iDAN

13 Ogos 2011

Limpahan Terima Kasih untuk Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan (Singgahsana)




Catatan asal 25.4.2009
(dikutip dari blog lama yang kini tak dapat diakses)

Atas usaha gigih staf Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan di Ipoh, tak kurang dapat mengesan lima geran tanah hak milik ayahandaku Mat Sesh (arwah Apak) melalui Penama (Mohd Radzi bin Abdul Rahman) di Mukim Teja. (Tidak Termasuk Tanah Paya Asap Yang HIlang) Pejabat Daerah & Tanah Kampar pula hanya dapat mengesan dua geran & satu Lot Pajakan milik arwah Apak; tentunya dengan usaha gigih dua jabatan ini dapat membantu aku nanti dalam menebus tanah milik arwah Apak.

2. Limpahan terima kasih, aku ucapkan. Tak sangka melalui laman web (situs) Pej Tanah tersebut aku dapat menghantar e-mel & memohon pertolongan. Biar pun tidak semua dapat dikesan hak milik tanah peninggalan arwah Apak.

Melalui situs pejabat tanah tersebut ianya memerlukan aku tahu No. Geran & No Lot: untuk aku dapat mengesan tanah hak milik siapa & berapakah tunggakan cukai tanahnya. Sedangkan sebelum ini aku telah menceritakan bagaimana peti besi milik arwah Apak yang menyimpan semua dokumen penting termasuk geran tanah sebahagiannya telah pun hilang diceroboh.

Inilah seiras bentuknya Peti Besi Gajah Hijau milik arwah Apak yang kena ceroboh; ianya yang kerap aku ceriterakan dalam jurnal ini. Peti besi ini memang berat & setakad seorang berdua memang takkan akan terangkat. Semua dokumen, barang kemas & geran tanah tersimpan di dalam peti besi ini. Yang memiliki kunci cumalah arwah Apak & arwah Opah Bi. Aku sendiri sejak lahir hingga ke usia tua tak pernah tahu bagaimana mahu membuka peti besi ini. Apatah lagi mengenal anak kuncinya.

Masih teringat semasa aku kecil sering arwah Apak buka peti besi ini di hadapanku; Ada ruang rahsia di lantainya. Bagaimana boleh semua geran tanah & banyak dokumen lain terkeluar dari peti besi ini memang misteri. Selepas pemergian arwah Opah Bi sekitar lima tahun lalu yang tinggal di rumahnya hanyalah saudara mara sebelah arwah Opah Bi. Padanlah Kak Nomie amat terkilan kes peti besi ini & berbalahan dengan saudara mara sebelah arwah Opah Bi. Sila lihat jurnal ini sedikit tentang nostalgia peti besi ini.

Ghanimah ( Siri Kekalkan Cinta 36 ) Sayang URL ini tak dapat diakses lagi.

3. Melalui Nombor-Nombor Geran yang diberikan oleh Pegawai Pej Tanah di Ipoh, dapatlah aku menyemak akan jumlah baki Bil Cukai Tanah melalui situs di internet. Kebanyakannya semua telah berbayar akan cukai tanahnya. Pihak mereka tidak dapat mengesan Nombor Kad Pengenalan di data kamputer mereka; itu yang aku mushkilkan. Pasti banyak kerja yang perlu dikemaskinikan jika mahu memasukkansemua data yang lengkap. Berbanding saman trafik, melalui Nombor Plet Pendaftaran kenderaan atau No kad Pengenalan pemilik kita mudah mengesan saman kita. Kenapa Pejabat Daerah & Tanah tidak boleh terpaksa mahukan Nombor Geran Tanah. Sedangkan Nombor Geran Tanah sentiasa bertukar tanpa pengetahuan pemilik tanah sendiri.

Kes aku tentunya berlaku pada keluarga yang lain; bilamana telah berlaku pencerobohan & kemusnahan geran tanah; memang akan memeningkan kita untuk mengesan semula.

4. Di Pejabat Tanah perlulah diingat hanya Nombor Lot yang dapat membantu kita dalam menyemak atau mengetahui status sesuatu tanah tersebut. Aku yang punyai salinan geran besar tahun 2001 tanah sekitar Desa Tualang di Mukim Teja; memang payah amat mengagak mana satu tapak rumah pusakaku sendiri. Di geran besarku ini pula hanya tercatat Nombor Lot bagi satu kawasan yang besar. Sebagai contoh tapak masjid Lot 25428, tujuh ekar lebih; tak masuk akal. Tanah arwah Pak Tam mungkin kah Lot 13918, seekar lebih atau termasuk sekali dengan Lot tapak masjid. Nusie atau Napi mesti tahu status tanah pusaka arwah Pak tam ini. Lot ini pun kami hilang gerannya. Rumah kedai arwah Md Sesh masih dijagai oleh waris Opah Bi tetapi cukai tanahnya telah berbelas tahun tidak kami terima.

Ooo! pening. Aku rasa ini kerja Ketua Kampung, perlu menyiasat semua ini. Jika Raman terbaca jurnal ini aku harap dapat mengambil iktibar. (Rahman ketua kampung PR pangkat anak buah Opah Bi sekarang tidak lagi menjadi Ketua Kampung Changkat Tualang) Jika tidak sampai Bil Cukai Tanah takutnya nanti tahu-tahu kan menjadi kes Tanah Paya Asap. Tahu-tahu kena rampas semua, jatuh ke tangan orang luar. Orang tuaku terutama arwah Md Sesh prihatin amat masalah ini.

5. Apa jadi dengan geran berbentuk Spanner Lot 73703, sepuluh ekar lebih yang ingin dimajukan oleh PR. Apakah benar ianya telah menjadi semak & hutan. Bagaimana bentuk geran ini telah menjadi sebesar ini. Apakah ianya digabungkan. Rasanya masalah tanah di Mukim Teja ini banyak polimik & kancahnya. Ianya pasti menjadi sebutan & kenangan.

Seperti Kampung Bakap yang hanya tinggal tanah perkuburan. Nama Kampung Bakap mungkin akan hilang dari peta dunia jika semua penghuni telah pindah ke lain daerah. Harapanku janganlah Desa Tualang menjadi sejarah. Perlu diingat ada kalangan penduduk di sini adalah mereka yang berjuang dengan darah menegak kemerdekaan sebenar. Cumanaya kerajaan kini menolak perjuangan ini; bukalah sejarah pasti ramai yang tahu siapa pejuang ini. Maka itu arus politik kita hingga kini masih bertelegah tak tahu mana halatuju kita. Mahukah kita memang sorak kampung tergadai.

6. Bermakna kepercayaan saya terhadap keluarga, arwah Opah Bi yang seharusnya mengingatkan kami tentang banyaknya bil cukai tanah ini boleh dipersoalkan kerana semua alamat Bil Cukai Tanah tersebut pasti ke alamat rumah Allahyarhamah OPah Bi di Kampung Changkat Tualang (Desa Tualang). Saya yang kerap juga menziarah beliau semasa dia masih ada tidak menghulurkan semua bil tersebut. Emm! takkan aku mahu mengganggu ketenangan roh arwah Opah Bi. Namun bayangkanlah kami yang tinggal terpaksa melunaskan semua bayaran cukai tanah tersebut berserta dendanya yang tentunya amat tinggi.

7. Agar roh arwah Ayah saya aman di sana & tidak akan sampai tanah pusaka sepeninggalan beliau terbiar.

iDAN: Siapa yang menyamar si penghulu dalam wikimapia. Aku banyak menandakan lokasi di kampungku ini; si penghulu & gengnya banyak memadamkan ia. Jika tidak lebih mudah aku meletakkan lokasi & ceriteraku ini.

Posted on 25.4.2009 at 7:47 PM

Nota kaki:

1. Banyak maklumat masalah tanah MD Sesh ini terhimpun di server Easyjournal, blog lama aku. Server ini telah tak boleh diakses sekitar 6 bulan lalu. Mengikut maklumat ianya digodam penceroboh dari masa ke semasa sehingga empunya server bagaikan hilang upaya untuk membangunkan server ini. URL http://idanradzi.easyjournal.com telah hampir setengah tahun tidak boleh berfungsi.

2. Semalam aku dapat dapat berbual dengan BPA dari Ipoh. Isunya kini aku cuma ada 2 maklumat yang dapat mengatakan Tanah Paya Asap yang hilang itu milik kami. Geran sebenar memang hilang setelah diceroboh Peti Besi Gajah Hijau.

3. Dua maklumat tersebut hanyalah Bil Cukai Tanah Air Hangat yang terakhir arwah Apak bayar & Pelan Besar Kg Changkat Tualang. Pelan besar ini pelan lama, sebab aku pernah bersemuka dengan Pemilik kini Tanah Air Hangat ini; bila kami bandingkan ukuran Lotnya telah berubah.

4. Aku telah merujuk perkara ini melalui Pejabat Tanah Batu Gajah, mereka mengarahku ke Pejabat Daerah & Tanah Kampar. Di sini yang aku pernah cerita bagaimana sukarnya aku mahu berjumpa dengan Pegawai Daerah mereka. Malahan bila aku mahu menjelaskan beberapa Cukai Tanah yang mana aku diugut (bunyi tak sedap) tanah kami akan dilelong semuanya pada bulan Ogos. Ayatnya berbunyi.

"Jika encik (bukan kamu) tak bayar bil ini sehingga bulan Ogos nanti kami akan keluarkan Notis Lelong!" bayaran bil tertunggak ketika itu sekitar RM5,000. (tak termasuk Tanah Paya Asap yang hilang)

Bayangkan dalam sebulan dua kami kena cari duit banyak itu. Ketika itu aku memohon membuat bayaran secara ansuran; katanya mereka hanya beri sekitar 3 bulan. Itu yang aku berharap sangat berjumpa dengan Pegawai Daerah. Jangan kata nak jumpa atau buat tarikh pertemuan. Jawapan perempuan separuh umur ini Pegawai Daerah sibuk bermesyuarat. Sayang aku tak ingat namanya.

5. Rentetan masalah wang ini aku bernekad mahu mendapatkan duit dengan cara Pilihan Bersara Awal. Apatah ketika itu aku telah mula diserang masalah Sakit Kronik pun masalah kerja sampai aku mengadu di BPA. Ketika itu Pak Lah menjadi PM. Dengan menggunakan khidmat Warkah untuk PM. Biarpun Pak Lah ada menghantar e-mel tetapi majikanku tak mahu membantu menyelesaikan masalah kerjayaku. Setelah aku letak jawatan barulah BPA memanggil aku bersemuka di Putrajaya. Orang kata segalanya sudah jadi arang; nak buat apa aku mahu membetulkan keadaan. Aku tahu majikanku pernah dipanggil ke Putrajaya berhubung dengan masalah ini; tetapi hingga kini aku tak tahu apa kata majikanku dalam mesyuarat itu.

6. Nampaknya isu ini pun sama; kes di mana aduan aku ditutup tanpa sempat aku bersemuka amatlah mengecewakan aku. Pun dalam maklum balas pihak BPA yang menyatakan akta tanah memang boleh merampas tanah kami; apa daya kami nak mengadu hal lagi. Nak pasang Peguam; mampukah kami.

7. Secara lojik Jika pun aku mahu mengadu ke Biro Bantuan Guaman; apakah mungkin dapat membantu; Kekalahan kami nampak jelas lantaran tidak membayar tunggakan Bil Cukai Tanah. Pastinya pihak Pejabat Daerah & tanah Kampar akan mengatakan kami telah mengantar notis pelbagai; biar pun hingga kini keluarga kami Tidak Pernah Lihat Notis tersebut!.

8. Kenapa pula BPA boleh memutuskan dalam Surat Ruj. BPA/PRK/47/2011.06/MDKP/80974 dalam perkara 2.2.1.

"Lokasi aduan tidak dapat dipastikan kerana tuan tidak mengemukakan petisyen dalam aduan pesaka Mohd Radzi bin. Hj Abg Rahman KP 1368892 (ayah tuan). Tuan mungkin telah tersalah tafsir iaitu "mana-mana tanah yang didak (mungkin silap taip dakwa atau tidak) dibayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah sek 100 K.T.N (Akta 56/1965) di mana tanah tersebut boleh dirampas.

Memang inilah isu besarnya: Pej. Daerah & Tanah Kampar yang saya dapati punyai masalah tanggung jawab yang tidak jelas. Lantaran kami waris terdekat tak pernah pun menerima notis tak bayar Cukai pun Notis lelongan. Itu yang saya persoalkan apakah akta ini adil; ketika saya mencari merujuk perkata ini di tahun kira-kira tiga tahun lalu cukai tanah tersebut tak sampai pun RM5,000 kami boleh hilang pastinya sekitar 5 ekar lebih jika merujuk bil lama di tangan sebanyak RM72.50 untuk setahun.

13. Ogos 2011