20 Tahun berlalu
Adakah masuk akal cucu tak ambil peduli tentang tanah pusaka Atoknya. Sedangkan dia menuntut hak tanah ayahnya satu geran dengan tanah pusaka Atoknya. Jika sekitar 10 tahun lalu katanya dia terpaksa bayar RM7,000 denda sebab tak bayar cukai; kini dah 20 tahun bukankah telah RM14,000 mungkin lebih. Sebab tanah tu sama luas; dua bahagian di satu geran bersama.
Kenyataannya kini anak saudaraku yang diamanahkan menjaga tanah ini bagaikan tak jelas masalah cukai tahunan tanah pusaka keluarga sebelah emak ini... Seperti ayahnya yang diamanahkan menjaga harta pusaka dulu, memang gagal. Lesap 3 ekar tanah pusaka. Takkan aku nak kata, anak dan ayah sama sahaja, memang amat melukakan!!!
Kelalaian abang kandungku yang diamanahkan menjaga tanah pusaka Apak, mengakibatkan ada tanah pusaka 3 ekar hilang. Pun bukan sedikit kena denda, belasan ribu ringgit terpaksa aku keluarkan untuk lunaskan hutang ini. Pewaris yang sayang dan inginkan harta pusaka Atok Radzi dan Opah Kamariah boleh menuntut setelah masalah dua geran yang masih tergantung.
Rasanya jika masalan tanah satu geran dengan Yot@Terok ini ada yang hilang hak milik, ianya amat kejam buat seorang insan... yang tahu status sebenar. Sanggup sembunyikan kedudukan geran yang dituntut; yang dia mahu selamatkan. Apatah lagi ianya satu geran yang dituntut, ada pertalian darah keluarga. Seorang cucu menuntut hak milik Opah yang telah diberikan kepada ayahnya, tapi abaikan hak milik Atok dalam geran bersama!!!.Memang ini amat menyakitkan.
"Cucu tak boleh menuntut geran milik Atoknya!!!" jawapan dari seorang cucu ini.
Habis tu takkan cucu ini tak boleh beritahu kepada anak-anak atau abang dan kakak saudara yang masih hidup masalah hak milik Atoknya. Sedangkan ramai anak-anak yang masih hidup. Takkan nak tunggu sekitar dua pulul tahun baru semua ini terbongkar!!!???
Kini timbul persoalan, tanah yang dituntut itu milik siapa asalnya, ianya sahih milik Bonda. Opah Kamariah. Sebagai anak apakah aku sanggup biarkan tanah Bondaku yang telah diambil kuasa terbiar!!!. Takkan tak tahu siapa yang diamanahkan menjaga tanah ini, membayar cukainya.
Sedar tak sedar memang telah hilang tiga ekar tanah milik ayah telah hilang hak milik sebab abang kandungku; dan kini sikap tidak prihatin anaknya MUNGKIN dua setengah ekar lebih tanah Bondaku pula habis hilang. Padahal aku yakin jika tanah Yot selamat ketika anak saudaraku menuntut haknya dah pasti tanah pusaka milik Apak (telah diambil kuasa asalnya milik Emak) ini boleh diselamatkan, sebab iaya satu geran takkan tak perasan ianya milik juga milik Atok bukan milik Yot persendirian. Jika cucu ini tak mampu membayar cukai tanah yang tertunggak milik Yot (ayahnya) dan Atok kenapa tidak diberitahu kepada anak-anak Atok; mungkin aku atau anak-anak dan waris mampu membayar.
Saya berharap catatan ini mendapat perhatian Waris Md Sesh. Baru dua hari ini aku sedar akan sikap cucu seorang ini yang amat rasis. Tak tahu apa terjadi dengan tanah Apak ini. Jika lantaran sikap rasis atau endah tak endah akan harta Atok oleh seorang cucu, apa ertinya dia menuntut harta atau hak milik yang asalnya milik Arwah Emakku yang diamanah kepada ayahnya.
Bila sebut apa terjadi dengan tanah Arwah Apak yang satu geran dengan Yot, cucu yang ini beriyer-iyer kata dia tak boleh ambil tahu; memang pihak Pejabat Tanah cakapkan.
Aku amat bungkam dan jauh dalam hatiku ini amat rasa tragis dan tidak dapat terima kejadian begini; Jika sengaja bersikap rasis dan sanggup cucu ini abaikan atau biarkan harta Ayahku yang memang Atoknya terkorban bagaimana boleh aku halalkan seorang cucu memiliki harta yang asal milik Bonda kandungku!!!.
Roh Arwah Emak pasti dengar rasa hatiku ini, hidup kita akan mati. Bagaimana hartanya kini jadi masalah. Mana ada kehidupan yang kekal!!! Di dunia iyer siapa saja boleh memiliki harta dunia; di akhirat nanti pasti ianya akan diperhitungkan bagaimana ianya dimiliki dan apa cacat celanya tatkala ianya dimiliki. Kita sama di sana nanti!!!.
Masuk hari kedua:
Sudah tukar ceritaranya!!!
Setelah semua ini kecoh, kakak kandungku masuk campur; aku selidik melalui adik cucu yang pelik ini. Perkara ini jadi lain ceritanya. Ianya mungkin ikut ceritera yang aku lalui bilamana aku uruskan sebahagian tanah pusaka Apak.
Aku memang hargai sikap akakku Kak Nomie, dia pun pasti rasa seperti aku, cucu sulong yang pelik ini harus sedar akan kesilapannya; jika benarlah tak cukup maklumat dengan krisis tanah sekitar 20 tahun ini; baiklah jangan turut atau masuk campur. Jangan pukul tak tahu dan mengeruhkan keadaan. Apatah bila aku dan Kak Nomie persoalkan hak milik Atok Radzi.
Seperti bila aku tanya bagaimana dengan hak milik Atok Radzi, bukankah mudah kata cucu pelik ini katakan saja telah ditebus dengan RM7,000 itu termasuk bahagian Yot ayahnya. (Betul agaknya begitu separuh bahagian Yot ayah separuh bahagian Atok Radzi. atau bagaimana tunjuklah dalam resit bayaran cukai... atau bagaimana?)
Adakah perlu kena pergi ke Pejabat Tanah.. kena rujuk di sana. Sedangkan telah dibayar termasuk dalam RM7,000 itu (mungkin). Itu mungkin aku pasti semasa berbincang dengan cucu Atok Radzi yang lagi seorang.
Nak buat apa waris Atok Radzi ke pejabat tanah; Masalah pembahagian tanah Yot dan anak-anak tentunya kami tak elok masuk campur. Tidak melibatkan bahagian kami sebagai waris Atok Radzi.
Tanah Atok pula memang sebaiknya milik Yot sebab satu geran berdekatan untuk anak-anak pantau. TAPI bila jika dihitung jumlah keluasan tanah tu memang tidak adil semuanya milik waris Yot; besar sangat weh dengan hak asasi waris Atok Radzi. Ini kena kita rujuk kepada yang arif pasal pembahagian tanah pusaka. Baitulmal contohnya.
Setahuku jika nak masuk nama dalam geran pasti kena kasi tahu berapa jumlahnya; malahan semua waris dalam geran yang mahu dipecah lot itu perlu tahu; Semua waris Yot kena tahu. Kalau perlu kena hadir sama atau tanda tangan persetujuan
Bahagian Apak pun sama, semua waris kena tahu atau hadir atau ada surat kebenaran, jika nak pecah lot atau apa jua cadangan tentang tanahnya. Mana boleh lepas tangan bersikap tak mahu ambil tahu.Apa lagi kes Yot yang telah tiada.
Ini kena rujuk kepada yang arif bab pembahagian tanah pun mereka tahu.
SEKARANG kan jelas sewaktu buat tebusan tanah Yot tempoh hari; patutnya kasi tahu juga waris Yot serta waris Apak apa yang berlaku sebab ianya satu geran dengan Yot & Apak. A sampai Z bukan main endah tak endah, entah iyer atau tidak dan berahsia, sebab tanah pusaka adalah milik bersama kepada ramai yang berhak!!! ingat tu.
Nyatakan juga berapa wang telah dihabis agar boleh kongsi bersama dengan pewaris; jelaskan atau bayar bersama, ngapa pula bising aku bayar atau perabis duit wang wang wang tak kena tu. Kecuali rasa ikhlas mahu tanggung sendiri; waktu ianya pecah lot atau hak milik bersama mahu dihitam putihkan.
Tanah Atok Radzi masih DUA lot atau dua geran tak usai; dua lot atau geran lagi antara pewaris tak pasti. Jumlah wang ianya ditebus memang banyak bukan RM7,000 lebih dari itu aduhai cucu pelik seorang ni. Ianya boleh dituntut tatkala ambil kuasa nanti.
Sekitar belasan RM tapi tak sampailah RM20,000 harap-harap macam tu jumlahnya di pihak paksu. Jumlah orang yang berhak memiliki harta tanah Apak@Md Sesh pun paksu tak pasti lagi, mungkin 11, 10, 9 orang dah pasti; kena rujuk jika urusan hak milik tanah ini nanti.
Nota: Satu lagi yang patut diambil berat tentang Bil Cukai Tahunan. Sepatutnya nama ayah didahulukan bukan nama anak. Maksudnya nama Apak@Atok Radzi bukan Yot@Baharuddin pada Bil Cukai Tahunan jika mahu disatukan bil atau buat saja dua bil bagi memudahkan pewaris.
Tunggu!!!