betapa Penolong Pegawai Daerah amat bersopan ketika sessi perjumpaan kita & betapa tetiba angin sy naik bila seorang peg Pej Daerah & Tanah Kampar ini mencelah; disuruh saya cari pelan ori dari penama dalam geran kami; dia tak tahu cerita asal; tapi masuk campur;

      Abg Ali (abg ipar sy) sampai dalam kereta malahan atas pusara Md Sesh masih bersungut amat tersinggung dengan pegawai ini; apakah kita mahu ahli kubur atau waris (pemilik dalam geran) yang semua telah pergi ini bersuara melalui pusara@kubur mereka menyatakan tanah itu hak mereka!... kes sy ini semua tahu; hanya sy yg bungsu berusaha keras nak jaga tanah milik kita anak Melayu dari jatuh ke tangan org asing! setelah ada pihak menceroboh & ada pihak menangguk di air keruh ... (sebahagian tanah telah terlepas pun ke tangan PR) siapa sekarang nak tolong sy...?

    • Idan Radzi
      Eyta Didie... akta tanah & perundangan negara kita boleh kita persoalkan; bayangkan tanah kami yang hilang jika sy congak tunggakan cukainya mmg tak sampai pun RM5,000 ketika dirampas tapi kami hilang tanah Geran Tetap (kalau PN pun ianya mmg tragis) seluas lebih dari 5 ekar!... seharusnya jika nilai semasa tanah tersebut RM60K seekar kini; mana perginya RM300K tolak RM5K ketika dilelong tanpa pengetahuan kami?.. apakah pemilik atau peneroka tanah ini yang sejak tahun 1900an lagi tak dapat sebarang ganti rugi dengan rampasan berundangan dunia ini?

      Waima jika mmg ianya ada barang seinci pun tanah tersebut sah hak milik kami; kami akan tuntut di kubur nanti!. Itu janji & sumpahan kami. Rampasan secara Perundangan Rimba ini memang sy tentang.
nota:

sy = saya

mika atau mike = bahasa halus encik bahasa kasar kamu atau awak (org peraklah) bahasa baku anda sebahasa mesra abang!...

mmg = memang

22 September 2011

Masalah Tanah Pusaka Md Sesh & warisnya.

Ini aku ambil ketika mancing dengan Azim sekitar tahun 2000, Opah Bi meninggal tahaun 2003; Yeop Zaini yang ingat tarikhnya; sekarang tapak lombong ini masuk kena TEMBAK! orang asing jajah kampung kami.
Siapa itu Gopeng Berhad?. Orang Melayu kita hanya boleh mengintai dari celah lalang keindahan di KAMPONG sendiri.


Semalam aku sempat menerangi pusara Apak (Md Sesh). Dari bisikan dedaun keringnya; sah ianya tidak pun dikutip sejak Aidilfitri lalu. Pusara apak bersebelahan dengan pusara emak, dipagar dengan gerigi besi; pintu pagarnya semakin berkarat. Dua pusara apak & emak ini satu pagar... di depan pusara apak adalah pusara Wan Bi (isteri ketiga apak ; opah kepada AC Mizal). Pusara Wan Bi (kak Nomie panggil Mak Bi); kadang-kadang aku panggil Opah Bi; nampak amat bersih. Binaannya nampak baru dibuat; di atas pusara penuh batu kerikil tajam putih bersih.

"Mie dah agak dah tenguk kubur Mak Bi ni bersih dijaga tapi tenguk kubur emak ayah kita.." Kak Nomie bersungut di Kubur Pedas yang makin lapang & bercahaya. Mengenang zaman dulu amat menyeramkan kubur ini; orang kampung kata ada harimau jadian panjang sembilan menjaga kubur ini. Pusara Wan Bi tidak berpagar. Bersih amat nampaknya.

"Tak apa Kak Nomie moh! kita bersihkan; kejap aku masuk dalam pagar... tenguk Kak Nomie ni cantik kan pokok ini...? kubur mak apak kita;macam tanam... pokok renik ni siap berbuah lagi!" aku kekok bersaya; rasanya bila beraku itu aku rasa lebih mesra & santai. Rasa berbual itu benar-benar lahir dari dalam diri. Masalah cakap beraku ini jadi gabra bila berbual dengan orang tua.

"Haa ahh! siap berbuah pokok bunga ini, Mie pun tak perasan; pokok pudin ini pula si Kasim yang kasi suruh Mie tanam..." pokok bunga yang berbuah ini seiras pokok bunga yang ditanam di pusara Yai & Nyaie di Meru. Pokok pudin & pokok bunga berbuah ini tumbuh subur meredupkan pusara apak.

Aku membuang sampah & dedaun kering di pusara emak & apak; sambil sedekahkan al-Fatihah.

"Kalau ada Mila & anak-anak boleh baca Yasin bersama di kubur ni, mereka tu lancar bacaannya; aku ni Kak Nomie sekadar boleh ikut orang baca sahaja...!" aku bercakap sendirian, Kak Nomie dengar tak dengar sahaja.

Teringat ketika usiaku di sekolah rendah, aku adalah yang tercepat dapat baca al-Quran setelah habis Jahama; masa tu kami mengaji dengan Wan Bidah seramai bertiga; aku, Kak Nomie & Tahiah; Tahiah jika tak silapku sekarang dah jadi ustazah.

"iDAN ni terang hatinya! cepat lancar bacaannya!" aku dengar Wan Bidah berbual dengan orang kampung. Tapi sayang tak habis katam al-Quran aku sekolah orang putih di Ipoh; tak pegang al-Quran bertahun; Top-top boleh hilang terang hati; boleh merangkak bacaannya.

Memang ini adalah nur dari Allah SWT; hanya berhak kepada siapa yang Dia mahu kasi rahmat. Cuma aku masih kenal huruf alat ba ta; jika mengikut majlis tahlil aku boleh membaca bersama jemaah. Kena giat belajar semula. Di internet banyak situs (laman sesawang) secara beraudio untuk kita melancarkan bacaan al-Quran kita. Mahu tak mahu sahaja belajar!.

Anak-anakku beruntung amat dapat Mak Guru ibunya Mila. Mila yang mengajar bacaan al-Quran kepada semua empat orang terunanya sampai pandai. Hasilnya semua cahayamata ku memang lancar baca al-Quran siap sentiasa bertadarus di bulan Ramadan.

Jika ke Kubur Pedas; memang dua kelaziman aku ke sana; pertama bersihkan pusara arwah apak, emak & Wan Bi; kedua membersih pusara kakak & dua abang kandungku yang meninggal ketika kecil. Dua kelompok pusara ini berjauhan. Selebihnya jika sempat aku akan bersihkan kubur atuk arwah Abd Rahman.

"Kak Nomie ingat tak mana kubur atuk Abd Rahman!? seingat aku batu nisannya tajam & tinggi begini!"

"Ish! kubur ini berlubanglah iDAN, kubur siapa ni iyer iDAN?" aku nampak memang dalam lubang kuburnya, aku diam sahaja tak jawab pertanyaan Kak Nomie. Orang tua kata kalau kubur tu berlubang petanda warisnya ada yang bakal meninggal dunia. Cuma kepercayaan.

Aku lihat Abg Ali sudah gelisah nak balik; kakinya memang tak kuat untuk berdiri atau duduk lama. Dua lututnya ada masalah. Nhadia, Nurul & Art ada dalam Avanza; sengaja aku parkir jauh dari kawasan kubur mengadap jalan raya. Keliling kawasan Tanah Perkuburan Pedas, Kg Changkat Tualang adalah tapak lombong. Telah jadi padang jarak padang tekukur; tak hutan banat bagai dulu. Aku pernah berbual dengan si Desa orang Kg Redang Sawa; dia yang memotong (menoreh) getah di atas tanah perkuburan ini memang sering diganggu pelbagai makhluk halus; pelbagai hantu langsuir atau pelbagai bunyi ratib & sebagainya. Itu ceritera dedulu. Kenapa namanya Kubur Pedas? ini kena buka sejarah lama; mungkin orang tetua Kg ChangkatTualang tahu kut!.

"Kita lupa bawa bunga atau hirisan daun pandan untuk harumkan kubur emak apak kitalah Kak Nomie!"

"Mie pun terlupa!... ini siapa yang susun batu bata ini iDAN" dia lihat keliling kubur abang-abangku & kakak ada aku susun batu bata.

"Aku yang susun, kalau jumpa orang buang batu bata di kubur selalunya aku kutip; semak sangat kubur ni; kalau kita ada modal boleh kita buat binaan!" aku mencabut pokok yang berduri & nampak semak amat pusara tiga ini, abang-abang & kakakku. Kalau mereka ini ada pastinya meriah keluarga Md Sesh. Silap-silap abangku yang ini otak fikirannya macam aku; sayang amat akan harta pusaka. Bukan asyik fikir duit; nak jual sahaja.

"Benarkah agaknya Kak Nomie; bayi yang meninggal sewaktu kecil akan menjadi Pelayan di Syurga?" aku bertanya tanpa mendapat jawapan. Kami terpaksa beredar cepat sebab dah hampir nak Maghrib. Nurul puasa enam hari ini; dia nak berbuka apa?. Kasihan Nurul.

"Kubur Opah Bi ni Kak Nomie patutnya jangan bina macam ni; agak tinggi ni!; batu kerikil tajam ini sekadar mengelakkan rumput tumbuh; lebih baik ditaburi batu sungai!.."

"Entahlah iDAN, tapi Mie memang sedih amat tenguk kubur apak tu; dia yang banyak berkorban untuk keluarga; malahan rumahnya pun orang luar yang tinggal. Apalah salahnya kalau datang ziarah kubur Mak Bi tu bersihkan sikit kubur apak tu!; nampak sangat mereka ni..." aku tahu apak dengar sugutan Kak Nomie; aku tahu emak pun tahu siapa mereka ini; kaum kerabat & semua ahli kubur pun dengar!. Tak baik bersungut di atas kubur kan?.

"Biarlah Kak Nomie; kalau nanti kita ada tempat bertanggak di kampung perkara ini takkan berlaku!"

"Habis tu rumah kedai tu macam mana, Mie ingat Pakcik Nan pernah jumpa Mie masa hari raya; berselisih dia nak ke Simpang (Kota Bharu) sempat berbual kejap; dia menangis tenguk kami sekeluarga tak ada tempat bertanggak; dia sibuk ajak ke rumah!" alahai waris Md Sesh merempat di kampung sendiri; kami ada dua buah rumah pusaka di kampung kami; satu di tanah pusaka emak tinggal; satu lagi di rumah pusaka Wan Bi (rumah kedai). Rumah Pusaka kami yang arwah emak tinggal habis dibedal anak Taharin; selagi si Bai ni jadi penagih memang tak akan selamat rumah kami.

"Selalunya kalau Mie balik ke kampung jika nak rehat hanya di masjid; kalau Yong Yah (bekas isteri Yot abang yang sulung) ada di kampung sempatlah kami singgah kejap!" kak Nomie tak rapat dengan Rahman yang menjaga rumah Wan Bi@rumah kedai. Salah satu masalah mungkin berkait dengan Peti Besi Gajah Hijau. Lagipun sering hari minggu atau cuti rumah kedai ini tutup; isterinya Rahman sering balik rumah keluarga pada hari minggu. Rahman pula memang sibuk dengan agenda politiknya pun dia sering kerja ketika cuti; kerjanya memang tak menentu masa.

Aku & keluarga Rahman tak ada masalah. Aku malas persoalkan masalah peti besi & semua bil yang tak sampai ke tangan kami. Tak boleh nak menuding siapa sebab tak tahu kisah sebenarnya; mungkin sejak dari Wan Bi masih hidup lagi perkara ini tak diambil serius. Hilang barang kemas, geran, kitab lama, duit & sebagainya memang terjadi ketika pemergian Wan Bi tak tahu siapa yang punya angkara. Siapa dalangnya. Siapa yang pakar bukan kunci kebal ini?. Kalau pasang perisik pun, dapat tahu siapa; sanggupkah nak penjarakan orang kampung.

Ini kerja Tuhan!. Yang pasti geran Lot 6336 cuba google di situs; satu alam dah tahu masalahnya. Aku dapat bayangkan tak lama lagi aku akan ke Ipoh akan mencari status sebenarnya 6336 ini. Aku ujud apa yang aku uar-uarkan. Hamidah Saad telah pun melihat putik kelapa sawit pun berputik di Tanah Pusaka Md Sesh ini. Roh Md Sesh memang gelisah melihat undang-undang manusia ini. Semalam hampir dua jam kami mengadap Penolong Pegawai Daerah di Pej. Daerah & Tanah Galian. Mereka dengan akta mereka. Dia kata kalau memang kena lelong; apa ada hak kami lagi. Biar pun masa itu nilai cukai tertunggak tak sampai pun RM5,000 kami hilang tanah lebih dari 5 ekar; itu akta & hak mereka. Persetan masalah kami (buruk bunyi ayatnya).

"Kenapa tak bayar cukai; kenapa tak faham apa itu akta tanah yang dipinda pada tahun 1960an; kenapa tak ambil tahu tanah tu terbiar!; kami ada akta kami ada kerajaan kami ada undang-undang... kami buat kerja kami ikut undang-undang & akta kami..." (ini ayat akulah) bukan ayat Penolong Pegawai Daerah Kampar.

Itu mungkin ayat yang lahir dari telahan orang kampung terhadap Pejabat Tanah. Aku pula lebih kepada isu akta tanah tadi; adilkah; mana waran lelongnya kami waris terdekat tak pun tahu; susahkan nak cari alamat atau Perawis Sesh yang terdekat!... susah ke bertanya orang kampung. Nak buat apa dilambakkan surat atau bil ke waris TIRI kami yang sah nampak dot dot dot . Cubalah kena pada hidung sendiri tetiba tanah pusaka nenek moyang yang diberikan sejak tahun 190oan lagi tetiba nak dijejak DIHAMBAT anjing-anjing garang hampit sepuluh ekor; telah dipagar & diteroka orang!. Masalahnya maklumat atau segala isu kami waris terdekat tak tahu apa pun!.

Memang Pej. Tanah tak buat kerja itu; tapi cer fikirkan siapa yang diamanahkan menjaga tanah tapi tidak amanah!. Mungkin; tak dinafikan ada kalangan waris Md Sesh terlibat sama; kami anak darah dari darah daging Md Sesh tak tahu; yang meninggal cuma Abg Din (diakah yang diam-diam jual tanah) kalau lelong mana dokumen lelongannya?. Atau senyap-senyap arwah Md Sesh yang jual tanah; emm! pawang mana nak kita upah suruh arwah apa bercakap di Kubur Pedas.

"Abg Ali cuba fikirkan; masalah ini remeh amat, bila kita dah kasi Nombor Lot & sah memang Nombor Lot & tanah milik kita telah si Hamidah Saad yang empunya terkini; pejabat tanah tahu sejarah tanah tu... kenapa kita pula yang terhegeh-hegeh nak ke Ipoh pula; semua itu bukannya percuma Abg Ali."

"Masalah duitlah iDAN!"

"Memanglah masalah duit, takkan nak buat kerja secara percuma; habis tu kita ni banyak duitkah?, tiga tahun lalu nak tahu status tanah persendirian tu RM20 (sekarang mungkin naik).. bayangkan kita kini berhadapan dengan tak kurang 5 atau 6 geran@lot yang samar-samar statusnya; tak tahu lagi cukai tertunggaknya!" aku terbayang akan jalur lebar yang makin berkembang; aku terbayang tanah di Negeri Sembilan yang boleh diklik secara langsung; setiap Lot Tanah tahu siapa pemiliknya. Setiap Lot satu Negeri Sembilan.

Dulu pun aku rajin tembak nombor Lot Terkini tanah di Mukim Teja yang amat kalut ini; dulu tahu nama pemilik setiap Lot. Bila aku tembak Nombor Lot atau Geran Baru; mak datuk ramai amat bangsa asing umur muda-muda dapat Tanah berstatus Tanah Geran! bukan Pajakan Negeri. Luas-luas belaka. Sekarang semua itu jadi rahsia Pejabat Tanah. Nak tahu status kena bayar duit!. Orang kampungku yang miskin & naif ada ke duit!. Baru semalam aku jumpa Wan Meah orang lama kampungku; dia pun berceritera sama apa yang keluarga Md Sesh alami. Ini isu yang amat rumit.

Tangkapan kita terhadap Pejabat Tanah Negeri ini kena dibetulkan. Tak baik menuduh ada sikap tak amanah kalangan staf di sana. Keujudan Pejabat Tanah adalah untuk membantu agar tanah di bumi kita ini tidak dijajah sewenang-wenangnya. Apa yang kita risau tentang tanah Rizab Melayu ini; mereka juga seperti kita risau akan berlaku penyelewengan.

Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta berindak cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.

Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman bilamana bermesyurat sampai hampir 2 jam tak barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan dengan Pak Menteri.Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta berindak cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.
Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman sebaik mesyuarat habis; bayangkanlah bilamana bermesyurat sampai hampir 2 jam tak ada barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan hadir ke bilik mesyuarat dengan Pak Menteri.
-bersambung!.

20 September 2011

5 Jenis ubat kena Telan

ibarat basikal tua tersadai di salji

"Adoi lima jenis ubat kena telan, tiap hari!" memang amat menganggu perasaan, takut buah pinggang tak larat nak mencerna ubatan ini. Keluh hatiku.

"Abang Ali makan tiap harikah ubat Darah Tinggi Abang Ali?"

"Makan!"

"Apa kata kalau tak makan"

"Takat dua hari okey! lebih dari dua hari memang pening, silap-silap tak makan langsung boleh..."

Itu yang dikatakan oleh Abang Ali, abang iparku yang terpaksa makan ubat darah tinggi. Dia macam Mila hanya ada masalah tekanan darah tinggi. Aku pula selain masalah darah tinggi; dengan diabetesnya, kolestrolnya, jantungnya, buah pinggangnya & bengkak hati.

Setelah bersara awal nampaknya hanya masalah darah tinggi, diabetes & kolestrol sahaja yang nampak kronik. Jantung, buah pinggang & bengkak hati nampaknya kian beransur pulih. Cuma kena kawal makan (berpantang) & perlu banyak bergerak atau senaman. Jika selalu berpeluh keadaannya akan menjadi normal.

Bebaru ini masalah jantung ini kembali terganggu. Kerap terjaga malam & sukar bernafas bagai masalah sekitar setahun lalu; Klinik Kardio, Hospital Serdang ada menyimpan sejarah sakit jantungku ini tetapi aku disahkan normal kira-kira setahun yang lalu. Sekitar setahun setengah aku berulang-alik ke Klinik Kardio ini.

Surat terakhir doktor yang aku koyakkan sangat melukakan hatiku; isinya seolah-olah aku tak ada penyakit. Mereka mengesyaki aku sekadar ada masalah gastrik ketika malam. Sedangkan kita yang empunya badan amat ketakutan bila nafas kita tertahan. Nak bernafas pun tak lancar; tarik nafas rasa sakit di dada; lepas nafaskan pun rasa sakit. Aku lebih mengesyaki ada injap dijantungku yang diganggu kolestrol. Tidak lancar. Dalam tempoh setahun setengah itu, selain makan ubat gastrik & cair darah; aku tak putus makan buah goji untuk pecahkan kolsetrol ini.

Jika gastrik setahu aku ianya berlaku sebab makan yang tidak teratur atau diserang sebab perut kosong. Tetapi sakitku kuat melandaku ketika aku makan berlebihan; di waktu malam selalunya. Jika aku tak makan lebih atau tak makan nasi dengan terlebih kenyang; tak pun nafasku diganggu.

Bagaimana kita mahu mengatasi keberkesanan andaian atau rawatan doktor pakar ini. Seperti yang pernah aku uar-uarkan. Aku dipaksa menjalanan dua kali ujian stres. Kemampuan lututku mana tahan menampung ketika ujian stes ini. Doktor pula asyik mahu aku turunkan berat badan. (Nak rawat jantungkah atau Rawatan Menguruskan Badan) Sedangkan aku pasti jika dibuat ujian DSE sedari awal pasti sakitku ini boleh dikesan. Memang doktor pakar pun boleh buat kita stres.

Aku pernah bersungut kenapa ramai pesakit jantung yang bergantung dengan kerusi roda tak disuruh belajar berjalan lancar & dipaksa berlari ketika buat ujian stres?.

Bukan mustahil setelah setahun setengah aku makan ubatan herba seperti goji, kolestrol di badanku boleh berkurang & tak ganggu jantungku lagi. Perkara ini yang sukar mahu dijelaskan.

Dua kali aku buat ujian stres begini.

Cukai Tanah Tertunggak.

Peti Besi Gajah Hijau

Top-top cukainya telah menjadi ribuan RM, sedangkan lima ekar tanah dalam tempoh 15 tahun pun menjadi sekitar RM5,000: bagaimana jumlah cukainya tanah yang seluas 10 ekar lebih jika tak dibayar cukainya selama 20 tahun. Ini isu besar yang terpaksa orang kampung tanggung.

Dulu arwah apak yang bayarkan dulu cukai tanah ini, sekarang ianya tak siapa ambil peduli; hanyalah mereka tinggal & senyapkan isu Cukai Tanah ini. Pihak kerajaan pula senyapkan sahaja setelah gagal menuntut Cukai Tanah ini. Sejak tahun 1960an diadakan akta tanah yang memerangkap pemilik tanah yang gagal membayar cukai ini.

Isunya tak semua pemilik tanah sedar ada akta tanah ini; hatta bila tanah bertukar hak milik ianya jadi perbalahan yang tidak akan selesai.

Kes kami lain, aku sejak lama mencari punca masalah tanah pusaka Md Sesh ini tetapi tak tahu ianya telah ghaib maklumat sebenarnya. Cukai yang bertunggak tidak sampai ke tangan kami. Geran kami kena selongkar. Peti Besi Gajah Hijau yang patutnya kebal telah dipecah orang. Kami sebagai pewaris yang sayangkan tanah pusaka Md Sesh menjadi bahan mainan keadaan. Tak sepatutnya kami dikenakan denda yang melampau tinggi sementelah kami tak dapat barang satu helai pun bil Cukai Tanah ini sejak berzaman.

Bagaimana kami nak merujuk ke Pejabat Daerah & Tanah Kampar jika maklumat tanah pusaka Md Sesh ini telah diceroboh waris sebelah keluarga tiri kami.

Sekitar 3 tahun lalu (ketika ada duit sedikit) aku terjah ke pejabat tanah Batu Gajah untuk mengetahui status tanah ini. Dari Batu Gajah aku diarahkan pergi ke Kampar. Aku diugut akan dilelong mana tanah yang aku sempat selamatkan maklumatnya. Ada yang telah bertukar hak milik tanpa pengetahuan kami. Yang ini aku terpaksa rujuk ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Ipoh.

Ketika itu aku belum buat keputusan Bersara Pilihan; aku terpaksa guna duit anak-anak (yang masih bersekolah) untuk tebus tanah ini yang mana denda cukainya memang tinggi. Jika mahu merujuk ke Ipoh aku pasti ianya memerlukan perbelanjaan duit yang bukan sedikit.

"Jika awak tak dapat selesaikan cukai tanah ini, bulan Ogos nanti kami akan buat lelongan tanah ini!" berderau dadaku mendengar penjelasan seorang perempuan separuh umur di Pejabat Daerah & Tanah Kampar. Ketika itu aku mahu berjumpa dengan Pegawai Daerah tidak dibenarkan lantaran sibuk katanya. Malahan aku mahu buat temujanji dengan beliau juga dihalang; dia kata kes tanah kami hanya boleh tahu statusnya jika saya ke Ipoh. (Hanya tahu status)

Orang tak berduit seperti aku manalah nak cari duit sekitar RM5,000 ketika itu. Esok ada mesyuarat dengan Pejabat Daerah & Tanah Kampar yang diatur oleh Biro Pengaduan Awam JPM Ipoh, selain Lot 6336 ada beberapa geran tanah yang masih tak tahu statusnya. Entah berapa ribu RM lagilah yang kami terpaksa langsaikan. Bukannya kes ini baru 15 tahun; rasanya telah hampir 20 tahun ianya terpengap di Pejabat Tanah sana.

Kita tunggu apa kata orang Pejabat Daerah & Tanah Kampar nanti.

16 September 2011

Bateri Kereta...


"Kami dah tak jual bateri berjenama!"

"Kenapa pula tauke? tahun lalu awak ada jual"

"Susah gerentinya; pembeli bising lambat mahu dapat semula, tenguk tu sudah lama!"

"Gerenti kilang memang, saya faham kalau bateri cap ayam tahan lamakah tauke!"

"Sama juga satu tahun gerent; awak hantar saja terus kasi baru!"

"Berapa iyer tauke?"

"RM155"

Memang itulah hakikat harga bateri untuk kereta perangku; silapnya hari tu aku tak hidupkan enjinnya. Top-top telah pun kondem baterinya lantaran tak digunapakai lebih dari tiga bulan. Mana ada bateri zaman kini tahan lebih dari setahun. Habis sahaja gerenti maka habislah kuasa baterinya. Hebat kompeni bateri ni buat bateri.

Jiranku nak buat rumah terbuka esok hari; jika kereta aku tidak dipindahkan di depan rumah macam menganggu mata yang memandang. Aku kalau boleh mahu menjaga hati jiran. Seyogia malas aku nak komen jiranku ini. Bayangkan buat foyer rumah pun tak ada longkang; segala kotoran barangan makanan mengalir ke, longkang rumahku. Sudah tak jadi longkang pun, longkang rumahku kian rpah simennya dimakan barangan makanan perniagaannya. Giliran dia guna ruang hadapan rumah; aku & anak-anak siap shampu bekas sampah kami; (berzaman dia guna bekas sampah kami baru sekarang ada peti sampah sendiri). Paling aku sedih pernahlah keluargaku buat beberapa kali majlis jamuan; boleh diletaknya sampah busuk di sebelah kerusi tetamu bersantai.

Amat menggusarkan kalau punya jiran tidak bersikap jiran; lagi kita menyatakan satu yang benar akan ada yang mengatakan mengumpat jiran. Buktinya jiran sebelahnya india sanggup bina pagar konkrit; tak sanggup nak bersapa pun dengan jiran kami. Sampai bila akan selesai masalah jiran yang begini.

Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi.


Islam banyak mewasiatkan umatnya agar kita sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan, Allah SWT berfirman dalam al-Quran;

Maksudnya;


“ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil. “

(Surah an-Nisa’ : ayat 36)


(Dekat dan jauh di dalam ayat di atas dikaitkan dengan tempat, hubungan kekeluargaan dan perbedaan agama antara yang muslim dengan yang bukan muslim)


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Prev: KONSEP DOA DALAM ISLAM
Next: ADAB-ADAB DAN HAK-HAK JIRAN

Alahai!... jika punyai jiran yang tidak menjaga hak-hak kejiranan samalah bagaikan punyai kereta tak berbateri. Amat memeningkan!.

15 September 2011

Dato' Kelana dalam Kenangan...


Semalam ketika aku ke PKupm; setelah doktor tidak puas hati akan sakit kronikku & mahu aku merujuk ke pakar jantung Klinik Kardio Hospital Serdang; Khabar sedih aku terima. Amar rakan karibku kemalangan di dalam kampus UPM ketika bertugas; cedera parah di kepala. Tengkuknya patah. Allahyarham Amar meninggal di Hospital Serdang sekitar jam 9:00 pagi. Dia meninggal seorang isteri & seorang cahayamata. Khabarnya ada seorang lagi yang dikandung tak pasti berapa bulan. Di FB Amar menggunakan nama Dato' Kelana. al-Fatihah untuk Amar; agar rohnya sentiasa di sisi mereka yang beriman.

Ini aku kutip beberapa catatan Allahyarham di FBnya.

Dato' Kelana

Hari yg cukup bernasib baik..
Syukur kepada Allah kerana memanjangkan umurku..
Walaupun dapat eksiden kecil....
(^_^)

·

Dato' Kelana hahaha...
bukan malas,tp kalu wat pon bahaya...
keselamatan diri penting tau...
bru jaga keselamatan org lain...

·

Dato' Kelana

hahaha...
hatiku rase berbunga....
dapat sesuatu yang tidak disangka....
thanks my dear.....
(^_^)

·

Dato' Kelana

beraya seorang diri....
anak dan isteri berada di kampung...
huhuhu...
:(

·

Dato' Kelana

Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat perkerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberikan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan". (QS. 9:105)

Sekitar jam 1:30 pagi baru aku balik dari urusan menziarahi jenazah Allahyarham di Parit 21, Hutan Melintang. Perak. Terkadang aku terfikir; doktorku yang amat risau akan keadaan kesihatanku; aku pula rasa bagaikan mula hilang semangat tanpa pun sokongan moral dari keluarga buat aku merentas kesakitan ini. Top-top rakan baikku yang pergi satu demi satu meninggalkan aku.

11 September 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 4)


Akhirnya jumpa juga tempe di Pasar Besar Kajang; di kedai runcit bukan milik kita; cakap penjual bagai orang seberang.

"Seikat ini berapa iyer dik?" aku bertanya harga seikat ada dua potong tempe agar besar juga.

"RM1.50" lain saja loghatnya.

"Agaknya neng jika seperiuk biasa sayur lodeh guna berapa keping tempe?" aku tanya padang Neng yang nampak tak fasih bahasa tempatan.."tak apalah kasi dua ikat!" aku terpaksa cepat pulang.

Lengkaplah sudah bahan untuk resipi Sayur Lodeh buatan Meru. Penat amat menerjah banyak gerai & pasar raya. Tiba di rumah nampak Mila masih leka mengemas rumah. Macam tak nak balik Meru.

Dah jam 6:00 petang lebih baru Mila mula memasak, Mie@Husna nampaknya menolong mak mertuanya memasak di dapur. Anak-anak astik mengemas kosyen di anjung rumah.

"Kenapa beli banyak sangat tempe ni ayah!?" tetiba Mila bersungut dari dapur.

"Ala bungkus sahaja yang besar; lebih tu Mila goreng saja nanti ayah akan habiskan, tak baik rezeki masuk ke rumah ibunya bersungut!" huh! lebih seringgit lima puluh sen dah membebel sungutku.

Puasa 29 Hari

Kami baru berbuka, makan apa yang ada. Sayur Lodeh masih tak siap lagi, tapi nasi impit segera nampaknya telah dijerang.

Aku pun capai tempe goreng yang jadi isu bebelan Mila. Sedap tempe goremg ni; sepuluh keping pun okey jika buat lauk. Selera diabetesku memang tak kenal tumpul.

"Eh! mana tempe ni, si Husna tak dapat rasa pun!" tetiba Mila bising; aku diam sahaja. Tadi dia yang bising aku beli lebih nanti tak habis serata alam pula dia mengadu, aku membeli tak mengagak. Alahai Mila bebenda remeh begini pun nak jadi penyebab. Belum nak habis Ramadan masih nak cari penyebab sembilu.

"Bagaimana progrem balik kampung Afiz?" aku tak tergamak nak tanya Mila, aku tahu anginnya tak berapa betul sebab seharusnya dia telah berada di rumah pusakanya ketika ini.

"Macam mana nak bawa anak kecil berjalan malam!" rungut Afiz sebabnya memang pernah si Qasrina cucu sulungku itu meragam hampir dua minggu akibat berjalan malam; lewat balik dari Meru. Sebab itu Afiz jeran nak jalan malam.

Aku pun terbayang betapa sepinya rumah Mak Nyaie; hati pun tak berapa sedap nak tinggal lama di sana; sebabnya isteri Maman Ifi (anak paling bungsu adik beradik Mila) nampaknya masih amat muda; dia tak betah buat kerja dapur bagai orang dewasa; Kalau Makcik Yong memang rajin memasak.

Aku juga terbayang bagaimana tidur di Meru tak macam rumah Opah Bi; siap segala untuk menantu pun cucunya. Bukan membanding tapi memang sudah kelaziman. Bila anak-anak makin dewasa bagai si Afiz dia mula terasa kurang selesa balik ke Meru; makin kita berumur makin mahukan privasi. Apatah lagi dia ada anak & isteri. Aku ni jenis tak kisah sangat. Lagi dah berumur begini tak payah sangat nak tidur; letak saja kepala dah lelap.

Cumanya terkadang tu bersungut juga; hidup ini berkembang. Kita perlu membuat persediaan buat tetamu pelbagai. Zaman sekarang tilam nipis Toto atau Narita dah murah; sekitar Sungai Besar boleh dapat RM45 bagi sebuah Narita. Di wakaf Che Weh pun harganya sekitar itu. Hari tu di Jenaris ada dijual harganya RM48; aku yang berleka tak sempat nak beli dah habis dijual. Di Nilai 3 pun nampaknya makin banyak dijual Narita ini.

Sebelum solat Isyak telah pun diumumkan Selasa 3o Ogos adalah hari raya. Khabarnya Brunei lewat rayanya. Hari Selasa baru nak tenguk anak bulan. Malaysia tak cukup sehari puasanya; 29 hari sahaja berpuasa di Ramadan tahun ini. Aku baca di laman sesawang Indonesia mereka pun sambut raya pada hari sama dengan Malaysia.

"Siapa nak ikut ayah sembahyang di Masjid Penjara Kajang?" dari rumahku sekitar 10 minit dah sampai ke Masjid Penjara Kajang di Sungai Jelok . Aku suka sembahyang di sana tak ramai sangat jemaahnya. Jika ada rezeki ada jamuan raya. Pernah aku beraya di sana bersama Afiz; sedap amat lemangnya. Boleh tahan juadah rayanya.

"Azim nak ikut ayah!..." yang lain macam dengar tak dengar sahaja. Anak semakin remaja begitulah, tak berminat amat nak ikut langkah ayahnya.

"Azim kalau nak ikut malam ni jangan berjaga malam; sebab lepas subuh tak boleh sambung tidur; biasanya masjid tu akan sembahyang sunat rayanya sekitar 8:30 pagi...!" jika ada Aziq@Angah di rumah tiga beradik ini akan selalunya leka tenguk filem yang dimuatturun. Katanya di UiTM Puncak Alam (PALAM) taliannya memang laju; dia jenis pakar dalam dunia maya. Tahu saja nak guna perisian apa nak muatturun filem dari dunia maya.

Afiz jarang turun dari bilik atas jika di rumah. Dia ada komputer sendiri milik Mie di atas. Ada TV pelbagai di kamarnya maka memang dia leka di atas. Itu pun komputer Afiz hilang semasa menyewa dengan pelajar tahun akhir. Rakan sekamarnya yang panjang tangan. Selepas kehilangan komputer riba itu Afiz buat keputusan berulang dari Meru sahaja. Dunia kini tak takut hukuman hudud potong tangan; tak pohon maaf ambil barangan orang maka kudunglah tangan sepanjang hayat. Itu memang hukumnya, kecuali empunya barang memaafkannya. Baru beli komputer tu; bau kedai lagi; plastik balutnya pun tak dibuang lagi.

Bayangkan jika ada dua buah komputer di kamar atas.

"Kita kena bertolak sebelum jam 8:00 pagi... okey Azim!"

- bersambung

07 September 2011

Emosi Anak AC Mizal Terganggu Melihat Gaya Hidup Mewah Ayahnya

September 7th, 2011

Sedih pulak membaca cerita bekas isteri AC Mizal, Shafnie yang terpaksa meminjam duit daripada ayahnya untuk menyara dua anaknya. Kenyataan tersebut diberikan oleh ayah Shafnie semasa kes tuntutan pengubahan nafkah anak di antara Shafnie dan AC Mizal.

shafnie
Untuk pengetahuan anda, AC Mizal kini memberikan nafkah sebanyak RM300 sebulan kepada Shafnie untuk menyara anak mereka berdua. Shafnie ingin mengubahnya kepada RM3,770. Baca entri ini sepenuhnya untuk artikel sepenuhnya.

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya.

Rafiah Ab. Talib, 62, menerusi afidavit keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini, hari ini memberitahu anak perempuannya turut terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi tujuan tersebut.

Menurut pesara itu, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah yang disewa di Kota Damansara ke rumahnya di Kajang kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah.

Berhubung penghantaran anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 15, ke Sekolah Menengah Islam al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam, Rafiah dalam afidavitnya menyatakan:

”Muhammad Shafiq tidak mendapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut,” jelasnya.

Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen.

”Muhammad Shafiq pernah mempertikaikan apabila melihat ayahnya memakai sepasang kasut berjenama ketika remaja itu hadir bersama ibunya ke prosiding mahkamah tahun lalu sedangkan dia hidup sederhana,” jelas Rafiah.

Rafiah dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berhubung kes tuntutan pengubahan nafkah anak yang dikemukakan oleh Shafnie, 35, selaku plaintif terhadap bekas suaminya, AC Mizal, 39.
Ketika sesi soal balas oleh peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal selaku defendan, saksi kedua plaintif itu menafikan isu tuntutan pengubahan nafkah anak terbabit difailkan selepas Shafnie bercerai menerusi perkahwinan keduanya.

Jelas ibu Shafnie, anak perempuannya itu pernah berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengan AC Mizal, namun beliau tidak mengingati bila tarikh pernikahan tersebut berlangsung.
Dalam permohonan pengubahan nafkah anak, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Azmi Rais menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.
Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).

Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).

Warkah untuk Kak Min


  • Yasmin Hanifah
    Sy bekas isteri Polis,,x pnh berasa yg mereka melindungi penjenayah mana2 pn,,16 thn sy dok dlm komuniti Polis n bergaul dgn dorg,,hr2 sy gosok bj Uniform n sematkan butang2nya,,kerja dia x menentu,,dgn gaji 300 je waktu kami br bernikah ,,sehingga lah kami berpisah 16thn kmudian,,bekas suami sy MASIH x mampu nk ada motor sebijik pun...kami krg mkn,,krg pakai..,sy juai kueh tepi jln dpn bustop nk bantu ex sy bela anak2..Dunia sy hya pasar,,kue,meniaga,rmh ,n anak2,,kami x pnh p bercuti kmana2..x mkn angin,,,angin yg mkn kami,,hehe..mcm2 cara sy cb nk legakan kehidupan..,sy dok sermh ,sy tau pegerakannya..ssh payah waktu keja dia yg x menentu,,luka2 n bahaya dia dlm keja,,(tu pun curi2 dgr bila dia sembang dgn kwn yg tandang)krn dia x pnh cerita pkr2 kerja dgn sy...so yg x wat keja tu sapa yg Tn Idan maksudkan,,sy x tau...bkn smua tggjwp K'jaan..Mak Ayah..komuniti,,sedara mara..jika asyik cari buruk,,mana nak nampak yg baik,,,???xkan xde langsung laaa.pkr2 baik yg Ada dlm Negara kita ni.....sayangnya....!!!..Rasanya xde sapa yg suka manjakan penjahat,,hanya lomtertangkap lg.....tah la,,,if nak cr yg negatif ..,memang senang,,,cuba2 cari2 yg baik2,,wat mcm main game ker...Sy x tau apa nk kata..krn sy SYUKUR dgn kehidupan sy,,smua sy da rasa,,yg belum HANYA ,,MATI n KAHWIN LAGI...jer...hahahahahahahahahhaahah.....
    Semalam pada pukul 12.18 pagi ·
  • Idan Radzi Kak Min.. tak dinafikan kehidupan anggota polis sejak zaman 60an lagi amat daif; tak pernah kita dapat lihat beret polis punya tiga bilik; dengan keadaan yang sempit anak yang ramai mmg polis ini terabai; ketika itu juga sy ni kerja buruh sambilan gaji sehari RM7 sebulan sekitar RM200 sahaja. Masih ada flat yang sama (dua bilik) di KL ini... tapi kalau Kak Min ke Banting tenguk balai polis baru sana... mmg teruja; gaji polis pun semakin hari semakin okey...
    14 minit yang lalu ·
  • Idan Radzi sekadar nak kongsi pengalaman; kami pernah buat laporan polis di Puchong; masa tu rumah teres AGAM kami penyewanya tak mahu bayar; dah 5 bulan tak bayar (5x600).. kopral yang terima aduan sekadar kata; kami cuma boleh nasihat tapi tak boleh bertindak kecuali ada surat peguam... tapi kalau kes sampai kerugian RM10K itu mmg dibolehkan... nak cari surat peguam bukan dapat free kami terpaksa jual rumah tersebut; tempoh proses jualan ngambil masa 5 bulan; (lebih 10 bulan kami bagai mendukung biawak hidup) kami terpaksa menanggung bebanan bayaran bank yang tinggi; masa tu kebetulan mantan PM kita berbalah dengan Soros; kami kerugian lebih dari RM10K... itulah nasib orang awam. Kalau nak kira nilai rumah lagilah kami menangis tak berlagu.
    9 minit yang lalu ·
  • Idan Radzi akhirnya cikgu cina yg beli rumah kami tu... buat cara awam; (dah polis mmg terikat dengan pelbagai protokol) dia upah samseng-samseng cina bawa parang panjang pelbagai... serbu rumah sewa kami baling semua barang-barang si india licik itu... ugut pindah; barulah india ni berpindah; tapi rumah tak jadi rumah ditinggalkan dengan kotoran pecah sana sini. Hutang bil api beribu; air pun sama... malas nak cerita bab berurus dengan polis ni Kak Min; sebab abg tiri sy pun ketua polis Kak Min; ayah si AC Mizal tu. Arwah Abg Din pun keluar masuk lokap polis!... Pernah kami pasang peguam beribu RM lawan dakyah polis; kami menang kes!...kalau Kak Min selalu tenguk filem hindustan atau india mmg ada ketika skrip mereka itu lojik (tak dinafikan ada polis yg benar-benar dedikasi; tanpa repot polis semalam kami tak mungkin dapat barui lesen buat rayuan IC pelbagai)
    6 minit yang lalu ·
  • Idan Radzi semalam kami selamat RM110 sebab ada repot polis untuk buat IC baru; Terima kasih JPN.. tapi JPJ masih kejam... nak juga duit buat kad plastik (lesen) tak sampai RM5 paksa kami keluarkan duit RM20 gara-gara bantu penyamun tarbus tu!... huh! (mmg sy benci kekejaman, ini bukan takdir Kak Min.. ini juga BUKAN ujian tapi sistem kita yang korup)
    Lebih kurang seminit yang lalu ·
takrif :
mmg singkatan memang
sy singkatan saya.

2/3 Kota Bharu (Episod 3)


Tempe.

Afiz demam & baru aku hantar ke klinik. Kasihan dia semasa di TESCO dia nampak tak larat berjalan. Berdiri kaku tak berdaya melangkah. Untuk mencari ketupat segera bukannya ada panduan. Troli yang aku bawa pantang letak sekejap ada saja yang ambil jalan mudah; dia tenguk barangan dalamnya tak sebanyak mana tetiba disambarnya. Aku syak pekerjanya sedang mengemas yang ambil; malas amat nak ambil jalan pintas sahaja. Rak kayu yang berharga sekitar RM20 habis stok. Cantik raknya untuk letak botol kuih raya. Peti plastik yang ada tawaran pun kehabisan stok. Ceritera sama, apa saja tawaran harga menarik kena cepat dicapai. Stok tak banyak mana cepat amat habis dijual.

"Adik yang rak pameran ini tak jualkah?" tanyaku bila diberitahu habis stoknya tiada lagi.

"Yang itu kami tak jual!" aku lihat semua rak yang seakan sama berganda harganya. Sekitar RM50 bagi satu unit. Di mana pun boleh cari rak sedemikian harganya. Jika beli dua dah lari bajet!.

Akhirnya aku buat keputusan pergi ke Giant; nak bergerak jauh pun waktu makin suntuk. Tenguk wajah Afiz pun buat aku hilang semangat nak berhari raya.

"Banyak juga barangan tak ada ni Afiz, ayam, udang, cabai masak, kacang panjang, tauhu kering ni kena tanya ibu macam mana!" keluhku, Afiz senyap saja " ketupat segera ini cuma ada jenama Nona, itu yang saiz besar peketnya, kita beli satu bungkus; kut di Giant pun kehabisan stok!" kami berbaris panjang untuk membayar barangan yang kami dapat cari di TESCO. Masalah berbaris panjang ini yang buat aku terkadang amat malas nak ke TESCO.

Aku suruh Afiz rehat sahaja di Avanza. Giant tak sesesak mana, parkir bersepah kosong.

"Tak payah matikan enjin jika nak sejuk, ayah rasa kejap saja nak cari barangan ni; kalau ayam kehabisan, biar ayah pergi dengan adik Afiz cari sekitar Kajang.." Aku terbayang Pasar Besar Kajang; rasanya memang banyak pilihan di sana. Sukanya ke Pasar Besar Kajang banyak orang Minang berniaga; pastinya banyak ulaman kegemaranku ada dijual.

Bila aku terjah bahagian jualan ayam, bertimbun lagi ayam yang masih terjual. Udang pun ada dua pilihan; udang sederhana besar berharga sekitar RM17 sekilo & nampak lebih segar bersaiz sama (bukan XL) RM19 sekilo. Aku lebih tertarik beli yang segar. Cabai masak juga banyak, cumanya kacang panjang memang kehabisan. Aku terjumpa tauhu kering; baru aku perasan ada dua jenis tauhu kalau mahu buat Sayur Lodeh. Tauhu biasa (basah) & tauhu kering.

Setelah membeli ayam dua ekor & beberapa barangan lain aku segera ke kaunter bayaran. Lapang dan tak perlu beratur panjang. Itu kelebihan Giant; memang tak banyak buang masa jika berbelanja di sana.

"Afiz... cuma tinggal tempe, kacang panjang & kelapa sahaja, tenguklah nanti kalau ibu tak berpesan yang lain ayah ingat nak beli di kedai mamak sahaja!" keluhku, Afiz aku lihat mematikan enjin; sejuk katanya!. Sah kuat demamnya, padanlah doktor kasi dia cuti, biar pun awal pagi dia pergi juga ketuk kad perakam waktunya.

Sampai di rumah Mila kata, kalau tak ada kacang panjang, kacang buncis pun okey!, kelapa pula dia mahu santan yang diperah. Ish! nasiblah aku tak beli kelapa yang dikukur. Memang bukan mudah nak cari bahan buat Sayur Lodeh ini. Aku membuat rayuan kepada anak-anak untuk pergi menemani aku; biasalah kalau Aziq tak mungkin mahu, Anif kadang-kadang. Yang selalu mahu menemani ayahnya si Azim, itu pun terkadang dalam keadaan terpaksa.

"Kenapalah ayah nak anak ayah mengikut ayah ke mana-mana?" keluh si Azim.

"Kenapa Azim cakap begitu, masa ayah macam Azim (sebesar Azim)... ayah suka sangat temani Atuk Radzi tu ke Gopeng jika dia ambil barangan untuk kedainya, lagi pun ayah ni bukan sihat sangat; kut dibuatnya ayah tumbang sorang-sorang siapa nak tenguk ayah!" desahku, ayat yang sama sering kuulang bila Azim memang berat hati nak temankan ayahnya.

"Azim perasan kan, sejak Azim tak lahir lagi inilah kerja ayah, ulang alik ke kedai, ke pasar! ibu Azim tu memang tak reti nak beli barangan dapur, pernah dia beli ikan di pasar bergaduh dengan cina; asyik picit ikan saja tapi tak jumpa-jumpa ikan yang dia suka...!"

"Dah tu kalau dengan Azim dia tak kisah pun kalau Azim beli kelapa parut; ini kenapa nak juga santan yang diperah!"

"Itulah masalah ibu, dengan ayah tak ada pilihan; tak boleh berunding. Tadi kalau dia kata kacang buncis pun boleh kan senang; kalau santan tu perah dengan tangan pun okey kan mudah!.." aku mula membebel; di Sungai Kantan aku cuma jumpa satu sahaja mesin perah kelapa; dengan kakak lawa tu; Bila aku ungkit bab ibu asyik komplen perut boroiku Azim mula mencelah!.

"Dahlah ayah, berapa kali dah ayah ulang ayat yang sama; memang perut ayah boroi nak buat macam mana!" ayat yang sama; Azim telah pandai tiru bahasa ayahnya.

"Ayah sakitlah Azim, bukan macam cakap ibu itu, ayah kat rumah rilex sahaja membesarkan perut; cubalah ibu Azim tu sehari menjadi ayah; nak bawa kapcai ayah yang brek cuma tinggal satu tu.. dia pasti tak sanggup; berapa kali sehari ayah terpaksa bawa kapcai buruk ayah tu ke sekolah, ke Kajang atau TESCO, Giant pelbagai? dengan hujannya, dengan panasnya, habuk. ..Asap kapcai ayah tu bukan saja nyamuk, lalat pun boleh mati Azim tau!.." Azim diam sahaja.

"Kalau Avanza ni lain, tidur pun sedap kat dalam Avanza ni! penghawa dinginnya boleh keluar salji" aku parkir di kedai kakak lawa Sungai Kantan. Bawah pohon teduh.

"Kelapa habislah pakcik!" huh! pakcik dipanggilnya aku. " Ketupat segera Adabi yang peket kecil ada tak dik!" patutnya aku panggil kakak!... (Memang tak ada tokoh jadi pekedai; kalai kakak lawa ni bergaya ketika malam; orang pasti kata dia Pegawai Besar di pejabat gah mana tah!.)

"Yang ada cuma ketupa Nona, saya memang tak jual ketupat Adabi"

"Saya pun tak suka ketupak Adabi tu; kadang-kadang lembik sahaja tak sesedap ketupat Nona" celah seorang makcik yang nampak berusia. Masalah besarnya selera Mila berlainan.

"Emm! yang ini saya dah beli tadi!" aku lihat yang ketupat segera Nona saiz peketnya besar.

"Tempe dik... kat mana?" aku mencari-cari tempe.

"Habis!"

Sungutanku meleleh "Inilah masalah si Mila ni; sejak semalam saya ni dah bising suruh sinaraikan barangan nak beli untuk berhari raya; penat orang rumah ni!" aku bersungut entah siapa nak dengar pun.

Ish! semua dah habis, sebelah kedai kakak lawa ini ada kedai jual ikan & sayuran; pun tutup. Aku terpaksa ke Pasar Besar Kajang. Hari dah beransur petang; terkejut beruk aku dengan saingan santan di Pasar Besar Kajang. Banyak amat mesin perah kelapa. Dari gerai india, Minang, Melayu; banyak amat!; kepala pun berlori-lori tak dibelah lagi. Ish! memang rugilah kakak lawa kalau berniaga tak sungguh-sungguh keluh hatiku. Dia tak ada saingan di sana.

Dua biji kepala diperah dikira sekitar dalam RM 3.00 lebih kurang (lupalah pula) nampak sikit amat. Dah itu Mila suruh beli dua biji; beli lebih kut kena bebel. Tapi dari firasat aku; jika beli 4 biji kelapa memang lagi nampak banyak santannya pasti sedap Sayur Lodehnya!.

Ketupat segera, melambak-lambak nak nama pelbagai jenis pun ada; jenama Adabi macam tak dibeli orang. Baik paket saiz kecil atau besar!.

Berpusing-pusing aku cari tempe di Pasar Besar Kajang; tak ada. Kacang buncis pun cuma ada dua tiga orang yang masih menjualnya. Mila bising aku selalu terbeli yang tua; setahu aku kacang buncis muda belaka. (Mulalah asyik serba tak kena)

"Tempe memang tak jual ke habis dik!" aku bertanya setelah hampir sepuluh gerai aku bertanya tak jumpa.

"Habis! "

"Ish! semua orang Kajang makan tempe hari raya ni..!" tak hairan sebab di Kajang memang ramai orang Jawa. Azim yang ikut aku tawaf di pasar naik penat. Dia tak mahu bangun sahur malam tadi; padanlah monyok semacam. Sabar-sabar Azim kita mesti jumpa tempe kejap nanti!. (Mana mana sedapnya Sayur Lodeh tanpa tempe)

- bersambung!.

05 September 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 2)


"Bila ayah nak balik ke Meru" entah kali ke berapa Mila bertanya, sambil dia kemas rumah sambil itu dia mencongak waktu.

"Ayah ikut saja, kalau ibu nak balik sekarang pun ayah tak jadi masalah!"

Dengar khabarnya Mila & adik-adiknya mahu berkumpul di rumah pusaka mereka. Ini tahun pertama keluarga Mila berhari raya tanpa ibu & ayah. Nyaie (bahasa baku tulis Nyai.. aku suka nulis Nyaie.. ada bunyi eee hujungnya) pergi meninggalkan kami ketika dewan perkahwinan gegak-gempita dengan alunan lagu pilihan Mila. Aku sebenarnya menolak lagu yang lantang ketika majlis; selalu berpesan pada Mila. Jika buat majlis biarlah tetamu santai; waris ramai datang nak berbual bertanya khabar. Nak dengar lagu banyak kat radio; entah berapa banyak FM di saluran radio kita.

Apatah lagi jika majlis siap berkaraoke; bukan aku anti hiburan tetapi tak tahu mana nak dengar. Di ruang terbuka mungkin boleh diterimapakai; bayangkan jika di dewan. Gemanya menggila. Nak makan-makan atau bersembang pun rasa serba tak kena. Bagaikan tertelan lagu. Jika mahu hiburan; alunkan saja lagu sederhana rendah nadanya. Lagu instrumental lagi bagus. Jangan memaksa tetamu mendengarnya.

Nyaie menyambut panggilan Ilahi sekitar 2:15 petang; khabarnya tersebar sekitar 2:30 petang. Laguan gegak-gempita beralun sampai sekitar 3:00 petang. Roh nan pergi tetap pergi, kita di dunia seperti biasanya terpaksa meneruskan perjalanan hidup kita. Huh! itu kenangan lama.


"Selipar itu kenangan kita ke Melakalah ibu, takkan tak ada pasangannya!" aku ternampak Mila tangkap muat sahaja barangan yang dia mahu buang; memang ramai kalangan kita suka rumah jadi padang golf akhirnya lapang cuma tinggal tahi cicak sahaja. Aku perasan ada beberapa pasang kasut kesayanganku yang mahu aku baiki tinggal sebelah sahaja; mana pasangannya aku tak pasti. Ketika aku tiada di rumah Mila & anak-anaknya buat operasi Bersih. Jangkaan aku betul; stor aku di atas sana tak boleh dimasuki kini. Konsep sumbat muat akan menjadi sejarah kamar Afiz sebelum diduduki kini; nak buka pintu pun tak boleh dulunya. Padat dengan barangan yang tak pun dikelaskan.

Teringat apa kata Tok Perak, anaknya pun begitu kalau mengemas rumah bukan mahu periksa apa dalam kotak; Ketika pindah rumah, dia pun nyaris tidak kehilangan set pinggan mangkuk yang mahu dijadikan bahan buangan anaknya. Aku selalu sebut set pinggan mangkuk ini arcoroc , bahan cucian pakaian menjadi arcopal.

Untuk mengemas rumah zaman sekarang telah banyak kemudahan; konsep simpan dalam kotak kertas sudah kurang berkesan; paling cantik simpan dalam kotak plastik; siap beroda & mudah dialihkan. Titik bab kemas rumah.

Sedar tak sedar; hairan bin ajaib. Mila buat keputusan beraya di Jenaris. Seingat aku entah berapa lama kami tak beraya di Jenaris; silap-silap telah berbelas tahun kami mesti raya di Meru. Jika Hari Raya Korban itu mungkin selalu.

Dua hari sebelum raya aku telah bising menyuruh Mila sinaraikan barangan yang mahu dibeli. Biasalah hari raya mesti ada sahaja keperluan dapur yang tak cukup. TESCO tak jauh dari rumahku ini; sekitar 2 atau 3 kilometer sahaja. Selalunya jika musim perayaan TESCO akan dibuka sampai jam 1:00 pagi (buka 8:00 pagi memang telah menjadi jadual harian). Aku perasan jika mencari barangan basah keperluan dapur dua pasar raya ini bersaing sihat. TESCO & Econsave. Giant yang beberapa ratus meter sahaja dari rumahku memang tak dapat tandingi harga runtuh dua pasar raya ini.

Rakan St Michael's Inst Ipoh (SMI) yang buka restoran Nasi Arab pun mengadu, terpaksa berlari ke TESCO untuk mendapatkan harga barangan yang munasabah. Pasar Borong pun tak dapat menyaingi kemurahan barangan basah di TESCO ini.

Mila merancang nak masak Sayur Lodeh; sambal kacang dia telah beli kompeninya yang buat; Sime Darby. Nasi himpit dia mahukan buatan Adabi yang peketnya kecil. Banyaklah barangan yang kena beli; faham sahajalah nak buat Sambal Lodeh.

Awal pagi Isnin aku telah bising nak ke TESCO, Mila buat faham tak faham sahaja; akhir sekitar jam 12:00 tengah hari baru aku bertolak ke TESCO. Alahai hanya jual bulu ayam sahaja untuk cuci habuk; tak jumpa biarpun kaki ayam di TESCO; udang pun cuma ada udang kering; kacang panjang pun habis; ketupat segera cuma ada jenama Nona yang peketnya besar. Aku berbual dengan Minaci yang menjadi Jurutimbang di bahagian sayuran & barangan dapur.

"Jam 8:00 pagi orang telah serbu; ayam awal pagi lagi dah habis! ayam memang ada tawaran murah hari ini!" aku tanya pada pemotong ayam si Bangla yang memang aku telah cam mukanya.

"Bila ayam mahu sampai?... ini petang adakah?"

"Sudah kasi tahu stok habis tapi tarak tahu bila mahu sampai!" Huh! gimik sahaja TESCO ni; aku buka di akhbar memang harga ayam mereka jual RM3.39 sekilo; setiap keluarga 4 ekor. Gua punya keluarga tarak dapat seekor pun. Jika memang mahu beri khidmat atau promosi jualan termurah kenalah banyak stoknya; bukan iklan sekadar mahu panggil orang datang!.

- bersambung

04 September 2011

2/3 Kota Bharu.


"Pernahkah awak rasanya ikatan kasih sayang itu boleh mengeratkan talian yang selama ini tak pernah ujud"

"Aku tak pernah merasakan!"

"Habis tu takkan pernah awak merasa perasaan dilamun cinta?"

"Cinta?, aku tak pernah pun bercinta, jika ada pun rasa cinta aku telah letakkan kepada orang yang salah!"

"Orang yang salah?... bagaimana itu?..."

"Orang yang tak sepatutnya aku cintai, orang yang lebih layak dipanggil waris..."

"Emm! memang cinta itu tak pernah mengenal siapa tetapi ada dua ketentuan cinta, pertama cinta yang memang tepat pada orangnya, suci, bersih, setia tanpa bercampur noda, kedua cinta yang songsang penuh noda, cela pun kepalsuan.."

"(diam)" aku malas nak korek perkara lama; lagi pun dalam syarat bercinta jangan mengungkit kisah silam; titik.

Aku mencongak bajet untuk ke Kota Bharu Kelantan, belanja aqiqat untuk Qasrina telah pun disediakan, sebahagian dari duit sumbangan Majlis Persandingan Afiz pada Januari lalu. Aku dengan Afiz telah pun memasukkan duit ke akaun waris Husna (Husna aku panggil Mie). Ayah Mie Pak Lotepi@besanku tak punyai akaun; maka terpaksa guna akaun warisnya.

Jangkaan awal kos untuk kambing sahaja mesti sekitar RM700 lebih. Mahal harga kambing kini. Sekitar dua tiga minggu sebelum merancang buat kenduri aqiqah ini aku sempat telefon besanku ini. Pak Lotepi kata dia hanya terjumpa kambing kampung yang harganya sekitar RM750. Dia lebih berminat nak buat aqiqah cucu sulung kami pada Hari Raya Haji nanti. Kongsi daging lembu kurban satu bahagian; jimatnya banyak. Aku pula berpendapat jika tunggu Hari Raya Haji sudah terlalu lewat; ikut hukum hakam kita lebih afdal buat aqiqah sekitar dua minggu selepas bersalin. Lagi pun bajetnya ada lebih meriah buat segera.

"Mila kita buat di Machang saja aqiqah untuk cucu kita!, lagi pun tiap kali nak buat kenduri mesti di Meru, anak kita semua buat aqiqah atau apa juga kenduri di Meru!; orang sebelah ayah, orang Machang nak rasa juga kenduri kita!"

"Dahlah tak mahu nak komen fasal kenduri-kendara ni..!" Berbual dengan Mila biasalah begitu. Positif bagaimana pun jadi negatif.

Kebetulan empunya anak; ayahnya Afiz memang setuju buat di Machang.

Aku Google di internet; mencari laman sesawang Kambing untuk aqiqah di sekitar Kota Bharu Kelantan; ada banyak juga yang aku temui pembekal kambing aqiqah ini; kambing kampung lain harganya; kambing biri-biri lagi murah; Besar lagi. Kebanyakannya kambing biri-biri berharga sekitar Rm500 ke RM800. Maknanya memang benarlah apa yang besanku nyatakan. Jika seekor kambing kampung berharga RM750 memang kena beli juga; sudah memang harganya begitu. Jika dapat anak lelaki kena dua ekor bayangkan betapa nilai duit zaman kini; aqiqah hanya sunat; lambat laun pasti orang kita akan lupa apa aqiqah jika kita tak mampu.

Rezeki Qasrina memang murah, selang beberapa hari kami masukkan duit untuk Pak Lotepi mencari kambing; dia telefon Mie, katanya dapat kambing biri-biri berharga RM600. Orang Kelantan kata; Molek sangat!.

-bersambung


Takrif

Besan: /bésan/ 1 hubungan kekeluargaan yg terjalin antara ibu serta bapa mentua seseorang dgn ibu bapa sendiri: Pak Mat dgn Pak Ali itu bukan adik-beradik tetapi ~. 2 ibu bapa kpd menantu. berbesan berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin.