iDAN

10 Julai 2009

Mimpi petanda Kurang Baik (Singgahsana)


Malam tadi aku bermimpi yang aku sedang menjalani pembedahan. Nak jadi malangnya ada sebahagian kompenan di dalam dadaku telah rosak kronik & doktor... berkata tidak dapat membantu aku lagi. Aku sekadar menghitung hari sahaja lagi.

Kemudian aku terjaga... memang terasa sebak amat. Kematianitu amat menakutkan. Itu sekadar dalam mimpi.

Siang tadi aku membuat ujian terapi di PKupm. Selesema Babi H1N1 memang merebak di sana. Di UPM. Semunga pengunjung di PKupm terpaksa memakai pelindung pernafasan. Ada pelajar & staf di sana dijangkiti Selesema Babi. Selesema Babi makin menjadi ancaman di Malaysia. Telah lebih dari 800 kes dikesan.

Bilamana keputusan ujian darah & urineku tertera, Doktor Shima amat terkejut, sakitku tambah kronik. Kolestrol & glukos dalam tubuhku bertambah naik. Glukos paling melampau naiknya hampir-hampir 8 mmol bacaannya. Sejak aku didapati mengidap sakit diabetes ini tempoh paling kronik. Bagi mereka yang sering berjumpa pakar pasti tahu apakah akan terjadi jika kadar glukos telah menjangkau ke 5.5 mmol ke atas memang kena makan ubat. Ianya akan menggangu hati pastinya. Sementelah jika telah naik ke belasan mmol, ianya ke fassa paling kronik. Jika anggota terluka akan boleh mengakibat payah sempuhnya. Itu yang ramai dipotong anggota sana & sini.

Adoi! bertambah lagi ubat yang terpaksa aku telan.