iDAN
08 April 2011
de'orchid Pengikut ke 400
de'orchid adalah Pengikut yang ke 400 jurnalku ini. Ini URL blog de'orchid yang tentunya seorang seni lantaran dari catatannya dia terlibat dengan kumpulan teater.
http://sweetdeorchid.blogspot.com
Bayangkan hampir dua tahun aku mahu mengumpul kenalan di blog, dalam sekitar 400 orang Pengikut ini ada separuhnya rajin berkunjung saban hari. Sehari buat masa ini sekitar 150 pelayar klik blog ini tapi sekadar klik sebentar & berlalu. Yang rajin membaca tulisanku mungkin sekitar 50 orang pengunjung dalam sehari.
Dalam tempoh dua tahun tersebut aku hilang dari kancah blog sekitar enam bulan; leka dengan FaceBook (FB). Kekinian aku makin kurang berkunjung ke FB lantaran asyik kena sekat dari mahu berkenalan dengan rakan lain. Tapi tak dinafikan di FB lagi cepat dapat mencari rakan berbanding di Blogspot.
Salah satu sebab kenapa pemblog asyik beredar ke blog lain, selain isu yang kutulis tidak kena di hati; atau terlalu banyak blog lain yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Mungkin juga paparan tidak sesuai dengan usia pelayar.
Aku telah menuju ke gerbang Warga Emas pastinya buah fikiranku amat berbeda dengan remaja masa kini. Pelayar dunia maya boleh dikatakan dari golongan remaja & mereka sekitar umur 30an. Mungkin juga masalah kelajuan akses asyik tersekat. Aku masih mencari-cari topik yang menarik.
Impianku aku mahu mengumpul Pengikut sampai ke empat angka. Tercapaikah!?.
Terima kasih de'orchid rakan sebendera pun Pengikut yang lain kerana masih sudi membaca catatanku ini. Salam bahagia & agar terusan berkarya adanya.
Nuffnang dari tiada
Setidak-tidaknya aku dapat jua duit saguhati lantaran meletakkan iklan Nuffnang di paparan blog ini. Buat masa ini pengikutku pun belum sampai ke 400 pelayar, sepanjang dua tahun aku meletakkan iklan Nuffnang ini aku telah pun mendapat duit saguhati sekitar RM100.
Siapa tahu seandainya pengikut bertambah akan bertambah duit saguhati yang Nuffnang kasi. Yang penting pelayar ke blog ini klik iklan Nuffnang yang tertera. Jika kita klik enjin capaian seperti Google dalam menu imejnya pasti banyak cek yang dirakamkan. Ada yang dapat sampai RM2,000 (Tak pasti berapa lama) pemberian dari Nuffnang.
Mengikut syarat Nuffnang jika jumlah yang kita dapati dari iklannya telah mencecah RM50 ke atas ianya telah boleh buat tuntutan; sekitar sebulan dari tuntutan pasti kita akan terima cek dalam RM.
Aku bercadang duit yang aku dapat ini nak beli Sijil Simpanan Premium (SSP), manalah tahu kut ianya membiak, ada rezeki bagai tahun lalu; aku dapat cabutan saguhati yang agak lumayan dari SSB. Doakanlah agar aku dimurahkan rezeki. Cara begini benar-benar menguji kita yang rezeki itu bakal jatuh dari langit jika Ilahi mahu kasi kepada kitalah.
Dalam carta Statistik Pelayar ramai sangat kalangan pengunjung blog ini hanya klik sekejap sahaja; kemudian klik ke lain. Nampaknya memang agak sukar untuk menarik perhatian pengunjung blog ini dengan hanya kata-kata. Mungkinkah Imej akan dapat menarik pengunjung untuk klik lebih lama & banyak menu dihayati.
Terima kasih Nuffnang biar pun aku sering pertikaikan terlalu banyak pemenang setiap bulan blog menarik; adalah blog kaum asing; bukan blog orang kita Melayu. Ayuh kita panjangkan ukhuwah ini & segera kembangkan capaian blog sesama kita.
Sayornara Maharaja Lawak
- Kumpulan Cham (Along+Asrul) yang menang tempat kedua Raja Lawak Musim Ke2 tak ikut serta.. Ke mana diarang ek?
- Tayangan serentak Maharaja Lawak di Astro Prima dan Astro Warna hanyalah untuk minggu pertama dan kedua sahaja.. Kenapa iyer?
- Untuk menonton Astro Warna, pelanggan Astro haruslah membeli pakej mustika dengan jumlah bayaran RM12.95.. Berbaloikah hanya untuk menonton Maharaja Lawak?
- Rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak dikatakan berbeza tetapi kenapa 3 minit sahaja diperuntukkan untuk peserta? Baru nak gelak, dah bunyi loceng..
- Muka Pak Cu kumpulan XN3 lebih kurang sama macam muka Rahim kumpulan R2 kan? Bersaudarakah mereka? *Soalan bonus :)
Gambaran kiamat menurut al-Quran
MOHAMAD ALBAKRI
|
|
Ia mengandungi lapan ayat dan diturunkan selepas surah al-Nisa’. Hubungan surah ini dengan surah al-Bayyinah adalah: Dalam surah yang lalu diterangkan balasan yang diterima oleh orang yang beriman dan orang kafir. Dalam surah ini pula, Allah SWT menjelaskan waktu dan tanda-tanda berlaku hari kebangkitan.
Sebab nuzul
Orang kafir sering bertanya tentang hari pengadilan. Mereka bertanya: Bilakah datangnya hari Kiamat itu? Manakala sesetengah yang lain bertanya: Bilakah datangnya janji itu?
Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat agar mereka mengetahui bahawa tiada jalan lain untuk menentukan hari itu iaitu hari yang didedahkan kepada manusia bahawa mereka semua akan kembali menghadap Allah SWT untuk mengurniakan balasan pahala kepada orang yang beriman serta seksaan kepada orang yang melakukan perbuatan dosa.
Tafsiran ayat
Firman Allah SWT: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat). Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya).
Ibn al-Jauzi menyebut dua pendapat ulama berkenaan dengan waktu goncangan tersebut:
i. Ia berlaku di dunia dan termasuk tanda kiamat. Inilah pendapat kebanyakan ulama.
ii. Ia goncangan pada hari kiamat. Inilah pendapat Kharijah bin Zaid.
Berkenaan dengan maksud telah mengeluarkan beban-beban berat:
i. Orang-orang mati dibangkitkan seperti kata Ibn Abbas.
ii. Segala bahan simpanannya daripada emas, perak dan lain-lain seperti pendapat Atiyyah.
Sayid Qutub berkata: Itulah peristiwa hari Kiamat di mana seluruh bumi bergegar dengan gempa-gempa yang paling dahsyat dan meluahkan segala isi perutnya dari mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya, seolah-olah bumi mahu meringankan tubuhnya daripada kandungan-kandungan yang berat itu.
Itulah satu pemandangan yang menunjukkan segala sesuatu yang tegak di bumi telah bergoyang di bawah tapak kaki para pendengar surah ini. Mereka merasa terhuyung-hayang, bumi terus bergegar dan bergoncang di bawah tapak kaki mereka, satu pemandangan yang menakutkan hati yang selama ini menyangkakan segala apa yang tegak di bumi itu akan tetap teguh, kukuh dan kekal abadi.
Inilah kesan pertama kiamat yang digambarkan oleh al-Quran, satu gambaran yang benar-benar hidup dan menjalar ke dalam saraf-saraf pendengar ayat-ayat ini sebaik sahaja mendengar ungkapan al-Quran yang unik ini.
Kesan ini bertambah apabila digambarkan reaksi manusia terhadap pemandangan itu dan dilukiskan keadaan-keadaan perasaan mereka ketika melihat pemandangan ini.
Firman Allah SWT: Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini)? Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
Al-Mawardi mengemukakan maksud bumi mengkhabarkannya kepada dua pendapat:
i. Perkhabaran berkenaan segala amalan hamba yang dilakukan di dunia dahulu. Inilah pendapat Abu Hurairah.
ii. Mengkhabarkan berkenaan perihal kiamat. Inilah pendapat Ibn Mas’ud
Ketika berlakunya gempa bumi yang hebat ini, bumi menceritakan isinya kepadamu dalam bentuk kegoncangan, getaran yang hebat dan gerakan bumi yang dahsyat serta kehancuran seluruh isinya yang tiada tandingannya sebelum ini.
Justeru, ia akan memberi jawapan dan pengertian kepada orang yang bertanya bahawa kegoncangan yang sedang berlaku itu bukan kerana sebab-sebab yang biasa berlaku ketika seluruh alam berada dalam keadaan normal.