Ini pantun asalnya...
Nyior gading tumbuh terpacak
ditanam orang ditepi kolam
kasih bak gunung tiada kemuncak
rindu bak laut tidak terselam
manis rasanya si air nira
jangan sampai menjadi cuka
puas kucari penawar lara
pengubat hati dikala berduka
(lalu berjual beli tidak akan habis...)
kalau tuan menabur selasih
tumbuh melata didalam taman
orang bersedih rindu kekasih
hamba menangis rindukan teman
sakitnya kaki tertikam paku
paku berada ditepi loyang
sesekali pilu menyentuh hatiku
bila terkenang teman tersayang
nyior melambai ditiup bayu
kelihatan jauh mencapai awan
terkenang teman dihati sayu
membuat hati bertambah rawan
pergi keladang memetik jagung
buat bertih bercampur lenga
rindu dihati tidak tertanggung
bagaikan kumbang kehilangan bunga
pergi mengail ikan gelama
masak gulai berasam jawa
bilakah lagi dapat bersama
redakan resah rindu dijiwa
anak itik berenang-renang
bermain-main didalam lata
orang jauh tetap dikenang
selalu bermain diruang mata
manis sungguh sibuah manggis
dibawa orang didalam perahu
bengkak mata kerana menangis
sebak dihati siapa yang tahu
Sesekali sedap juga bermadah & berpantun. Aku punyai ramai kenalan yang leka berpantun. Antara pemantun yang amat aku senangi adalah TokWan (TW) rakan aku di SMI lalu.
Jika anda rasa gelisah tiada teman mahu berbual apa salahnya menjadi rakan kami di FB sana.
Aku rajin buka akaun aku yang bernama
iDANRADZi lambang lakaran bunga ros
ada tiga lagi akaun yang aku suka klik
iDANRADZi berlambang sekawan burung
Gelenggang
&
Yoep Rindu
Jadilah rakanku di akaun iDANRADZi lambang lakaran bunga ros; pastinya anda akan dapat membaca banyak pantun yang menarik oleh TW.
Khabar sedih akaun aku di easyjournal nampaknya telah hampir sebulan tidak dapat diakses hanya sekitar 50% sahaja yang dapat aku selamatkan. Inilah masalahnya dunia maya jangan bergantung sangat karya kita kekal di dunia maya; sekelip mata semuanya boleh hilang. Aku berangan mahu membukukan karya aku; tapi entah bila anganan ini akan tercapai.
Nyior gading tumbuh terpacak
Terjatuh dalam ke tasik madu
Sungguh terperi kasih tak kemuncak
Laut di selami pelepas rindu
Tegak berdiri sipohon berduri
Buat memegang sibotol cuka,
Penawar luka senang dicari..
Boleh mengubat hati yang luka
Muhamad Nasiruddin Bin Yahya
sayang-sayang sibuah kepayang
dimakan mabuk dibunag sayang
mulut tersebut hati terkenang
rindukan teman airmata bergenang.
Imah
ingin kuikat si tali belati
untuk menarik bungkah keluli
rindu bagaikan menghiris hati
yang dirindu tak pernah peduli
bungkah keluli dituangkan baja
karatnya menjadi melata-lata
menanti dirimu hingga ke senja
orang ditunggu tiada berita
ingin kuintai sang pendita
bermadah indah bersenda leka
telah kian kering si air mata
entah bilakah akan terubat luka.
iDANRADZi
pergi menebang sikayu jati
untuk membuat pendayung sampan
hajat besar didalam hati
...nak jerat kasih dikail tak berumpan
terbang berkawan sianak burung
hinggap singgah di kuala ruyung
samudera kasih tak daya ku harung
perahu ku kecil tiada pendayung
burung ditabur biji selasih
dicampur dengan gandum bergula
gula bersalut isi berangan
hendak ku duga selaut kasih
perahu sedepa bocorlah pula
tidak tertimba dek tapak tangan
turun makan anak merpati
diatas batu ditepian lata
dahulu budi penambat hati
kini kasih bertamukan harta
Enak sungguh rasanya pulut
tambah lemak dicampur santan
kasih hanya madu dimulut
budi bak garam curah kelautan
seluas saujana terbentang di mata
gunung tinggi berpuncak satu
budi ku semai bak emas permata
tuaian kasih kaca dan batu
di tengah sawah menyemai padi
padi menghijau bak pohon selasih
mana dipandang kasih dan budi
harta menjadi penambat kasih
TW
Gengam pasir menjadi intan,
intan bersinar silau mataku,
kasih sayangku ibarat lautan,
sedalam dasarnya gitulah sayangku..
...Gurun sahara menjadi rimba,
rimba tumpuan unggas melata,,
janganlah tuan selalu hiba,
mengenagkan kekasih jauh dimata...
Pergi si Mamat membeli selaseh,
selaseh dimakan menguna sudu,
Kalau harta penambat kasih,
peluk dan cium penawarnya rindu,
Pulau undan nampak berbalam,
kilauan ombah beralun biru,
Kalau dah jauh berindu dendam,
balek ke ipoh terubatlah rindu...
Tw tinggal di pekan Bidor,
Bidor terletak persimpangan Sungkai,
Kalau dah TW susah nak tidor,
Berjumpa tersayang kusut terungkai.
Tasuki Kasbi
Banyak lagi Pantun yang sedap-sedap dikarang secara spontan oleh
rakan TW. Aku pun teruja menikmati & mendalami maksudnya.
Sila klik Label menu kiri & pastikan klik TokWan (TW)