iDAN

Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan

22 September 2016

Nasib Perasa Yang Bersara 5 Tahun Lalu ii.



Peluit Ralit

Ini antara jawaban dari pihak JPA; Terima kasihlah banyak-banyak dengan jasa baik serta maklum balas tentang rayuan atau cadangan sy. Memang ada semakan yang dibuat tahun 2007 tapi sayangnya tidak merujuk ke jawatan sy semasa itu.

Malahan pihak JPA membuat rombakan gaji tidak tepat ke sasaran kerjaya sebahagian staf teknikal seperti sy & rakan lain ada sebilangan 200 staf; berbanding yang sy & rakan sy terhumban ke bahagian pentadbiran tangga gaji N. Mungkin masalah ini terlindung atau masalah terpencil sebab UPM sendiri ketika itu tidak mengkaji pun mendekati bidang kerjaya staf mereka di bahagian tenikal.

Perkara ini ada sy buat ada ke BPA sebelum sy bersara. 2009.

(3. Mengenai kenyataan pengadu bahawa rombakan gaji telah dijumudkan sekitar 10 tahun yang lepas, ianya fakta yang kurang tepat kerana kali terakhir Kerajaan membuat semakan gaji perkhidmatan awam adalah pada tahun 2012 seperti mana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 tahun 2012 iaitu Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmaatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia. Malah, sebelum bersara pada tahun 2009, pengadu sendiri telahpun menikmati semakan / penyelarasan gaji seperti yang diumumkan oleh Kerajaan pada tahun 2007 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 iaitu Pemberian Kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmaatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.)




Peluit Ralit

Cer tenguk bagaimana staf bersara terpaksa bersaing dalam dunia makmur Msia; terpaksa menghadapi persaraan dengan hanya kenaikan tahunan sekitar RM20 berbanding pekerja lain yang mendapat paling rendah kenaikan RM100;

(pemandu pun lebih tinggi kenaikan tahunan mereka sekitar RM120 rombakan baru ini)

Perlu diingat ramai juga pesara masih membayar hutang rumah tanpa pun ada elaun perumahan mereka... atau jua elaun perkhidmitan awam (nama pun duduk rehat x kerja lagi).

Cadangan sy sekadar RM50 kenaikan tahunan paling rendah ini tak sampai pun 50% berbanding kenaikan yang dinikmati staf awam kini.

Ianya tertolak... emm bersyukurlah apa yang ada.

Peluit Ralit


Ini antara kenaikan tahunan pesara kalangan staf awam sekadar RM22. Barangan GST sahaja sudah ambik 6% terpaksa bayar; belum barangan pelik lain yang naik melambung harganya... RM22 sebulan kenaikan mampukan hidup bahagia di Msia makmur ini?.

19 Julai 2016

Nasib Perasa Yang Bersara 5 Tahun Lalu.

Kerajaan terus menaikkan taraf hidup pekerja awam tahun ke tahun. Terbaru setelah skim gaji dirombak sekitar 4 tahun lalu; semua staf awam mendapat durian runtuh dengan kenaikan dua tangga gaji. Satu tangga kenaikan rutin tahunan. Satu tangga lagi adalah dikirakan bonus khas bagi semua staf awam/staf kerajaan.

2. Satu kenaikan gaji staf awam sekitar RM50 itu jawatan paling rendah. Seperti Pelaksana (kini jawatannya dah tukar nama sedap sikit) RM1,216.00 gaji awal RM2,983.00 gaji mati kenaikan RM80.00. Maksudnya udah pasti lebih sekitar RM100 kenaikan gaji yang bakal diterima. Saya tak pasti berapa kini skim gaji Budak Pejabat dulu dalan skim gaji gred N1, sementelah empat tahun lalu telah rombak. Kenaikan gaji tahunan Budak Pejabat (Pembantu Am Pejabat sekitar RM30 sebelum rombakan empat tahun lalu)

3. Apa terjadi dengan pesara?. Hanya bergantung dengan kenaikan 20% tahunan. Bagi orang setua saya yang punyai elaun pencen sekadar sekitar RM1000, hanyalah sekitar RM20 kenaikan tahunan dan rakan lain yang bersara sekitar 10 tahun lalu udah pasti terusan menghadapi bebanan kehidupan yang amat getir.

4. Bila semua staf awam mendapat laba; terasa juga kami ini bagai telah kian dilupakan jasanya biarpun menjadi pemangkin kemakmuran negara.

5. Kerajaan perlu mengkaji semula skim elaun pencen pesara yang bersara sekitar 5 tahun lalu yang tak sempat merasai rombakan gaji yang dijumudkan sekitar 10 tahun; semasa di akhir/penghujung perkhidmatan di sektor awam. Lojiknya sekitar RM50 kenaikan tahunan terendah sudah amat membantu pesara.

PCB.221898

02 Julai 2012

Keburukan Perniagaan MLM

Kenapa MLM adalah skim piramid?
  1. Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk.
  2. Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk.
  3. Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, di mana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah ‘atas angin’.
  4. Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, di mana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
  5. Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.
Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor?
  1. Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
  2. Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
  3. Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
  4. Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu ‘sistem’, bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai ‘nature of business’. Anda sebahagian daripada ‘sistem’ yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
  5. Menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar.
  6. Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
  7. Sistem ‘pelan pemasaran’ yang amat meragukan dari sudut Syariah.
Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam?
  1. Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
  2. lebih daripada 80% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
  3. Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia, kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
  4. Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai di bawah anda.
  5. Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah.
  6. Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.
Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:
  1. Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia.
  2. Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
  3. Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
  4. Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
  5. Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
  6. Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda.
  7. Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain di pasaran. Pendek kata pelan kami unik.
  8. “Jika saya boleh, anda tentu boleh”. Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal.
Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:
  1. Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat.
  2. ‘Pelan pemasaran’ yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutar belit fakta.
  3. Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
  4. Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa “jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.”Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
  5. Mempunyai dana yang besar untuk ‘menutup’ mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan.
Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?
  1. Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
  2. Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 ‘mind control’ (nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
  3. Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu.
  4. ‘In state of denial.’ tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
  5. Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke 20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
  6. Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah, maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.
Untuk renungan:
  1. Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
  2. Logikkah harga sebotol minuman ‘kesihatan’ berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sesiapa saja.
  3. 8/10 daripada rakan/saudara/ keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
  4. Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah ‘cukup duit’.
  5. Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
  6. Kini ramai upline cuba mencari downline dari kalangan pelajar-pelajar kolej atau universiti kerana golongan ini senang termakan janji dan tertipu dengan upline. Ini kerana golongan ini ada dikalangan ‘sengkek’, ‘pokai’ dan orang memang tiada duit ataupun orang susah. Ditambah lagi dengan golongan ini dapat peruntukan dari pinjaman atau PTPTN.
Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
  1. Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai ‘sistem’, bukan ‘produk’.
  2. Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
  3. Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
  4. Dari 100% yang masuk MLM hanya lebih kurang 10% sahaja yang berjaya dan kaya raya.
  5. Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
  6. Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
  7. Piramid yang tidak mempunya ‘tapak’ akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.
* petikan ini diambil dari website putera.com 

ps:- dari kacamata saya kini perniagaan MLM tidak lagi seperti dulu. Kini MLM penuh dengan tipu muslihat, penipuan, helah untuk dapatkan downline kerana saya percaya 80% sudah tak percayakan perniagaan ini dan hanya 20% lagi mempunyai pengalaman samada berjaya atau di sebaliknya masih bertahan dengan MLM.
Pesan saya di sini jika anda tak yakin dengan perniagaan MLM jangan cuba-cuba kerana anda bakal kerugian satu hari nanti. Kepada yang masih bertahan dalam MLM pesan downline anda janganlah mempengaruhi siswa/siswi dengan janji manis yang kemudian nanti akan memberi manfaat pada upline tapi siswa/siswi yang menjadi downline sengsara. Carilah orang yang sudah bekerja dan berminat menyertai MLM.
Artikel ini bukan memburukkan perniagaan MLM tapi sekadar memberi peringatan dan panduan supaya orang melayu kita lebih berhati-hati.

Pokok pangkal JANGAN IKUT ORANG, tepuk dada tanya selera.

iDAN:  

Sejak berzaman saya adalah salah seorang yang anti MLM ini; salah satu contoh perniagaan gelang yang dikenalkan oleh anak saudara saya AC Mizal; saya adalah salah seorang ahli perniagaan ini tapi tak aktif pun. Saya dengar perniagaan ini kian jatuh di Malaysia dan mungkin kompeni AC Mizal beralih ke luar negara.

Selalunya MLM ini akan mengenakan rakan handai; waris atau adik beradik untuk mengembangkan perniagaan mereka seperti Penapis Air yang selalunya mereka yang awal berangan sampaikan memakai Merc/menjadi jutawan sedangnya secara lojik jualan mereka tidak pun sebanyak itu untungnya. Rasanya mereka yang dapat Merc/atau menjadi jutawan segera ini akan berhutang kepada ahli yang tak mendapat sebarang keuntungan. 

Sebagai contoh harga Penapis Air secara terbuka amat murah berbanding dibeli dengan jualan MLM dan pastinya ini satu penganiaya buat mereka yang membeli secara MLM. Si jutawan sebenarnya adalah si penghutang ini sampai ke liang lahat pun tak akan terlunasnya akan hutangnya; bayangkan tanpa usaha yang gigah sekadar menggoda orang dengan air liur tetiba menjadi senang lenang. Ini sebenarnya ada merompak secara SULIT harga Merc/jutawan segera tersebut bukannyan rezeki atas usaha sebenar. Sampai ke alam sana pun pasti takkan selamat kehidupannya. Bertaubatlah.

Jangan cari nahas dengan jualan secara MLM; namanya seiras MALAM nanti dunia anda akan gelap selamanya baik di dunia nyata atau pun di dunia yang kekal nanti.

14 Februari 2012

Undang-undang bersara umur 60 tahun bagi swasta akan dibentang

Posted on December 16, 2011, Friday

MELAKA: Rang undang-undang mengenai had umur persaraan 60 tahun bagi sektor swasta akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang, jika perkara itu diterima wakil majikan dan pekerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pada masa ini perkara tersebut masih dalam perbincangan di antara Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MUTC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

“Ini adalah satu rancangan kementerian (untuk umur bersara pekerja swasta dilanjutkan 60 tahun) dan kita masih dalam proses menggubal rang undang-undang itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen ke sembilan Kolej Antarabangsa Melaka (KAYM), di sini semalam.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa umur persaraan pekerja sektor swasta akan dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun, selepas mendapat sokongan MTUC dan MEF.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata, pada masa ini had umur persaraan sektor swasta tidak ditetapkan daripada segi perundangan.

“Umur bersara mereka terpulang kepada majikan yang mempunyai pendirian masing-masing dalam isu itu,” katanya.

Beliau berkata, rang undang-undang itu mengambil kira jangka ha-yat penduduk negara yang kini me-ningkat kepada 75 tahun.

“Bermakna seseorang itu pada umur persaraan 55 tahun, masih mempunyai 20 tahun kehidupan untuk mereka aktif dan bila tidak lagi bekerja akan menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Beliau berkata, apabila diluluskan kelak, rang-rang undang itu juga akan memberi perlindungan kepada pekerja swasta. Pada majlis itu, seramai 410 graduan menerima ijazah, diploma dan sijil. — Bernama

22 Disember 2011

Kerajaya Songsang.

Percaya atau tidak ada ketika awak ini macam cicak kubing (sesumpah). Berubah rona bila berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Dulunya awak orang susah sampai ada kalangan waris awak terpaksa guna daun nenas sebagai sudu bila tetiba rumah awak ada mee sup. Adik beradik ramai sudu bukan tak ada tapi tak cukup; perut lapar tak larat nak tunggu giliran maka asal ada sudu segera pakai saja. Pinggan ayan lusuh memang banyak.

Satu lagi golongan ada ketikanya dilahirkan dalam kroni orang berada. Maka bukan mustahil awak jadi loya nak makan di gerai tepi jalan yang nampak daif & serba kurang. Tekak awak menolak makanan tepi jalan sebab awak terfikir ianya kotor berabuk. Kelas awak adalah restoran atau cafe yang tersohor & mahal harga juadahnya.

Sebab itu bila awak jadi bos; bajet bangku yang layak sebagai Ketua Jabatan (KJ) sekadar RM500 awak sanggup tambah duit sendiri nak duduk di bangku yang berharga RM1,000 lebih. Tak duduk di bangku mahal tak selesa buat kerja.

Golongan elite & berstatus bangsawan ini yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan pekerja. Adakah lojik?. Sedangkan di rumah pun awak tak pernah sidai kain; jatuh martabat sidai kain anak atau suami/isteri. Bolehkah KJ sebegini rasai kepayahan golongan sokongan (kini dipanggil Kumpulan Perlaksana 2) & mahu menjaga kebajikan pekerjanya.

Orang tak rasa susah memang sukar dapat menyelami hati orang susah. Dia akan rasakan teguran mereka yang susah & teraniaya ni sebagai sungutan yang mengada-ngada. Malahan silap-silap mereka yang nampak ketidakadilan ini; jika bersuara akan dicap staf bermasalah oleh KJ yang sekadar bermusim (syarat naik pangkat kena jadai KJ sepenggal dua). Jika boleh staf yang menegur ini segera diberhentikan di organisasi mereka. Orang bawahan hanya layak jadi macai mereka. Jangan sesekali diberikan peluang bersuara naik pangkat sebab mereka ini akan jadi kaduk naik junjung. Kecuali yang seiring dengan mereka kaki bodek, mengampu yang bosnya cantik jelita macho tampan & bla bla.

Ini sering berlaku di mana juga tempat kerja yang namanya makan gaji. Malahan golongan majikan atau KJ begini akan nampak sekelompok yang setaraf dengan dia sahaja, yang intim serta senyum bersama. Yang boleh dia bercampur atau terima segala pendapat atau ide mereka. Golongan begini jauh sekali akan hormat akan daya kreativiti orang lain sampai satu hari dia akan jadi teramat ego; hatta hidungnya makin kemek pipinya makin demak. Tengkoknya makin pendek; bahunya makin terangkat, betisnya makin gedabak. Langkahnya makan mendada tak pernah tunduk.

Satu hari dia akan rasa akulah segalanya & akan tersenyum sendiri. Nah! aku telah jadi Tuhan. Semua orang kena tunduk dengan segala perintahku (keangkuhan). Tak tunduk ambik kau aku akan jentik bagai tahi cicak; awak carilah rezeki di tempat lain. Waduh.

20 Disember 2011

Ceritera Persaraan Penyair iDANRADZi


Nah! setelah ianya 3 tahun tersimpan... Bagindo (Dato' Haji Omar Bin Osman) ikut juga cakap e-mel ini.

iDAN
016 9094343

(Ini antara Surat Rasmi@e-mel saya kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) dulunya lebih dikenali sebagai Warkah Untuk PM)

Forwarded Message: Re: Peringatan 1:[Fwd: FW: [202893] Pekerjaan - Haridan Bin Mohd Rodzi]
Re: Peringatan 1:[Fwd: FW: [202893] Pekerjaan - Haridan Bin Mohd Rodzi]
Thursday, July 24, 2008 6:23 PM
From: "iDANRADZi" <idanradzi@yahoo.com
Rujukan Tuan : WUPM/BPA/KPT/0052

Tuan/Puan

Keadaan kerjaya kami di sini Fakulti Kejuruteraan UPM khasnya UPM amnya; semakin payah & getir. Khidmat kami yang kini melebihi 20 tahun makin tidak diberikan perhatian. Saya sendiri bebaru ini dipanggil oleh Timbalan Pendaftar UPM & diarahkan tukar tempat kerja. Disuruh menjadi Pelayan Pejabat (Budak Pejabat); ibarat diturunkan pangkat.

2. Kami dulunya Pelayan Makmal, setelah pertukaran ke SSB ditukar jawatan kami ke jawatan Pembantu Am Rendah kemudian kini SSM menjadi Pembantu Am Pejabat (tanpa berbincang dengan kami pertukaran jawatan ini). Sedangkan kami membuatkan kerja-kerja teknikal & berkemahiran dalam bidang teknikal di makmal atau bengkel bukan di pejabat.

3. Contohnya saya sendiri telah 28 tahun berkerja dalam bidang teknikal pastinya akan lupus & jumud begitu sahaja kemahiran teknikal yang sedia ada, jika pihak pengurusan terus tidak mempertimbangan kemahiran serta pengalaman saya dengan meletakkan saya menjadi Budak Pejabat; mengambil & menghantar surat dalam usia 50an kini.

4. Kami mencadangkan agar pihak pengurusan mengujudkan jawatan seperti Tukang Kadar, Operator Mesin Pemprosesan Data atau sebagainya untuk kenaikan pangkat demi mengenang jasa bakti kami tetapi ditolak mentah-mentah. Sememangnya jika antara kami tidak berkerja sendirian di makmal, seharian kerjaya kami sentiasa membantu Juruteknik.

5. Saya sendiri pernah mendapat elaun tanggung kerja jawatan Juruteknik selama lebih kurang dua tahun & melaksanakan tugas juruteknik menguruskan sebuah makmal sendirian lebih dari sepuluh tahun sehinggalah kini. Kumpulan kami diketepikan bilamana pihak UPM memasukkan Juruteknik yang kini memerlukan sekurang-kurangnya sijil dari Politeknik.

6. Persoalan utama, bukanlah permasalahan imbuhan yang dipertikaikan tetapi tiada kenaikan pangkat secara KPSL bagi kami yang berkhidmat sekian lama. Juga skim gaji yang kami sandang rasanya perlulah dirombak; tidak musabah masih ada skim gaji pendidikan di Darjah Enam yang kami sandang sejak lebih 20 tahun lalu. Rata-rata kami memiliki LCE/SRP & ramai mempunyai MCE/SPM.

7. Saya berharap pihak Tuan/Puan dapat meneliti aduan ini; bukan dengan cara tindakan sekarang ini pihak pengurusan UPM senang-senang memindahkan kami ke bahagian yang bercanggah dengan bidang kemahiran yang kami timba selama ini.

8. Jika pun kami tidak dapat pembelaan dalam KPSL, harapan kami berilah peluang untuk kami memilih sendiri bidang kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran kami dalam meniti penghujung usia & penghujung kerjaya kami di perkhidmatan awam ini.
Sekian Terima Kasih.

Tuan Haji Omar, (masa ni Bagindo masih tiada gelaran Dato')

Hari ini saya mendapat surat Arahan Pertukaran Tempat kerja pada 15 Ogos 2008 nanti. Saya amat tidak bersetuju dengan pertukaran ini.

Ada beberapa lagi Surat@e-mel berkaitan dengan Aduan ini di simpanan saya.

Wassalam.


BPA telah pun menelefon saya untuk menjelaskan kedudukan kerjaya saya dan berharap kami boleh berbincang & menjernihkan keadaan. Saya menolak sebab saya secara sukarela telah mengambil opsyen bersara awal. Saya tahu majikan saya mengadap JPM dan pastinya mereka akan melabelkan saya ini "Pegawai Bermasalah", apa lagilah alasan mereka jika aib UPM terdedah.

(Tapi saya yakin BPA tidak semudah itu menerima; tanpa rekod terperinci apa hak UPM mahu melabel saya, perhubungan saya dengan BPA hingga kini masih rapat.)

Markah SSM saya masih okey taklah pernah sampai 70% ke bawah. Saya pernah menjadi Pegawai Cemerlang beberapa tahun. Malahan dalam penilaian pelajar makmal yang saya pantau di KKK pernah mendapat Makmal Terbaik.

Nak jadi malang ketika krisis kerjaya ini saya dicampak di makmal yang layak dipanggil Stor sahaja. Saya & anak saya si Afiz selama dua minggu berkerja siang & malam mengosongkan makmal ini bilamana arahan ianya mahu dilawati Penilai Luar. Hatta kekosongan makmal saya yang seharusnya menjadi bengkel komputer menjadi isu yang dimainkan oleh pihak UPM untuk meletakkan saya sebagai Pegawai Bermasalah (Mungkin).

Selama saya menunggu bersara, opsyen LAPAN bulan saya memohon bertugas di Unit IT; untuk senggara komputer & kerja ICT. Impian UPM mahu melihat saya yang dah tua ini menjadi Budak Pejabat nampaknya telah disekat Allah SWT yang maha mengasihi. Maka itu apalah indahnya berkhidmat dengan UPM.

Kumpulan JIM yang memusuhi saya sejak tahun 80an sebaiknya dipantau & disiasat kegiatan mereka di UPM terutama di Fakulti Kejut. Saya nampak kelibat mereka ini amat licik & sering menjadi masalah bagi staf di UPM. Visi mereka lebih kepada kepentingan diri & jumud dalam Kebajikan Pekerja.

Isunya salahkah seorang staf itu menyatakan satu yang benar, kasihan melihat sahabatnya sampai dijunjung ke liang lahat masih disekat rezekinya; malah jadi Budak Pejabat sepanjang hayat; tanpa pembelaan.

Kena fahami betul-betul apa itu pengertian Makan Gaji
. Kenapa mesti merasakan UPM itu universiti sendiri tanpa menghirau kehendak atau pekekiling JPA. Jika JPM telah kasi lampu hijau sejak e-mel ini saya tulis kenapa mesti nak ambil masa bertahun-tahun baru sedar jalan yang telah disuluh, biar pun telah mendapat sokongan mantan PM kita.

Tahniahlah buat semua staf awam yang bakal mendapat durian runtuh; saya tetap bersyukur dengan rahmat yang Ilahi beri; kini wang persaraan saya, saya terima terus dari JPA; agar ianya mendapat rahmat biar pun tak sebanyak mana.

(Di bawah ini surat terbuka saya kepada BPA setelah opsyen diluluskan & harapan saya buat rakan saya yang masih berkhidmat agar kebajikan mereka terbela)

From: iDANRADZi
Subject: RE: Penyair iDANRADZi Tinggal Kenangan.
To: "Mohd Asri bin Mohamed"
Cc: mdzin@bpa.jpm.my, sallehosman@mohe.gov.my, info@warkahuntukpm.com.my, wupm@bpa.jpm.my
Date: Sunday, October 26, 2008, 9:21 PM

Ruj. Tuan: WUPM/BPA/KPT/0052

Tuan,

Saya baru membaca e-mel yang amat bermakna bagi saya dalam penghujung perkhidmatan saya sebagai Pegawai Kerajaan. Pun saya amat berbesar hati kerana e-mel saya mendapat perhatian dari pihak tuan & mempelawa saya bersemuka dengan tuan.

2. Saya membuat keputusan untuk tidak memanjangkan masalah ini kerana baru sahaja saya mendedahkan kekecewaan ramai kalangan kami; Sementelah ianya terdedah di Warkah Untuk PM ini; Saya telah dipanggil & diserang dari perbagai pihak pengurusan. Malahan Wakil Kesatuan Kakitangan Am UPM, (KEPERTAMA) ada yang menempelak saya lantaran pendedahan saya ini dikatakan mengaibkan UPM. Presidennya pun tidak mahu bersemuka dengan saya. Sedangkan saya merasakan kami masih perlukan pembelaan, Antaranya Gred Gaji kami perlukan semakan semula; Tiada pertimbangan dalam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) sejak lebih 20 tahun perkhidmatan dengan kerajaan. Kemahiran kami tiada pengiktirafan. Hakikatnya cubalah semak berapa ramai seusia saya masih memegang jawatan di gred N1. Biarpun lulus dengan cemerlang dalam ujian PTK.

3. Seperkara lagi saya memang sedih melihat ada kalangan kumpulan saya yang mahir dalam bidang teknikal; sewenang-wenangnya ditukarkan ke bidang yang langsung tiada kaitan dengan kemahiran yang dirintih sejak lebih 20 tahun lalu. Malahan ada yang seusia saya masih lagi membuat kerja Pelayan Pejabat. Menghantar surat ke hulu ke hilir. Jika pun mereka memang sihat & reda bagi saya masih boleh dipersoalkan. Kenapa tiada kalangan rakan saya ini disediakan jawatan Juruteknik Rendah, Pembantu Makmal Rendah, Kerani Rendah atau diserapkan ke jawatan yang sesuai dengan kemahiran yang ada. (Tak harus dijumudkan jawatan-jawatan ini, kerana itulah salah satu cara atau tangga kami boleh dinaikkan pangkat seawal kami berkhidmat dahulu). Apatah lagi jika telah berusia & sakit seperti saya ini masih sesuaikah menjadi Pelayan Pejabat atau memegang jawatan di N1.

4. Gred gaji kami yang saya paparkan dalam e-mel saya N1 bagi kami cuma sesuai bagi mereka yang masih awal berkhidmat atau masih remaja bukan bagi kami yang begitu setia berkhidmat & punyai keluarga apatah lagi jika tanggungan kami semakin ramai. Seharusnya KPSL terusan dilaksanakan, apatah lagi jika usia kami meningkat ke 40an yang memerlukan ekonomi yang kukuh untuk menyara keluarga. Sejajar dengan itu seharusnya majikan kami memikirkan kenaikan gred gaji kami dengan perbagai cara.

5. Saya berpendapat tidak mungkin mana-mana majikan dapat mendedahkan kelemahan mereka dalam menjaga kebajikan pekerjanya. Malahan akan melindunginya dari pandangan masyarakat. Jika Warkah Untuk PM terusan dilancarkan saya yakin banyak maklumat akan terbongkar. Saya secara peribadi sememangnya memandang amat serius & kecewa dengan nasib kumpulan kami N1. Semoga nasib seperti kami tidak akan berulang terhadap anak cucu kami. Bebaru ini saya dijemput menghadiri seminar dengan golongan saya yang tercicir ini. Antara keluhan mereka ada saya tulis dalam blog saya.

6. Anak-anak saya masih bersekolah & memang saya punyai bebanan hutang rumah & lain-lain. Perletakan jawatan saya juga telah diluluskan jadi saya telah menganggap saya sebagai menunggu hari sebagai Pesara. Sememangnya masa depan saya masih samar-samar. Tetapi langkah ini terpaksa saya ambil demi menjaga kesihatan saya yang tak boleh lagi terusan dilanda stres.

7. Limpahan terima kasih; sebenarnya e-mel saya yang lalu sekadar memberi khabar & tidaklah saya berharap ianya disilap tafsir atau salah tangkapan. Semoga ianya tidaklah dipanjang-panjangkan lagi.

iDAN

(blog easyjournal saya telah disekat atau servernya kena godam)

15 September 2011

Dato' Kelana dalam Kenangan...


Semalam ketika aku ke PKupm; setelah doktor tidak puas hati akan sakit kronikku & mahu aku merujuk ke pakar jantung Klinik Kardio Hospital Serdang; Khabar sedih aku terima. Amar rakan karibku kemalangan di dalam kampus UPM ketika bertugas; cedera parah di kepala. Tengkuknya patah. Allahyarham Amar meninggal di Hospital Serdang sekitar jam 9:00 pagi. Dia meninggal seorang isteri & seorang cahayamata. Khabarnya ada seorang lagi yang dikandung tak pasti berapa bulan. Di FB Amar menggunakan nama Dato' Kelana. al-Fatihah untuk Amar; agar rohnya sentiasa di sisi mereka yang beriman.

Ini aku kutip beberapa catatan Allahyarham di FBnya.

Dato' Kelana

Hari yg cukup bernasib baik..
Syukur kepada Allah kerana memanjangkan umurku..
Walaupun dapat eksiden kecil....
(^_^)

·

Dato' Kelana hahaha...
bukan malas,tp kalu wat pon bahaya...
keselamatan diri penting tau...
bru jaga keselamatan org lain...

·

Dato' Kelana

hahaha...
hatiku rase berbunga....
dapat sesuatu yang tidak disangka....
thanks my dear.....
(^_^)

·

Dato' Kelana

beraya seorang diri....
anak dan isteri berada di kampung...
huhuhu...
:(

·

Dato' Kelana

Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat perkerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberikan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan". (QS. 9:105)

Sekitar jam 1:30 pagi baru aku balik dari urusan menziarahi jenazah Allahyarham di Parit 21, Hutan Melintang. Perak. Terkadang aku terfikir; doktorku yang amat risau akan keadaan kesihatanku; aku pula rasa bagaikan mula hilang semangat tanpa pun sokongan moral dari keluarga buat aku merentas kesakitan ini. Top-top rakan baikku yang pergi satu demi satu meninggalkan aku.

15 Ogos 2011

Siapa yang Beraya Sakan tahun ini:

Aku pernah mengadu untung ke BPA ketika itu aku amat puji cara mantan PM kira Pak Lah berkerja; dia amat prihatin akan keluhan seorang rakyat marhaen sepertiku. Aku begitu terharu dapat e-mel dari PM mengucap Terima kasih lantaran membongkar masalah kumpulan pekerja awam sepertiku yang terpinggir. Lebih dari seratus staf di UPM masih di takah lama; biar pun ada SPM diberikan imbuhan berpendidikan sekolah rendah. Di IPTA yang lain tidak terkecuali, ramai yang punyai tanggung jawab yang besar tapi ganjaran yang mereka terima tidak setimpal.

Antara yang aku tulis "apakah kita sanggup anak atau cucu kita di bumi yang merdeka ini dari mula berkerja sampailah beliau pencen jadi Budak Pejabat (kini di panggil Pembantu Am Pejabat (PAP) nak dipanggil apa Budak Pejabat ini rata-rata saya lihat mereka telah beruban & ramai berpenyakit kronik" takkan nak dipanggil Atok Pejabat. Tak dapat aku bayangkan dari seorang insan itu muda belia, macho lagi sampailah ke usia tua jumud diserahkan tugas yang sama. Majian begini aku anggap mempersendakan ciptaan Allah SAW.

Masa itu ada e-mel Warkah untuk PM. Semua berhak untuk meluahkan isi hati. Aku rasa bersalah juga lantaran e-mel pertama yang aku tulis amat brutal serta memang kurang sopan ayat & tutur bicaranya. Sukar untuk dipercayai perkara begini boleh menjadi nyata.

Rentetan dari e-mel ini yang membuatkan aku bertegas untuk mengambil jalan hidup sendiri; tapi nampaknya ramai rakanku yang aku tinggalkan mendapat imbuhan biar pun tidak sebanyak mana tetapi kenaikan pangkat bagi mereka yang berkhidmat lama semakin diambil perhatian.

Situs lama di easjournal banyak menceriterakan bagaimana kumpulan kami ini, yang dulu dipanggil Kumpulan D terpaksa bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak-anak; ada sebahagiannya berjaya; tak kurang sahabat saya meninggalkan dunia dalam nasib hidup tidak terbela dengan cahaya mata yang diletakkan di rumah anak yatim. Terpaksa dikumpul dana atau tabung untuk menyara anak mereka yang statusnya yatim piatu.

Aku sering mengeluh agar kumpulan ini terbela; kenapa mesti disekat kenaikan pangkat mereka; ada yang memegang ijazah tapi dibiarkan tanpa pembelaan lantaran tiada kabel. Ada yang meninggal dunia kena sakit barah rahim, ijazah yang ada sekadar digantung ke dinding. Ini aku anggap satu penghambaan moden.

Golongan yang seharusnya membela atau menjaga kebajikan pekerja ini; nah! berlagak elite bersama kemegahan hidup mereka; dapat belaka kemudahan sampai aku lihat sendiri tuntutan minyak untuk makan tengah hari pun tersedia, rumahnya tak sejauh mana pun.

Aku sering berbalah dengan golongan elite ini yang ghairah mencari kuasa politik, ada yang menubuhkan IRC kemudian JIM sedangkan anak buah, pelajar sera staf yang mana dalam tanggung jawab sendiri diabaikan. Sibuk nak pakai Merc mata belalang biar pun tidak layak; Peruntukan kerusi yang sekadar jauh lebih murah, memaksa pembekal menyediakan kerusi empuk kalahkan mereka di istana. Buang segala barangan kerajaan tanpa beretika lantaran nak ruang buat penyelidikan. Sementelah terdesak ada geran tiada lokasi. Semua gila naik pangkat nak jadi Prof di usia muda.

Golongan ini juga membuat banglow agama bermenara tinggi terus menjadikan anak buahnya sebagai batu loncatan agar mereka merebut harta dunia. Malahan ada yang berangan mahu menjadi Perdana Menteri dengan melagakan parti politik tanah air.

Golongan ini yang gajinya kasar pun telah hampir RM10K bila raya begini; PM kita pula mengumumkan setengah bulan gaji bayangkan sah mereka beraya dengan RM20K, menghisap darah rakyat marhaen yang sampai ke liang lahat. Sudah berduit bertambah duit; dah kerajaan kasi gaji tinggi nak raya kasi lagi banyak bonusnya.

Golongan seperti kami hanya mencapat sisa & keladak rezeki dunia yang mereka ambil dengan rakus & tamak. Bagiku golongan yang dah banyak amat kita manjakan ini yang sepatutnya kasi RM500 macam pesara, sesekali kami yang memang tak sekaya mana yang patut dikasi paling tidak seribu RM. (Tamaknya)

Jangan cerita nak raya sakan; orang seperti aku yang bersara sekitar RM1,000 campur RM500 bilamana barangan mendadak naik, bil api tak cukup mendera terus mendera, malahan kami yang tak berada ini terpaksa pula menampung minyak kereta kalangan elite malahan memberi Perdana V6 buat semua mereka. Yang lagi biadap golongan ini kita senyum dengan mereka pun boleh paling ke lain. Huh!... beraya sakanlah awak dengan keegoan awak kalian.

Ini yang orang barat kata; "Selalunya orang bodoh akan menjadi makanan orang cerdik". Islam tidak pernah mengajar semua ini malahan Islam mengajar kita, setiap kekayaan itu ada bahagiannya untuk si miskin. Golongan di atas mungkin tak seramai mana tetapi memang ujud & masih berlakon di pentas kerjaya sana. Salah satu sebab aku bersara awal pun adalah lantaran tak sanggup lagi jadi mangsa golongan elite yang tak sedar diri ini. Aku amat bahagia sebab ramai juga golongan elita amat intim denganku malahan sempat mengucapkan Selamat Hari Raya buat kami yang ditakdirkan di takah hidup yang begini. Terimalah seadanya.