23 Januari 2013



Kerja betul buat betul-betul tapi tak betul.

Memang inilah masalah kita tanggung sering ada cacat cela di sana sini hatta apa salahnya kita mendapat teguran. Teguran itu ada dua: Satu teguran membina. Ianya amat elok kita turuti. Satu lagi teguran menjatuhkan atau mengaibkan. Masalah ini perlulah diperbetulkan.

2. Sebab itu ada baiknya kita mengadakan peti cadangan untuk memberi ruang seseorang mengadu tanpa bersemuka. Sebagai ketua ada ketika lebih baiknya menegur kesilapan anak buahnya secara sulit bukan di depan rakan lain yang boleh menjatuhkan air muka seseorang.

3. Jangan sesekali menyindir tindakan negatif seseorang di kalayak umum ini sering mencetus dilema yang tidak berkesudahan. Tegurlah secara baik & kiasan yang yang dapat diterimapakai seperti ceritera yang boleh dijadikan teladan.

4. Berfikirlah secara positif yang kita namanya manusia memang punya kelemahan diri masing-masing. Bukan tunduk kepada kelemahan diri tetapi membantu sesama kita membaiki kelemahan ini. Sikap prihatin selalunya akan menjadikan tindakan kita jadi mudah & aman berkomunikasi.