iDAN

Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan

14 Oktober 2014

Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia

Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut. Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, pontianak dan sebagainya, tetapi bagaimana di negara-negara luar? Adakah hantu paling seram bagi mereka?

Jom kita lihat Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia

1. Zombie
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi. Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup termasuklah manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.
2. Aswang
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 2 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Hantu paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam. Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam.
3. Yurei
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 3 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil “Hitodama”. Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Sentiasa hauskan darah manusia.
4. Rugaru
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 4 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru. Keadaan tidak normal ketika ingin menjadi rugaru adalah, dia sentiasa berasa lapar dan memakan apa saja dihadapannya. Hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.
5. Banshee
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 5 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee adalah lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan menangis di belakang orang yang akan meninggal.
6. Bloody Mary
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 6 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya sendiri untuk satu ritual ilmu hitam. Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal dunia. Untuk memanggil hantu Bloody Mary, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.
7. Doppleganger
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 7 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan setakat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda. Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.
8. Wendigo
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 8 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan mempunyai rupa seperti serigala. Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.
9. Incubus
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 9 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi. Setelah menemui sasarannya, Incubus akan mengadakan hubungan kelamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya. Apabila mengandungkan anak Incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal dunia. Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus di alam ghaib.
10. Changeling
Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia 10 Top 10 Hantu Yang Menyeramkan Di Dunia
Makhluk yang digelar Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali. Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza. Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup dan akan membawa bencana kepada anda.

MISTERI WANITA BERKEBAYA MERAH DI LEBUHRAYA GURUN, KEDAH


13 Mei 2009, Gurun - Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.

"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang. 



En.Mohd.Fitri tidak menyedari ada imej 'lembaga' berbaju merah di belakang isterinya
di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam


"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.


 
Gambar ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan
dekat Gurun tidak lama selepas imej 'wanita berbaju merah' itu kelihatan

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.



HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT

5 Februari 2009, Sungai Petani - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan, 51 tahun, kebingungan memikirkan tragedi itu. Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. "Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya pun menaikkan cermin tingkap. Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandang saya "


Mr.Chan duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan
keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara


19 April 2009, Sungai Petani - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam.

"Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan. Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.


 
Orang ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan
di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani

18 April 2012

Misteri Volkswagen Kuning & Gangguan di Jalanan.





KISAH KARAK

Jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru)

Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu,pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantuMana tidaknya seingat aku hampir

10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak..

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.

Langsuir

Budak Sekolah (merayau-rayau)

Wanita Tua

Bas Lama

Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)

Perempuan Bawa Anak (batu nisan)

Pontianak

Hantu Pocong

Hantu yang Makan orang (Paling popular)



Lebuhraya Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam (tidur) dikatakan tidak sah kalau tidur di situ tapi tidak kena "tegur".

3.Volkswagen kuning.

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak juga di Jelapang. Ia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini

Seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku di asrama tengah dengar adio Era (masa tu Era baru je wujud). Seorang pemanggil dail Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini, pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus.


4. Kereta Misteri

KARAK Penemuan sebuah kereta

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu."Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar."

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik. Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.


 Hantu Wanita duduk di kuburan

Jalan Karak Lama

1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta parkir tepi jalan tapi yang peliknya kat situ gelap gelita, seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik, semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik. Apa lagi rempit lah sambil pegang pistol sampai genting sempah (petronas).

2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak (nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke Bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi. Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah lah dlm bas tu sebab ramai penumpang.Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung. Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?.

4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehinggalah selesai sembahyang..selepas itu..hilang.

5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah. Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di

KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. Dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80an. Si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "suhu" naik. Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya. Lepas tu datang kereta peronda polis si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!



Misteri Volkswagen kuning.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang amat misteri.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ” Volkswagen Kuning ” arahan Shahidan Kassim. Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.

Ada setengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning .

Jika tidur sendirian di rumah selalu hantu berkelubung putih ini akan menganggu.


Cerita Kedua: Oleh Bahtiar

Salam. Saja nak mengimbau kembali peristiwa aku dengan adik aku penah bertembung dengan Volkswagen kuning ni pada tahun 2000 dulu. Waktu tu aku rasa dalam pukul 12.00 malam. Aku nak ke Penang waktu tu nak tenguk isteri yg tgh berpantang dekat sana.

Seingat aku waktu nak turun bukit selepas tol Jelapang dan selepas terowong itu. Aku ambil lorong sebelah kiri saja, sebab bawak pun perlahan saja.

Tiba-tiba dekat belakang kereta aku ada sebuah kereta lama. Aku memang tak perasan pun entah bila kereta tu ada dekat belakang keretaku. Jadi aku buat tak reti sajalah. Tiba-tiba dia bagi lampu dongak...klip klip saja. Maklumlah kereta lama lampu dongaknya pun tak cerah. Lalu aku ingat kereta tu lampu dia ada masalahkah apa.

Aku buat tak tau sajalah. Aku rasa adalah dia main lampu dongak tu dalam 10 minit. Aku dah cuak juga masa tu, aku ingat orang jahat saja nak pekenakan aku.

(Masa itu pun tak tahu lagi cerita pasal hantu Volkswagen Kuning ni)

Jadi tak adalah timbul rasa takut. Lepas itu aku nampak dekat cermin belakang kereta tu nak potong aku. Lantas aku biar sajalah dia potong sebab nak tenguk juga muka orang dekat dalam kereta tu.

Bila dia potong saja.Memang jelas kereta Volkswagen warna kuning tapi pemandunya memang tak nampak pun. Mungkin sebab malam. Itu sebab tak nampak kut. Memang laju juga pemandu tu memandu.

Memang aku pun tak syak apa-apa lagilah. Lepas tu aku pun sembang-sembanglah dengan adik aku sebab nak hilangkan rasa ngantuk. Aku rasa dalam 10-15 minit lepas tu. Tiba-tiba kereta tadi ada kat belakang kereta aku balik. HAHHHH!!!! terkejut aku. Adik aku pun cuak juga masa tu. Aku pun tanyalah adik aku tu.

" bila masa pulak kita potong kereta tu tadi?" adik aku kata mana ada potong sebab kita orang ambik lorong kiri saja dari tadi. Aku dengan adik aku dah cuak gila masa tu.

Kereta tu asyik bagi lampu dongak (klip2) saja lagi. Aku cakap dengan adik aku "ni kompom orang jahat nak pekena kita ni" Maka aku suruh dia siap sedia kalau jadi apa-apa. Lepas itu dia potong kereta aku sekali lagi. Aku nekad nak tenguk betul-betul muka orang tu...Perghhh! Takde orang dalam kereta itu. Sebab cahaya kereta dari arah bertentangan terpantul kat dalam kereta Volkswagen itu..

Memang kompom tak ada orang.. FUHHH!!! gerun juga aku masa tu aku pun cakap dengan adik aku buat tak tau jela...diam-diam saja.

Lepas sampai kat rumah mak mentua aku; aku pun berceritalah dengan pakcik bini aku yang aku kena ganggu kat lebuh raya tadi. Dia cuma cakap "Takde apa-apa tu..esok sajalah aku cerita"

Hahhh... mungkin sebab hari dah lewat malam kut dan dia tak nak aku terbawa-bawa cerita tu. Esok itu baru dia cerita dengan aku kisah sebenar pasal Volkswagen tu.

FUHHH!! gerun juga aku dengar. Sebab tak sangka aku sendiri mengalami benda tu.

p/s: kalau ada sesiapa yang pernah mengalami peristiwa yang sama kongsi-kongsilah sama..nak tau juga macam kau orang terkena.

12 Februari 2012

HUTAN LIPUR LENGGENG

"ayah ni main masuk saja"

"habis tu dah sampai!"

"kalau benda tu ikut macam mana?"

Memang sunyi hutan lipur Lenggeng ini; baru jam 6:00 petang telah tiada orang; nampak ada pokok tumbang ke bumbung Surau. Telah lama tapi tidak dialihkan.

Aku pun tak tahu bagaimana boleh sesat ke Hutan Lipur Lenggeng ini. Cer cerita sedikit sejarah hutan ini. Memang sunyi & menyeramkan.

Hajat hati aku mahu melihat kebiruan air Empangan Hulu Jelebu, katanya ada Homestay Kuala Klawang nampak cantik gambarnya di dunia maya.





Setelah hantar Anif di asramanya SMT Tuanku Ja'afar Seremban aku punyai beberapa jam sebelum malam untuk kembara sekitar Jelebu; bila aku lalu pekan Pantai aku nampak papan tanda Hutan Lipur Lenggeng belok ke kiri. Hatta aku ikut saja jalan mendaki bukit yang memang sunyi.

Empangan Hulu Jelebu tak nampak dari jalan raya; mungkin orang sekitar Seremban atau Jelebu boleh kasi tahu dari jalan mana dapat melihat panorama indah Empangan Hulu Jelebu ini. Bak kita ke Semenyih memang cantik Empangan Semenyih & ada tempat untuk memancing juga air terjun untuk berehat. Aku membayangkan begitu.

Bila aku masuk saja Hutan Lipur Lenggeng ini memang firasat di hati telah terasa; hutan simpan ini amat sunyi & pasti ada penunggunya; aku terus kunci pintu Avanza; seolah-olah memang ada yang memerhati kami dan bila-bila masa akan sergah kami. Aku tak berhenti parkir pun sebab memikirkan kut ada penyamun atau sebarang gangguan. Lagu pun dah nak masuk waktu maghrib.

"Buaian dan jongkang-jongkit ini pasti bergerak sendiri ketika malam!; tenguk pokok yang tumbang menghempap surau tu pun tak siapa mahu membersihnya" agak besar juga pokok yang menghempap surau. Azim tak sabar suruhku beredar keluar dari kawasan rehat yang sepi ini. Pasti kata-kataku tadi tambah buah dia ketakutan.

Aku keluar dengan satu igauan yang misteri namun hatiku berkata satu hari nanti aku pasti mahu ke sini lagi.

Di depan jalan raya ada pondok jualan Orang Asli penuh dengan anjing menjual petai. Aku teringin nak beli petainya tapi bila aku lihat anjingnya tidur sebelah petai; aku terpaksa membatalkan niatku.

"Apa kata esok bebila... kita datang sini & singgah mandi!" aku memberi cadangan dalam hatiku memang teruja nak santai di Hutan Lipur Lenggeng ini.

"Tak berani Azim, seram amat tempatnya ayah!" amat mematahkan impianku mahu ke sini lagi.

Ini antara blog yang menceritakan tentang tempat rehat yang misteri ini:

"Memang inilah kali pertama kami melalui jalan ini. Antara jalan yang dianggap menarik kerana keadaan jalannya yang banyak selekoh dan suasana kehijauan disepanjang perjalanan. Jalan yang kami lalui itu juga merupakan laluan yang sama menuju ke Hutan Lipur Lenggeng. Nampaknya kami telah jumpa satu tempat yang menarik untuk dilawati pada masa akan datang secara tidak sengaja. :)" ini kesah orang mengantar pengantin; tetiba terikut jalan pintas ini.

"Aku pun... Masuk Nilai, Mantin, Longgeng dan Jelebu... Tapi kalu lalu malam ,kek tompek org mandi tu ADO...!!!!"
"oit.. jalan shortcut nak ke pantai tu banyak hantu kan? :funk: pastu penyamun pung ramai katanya..:L " ini pula forum di mana menceritakan kawan ini memang ada kes.

Ada beberapa blog lagi mencerita kesunyian di sini; bebaru ini ada lori bawa baja terbalik di gaung jalan Hutan Lipur Lenggeng ini. Ramai bilang kawasan ini ada penunggunya. Biasalah dalam hutan yang indah pasti perbagai makhluk halus suka singgah.




HUTAN LIPUR LENGGENG

Hutan Lipur Lenggeng terletak di kompartmen 22, Hutan Simpan Lenggeng. Kawasan ini sesuai untuk beristirehat, berkelah dan bermandi-manda serta melakukan aktiviti riadah yang lain. Keistimewaan kawasan ini adalah terdapatnya jeram-jeram dan kolam-kolam kecil semulajadi serta hidupan dan tumbuhan alam semulajadi yang unik dan menarik seperti paku-pakis, pelbagai jenis orkid liar, serangga dan unggas menyerikan suasana persekitaran dan mampu memberikan satu kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan. Susunan batu-batan yang menarik di persekitarannya dan disulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari berbagai jenis tentu sekali mempesonakan setiap pengunjung. Kepelbagaian pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun amat sesuai bagi para pengkaji dan pencinta flora untuk berkunjung kesini. Kawasan Hutan Lipur Lenggeng ini terletak dibawah tanggungjawab Jabatan Hutan Negeri Sembilan.

Kemudahan
Untuk keselesaan dan kemudahan kawasan hutan lipur ini menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, pondok dan bangku untuk berehat serta tapak perkhemahan. Bagi yang berani dan gemar kepada cabaran, denai dan rentasan hutan juga disediakan bagi menguji kecekalan minda dan fizikal.

Lokasi
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lenggeng mengambil masa kira-kira 30 minit dari Mantin melalui pekan Lenggeng dan 20 minit dari Pekan Pantai. Jika datang dari Seremban, pengunjung perlu menggunakan jalan menuju ke Jelebu dan selepas Pekan Pantai ambil simpang menuju ke Pekan Lenggeng.




Maklumat Lanjut :-
Jabatan Hutan Negeri Sembilan.
Tingkat 4, Blok C,
Wisma Negeri,
70646 Seremban.
Tel : 06- 765 9849

26 Januari 2012

7x naik Haji tak dapat lihat Kaabah

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan. Ibu & anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah". Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Kaabah (Bu, lihatlah Kaabah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan. Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia solat memohon ampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmat-Nya. Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya. Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Kaabah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di dekat Kaabah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Kaabah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya. Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Kaabah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelita. Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. Hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji. Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Kaabah. Padahal, setiap kali berada jauh dari Kaabah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya. Beberapa ketika kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut. Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah. Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian. "Di sana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka." Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah......" Betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkahwinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi. "Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat. "Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi. "Lalu apa lagi yang Anda kerjakan? "tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati kerana ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati." "Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda." Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telefon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya. Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir. Kebetulan yang menerima telefon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu. Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat. Bumi menolaknya. Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang. Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir. Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya; "Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu. Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya. Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar. Ulama itu mendengarkan dengan saksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang. Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT. Semoga kisah nyata dari Mesir ini dapat menjadi pelajaran bagi kita semua.

02 Disember 2011

Buaya Liar mencari mangsa di Kajang

Apakah gambar disunting atau memang buaya 50% 50%
Gempak!
Anak buaya sesat ditemui dalam longkang
KAJANG: Menggemparkan apabila sekumpulan murid yang menghadiri kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, dekat sini terkejut selepas menemui seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di dalam longkang sekolah itu, petang semalam. Menyedari kehadiran reptilia itu, pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang bertugas ketika itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya kerana bimbang keselamatan murid yang masih berada di sekolah itu. Ketua Operasi JPAM Putrajaya, Koperal Hafizan Azmi berkata, anak buaya itu dipercayai tersesat dari Sungai Kuala Langat yang terletak berhampiran sekolah itu. Menurutnya, sepasukan anggota jabatan itu yang bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang menghadapi kesukaran mengeluarkan reptilia itu dari dalam longkang.
Deretan pokok itu adalah longkang besar bak sungai yang bersatu dengan Sungai Langat.
“Kami mengambil masa hampir empat jam untuk menjerut leher anak buaya itu berikutan keadaan longkang yang agak sempit,” katanya. Hafizan berkata, salah seorang daripada anggotanya yang berbadan kecil terpaksa masuk ke dalam longkang itu untuk menjerut leher buaya berkenaan. iDAN: Jika nun jauh dari Sungai Langat sah ada buaya; apatah lagi Kajang yang ada longkang besar sebelah Pasar Besar Kajang itu bertemu airnya yang hanyir sebelah Aked Mara Kajang; bagaimana nak sekat buaya ini mencari mangsa di bandar Kajang. Alahai boleh buat filem seram ni!.
Longkang besar ini akan bertemu Sungai Langat yang memang banyak buaya.
Bayangkan semasa ini dia sempat memerangkap mangsanya. Mak Datok di darat pun tak selamat kini. Jika ada anak buaya mesti ada emak & apak bauaya. Ini sejarah memancing di Sungai Langat.. Idan Radzi dulu paksu rajin menjala ikan pun memancing udang di Sungai Langat; mmg kalau sungai banyak udang selalunya ada buaya. Pernah sekali tu rakan abg lari lingtang pukang naik ke tebing sebab bolehkan terpijak buaya timbul, ingatkan ianya batang kayu hanyut... Idan Radzi ( gambar atas sekali) ...yg ini mmg tak pasti buaya tapi bukan mustahil buaya ini akan sesat di bandar... dia datang sebab ada bau busuk dari pasar tu tentunya... gambar ini diambil jarak dari Pasar Besar Kajang tak sampai 100 meter...
Kalau banyak ini buaya menyerang Kajang; moh! kita perangkap boleh makan Sate Buayalah kita. he3
Hai awak! Tgk berita tak td? Metro Kajang masuk berita wooo. Kenapa? Sbb banjir. Kajang mmg selalu la gak banjir, tp tkdela teruk mcm hari ni, sampai masuk ke dlm Metro Kajang semua. Tu yg ada sesetengah warga muda kat Kajang ni yg were like "o em ji kajang banjir! tak penah2 pun banjir" etc.
Kat Facebook mmg semua dok buat berita terkini sendiri la. Lepas sorang update pasal banjir, dtg lg yg lain update pasal banjir jugak. *cough* Aku pun tak terkecuali ye. Hmm, ada la bbrp kenalan aku yg terperangkap kat dlm Metro Kajang la, kat Pasar Kajang la. Dgr cerita ada buaya, tp tktau la betul ke tak.
Alhamdulillah, Saujana Impian tak banjir. Mama kata kalau SI banjir, habislah satu Kajang banjir. Sg. Kantan confirm tenggelam kalau mcm tu. Then kena tidur kat SMKSI LOL! Okay enough.
Nnt bila banjir dah surut, jom gi jalan2 gi Kajang. Barang2 mesti murah kan kan. Ooooh Cziplee bg diskaun tak?
Hahaha okay, anak2 muda Kajang ni mmg kecoh ye. Almaklumlah, bukan selalu boleh tgk kereta tenggelam. Siap ada yg naik sampan lg tu. Oh, excuse my excitement sbb bangga jd penduduk Kajang yg tiba2 famous hari ni. Siap duduk siap2 kat dpn tv nak tgk berita *tak penah2 ok* That's all for now, babai awak! ps : doa banjir cepat surut :) Dari Blog: http://directorayesha.blogspot.com/ Saja nak puaskan hati selepas aku balik berjumpa Amid di Sungai Chua aku pusing-pusing Kajang... tenguk kawasan yang kena banjir staf McD maih mengemas testoran mereka; mesti air masuk ke restoran mereka; banyak kedai dah tutup dah jam 12:30 malam. Staf KFC pun sama sedang membersihkan restoran mereka. Aku nak pastikan ada tak pengadang jalan tempat gambar diambil. Sah tak ada pengadang jalan dikatakan mungkin pengadang tu yang dianggap buaya; setahuku kawasan tu mana ada hutan yang menyimpan batang kayu sepanjang itu. Ku ianya hanyut takkan ianya boleh menentang arus. Yang mengambil gambar ini mungkinkah tak sempat ambil dua tiga keping gambar, air keruh & buaya tu menyelam mungkin. Jika sempat ambil dua tiga gambar boleh juga kita sahkan ianya benar-benar buaya. Dalam siasatan aku melalui Adobe nampak macam gambar asli tak ada tanda contengan atau gambar bertindih.

05 November 2011

KEPALA AIR

Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. BAHAYA Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

LANGKAH KESELAMATAN Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya: - Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat. - Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai. - Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).

- Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

04 November 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 9)

Aku terjaga dari tidur telah nak habis waktu maghrib. Ish bukankah Afiz & Husna mahu naik keretapi. Aku panik & menyuruh Azim lihat Afiz & keluarganya di atas. Dah siapkah untuk ke Machang. Keretapi bertolak jam 8:45 malam. Jalan di Kajang bukan menentu. Dibedalnya sesak bagaimana nak sampai ke Stesen Komuter.

"Suruh along bersiap cepat, masa dah suntuk sangat ni!" aku mula rimas, melonjak rasanya tekanan darahku. "kita yang kena menanti keretapi; keretapi tu takkan tunggu kita." aku bersungut perlahan

Sekitar 8:15 malam baru Afiz, Husna & Qasrina turun tangga. Mila pun nak turut menghantar. Aku telah menunggu dalam Avanza.

"Kalau kita tertinggal keretapi macam mana iyer; dapat tak balik duit tiketnya?'

"Kira hanguslah mana boleh nak klim!"

"Harap-harap keretapi lambat sampai, pernah tak keretapi lewat!"

"Selalu ayah tapi taklah lama mana..." Husna bersuara.

Aku terpaksa cari jalan pintas, ikut kubur Mona Fendi; mencari jalan yang kurang lampu isyarat. Bila depan Metro Point nampak kereta agak lancar aku rasa tenang sikit; kalau tidak rasa semua bonggol jalan mahu aku redah sahaja. Kami sampai di stesen komuter Kajang sekitar 8:35; ada lagi 10 minit. Aku suruh mereka turun segera & biar aku cari parkir di luar stesen. Afiz mendukung Qasrina guna kain gantung di bahu. Mereka bawa dua beg agak besar juga tapi ada beroda.

Parkir di Stesen Komuter Kajang tak sebanyak mana; parkir berbayar selalunya penuh. Ramai penumpang parkir di luar tepi jalan raya. Aku dapat parkir agak jauh juga. Nampak masih ramai orang berbeg besar menunggu keretapi. Aku tercungap-cungap kembali ke stesen teringin nak lihat bagaimana keretapi zaman kini.

Ini jadual lengkap perjalanan Senandung Wau; http://landasan.info/services/ktmb/ boleh semak waktu ketibaan keretapi seantero Malaya di sini.

"Cam mana... keretapi dah sampai ke belum?"

"Lewat sikitlah ayah mungkin sekitar jam 9:00 malam" aku rasa lega, tak dapat dibayangkan jika tertinggal keretapi.

"Dah tu nak tunggu di mana, kan kah keretapi tu panjang, Afiz tanyalah pegawai yang jual tiket tu, sebaiknya kita tunggu di mana, kelas dua tempat orang tidur..." aku lihat Afiz telah kasi Qasrina pada Opahnya. Bagusnya Qasrina ni tak pernah buat ragam. Senyum saja.

Afiz kata selepas jejantas; aku segera menarik beg pakaian yang beroda mencari bangku kosong selepas jejantas. Huh memang bukan kerja mudah nak bawa anak & beg naik keretapi. Bagi negara maju macam Jepun mungkin mereka tak terikat sangat dengan jadualnya; keretapi mereka banyak. Tapi jika musim perayaan pasti seperti kita juga.

Lama juga kami menunggu; sekitar setengah jam keretapi masih tak sampai. Menurut kata Husna ayahnya dapat kambing biri-biri. Harganya munasabah sekitar RM600. Telah dua tiga hari ayahnya terima dari empunya kambing. Afiz pulang awal sebab nak cari barangan keperluan Majlis Aqiqah Qasrina pada hari Jumaat nanti. Esok Khamis kami akan menyusul mereka. Aku masih tak pasti nak ikut jalan mana. Impianku memang aku suka ikut Cameron Highland.

Tentang Kambing buat Aqiqah

Rumah penginap di Machang telah pun aku tempah; sebelum tempah aku bertanaya kepada Husna apakah ada ruang di rumah apaknya di Kampung Belukar. Hatiku memang teringin tidur di sana tapi bila kenduri rumah yang ada sebilik tentunya akan ramai yang akan pulang. Lagi pun aku ni jenis berdengkur jika di rumah Nyaie aku boleh lari jauh-juah tidur di anjung atau dapur untuk tak ganggu orang tidur.

Rumah Tumpangan Datuk Yamud atau Desa Permai Resh House sudah tidak asing bagiku. Telah dua kali menginap di sana; aku berharap dapat tidur di sana bagi kali ketiga.

Keretapi sampai sekitar jam 9:00 malam. Alahai kasihan tenguk Afiz terpaksa berlari-lari anak dengan mendukung Qasrina; Husna dengan begnya. Tempat kami tunggu rupanya tak tepat; Gerabak yang ada katil jauh meluncur di hadapan' sekitar 3 atau empat gerabak. Kami berdiri telah hampir ke ekor keretapi; hanya gerabak untuk penumpang duduk & kantin KTM. Emm! Keretapi Tanah Melayu satu-satunya nama yang kekal disebut. Janganlah ubah nama pengangkutan yang amat penuh nostalgia ini.

Kami tak dapat melambai Qasrina ibu & ayahnya. Mila nampak tercari-cari mana satu gerabak mereka. Keretapi bukan berhenti lama pun; sekitar lima sahaja kut mungkin tak sampai. Agar Qasrina tak meragam dalam keretapi. Masih bayi telah naik keretapi berjalan jauh.

Cadangan nak beli beg lepas hantar Afiz dibatalkan; kata Afiz beg yang ada dah buat untuk isi air kotak sebagai buah tangan tetamu.. aku & Mila menuju pulang ke Jenaris. Dalam kotak fikiranku aku masih terbayangkan kereta api yang meninggalkan landasannya alahai jauhnya Kota Bharu Kelantan.

- bersambung

19 Oktober 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 8)


Tidurku lena tanpa mimpi ngeri. Bermakna cuma perasaan yang asyik terganggu. Kehilangan Mak Nyaie sedikit sebanyak merubah segala kehidupan. Igauan tentang makhluk aneh memang ujud tetapi tidak sampai mengganggu gugat. Bangun pagi aku teringat mahu makan coti canai mamak.

"Siapa mahu temankan ayah nak cari sarapan?" senyap sepi, tak seorang pun menjawab.

"Ayah nak makan di luar ikut suka ayah, Mila nak panas-panaskan makanan di dapur!" bila Mila cakap begitu aku jadi terbantut mahu keluar mencari makan.

Aku nampak ada banyak sayur lodeh basi tak dapat diselamatkan; lemang pun malam tadi aku suruh Cik Yong bawa balik. Masih ada dua batang tidak dibuka. Lemang bukan macam ketupat boleh tahan lama. Sambal kacang memang banyak lagi, aneka rona & jenis. Ayam masak rendang masih banyak yang boleh dimakan. Itulah sarapan kami.

Ramai adik beradik Mila seawal pagi datang ke rumah pusaka ini; Mamam Ifi pun telah pulang dari Dengkil dengan keluarganya. Mereka bertandang sekitar rumah. Sekitar jam 11:00 pagi barulah kami bergerak dari rumah; berjalan kaki ke rumah akak Hanna birasku sebarang jalan. Tiba di sana semua waris Mila nampaknya mahu bergerak ke rumah Mak Ngah. Emie isteri Isman.

"Baik kita ikut adik beradik Mila ke rumah Mak Ngah; dah beraya di sana barulah kita bertandang di sekitar sini!" cadangku kepada Mila, Mila ingin berpecah arah. Aku merasakan tak meriah jika kami berpecah arah. Si Lokman awal-awal dah nak ikut Pak Longnya. Numpang Avanza. Lokman sekitar 4 tahun cahaya mata Acik sejak kebelakang ini memang makin rapat dengan aku. Mana-mana aku pergi mesti dia nak ikut.

SUP TULANG

Semua adik beradik Mila berkumpul di rumah Mak Ngah atau Isman kini. Banglow agam Isman tak menjadi masalah menerima ramai tetamu. Ianya asal tinggal dua keluarga tetapi kini cuma Mak Angah yang jadi tuan rumah. Isteri muda (Mak Ngah Bungsu) Isman telah berpindah ke Puncak Alam. Aku tak pernah sampai rumahnya di sana. Tak pasti sewa atau beli. Mak Ngah Bungsu dari keturunan Khan. Pernah berbual dengan arwah Pak Mertua Isman dia kata yang ramai jadi orang kenamaan di Malaysia ini; seperti di PDRM ada nama Khan di hujung tu adalah waris mereka. Cantik anak-anak Mak Ngah Bungsu ini macam Arab pun ada. Cahaya mata dengan suami pertamanya ada empat orang , dua orang meninggal dunia lemas ketika bercuti di Primula Hotel Terengganu. Jika tak silap meninggal di kolam renang.

Jika Google di dunia maya, terlalu banyak Primula Hotel di Terengganu; tak pasti hotel yang mana satu. Apakah di Primula Beach Hotel . Bersama Isman dia hanya ada seorang cahaya mata. Maka keluarga Isman taklah sebesar mana biar punyai dua orang isteri. Dengan Mak Ngah cuma tiga orang; bersama Mak Ngah Bungsu seorang anak kandung dua orang lagi anak tiri.

Aku lihat kolam renang di banglow ini tiada airnya; nampak terlalu dalam kolamnya. Tiada yang minat berenang terbiarlah jadinya. Pokok anggur di sisi kolam nampak subur. Maman Akir yang sering membantu bersihkan halaman rumah mengadu; pokok anggur ini jarang dicantas dahannya. Jika dicantas pasti akan cepat berbuah. Aku teringat dulu Encik Razak rakan sekerja ada menanam pokok anggur ini. Dia biarkan memanjat di pagar rumah teresnya. Masa aku datang beraya lebat pokoknya berbuah.

MARDI di Serdang ada ladang anggurnya; sekadar buat penyelilidikan tapi tidak dikomersialkan.

Kami sembahyang berjumaah di surau milik Isman di tingkat satu antara dua bangunan. Luas suraunya. Selalunya Isman akan menjadi Imam. Adik beradik Mila yang perempuan serta anak buah yang telah remaja menolong di dapur. Mereka katanya mahu kenduri masak sup tulang.

Afiz & Husna akan ke Machang menaiki keretapi malam nanti. Kami terpaksa mengejar masa; paling tidak mesti ada di Jenaris sekitar jam 6:00 petang; sebab Afiz akan bertolak dari Stesen Keretapi Kajang pada jam 8:45 malam. Mila sibuk nak ke rumah Yot; aku kata teguklah keadaan. Jika masa singkat mana sempat ke sana. Biar pun bukan sejauh mana Taman Emas, Jalan Teluk Gadung Klang itu.


Afiz telah tempah tiket sejak bulan puasa lagi; sebulan sebelum; dia sudah kerap menaiki keretapi malam ke Machang. Sewa gerabak kelas dua yang ada katil untuk tidur. Masa besanku di Triang pun pernah dia naik dengan Pak Mertuanya dari Machang ke Triang. Aku tak dapat bayangkan bagaimana gerabak berkatil ini. Sepanjang hayat taka pernah menaiki kereta begini.

Zaman remajaku rajinlah ikut Opah Bi dari Batu Gajah ke Johor Bahru. Rumah keluarga AC Mizal. Masa itu naik keretapi kelas tiga sahaja. Tidur duduk sepanjang jalan. Alahai penatnya. Pelik juga kenapa dalam galak kali aku ke sana tak pernah nak sewa kelas dua ada katil. Masa itu Yop Zaini bukankah sudah berkerja sebagai ASP di sana. Apak pun bukan orang susah. Mungkin nak jimatkan duit. Opah Bi rajin berniaga kain; kain di Singapura zaman 70an masih murah. Mata wang mereka pun tak setinggi kini. Tiap kali Opah Bi ke Johor Bahru aku sering menemaninya. Naik dari Batu Gajah awal malam sekitar jam 8:00 malam kut; dah lupa. Subuh baru sampai di Johor Bahru.

Kenangan di Gemas amat menarik; zaman dulu ramai orang jual kuih & teh panas. Di Gemas adalah tempat berselisihnya keretapi. Di sini juga penumpang ke Pantai Timur bertukar keretapi. Tengah lelap tidur akan terjaga dengan laungan.

"Teh panas nasi lemak karipap... teh panas nasi lemak karipap" sayup kedengaran tukang jaja mencari rezeki berjalan sekitar rel keretapi.

Memandangkan sup tulangnya masih empuk, kami pula terpaksa mengejar masa; aku mencadangkan agar Mila bertandang ke sekitar rumahnya. Rumah Isman sekitar 3 kilometer dari pekan Meru sedangkan rumah pusaka Mila sekitar 13 kilometer. Batu 8 Bukit Kapar. Ada sekitar 5 buah rumah yang kami sering bertandang di sekitar rumah Mila.

Kami sekeluarga bertandang ke rumah Mak Usu. Satu yang istimewa rumah Mak Usu adalah air sirapnya. Sukar nak jumpa air sirap sesedap Mak Usu buat. Pak Usa adalah adik Yaie telah lama meninggal. Semasa hayatnya masih ada aku masih ingat dia rajin tolong tiap kali kenduri kendara di rumah Mila. Orang tak banyak cakap gempal tubuhnya. Kerepek malinjo kegemaran aku ada tersaji. Makan kerepek malinjo ini tidak pernah rasa puas. Rasa pahitnya membuatkan kita rasa ketagih memakannya.

Rumah keluarga lain tida orangnya, mungkin mereka berhari raya ke luar Bukit Kapar.

Setelah mengemas barangan untuk pulang kami kembali ke rumah Mak Ngah. Aku sempatlah merasa semangkuk sup tulang. Semua dah kekenyangan. Mak Ngah terpaksa goreng ayam untuk lauk tambahan. Anak-anak & Husna nampaknya mula lapar nasi.

Semasa bertolak dari Meru telah pun masuk waktu asar. Aku tak berani mencuri masa untuk ke Taman Emas, Jalan Bukit Gadung; rumah Yot. Takutnya nanti Afiz & Husna tak sempat berkemas. Aku ikut Jalan Paip menuju ke Lebuh Raya Elite menuju ke SKVE. Perjalanan pulang jika bergerak perlahan sekali pun cuma mengambil masa sekitar 1 jam. Sejarah beraya di Meru pada tahun 2011 tercatat yang paling kejap & sekadar dua hari raya di sana. Perubahan berlaku tentu kerana dua perkara yang jelas. Pertama sebab ketiadaan Nyaie & keduanya kehadiran Husna & Qasrina kian mencorakkan suasana keluarga yang berbeda.

- bersambung

12 Oktober 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 7)


Emak Kak Eton; Wak Nah atau pangkat nenek tinggal di belakang kawasan rumah Kak Eton. Aku pernah berceritera masalah orang kaya yang beli tanah antara rumah Kak Eton & emaknya. Dipagarnya habis. Hatta kami terpaksa menyusur tepian parit dengan pagar semuat badan sekitar 100 meter untuk bertandang ke rumah emak Kak Eton.

Nampak di dalam pagarnya ada pelbagai jenis ayam kampung & itik angsa. Agak luas juga tanahnya. Sedih melihat rumah kecil Wak Nah ini, makin terhimpit. Sekitarnya makin becak sebab ada dua banglow yang baru dibina. Yang seorang telah lama pindah yang seorang lagi ini agak baru nampaknya bagai ada buat projek ternak ikan dalam kolam; kolam konkritnya tak terurus elok maka melimpahlah airnya tidak mengikut parit atau anak sungai yang sedia ada.

Aku lihat ada beberapa pokok durian nampak seakan mahu rebah sebab tanahnya telah menjadi lembab. Bayangkanlah tanah gambut bila kena air. Ada banyak pokok durian sekitar rumah Wak Nah ini. Sempatlah kami merasa durian Meru yang sungguh manis & sedap rasanya. Pak Alang Muda suka meredah semak sekitar kebun Wak Nah ini.

Umur Wak Nah telah lebih 70an tahun tentunya, sedangkan Kak Eton pun telah berumur 50an. Ingatan Wak Nah semakin kurang. Dia makin lupa wajah kami terpaksalah kami mengenalkan diri masing-masing. Aku suka tenguk anak sungai & dusun durian di sini, rimbun & menyamankan. Nenas nampak banyak tumbuh liar. Tanah gambut yang basah nampaknya sesuai amat untuk pokok cekur tumbuh.

Wak Nah ini tinggal sendirian, seingat aku sejak kami kahwin selalunya aku tak pernah tak bertandang ke rumah Wak Nah ini. Iyer sejak tahun 1980an lagi.

WAK ROMLAH.

Setelah ke rumah Wak Nah kami bertandang ke rumah Wak Romlah. Tak ada seorang pun anak-anak Wak Romlah berada di rumah. Dia tinggal bersama beberapa warisnya. Waris Wak Romlah ada yang tinggal di Kajang termasuk di Sungai Kantan. Anaknya ada berjual Sate sekitar Klang. Suaminya baru sahaja meninggal. Sekitar tiga tahun kut. Wak Romlah pun dah warga emas, silap-silap mahu telah 80an umurnya. Dia masih sehat cuma ada masalah sendi, itu biasalah bila orang telah berusia.

Pertama kali Husna menantu dari Machang aku ini beraya di Meru, nampaknya dia makin dapat menyesuaikan diri. Cumanya kali ini kami tak seramai mana berkonvoi. Selalunya sampai hampir semua adik beradik Mila akan beraya bersama. Bayangkan dari Mak Ngah satu kereta cahaya matanya ada bertiga tak termasuk anak tirinya Pak Ngah. Kemudian Mak Alang, dia tak ada anak tapi selalunya suaminya pasti ikut sekali. Maman Udin isterinya Hanna sebuah kereta dengan tiga cahaya matanya. Acik dengan Bai ramai anaknya, agaknya dah seramai tujuh orang, Maman Akir isterinya Oni dengan keluarga cahaya mata tak silap ada empat orang, Mak Yong atau Yuli baru dua cahaya mata dan Maman Ifi baru seorang. Emm! lapan keluarga bertandang; bayangkan ramainya.

Biasalah raya pertama, kedua dan ketiga raya memang jadual kami padat. Apatah lagi jika arwah Nyaie masih ada. Selagi ada saudara mara memang kami akan ziarahi; dari Meru,Klang, Banting sampailah ke Kajang. Balik rumah larut malam memang biasa. Rutin raya makin berubah. Sekarang memang jarang Mak Ngah atau suaminya Isman turut serta. Keluarga Acik pun makin membawa diri, Bai suaminya sering ada jadula sendiri. Lepas berkunjung rumah Wak Romlah kami maghrib di rumah sahaja. Malamnya aku malas berjalan, memikirkan Qasrina masih bayi & memang tak sesuai bawa berjalan malam.

Sementelah Nina cahaya mata Acik kini tingkatan empat , khabarnya sering nampak benda-benda ghaib lagi menyeramkan di rumah pusaka ini. Rumah pusaka Mila memang besar; Maman Ifi selalu guna satu bilik sahaja. Jika Amirul anak Acik balik bercuti dari kursus di Melaka barulah dua bilik ada penghuni. Amirul sering tidur di rumah Nyai ini sejak lama, sebelum Maman Ifi berkahwinlagi. Bilik yang selalu arwah Nyaie duduk memang sentiasa kosong; bilik airnya pun tak digunakan. Terbiar usang & bersawang.

Aku bercadang tidur di anjung sahaja, jauh dari orang sebab aku ni berdengkor sampaikan bergegar dinding konkrit. Cicak pun tak boleh tidur bila aku berdengkur. Masalah panas buat aku tukar markas. Aku memberanikan diri untuk memeriahkan bilik arwah Mak Nyaie. Aku cuba buka penghawa dingin. Baterinya kawalan jauhnya telah tiada kuasa. Aku pinjam bateri kawalan jauh Astro. Wah! sejuk amat penghawa dingin bilik arwah Mak Nyaie ini. Aku bersihkan sedikit bilik air yang suram lagi bersawang. Memang terasa meremang bulu roma bilamana sendiri di bilik air ini.

Ada masalah lampu di bilik airnya. Padam gelap. Aku berpesan pada Amirul kebetulan mahu ke kedai untuk mencari lampu bilik air. Lama juga aku menunggu kepulangan Amirul; bila aku tanya Afiz rupanya diam-diam Amirul telah letakkan lampu di dalam bilik Mak Nyaie & dia keluar rumah. Huh! salah beli lampu; dia beli lampu kalimantang panjang; bukan mentol bulat. Terpaksalah aku berkejar mencari kedai yang masih dibuka sekitar Meru; bukannya apa takut nanti kalau tengah malam aku terjaga nak ke bilik air pasti seram sangat tanpa lampu.

Aku jumpa kedai orang dari Acheh yang masih dibuka; ketika itu telah sekitar 11:00 malam. Memang orang Acheh di Malaysia ni gila berniaga.

"Tak boleh nak uji ke kut mentol ini hidup atau mati!"

"Biasanya bang... okey!"

Sampai di rumah Nyaie aku tak sabar mahu memasang lampu bilik air ini; aku ambil bangku kayu jati di anjung rumah. Huh badan ni dah berat jika berdiri atas bangku plastik mahu patah kakinya. Ianya mentol jenis skrew. Setelah kemas aku cuba pasang lampunya.

Aneh!, ianya bercahaya bagai filem seram; terang gelap terang gelap & padam. Aku tutup suis & cuba pastikan ianya kemas dipasang; pulas ikut pusingan jam. Memang kemas. Buka semula suis, ceriteranya sama. Menakutkan tapi aku yakinkan diri mesti ada masalah pendawaian. Aku cuba biarkan sebentar; agak lama. Tetiba terbahu wayar hangit terbakar. Cepat-cepat aku padam suis.


Aku bergegas cabut semula mentol bulat yang baru kubeli. Hantar semula bangku kayu jati di anjung rumah. Padam suis penghawa dingin; Ambil bantal padam lampu & tak lagi berani sendirian di bilik arwah Mak Nyaie.

Aku pernah terbaca, syaitan sering masuk dalam pembuluh darah kita. Jika tak kuat semangat memang akan terjadilah kerasukan atau sebagainya. Aku terfikir mungkin filem seram tu benar; selalunya jika ada kuasa yang kuat ianya akan menganggu litar elektrik. Macam tadi.

Lagi pun dalam firasatku terasa ada penunggu kamar arwah Mak Nyaie ini; tapi ianya tidak menetap kekal di dalam bilik ini. Keluar masuk sebagai rumah singgahannya. Selalunya dia suka tinggal di bilik air; apatah lagi ianya terbiar bersawang ada banyak pula tahi cicak.

Di ruang tengah hampir dengan dapur, Mila & anak-anak telah pun lena depan TV. Hari pun sekitar 1:00 pagi. Nak tidur di anjung sendirian pun aku tak berani, rasa seram. Aku mencari ruang sekitar anak-anakku untuk lelapkan mata. Emmm satu masalah betul bila fikiran mula takut, agar dengkuranku tidak sampai menganggu Mila & anak-anak tidur.

- bersambung.