Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

21 Julai 2010

Antara Prof & Penyair 4 (Singgahsana)



Grand Hotel Kampar
Baru dibuka dari sini tak jauh Lata Salu & Gua Tempurung.

"Ingat 5 perkara; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati."

Aku teringat akan kata-kata ini bilamana melihat wajah-wajah sahabat lamaku; memang ada kalangan kami yang telah meninggal dunia. Seperti Allahyarham Kapten Suhaimi katanya dia terlanggar pokok kelapa masa latihan LIMA di Langkawi. Lihat aku & Moghom kami nampak amat tua; lihat rambut Moghom yang memutih pun perut aku yang memboroi rasanya kami ini hanya tinggal mengisi sisa usia sahaja.

Aku terbayang Khalid dulu & sekarang; dulu Khalid nampak sasa lincah; sekarang Khalid nampak mengecil; dia nampak ceria tapi tak tahu apa sebenarnya dalam diri. Dzuan pun bukan sihat mana, dia makan ubat Darah Tinggi seperti aku. Yang lain tu mungkin masih menikmati hidup yang sempurna.

"Hujan lebat sangat ni Isa, jangan memandu laju; sekadar 80kmj pun dah cukup" aku bersuara, aku sering mengingatkan ini kepada rakanku.

"Jalan raya kita ni Isa lebih dari 70% tak selamat, licin; kalau kita laju ketika jalan raya basah memang nak nahas; macam memandu atas cermin." aku teringat bagaimana aku bersama Datuk Prof Radin buat ujian keselamatan dari Seremban sampailah ke Port Dickson; setiap selekoh merbahaya semuanya licin. Kemalangan berlaku sebab terbabas, tergeser terutama waktu hujan. Amat licin

Aku perhatikan Isa nampak fobia, senyap sunyi tak bersuara.

"Kalau kerajaan wartakan 70% jalan raya kita licin pastinya ada yang saman JKR, LLM atau Plus lantaran kita bayar cukai jalan; tapi apa mereka buat dengan jalan raya kita...!" Isa diam sahaja mungkin dia tak faham pun apa yang aku bebelkan.

"Saya baru sahaja kemalangan jalan raya, terlanggar lopak air; Perdana saya berpusing beberapa kali & terbalik beberapa kali; dua tayarnya cabut terlanggar pembahagi jalan & Perdana saya tu tercampak ke parit tepi jalan..."

"Siapa ada lagi dalam Perdana tu.."

"Isteri & anak-anak"

"Habis tu mereka macam mana!"

"Anak-anak tak ada cedera parah; isteri sahaja, luka kena pecahan cermin, tulang sekitar tengkok patah.. "aku membayang sering tulang di dua bahu kita ini jadi mangsa. Ngeri membayangkan Perdana tu berpusing & terbalik beberapa kali. Memang itu musibahnya jalan raya licin.

"Sejak itu memang bila hujan; saya amat fobia, cemas & risau amat memandu!" Isa memandu dengan hati-hati.

Kampar.

Dari Ipoh lagi hujan dah turun, sekitar Kg Kepayang amat lebat tak nampak jalan raya; aku ikut jalan lama sebab aku fikir lebuh raya pun seiring dengan jalan lama. Isa memandu perlahan; aku masih rasakan Isa ini orang asing; tak rasa rakan macam Osman, atau Joe, atau Dzuan. Pun Prof Nizam rakan yang amat aku segani.

Lepas Gua Tempurung hujan makin reda; dalam bualan aku Isa tak tahu pun Kampar dah ada Grand Hotel, TESCO pelbagai; padahal itu kampung halamannya; ayahnya menjadi anggota Polis di Kampar sejak berzaman. Tapi telah lama berpindah!.

"Tak singgah minum-minum dulukah Isa..."

"Tak apalah!" sah dia pun macam aku terasa asing!.

Isa hantar aku sampai ke muka pintu Hotel Regal (Aku panggil Hotel Ekonomi), Jalan Balai. Aku suka hotel ini sebab semasa aku balik dari menghantar Afiz bernikah aku menginap di sini; bersih amat hotel ini; sewanya sekitar RM45 hinggalah ke RM150. Biar pun aku menginap di kamar RM55; semua lengkap; ada Astro, penghawa dingin, air panas, tuala, sabun pun siap ada arah Kiblat!. Taukenya nyonya yang berulang alik dari KL.

Lokasinya memang santai, sebelah hentian bas, mini market; kedai makan bersepah. Paling aku suka hari minggu di Kampar, banyak pilihan sarapan paginya. Melayu, Cina & India makan bercampur di kelompok gerai makanan yang sama. Kalau musim petai; Orang Asli datang naik basikal berjual petai di Pasar Minggu Kampar.

Jika anda mahu melawat Gua Tempurung; Kampar adalah bandar terdekat
jika banyak duit tidurlah di Grand Hotel Kampar;
Jika mahu berjimat tidur saja di Hotel Ekonomi bersamaku.


Pihak perlancongan seharusnya mempopularkan Kampar; perindahkan bangunan lamanya; naikkan taraf ruang jalan kaki; sediakan Internet Cafe. Tasik yang kini makin tenat sebaiknya dipulihkan keindahannya semula. Rasanya daya penarik yang perlu dikembangkan jualan herba cina yang berlonggokan di pasar minggunya antara yang perlu menjadi pilihan utama. Perbanyakkan.

- bersambung

Antara Prof & Penyair 3 (Singgahsana)

75 Jalan Tambun

Yang rapat perhubungan semasa di SMI adalah pelajar yg masuk pada tahun 71, 72 tahun aku di Remove Class & tahun 73. Tahun 74 semuanya telah bertukar asrama. Tidak lagi di Asrama Putra Jalan Watson & asrama 73 & 75 Jalan Tambun Ipoh.

Ada cuma 9 orang sahaja pelajar tahun 72 yang datang ketika alumni di SMI ini. Yang amat menyentuh hati adalah kehadiran Cikgu Harun & Abg Rashid yang menjadi warden asrama kami masih sihat. Usia Cikgu Harun telah pun 70 tahun lebih. Abg rashid pastinya sekitar 60an. Seorang lagi guru perempuan Cikgu Nor Shamsi ini sering datang menemani Cikgu Harun memberi nasihat & motivasi. Aku tak ingat sangat akan cikgu Cikgu Nor Shamsi ini. Lebih ingat akan Cikgu Aziz & Cikgu Mutalib

St Michael's Inst. '72
Duduk dari kiri Wahab, Prof Nizam, Cikgu Harun, Abg Rashid, Cikgu Nor Shamsi dan Amran@Moghom.
Berdiri dari kiri, Khalid, Sabri, Johari@Panjang, Osman, Dzuan@Gajah dan iDANRADZi.


Bayangkan tahun 77 meninggal SMI, banyak amat perubahannya baik sekolah apatah rakan seasrama yang semakin ke Ambang Warga Emas. Hanya beberapa orang sahaja yang nampaknya masih kenal muda belia. Memang inilah anugerah Ilahi buat semua. Tak siapa dapat menolak akan untung nasib, ajal maut; samalah kesihatan yang terjamin.

Sekitar 100 orang pelajar yang datang; bayangkan betapa gamatnya dewan besar SMI; pengecara berucap di hadapan pun masing-masing tak dapat mendengar dengan jelas. wahab yang berbaju batik merah hujung duduk sebelah kiri; langsung tak kenal aku!. Padahal dia hanya sekitar 10 tahun tak jumpa aku. Apatah lagi Khalid & Amran yang tak jumpa sejak 33 tahun.

Geginilah kehidupan, aku berandaian sekitar 10 tahun sahaja lagi dapat diadakan perjumpaan begini; lebih dari itu amat payah rasanya; Tak ramai kalangan kita akan boleh segak gagah memandu sendiri kalau dah menjadi Warga Emas. Memang dunia ini amat kejap untuk kita singgah bermalam.

"iDAN nanti Isa akan hantar iDAN ke Kampar" tetiba Nizam memberitahu, aku tak pasti kenapa dia tidak dapat hantar aku ke Kampar, semasa di telefon dia yang mencadangkan aku tidur di Kampar; katanya ada jalan baru ikut Malim Nawar untuk ke kampungnya.

"Kau tak kenal Isa ini; bekas pemain Kebangsaan Bola Sepak Perak!" Aku menatap wajah Isa memang kelabu; tak nampak langsung wajah yang aku kenali. Isa muda setahun dariku.

Ini benar-benar nahas, desus hatiku; Prof Nizam telah kenakan aku; Aku tak pasti sejauh mana aku dengan Isa zaman di asrama; dibedalnya aku pernah berhutang dengan dia bagaimana. Seperkara lagi seorang Penyair seperti aku belum tentu disukai, sebabnya aku jenis asyik bercakap; ada saja yang aku fikirkan aku mahu luahkan.

"kalau iDAN segan dengan Isa saya boleh hantar" mungkin dia perasan, nampak ketidakcerianya wajah aku.

"Tak apa, janji saya sampai Kampar nanti!, asalkan jangan sampai menyusahkan orang!..." Dalam hati memang aku ni pun telah menyusahkan!. Nak balik dengan keretapi bersama dengan Zuraidah dia masih tak mahu senyum denganku!. Aku terbayang akan Kampar yang memang amat kusukai suasananya. Aku mahu tidur di sana & jumpa nyonya Hotel tu yang telah kenal mesra denganku.

- bersambung