Emmm.. lima hari aku tidak mengadap jurnal ini. Terasa amat kehilangan nilai biacara. Bagaikan ada sesuatu yang tak kena dalam diri, bilamana aku tidak menulis. Sejak kebelakangan ini aku asyik diganggu isu pilihan raya. Aku banyak menulis di Blog politik. Kerap artikel aku mendapat tempat utama di Blog yang memang ramai pengunjung. Sehari artikelku dibaca sampai 3,000 lebih pengunjung. Rasa terpanggil mahu menyedarkan bangsaku. Terutama tentang kekalutan kita orang Melayu.
Melayu yang asyik berbalahan tentang pegangan parti. Melayu yang asyik bercakaran sesama bangsa. Orang cina dengan sendirinya menangguk di air keruh. DAP makin lantang, di tiga negeri, Pulau Pinang, Perak & Selangor nampak amat mereka mendapat mandat yang tinggi. Melaka juga tidak terkecuali. Rata-rata calom DAP menang besar. Nampaknya pakatan antara orang Umno dengan kaun cina makin tergugat.
Fikir pasal politik memang aku rasa satu bebanan besar dalam diri. Bagaimana mahu menyedarkan sesama kita. Orang kita berani amat bermain dengan fitnah. Negeri kita makin tergadai. Kalau dulu kita kehilangan Singapura kekinian apa jadi Melayu kita yang jadi golongan minoriti di Pulau Pinang. Pulau Mutiara telah menjadi Hong Kong di Malaysia. Jika kita mengkaji pulau-pulau lain; Pulau Ketam umpamanya; Apakah Melayu ujud di sana. Pulau Pangkor lihatlah pekannya siapa yang berniaga. Bumi yang namanya Tanah Melayu sememangnya makin dijajah bangsa lain. Amat risau rasanya; apa akan jadi dengan cucu cicit kita nanti. Apakah akan jadi seperti Melayu di Singapura.
Memang kita masih ada kuasa politik di PR12 ini. Pilihan raya akan datang belum tentu lagi. Titik pasal politik.
Posted on 14.3.2008 at 10:19 AM