iDAN

03 September 2010

Muzik (Hiburan Singghsana)

Bilamana aku pasang Klasik Nasional boleh dikatakan semua keluarga tak suka tapi masih bertahan mahu jua dengar lagi di saluran Klasik tersebut; tapi yang pasti Azim akan buka Pemain MP3 & leka dengan muziknya sendiri. Aziq telah kehilangan Pemain MP3nya dirampas oleh warden asrama. Anif mahu tak mahu dengarlah juga; Ibunya mengelamun & main SMS.

Bilamana aku buka Asyik FM, habis semua akan mengeluh paling tak tahan ibunya akan tutupkan radio maka mengelamunlah aku sepanjang perjalanan jangan harap nak pasang MP3 Modulator milikku yang sarat dengan lagu lama & lagu Hindi nanti semua naik angin. Asyik FM sebenarnya banyak memutarkan lagu Orang Asli nan paling sedap di dunia hanya menggunakan gendang & suara, mantap sungguh mengasyikkan.

Bagiku muzik sekadar halua telinga; jika mengikut hukum hakam Islam memang jelas muzik hanya melekakan; malahan sering kita terbaca tak boleh main muzik bertali pun seruling segala; haram. Yang nyata di mana jua kita berada pasti terdengar bunyi muzik ini. Malahan lagu Negaraku jua akan terdapat bunyian muzik bertali ini.

Jika kita menonton TV dengarlah betul-betul; iklan jua ada bunyi muzik bertali atau seruling. Cumanya upacara kematian kita sahaja tiada tiupan terompet bagaikan mengarak kematian kaum cina ke tanah perkuburan.

Isunya bukan masalah hukum hakam tetapi aku ingin menyatakan biar apapun tangkapan agama tentang muzik, namun industri muzik terusan berkembang & pendengarnya memang amat ramai.

Malahan di zaman kini masalah haram alatan muzik kian dipersoalkan; malahan kumpulan nasyid pun menggunakan segala alat muzik; Ianya bukan muzik melekakan tetapi dakwah & cuba mendekatkan diri pendengar dengan Allah nan Esa.

Timbul pula masalah perempuan yang nyata di dalam Islam suara perempuan itu jua aurat. Di zaman kini seantero dunia kita telah menjadikan perempuan sebagai DJ atau Guru malahan Pendakwah Agama. Dah makin ramai jadi Penyanyi & main alat muzik. Jadi aku sendiri tak nampak hujung atau titiknya masalah auratnya suara perempuan ini.

Pastinya ramai kalangan kita mengambil jalan tengah menganggap asalkan muzik itu tidak melekakan maka kita terima seadanya.

Cubalah anda bayangkan menyambut Hari Raya begini tanpa lagu hari raya diputarkan; rasanya anda akan tak perasan un esok nak hari hari. Apatah lagi anda seorang yang ponteng puasa.

Ulasan dari internet tentang Muzik

Hukum perempuan main alat muzik bertali

Assalamualaikum Warahmatullah.

Persoalan berkaitan hukum bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian;
Pertama:Hukum alat muzik bertali
Kedua:Hukum perempuan bermain alat muzik.

Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.

Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa halal menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi menyokong pendapat ini seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Pada pandangan saya pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Kedua;

Berkaitan dengan perempuan memainkan alat muzik tersebut. Jika kita mengikut pandangan ulama yang mengharuskan penggunaan alat muzik bertali maka perempuan juga boleh memainkan alat tersebut. Persoalan yang timbul ialah di mana ia memainkannya dan keadaan bagaimana ia memainkannya?Jika ia memainkan alat tersebut di hadapan lelaki yang ajnabi dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan nafsu syahwat pasti ianya diharamkan. Pengharaman bukan kerana alat muzik tetapi disebabkan cara dan keadaan si pemainnya.

Segala kesalahan dan kecacatan dari penulisan ini harap dapat diperbetulkan segera oleh sahabat-sahabat sekalian.

http://munabaiseem.blogspot.com/

Cumanya aku tertarik akan genre muzik yang dipasarkan sejak setahun lalu. Apakah anda pernah dengar BollyRock. Carilah di pasaran lagu ini.

Di laman sesawang mungkin anda sering ke URL ini www.4share.com, tak perlu menjadi ahli anda boleh muatturun pelbagai muzik dan pelbagai format fail muzik. MP3 selalunya amat sedap & sering mendapat tempat di pendengaran peminat muzik.

Antara lagu menariknya Jauh, Ingin Bersua & Maafkanlah. Teringat lagu lama tetapi Kristal telah merockkan ia dengan ala BollyRock. Sedap lagunya!.


Lagu Raya pula yang menambat hatiku; semua lagu P. Ramlee & Saloma. Lagu Sudirman & Yang lain itu pastinya DJ Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Siti & Sharifah Aini. Agak Unik S. Jibeng Musafir di Aidil Fitri.