iDAN
06 Mac 2010
Senggang (Singgahsana)
Pernah kita bangun pagi dengan suasana lapang. Tak ada apa pun mahu difikirkan. Jiwa kita kudus & tenang. Solat bagi kita adalah ketenangan bukanlah satu kewajiban yang membebankan. Solat bagaikan rutin harian yang tidak lagi dapat diasingkan dari keperluan diri. Kita jadi hamba yang taat & tabah.
Pernahkah kita bangun pagi tak perlu bertanya soal sarapan, segalanya telah tersedia malahan semuanya mengikut selera kita. Bukannya kita sedang bercuti, bukan juga kita sibuk mahu mengejar kad perakam waktu untuk berkerja. Tersayang menyediakan segala. Kita rasakan pagi kita amat sempurna, damai & tanpa agenda atau pun jadual ketat yang mengganggu waktu senggang kita.
Pernahkah kita bangun pagi tak ada satu pun temujanji yang memaksakan diri kita rasa rimas & gelisah. Kita boleh bermalas-malas dengan anganan kita. Tak ada pun sesuatu perkara semalam yang menghantui kita. Hidup amat tenang & sempurna. Kita beruntung dengan masa kini & semalam. Masa hadapan yang penuh harapan.
Pernahkah kita bangun pagi kekasih hati kita sentiasa di sisi kita. Pinta apa saja perhatiannya, dia sentiasa sedia. Dia menjadi pendengar yang memahami malahan dia jua sentiasa memberikan kita khabar gembira yang kita impi. Memberikan harapan baru & cintanya sentiasa bertambah segar lagi megar.
Pernahkah kita bangun pagi kita diuliti segala kebahagiaan & ketenangan. Hinggakan tak ada lagi rasa kecewa dalam kamus hidup kita.
Pernahkah kita bangun pagi segalanya mati. Kita tak sanggup menarik nafas lagi, malahan semua melihat kita bagaikan seseorang yang telah kaku, tak punyai nilai manusiawi lagi malahan kita pun telah lupa segala, wisma kita sendiri telah tak kenal jasad diri sendiri. Kaku lagi buntu.
Langgan:
Catatan (Atom)