iDAN

11 September 2009

Hidup Tanpa Ubat (Singgahsana)


Semalam tak sempat makan ubat, selalunya aku makan ubat ketika bersahur. Sebaiknya selepas berbuka tetapi aku amat risau akan sindromnya ubat ini. Taku tak mampu buka mata, terlelap & tinggallah Tarawih pelbagai. Ada enam jenis pill terpaksa aku telan. Tidak boleh tidak memang itu telah dijadualkan oleh doktor.

Jika Doktor Imah baca blog ini pasti dia marah, kenapa mesti boleh tersasar jadual permakanan ubat ini. Tak disengajakan. Selalunya aku bergantung dengan Mila untuk bersahur. Dia yang selalu kejutkan ketika bersahur. Sejak sakit kronik ini menyerang memang tidur aku amat lena. Berdengkor sampai ke pagi. Ubat paling kuat menghentam badan adalah ubat kolestrol. Lipitor/Atorvastatin. Memang ditariknya semua sendi & urat saraf. Peluh jangan ceritalah. Selalu aku bangun 3:00 pagi terpaksa cari air lantaran dahagalah amat. Rambut & bantal basah kuyup dengan peluh. Sindrom ubatan yang memang kuat amat.

Ubat darah tinggi pula jika terbabas tak makan maksima dua hari, badan telah goyang & hayal tak seimbang. Ada tiga jenis ubat darah tinggi terpaksa aku telan. Ubat cairkan darah untuk jantung aku telah dikurangkan. Sindrom ubat cairkan darah ini terasa pedih hati. Pakar jantung telah buat ujian terapi katanya jantungku normal cuma untuk kepastian bulan Disember nanti kena pergi Ujian Stres. Ubat Diabetes jika tak ikut jadual pasti glukos akan melonjak naik. Purata bagi temph tiga bulan bacaan glukosku sekitar 7.5 mmo/L. Doktor pakar kata sempadan; kira okeylah tu!. Jangan sampai 8.++ mmo/L amat bahaya. Apatah lagi jika mereka yang bacaanya belasan mmo/L.

Sahur tadi tak sempat nak telah semua ubat telah bergema Azan. Nampaknya aku terpaksa hidup tanpa ubat. Terpaksa juga nampaknya makan ubat selepas berbuka. Jangan sampai terlelap ketika Tarawih sudahlah.

Pernah terjadi ketika aku sembahyang Tarawih di Masjid UPM, ketika sujud sejadah aku terlelap habis; tau-tau jemaah telah bangun dari sujud sejadah. Macam mana itu?. Naiflah sangat badan kita ini.

Sejak bertahun-tahun lalu aku masih memilih Surau Bunian tempat paling damai berjemaah. Biar pun jemaahnya tidak seramai Jenaris namun persekitarannya amat tenang & selesa. Masjid Kajang seperti biasalah suasananya.

Hari ini 22 Ramadan 1430 , cepat amat masa berlalu; sekitar seminggu sahaja lagi kita berpuasa. Tak lama lagi akan berhari raya. Aku hanya baru beli sepasang Baju Melayu di Kamdar; sebulan lalu. Itu pun lantaran tawaran harga murahnya. Kamdar sekitar 200 meter sahaja dari rumahku. Tak ramai pengunjung ke Kamdar nampaknya orang kita lebih suka ke Sogo atau Packson mahukan yang berjenama belaka.

Nak beraya dalam badan tak sesihat mana, rasanya pastilah tak semeriah mana. Moh! beraya di Meru. Minggu hadapan sudah pasti aku akan ke sana. Sedapnya lontong & Sambal Lode.

Cinta Terlarang 3 (Singgahsana)

Persoalan yang dibangkit oleh Sdr Tanpa Nama melalui siri Cinta Terlarang 2 memang menarik!.

Begini responnya

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Sedikit terpanggil untuk bertanya; maaf saya tak bernama. Anggap saja saya seorang pesakit.
Begini:

1. Kemungkinan untuk seorang isteri menyukai lelaki selain suami sendiri adalah wujud. (mari kita ruangkan kepada cinta internet sahaja)

2. Ada pelbagai faktor yg mempengaruhi;

a. Isteri memang tak cinta suami

b. Sang suami jauh atau tak melayan dan curang.

c. Isteri memang tak pernah kenal erti cinta dan melalui internet berkenalan dan mengetahui apa erti cinta

3. Isteri rasa bahawa hatinya tertarik dan menyukai lelaki tersebut.

4. Tanpa ada niat untuk melayani nafsu syahwat, isteri akur dan jatuh cinta.

5. Isteri tanya, adakah hukum atau nas yang jelas mengatakan Haram mencintai selain dari suami? Hadith mana? quran mana?

6. Melayan nafsu dan bertemu sapa berpegang tangan semua, isteri akui hukumnya jelas.

7. Isteri bertanya lagi, dosa kah mencinta?


Wallahua'lam.

Wakil Isteri

Kita ini manusia fitrahnya sama sahaja. Keujudan kita di dunia ini pun lantaran Adam & Hawa melanggar pantang. Jangan makan buah khuldi... dalam senyap-senyap makan juga, siapa yang menghasutnya. Kita bacalah ceritera ini di dalam kitab & banyak terdapat di internet (alam maya) muklamat lengkap tentang buah khuldi ini; antaranya

Fatawa: Apa yang dikatakan buah khuldi
General Fatawa
Soalan :

Apakah yang dikatakan buah khuldi? Apa maknanya didalam bahasa melayu? Apakah sebab tuhan menegah Nabi Adam memakannya? Dan dari manakah asal tumbuhnya?

Jawapan:

Tidak didapati nas quran dan hadith yang menerangkan bahawa khuldi itu nama suatu pokok atau buahnya.

Maknanya dalam bahasa melayu ialah kekal kerana perkataan dan hasutan syaitan itu menerangkan siapa-siapa yang memakan dari sajarah itu nescaya kekal is didalam Syurga tiada mati selama-lamanya.

Al-sajara itu ada khilaf (berbeza pendapat) diantara ulama kerana berlainan hadith yang menjadi alasan bagi mereka itu. Setengah berkata Al-Sajarah itu pokok kurma, dan setengah berkata pohon Al-Sanbalah. Keduanya ini mazhab ibnu Abbas dan setengah berkata pohon tin manakala setengah yang lain berkata pohon kayu dalam Syurga. Adapun sebab ditegah memakannya itu menunaikan kerana imtihan(ujian) daripada tuhan kepada Adam atau harus jadi mudharat memakannya. Tumbuhnya Al-Sajara itu dari Syurga.


Negara asal : Malaysia
Negeri : Kelantan
Badan yang mengisu fatwa : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Penulis/Ulama : Datuk Haji Mohamad Shukri Bin Muhamad
Tarikh Diisu : 1993

iDAN Menulis :

Kita ini memang keturunan lemah menghadapi ujian Ilahi. Maka itu dari generasi ke generasi kita keturunan Nabi Adam AS & Hawa bergelumang dengan perbagai masalah moral, maksiat, engkar hingga keturunan kita ramai ditimpa bala, malapetaka lantaran pembalasan Tuhan di dunia ini lagi. Namun kita masih tidak mahu sedar, degil, ego malahan bena tak bena sahaja.

Sdr Tanpa Nama bukan pesakit sebenarnya tetapi adalah gangguan sementara. Malahan amat mudah melenyapkan perasaan itu jika terusan mendekati diri dengan Allah Azzawajalla. Pendekatan yang ikhlas & tunduk akur. Taubat bersungguh-sungguh & yakinkan diri yang Nur Ilahi akan terusan menerang hati & sanubari.

Jawaban:

1. Bukan kemungkinan tetapi adalah fakta ujudnya masalah ini. Bukan hanya terhadap perempuan tetapi lelaki yang lemah seperti saya ini pun terperangkap. Sesungguhnya cinta internet (alam maya) sememangnya amat indah & mengasyikkan. Jika kita celik ICT perbagai boleh kita lampirkan melalui cinta alam maya; seperti kad maya yang bukan kaku, bunga bukan sekumtum yang pengap, irama atau audio cinta yang menggamit hati. Malahan boleh guna video berbual depan skrin dengan wajah kekasih terpapar nyata dimata 24 jam. Jika tak mahu usai.

Saya sendiri boleh buat perempuan atau isteri orang mabuk kepayang dengan asyiknya alam maya ini. Ini pernah saya lakukan hinggakan ada perempuan datang dinihari tak mahu pulang dari makmal komputer lantaran asyiknya alam maya ini. Cuma saya tak mahu tambah melagukan cinta, lantaran teringat Mila di rumah & anak-anak yang bakal purak peranda jika terikut dengan dugaan atau kejutan alam maya ini.

Jauh beda zaman dulu, sekadar surat atau telefon yang memerlukan belanja yang tinggi. Tidak nyata & menghairahkan. Lambat & penat (rindu) menanti balasan.

2. Memang antara faktor isteri boleh berubah hati; suami curang, suami tidak pandai menunjukkan rasa cinta... tak cinta rasanya cuma perasaan; Gangguan bersebab, mungkin semasa diijab kabul ada memang ada kekasih lain. Mungkin bukan pilihan hati, mungkin nikah pilihan orang tua.

Yang lebih utama tidak mengerti atau memahami matlamat perkahwinan yang dituntut oleh agama kita. Banyak juga berlaku isteri tidak menyintai suami lantaran terlampau mengharapkan suami itu sempurna. Tak mahu bersusah bersama, payah bersama dalam segala musibah & ujian Ilahi.

3. Rasa tertarik dengan lelaki lain, itu biasa; itu dinamakan Idola. Lelaki pun sama pasti ada seseorang perempuan Idolanya. Kalau bukan artis mungkin senyap-senyap menyukai gadis atau perempuan lain yang sering diperhatinya. Jika saya ditanya pun pasti ada Idolanya. Pernah saya sebut, rahsiakanlah.

Namun tertarik sampai terasa jatuh cinta, eloklah diperbetulkan tangkapan ini.

4. Biar pun tanpa terniat mahu melayan nafsu syahwat atau cinta bertunjangkan nafsu, sebaiknya diperbetulkan. Buat kata Sdr Zeq kita asyik gagal sahaja.. (Uniq jika perhubungan tanpa nafsu, berapa peratus, niat awal lama-lama kecundang.)

5. Hukum atau nas itu memang tak ujud sebab ini masalah baru, tetapi kita boleh berkias dalam banyak hal nanti saya berhujah jika boleh masuk akal. Macam masalah anak tabung uji, mana ada di zaman dulu tetapi sekarang dibolehkan oleh Majlis Fakwa Kebangsaan; bersyarat.

6. Itu yang paling kita takut, kes begini memang telah terbukti kita sering gagal, baca kisah Arwah Nasha di blog ini bagaimana cinta terhadap lelaki lain boleh sampai Arwah Nasha sahabat baik saya menbunuh diri sendiri.

7. Dosakah seorang isteri bercinta?. Saya mengatakan tidak jika kena pada tempatnya. Kalau berdosa bagaimana Islam memboleh isteri meminta fasah, khuluq & dll. Suami di penjara, atau suami berpemergian jauh tanpa memberi nafkah zahir & batin, suami curang, suami penagih. Itu hak isteri jatuh cinta dengan lelaki lain seperti juga hak suami yang boleh berpoligami.

Isu yang saya bangkit cinta terlarang adalah lantaran. Dalam perkara 3 & 4 ramai perempuan menjadikan kekurangan suami; alasan... dia boleh jatuh cinta dengan lelaki lain di alam maya atau melalui telefon & SMS. Kekurangan suami mungkin disebabkan kurang perhatian, sibuk mencari rezeki, mungkin suaminya tidak machoo, boroi, suaminya tidak pandai merayu & mengambil hati bagai kekasih hatinya yang baru. Suaminya mungkin terlalu ego, garang, melebihkan perhatian kepada keluarga sendiri. Suaminya bukan orang berstatus atau kaya raya. Iyer! masalah remeh temeh yang boleh dirunding atau disabarkan.

Jika kita memahami jodoh atau perkahwinan di dalam Islam pasti kita amat menyintai isteri atau suami kita. Cukup sebagai bukti janji AllahSWT. Jika jodoh kita ini kekal, isteri akan jadi Ketua@Ratu Bidadari di Syurga nanti. Bayangkan cantiknya isteri kita. Jika kita rajin membaca kitab ada ceritera yang sahih meriwayatkan bab Syurga & Neraka ini. Jika salah seorang dari Bidadari itu melihat ke bumi, nercaya reduplah sinar matahari dan bulan, akibat dari sinar kecantikannya. Jika menitis ke dunia satu titis dari air liurnya, nescaya air laut itu menjadi tawar kerana manisnya air liurnya. Bayangkan isteri kita jika menjadi Ketua Bidadari. Tak lojiklah Ketua Bidadari tak secantik Bidadari. Alahai! bagaimana cantiknya isteri kita nanti di Syurga. Terasa air liurnya pun kita sudah kemaruk. Abis tu! kenapa nak gila kejar perempuan di dunia ini?.

Bidadari tercantik ialah Ainul Mardhiah kisah sahabat Nabi yang mati syahid pernah bermimpi ketemu Ainul Mardhiah. Teramat cantik... (Saya ulangi) Jika seorang isteri Ketua Bidadari, pastinya lebih-lebih cantik.

Begitu juga perempuan. Suaminya di Syurga, takkan boroi semacam, tak miskin amat seperti saya ini, takkan hitam legam macam negro. (Di bawah ada saya kutip bayangan tentang suami kita) Jika kita fikir ke arah itu kenapa mesti perempuan mahu kejar lelaki lain. Jodoh pertemuan bukan kerja kita, ianya memang pemberian Tuhan.

Cinta itu cuma perasaan yang mungkin iyer yang tidak. Yang mungkin boleh kita capai yang mungkin terhalang.

Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk Syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu, dan jika engkau tidak berada di sampingnya ia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri.” (HR. Ibnu Jarir dan Nasa’i dari Abu Hurairah ra).

“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, kalau tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di Syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 Malaikat dan Bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Banyak lagi panduan yang dianjurkan agama agar kita menjadi Perempuan Soleha & isteri yang taat.

(Ini saya kutip dari alam maya)

KELEBIHAN SEORANG WANITA

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Sememangnya tidak berdosa menyintai lelaki lain jika kena tempatnya tetapi mana ada bab melayan kekasih mendapat pahala. Kekasih sekadar harapan & impian. Yang mungkin tercapai & mungkin juga tidak hayalan kita itu.

di Bawah ini banyak fakta kenapa mesti sang Isteri perlu menyintai suaminya agar sama-sama dapat masuk ke Syurga. Apalah matlamat hidup ini selain kita berharapkan dosa kita terampun & dapat di terima di Syurga.

Perlu diingat cinta itu adalah mainan hati. Hati yang melakukan dosa akan menitik hitamkan ia. Sedangkan menyakiti hati suami pun sudah berdosa, apatah lagi jika kita menyerahkan hati buat lelaki lain biar pun tidak bertunjangkan nafsu.

Apa ertinya diri@ isteri yang dimiliki tanpa punyai hati lagi buat seorang suami. Isteri dalam senyap membohongi suami malahan isteri yang menyintai orang lain ini ibarat menipu suami sendiri & diri sendiri. Mengejar fatamorgana. Apakah yang dikejar lelaki lain yang belum pasti miliknya untuk kekal di alam akhirat nanti. Sedangkan suami nanti amat kacak di Syurga, amat kaya, amat pengasih, tiada darjat Ir, Dr, Prof, Datuk, Dato' , Tan Sri perbagai di sana.

Antara sifat Bidadari yang diriwayat adalah amat rindu & menyintai suami. Jika isteri@Ketua Bidadari telah menyintai orang lain tentunya ini ada yang tidak kena. Takutnya lantaran mainan & hasutan syaitan. Bacalah antara kutipan di bawah ini.

Saya sangat berharap yang Sdr Tanpa Nama dapat mengembalikan hubungan & cinta sekali gus buat suaminya.

(Ini saya kutip dari Internet)

Antara Ceritera Penghuni Syurga.

Sesungguhnya di dalam Syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli Syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera.

Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gaharu yang harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.

Mereka diberi pakaian dari sutera halus yang hijau dan tebal lagi tidak akan reput atau lusuh. Di kepala mereka ada mahkota yang dapat menerangi antara timur dan barat. Mereka juga diberi pakai 70 macam perhiasan yang berubah warnanya setiap jam, berbeza warna dengan perhiasan yang lain, sedang jari-jari mereka ada sepuluh cincin, terukir pada yang;

1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah ke Syurga dengan selamat dan aman)
3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah Syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu)
4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam Syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu)
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
9. Shirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)
10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya)

Penglihatan mereka dilapangkan sehingga ia memandang yang jauh-jauh seperti memandangnya dari jarak dekat. Penghabisan orang yang masuk Syurga dan paling rendah kedudukannya, diberi kerajaan sepanjang penglihatannya, serupa dengan jarak 100 tahun perjalanan. Dan didirikan bagi mereka kubah dari mutiara, zabarjat dan yakut. Lebarnya seperti antara Al-Jabiyah ke Sana'a.

Setiap pagi dan petang mereka diberi makan dengan 70,000 piring dari emas, sedangkan warna pada setiap piring tidak sama, sedang rasa makanan pada tiap suapan tidak sama, ditemukan rasa makanan pada suapan yang pertama sama rasanya dengan rasa pada suapan terakhir.

Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah-rumah itu tidak satu pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di Syurga diperbuat dari jalinan bata dari emas dan bata dari perak. Bumi Syurga dari perak, dan tanahnya dari misik atau za'faran, debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum, dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya berada di bawah, maka seseorang tidak menghadapi kesukaran untuk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk ataupun baring.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah SWT. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

Sekurang-kurangnya penduduk Syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (Bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan Bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih bercahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Terdapat kemah-kemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna. Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda: "Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya. Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani. Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.

Bagi mereka yang menduduki Syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.

Ahli Syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam Syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk Syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat redha dari Allah SWT dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam Syurga oleh Allah SWT.

Wallahu'alam.

Sdr Tanpa Nama...

Terlalu banyak boleh kita kutip & hayati kenapa Islam itu mahukan kita berhubung baik berumah tangga. Saya pastinya amat kecewa & terasa hampa jika Sdr Tanpa Nama tertipu dengan aura dunia yang amat kejap & sementara ini. Apatah lagi jika Sdr akan membuatkan suami hilang pertimbangan seperti kes Arwah Nasha. Takutnya di sana nanti kita dipersoalkan. Jelas dalam Hadits ini pun sudah cukup. Tak perlu rasanya kita merujuk kepada Para Mufti atau Ulama.

Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu, dan jika engkau tidak berada di sampingnya ia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri.” (HR. Ibnu Jarir dan Nasa’i dari Abu Hurairah RA).

Maksud antara yang tersirat. Bila waktu senggang, bilamana suami tiada di sisi haruslah menjaga hartamu & diri sendiri. Harta maksudnya, jika kita guna internet bukankah melibatkan elektrik, jika kita berSMS bukankah melibatkan wang ringgit. Duit siapa?. Bukankah duit bersama. Menjaga diri sendiri maksudnya termasuklah hati yang terletaknya rasa Cinta Terlarang tadi.

Terserah pada Ilahi.