Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

08 Mac 2006

Suram 6 Februari xiii Gangguan


8.3.2006

Satu demi satu kejadian aneh terus terjadi. Selang beberapa jam lamanya tempoh bualan aku tentang hasrat arwah nak aku perkenalkan janda itu, tiba-tiba saja telefon bimbit Sagem bongkok aku berdering. Nada deringnya bunyi burung ngantuk, mengejutkan aku; (Memang aku suka set telefon aku bunyi burung ngantuk. Bukannya apa, kadang-kadang telefon bimbit ini ganggu aku tidur, kalau bunyi burung memang tenang sikit terasa tinggal kat hutan, macam bangun pagi burung terbang menari-nari. Terasa tinggal di keredupan rambai Desa Tuallang.)

Tertera di skrin telefon bimbitku.. Abang Ali:

"iDAN ada buat panggilan ke tadi, ngapa ada hal penting ke?"

"Tak, tak ada pun saya buat panggilan."

Aku memang kehairanan, tetiba Abang Ali telefon. "Kuat seru & gerak hati Nasha ni". Bisikku.

"Tak apalah!"

Abang Ali memutuskan talian.

Emmm Abang Ali itu adalah abang ipar aku yang sering menggunakan khidmat dukun tersebut. Kes kereta sewa dia selalunya memaksa dia ke sana. Hairan bagaimana pula dia tiba-tiba buat panggilan. Macam tahu saja aku nak minta tolong kes keluarga arwah dengan dia. Ah... mungkin tidak, kebetulan kut telefon bimbit aku tersepit di poket lalu terdail nombor Abang Ali. Aku pula tergamam tak tersebut pun nak bercerita masalah arwah. Lagipun aku memang berat hati nak kaitkan masalah arwah dengan dukun semua itu. Aku memang bukan arif sangat nak berhubung dengan dukun. Keberatan hati itu yang lebih, sengaja buat janji agar arwah tidak terlalu gusar. Itu sebenarnya.

Ramai yang kata, kalau masalah hati & perasaan payah kita nak ubah pendirian seseorang. Berbomoh sekalipun. Kalau masalah sakit, kena sampok, histria, kerasukan dan perbagai lagi penyakit aneh, misteri mungkin boleh berjumpa dengan dukun atau bomoh.

Memang itulah kali terakhir aku dapat berbual panjang dengan arwah sebelum kejadian. Dua minggu sebelum menghentikan nafasnya. Arwah beriya-iya nak jumpa dukun tapi tidak kesampaian.

Hari Raya Haji pula aku tak sempat ziarahi Abang Ali. Bermakna aku memang tak berkesempatan bercerita kepada Abang Ali tentang masalah arwah, apatah lagi untuk bersama arwah berubat dengan mana-mana dukun, memang tak sempat. Dalam waktu yang sama arwah juga ada mengajak Tok Perak berubat dengan anak buah Harun Din. Tapi arwah sesat jalan untuk ke rumah Tok Perak. Tidak kesampaian juga. Memang rasa sesal di hati Tok Perak berjangkit juga padaku. Manalah tahu kalau aku layan kemahuan arwah tentang niatnya nak mengubat isterinya akan berjaya. Berjaya merubah suasana rumahtangga arwah jadi aman bahagia. Tentu bebanan jiwawi arwah akan berkurangan, akan reda tentang masalah keluarga, pun tidaklah kait mengiat dengan masalah hutang, kerja, ISO serta biarlah langsai masalah batiniah yang dibebani arwah.

Emmm! memang payah aku nak tidur. Dah dekat dua minggu aku bagaikan diamuk badi. Hari demi hari selepas kejadian arwah meninggal, apabila malam saja aku merasakan bagaikan segenap dinding rumah aku menghimpit aku. Siling rumah bagaikan jaraknya sejengkal ingin menghempapku. Pejam saja mata wajah arwah terbayang tenang. Lewat tengah malam bunyi tapak kaki arwah jelas meniti tangga rumahku. Sampai dinihari segala kenangan bersama arwah jelas terbayang.

Berputar-putar terusan berputar kenangan dengan arwah, jelas raut tubuh arwah di tepi dingin alir menarah rebong. Nampak arwah menunggang kapcai dengan anak-anaknya di celahan pohon getah & pisang hutan mencari terung pipit, mencari pucuk paku. Nampak arwah tolak pintu pagar rumah, terjenguk di muka pintu nak hantar kodial yang aku pesan, nampak arwah gamit aku dari kedai mamak Jenaris ajak makan bersama.

Nampak jelas, isk.. bagaikan tidak siuman lagi aku ni!

Bila aku mahu ke tempat kerja, kebetulan Jenaris ramai penghuni India, yang sebaya & seiras tubuh badan dengan arwah. Kami belumpa-lumba ke tempat kerja . India tersebut tersenyum pada aku wajah sebijik macam arwah. Arwah ada di mana-mana. Aku selalu mengeloh di kapcai aku.

"Mudahnya kau Nasha tinggalkan aku, kau pergi semudah itu, aku yang tinggal bungkam terus!"

Di makmal, bilamana menoleh ke makmal arwah nampak jelas arwah mengintai di tingkap kaca, bagaikan ingin memohon pertolongan dengan aku. Bagaikan menggamit aku. Maka aku kalau boleh tak mahu langsung melihat atau tertoleh ke makmal arwah. Tapi makmal itu besar beb, depan pulak makmal aku. Isk payahnya.

Apakah aku dah kena badi mayat?.

Memang kekinian menjelang senja, fakulti aku jadi padang jarak padang terkukur; sunyinya macam kuburan. Suasana fakulti, bagaikan Hiroshima kena bom atom; aku jadi macam Sensey Razak nyorok bawah meja masa kejadian bom atom itu. Ketakutan amat sangat. Begitulah aku, menyorok ketakutan dengan gamitan bayangan kawan sendiri.

Dengar khabarnya Pegawai Keselamatan yang kena kacau di malam arwah dikebumikan, berhenti kerja, sebab sering ternampak imbasan arwah di makmal kejadian. Kak Fadhilah (Setiausaha Fakulti) sendiri pernah bercerita, ketika dia datang kerja hari minggu, tiba-tiba dia rasa meremang & berpeluh-peluh. Dia terus balik tak sanggup datang kerja di luar waktu pejabat pejabat.

Kak Jah apa lagi memang pada awal dia menerima berita, dia begitu yakin aku yang mengantung diri. Semua orang tahu aku yang kerap kerja sendirian hingga lewat pagi, aku yang tak pernah putus masalah dari soal rumahtangga hingga soal kerja; bukan arwah. Emmm sangka buruk rupanya Kak Jah terhadapku.

Lagi mengejutkan semasa arwah diturunkan dari tali gantung, Pegawai yang mengadap di hadapan wajah arwah mengadu dia merasakan bagaikan ada hembusan nafas ke wajah beliau ketika tali gantung dilepaskan; ( Tali gantung digunakan adalah dari hos gas untuk memasak) Selang beberapa hari pegawai tersebut meninggal dunia, katanya serangan jantung. Memang dahsyat kejutan orang mengantung diri.

Hari yang sama juga Ketua Makmal tempat arwah berkerja, orang yang Anuar ngamuk-ngamuk lantaran sikap ketidak prihatinan beliau; Ibunya meninggal. Kematian demi kematian dalam tempuh yang amat singkat. Takdir Allah tentunya.

Takutnya!, risaunya aku. Aku terusan mengingati mati. Semoga Allah Azzawajalla memanjangkan usiaku, jika itu yang terbaik!. Jika sebaliknya, ini tanda awal aku ke arah kuburan; Memang Dia amat menyayangi aku. Atau Dia ingin menghabiskan ceritera iDANMU di dunia ini. Ah itu repekan aku.

Perbagai berita tak elok, tak baik, & kesuraman terusan melanda hidup harian aku.

Aku lagilah bertambah goyah, dengan tidur yang tak cukup dengan gangguan mimpi ngeri. Arwah terus datang, dalam mimpi, dalam diri, di Jenaris, di fakulti, & di mana-mana mesti ada arwah. Itu perasaan aku, lemah semangatkah aku?.

Minggu pertama pemergian arwah. Hari Sabtu aku sengaja bawa kapcai mengintai rumah arwah. Rumah arwah cuma beberapa kelompok saja jarak dari dari rumah aku. Tutup. Tiada siapapun di rumah arwah, pagi aku pergi, tengahhari aku pergi, bila menjelang senja, memang betul kata Atan lampu rumah arwah memang tidak ditutup, baik siang maupun malam. Ahad pada tengahhari aku lihat ada kereta kancil, di hadapan rumah arwah banyak terdapat beg plastik sampah rona hitam. Banyak sangat. Memang aku tak niatpun nak singgah, aku tak mahu jumpa Ani. Aku memang terkilan dengan Ani. Aku pasti Ani tengah berkemas-kemas, tapi mahu ke mana?. Kenapa banyak sangat beg plastik hitam. Apa benda yang dibuang?.

Isnin, minggu kedua semasa di fakulti aku bertanya Atan, Atan mesti tahu serba sedikit keadaan sebenar, apa yang dibuang sebanyak itu beg plastik. Apa pasal iyer.

"Ntah ler iDAN, memang aku nampak banyak beg plastik Ani tu buang. Aku nampak macam dia bersama seorang lelaki separuh umur. Aku tak kenal lelaki itu. Tak siapapun berani bertanya. Tak siapapun datang bertamu. Sebab memang sepanjang minggu tak siapapun tidur di rumah arwah."

"Ishh.. siapa lelaki itu, mana pula isteri arwah itu tidur!."

Aku makin payah nak tidur, wajah arwah makin ramai menyelubungi diri, bertambah ramai, dalam suasana harian, dalam perjalananku, dalam rumahku, & dalam mimpiku. Di mana-mana. Merata-rata. Ada saja Arwah Nasha. Huh! payahnya aku nak lalui semua ini.

Kejadian aneh di makmal terusan menggusarkan aku: Aku memang tak berani nak pulang lewat pagi lagi. Tapi entah macam mana pada satu hari tu hujan lebat sangat. Terpaksa aku pulang lewat. Memberanikan diri!.

Sebelum kejadian Suram Februari lagi aku sering diganggu Lembaga Putih menyerupai asap yang sering bertandang di Makmalku Rumahku (Makmal Simulasi KKA). Terkadang memang aku sering dikejutkan Lembaga Banduan Hitam yang kata Pak Zul berantai kakinya. Sejak awal pindah ke komplek baru Kejut memang aku telah diserang demam ketegor lebih dua minggu lantaran terkejut melihat Lembaga Banduan Hitam itu terapung-apung di tangga ke Makmal Atan. Memang orangnya sasa, tidak berbaju. Bila aku sendirian di Makmal Simulasi sering Lembaga Banduan Hitam itu datang bertandang. Pada peringkat awal memang aku terkejut & sampai demam tak kebah. Tetapi buat kata Pak Zul.

"Abang iDAN, bukankah kita dilahirkan lebih segala kalau nak dibandingkan hantu, syaitan itu. Ia bukannya boleh buat apapun dengan kita. Nak buat apa Abang iDAN takut sangat dengan semua itu."

Ada lojiknya cakap Pak Zul itu. Tapi yang kelakarnya bilamana selang berapa minggu Pak Zul berkata demikian, dia digempakkan oleh lembaga yang sama. Demam juga dia & tak pernah lagi mahu berjaga malam bersama aku.

Sekarang Pak Zul dah kembali ke Aceh.

Bilamana terkenangkan cerita Muataz yang berkata jika aku tiada malam-malam di makmal bagaikan ada parti di makmal aku, siap dengan suara kanak-kanak menangis, suara perempuan mengilai, bilamana di bunyikan bacaan Al Quran melalui internet senyap & habis saja bacaan Al Quran berpesta balik. Sampaikan Muataz geram lantas mengetuk dinding makmal aku bertalu, senyap semula. Lalu dia naik malas nak layan gangguan syaitan itu. Pulang awal ke rumah.

Aku terfikir, jika memang makmal aku sudah jadi taman dia bergembira. Memang payah untuk menghalaunya. Memang ada aku panggil iDIN untuk memagar secara ghaib makmal aku, nampaknya makin syaitan itu membiak. Biarpun sudah berpagar. Tentunya sudah beranak pinak. Mungkin juga yang putih itu jin perempuan, tapi siapa pula Lembaga Banduan Hitam itu?. Sudah bertemu jodoh ke dia? Yang Muataz cerita berparti riuh rendah itu pula siapa?.

Isk memang sudah jadi terlampau gangguan hantu-hantu ini.

Dari magrib lagi makmal diserbu haruman bunga tanjung. Dari mana datangnya aku malas nak fikirkan. Mana ada pokok bunga tanjung di sekitar makmalku. Kekinian dah dinihari bau harum bunga tanjung kian hilang, berbau pula kapur barus. Bab bau ini yang buat aku tak boleh tunggu, terbayang wajah Arwah Nasha. Ohhh tidak, aku terus pasang lampu besar.

Lampu suram Dr Tinia memang dia suka, Setahu aku syaitan memang tak suka lampu terang. "Moga-moga kau lari dengan lampu terang ini" bisikku. Bau kapur barus memang tak hilang. Sah kau ada hai jembalang!.

Akupun mengemas lebih kurang bangku yang bersepahan, terus menutup suis DB. Tak lagi payah nak pastikan suis komputer tertutup. Biarlah. Raba-raba poket, kunci motor, kunci makmal & kunci rumah.

Tiga kunci kena pasti ada di poket seluar, sebelum nak buat kerja paling seram dah lewat 2:00 pagi begini. Ambil beg galas & tutup lampu makmal. Tutupan suis lampu terakhir itulah kerja paling seram jika balik lewat 2:00 pagi begini. Gelap. Tambahan hujan renyai-renyai tak henti sejak magrib lagi. Terasa macam ada tangan menepis dan berbisik...

"Temankan kami ler Abang iDAN."

"Boleh saya ikut balik tak Pakcik?"

Perbagai suara berbisik.

Tenguk lampu luar gelap... "Jaga tak buka lampu koridorku" bisikku. Cuma ada cahaya lampu di makmal Mizi yang memang tak pernah tutup 24jam. Mujurlah semasa magrib tadi aku teringat akan kapcai aku. Aku dah letak di kaki lima makmal. Sekali terjah pedal minyak, hidup enjin...& perah laju. Teringat pulak belum lagi merakam waktu, jadi aku terus menuju ke mesin perakam waktu. Bosannya.

Bila di jalanraya rasa leganya, baru rasa mengalir darahku tergoyah. Pengawal Keselamatan waktu dinihari begini memang tak nampak di pondok. Kalau nampak pun ujung topi saja. Lena lah tu!. Bila aku melintas jirat cina di bawah lindungan Pokok Hujan-Hujan. Huh banyaknya kalilawar di celahan neon kuning lampu jalan. Bayang-bayangnya yang jatuh di jalan basah memang meremangkan bulu roma. Berkejar-kejar mengekori aku. Bising bunyinya. Memang kerja gila balik sendiri lewat 2:00 pagi dalam huan begini. Tak nampak sebuah keretapun. Simpang tiga lampu isyarat aku toleh kiri kanan tiada kenderaan terus saja. Tak tahulah hijau ke merah lampu jalan.

Rasa berat pula kapcai aku ini.

Di lebuhraya KL Seremban, kenderaan agak lengang. Aku menarik nafas lega, bilamana telah nampak lampu-lampu bandar Kajang. Tapi paling malas memikirkan, aku terpaksa melalui jirat cina paling gelap & sunyi di dunia... tu kat Sungai Kantan. Memang aku kerap diganggu jika lalu di situ. Pernah aku melihat penanggal. Berselerak cahaya dari urat-urat perutnya terapung terbang di jirat cina tersebut. Harap-harap aku tidak diganggu malam ini.

Dari masjid Kajang memang tak nampak satu cahaya lampu kenderaan pun masuk ke Sungai Kantan. Aku tak boleh menunggu sebab dah menggigil kesejukan. Baju makin basah dek titisan hujan renyai-renyai. Memang aku jarang pakai jeket, jauh sekali punyai baju hujan. Semasa mengambil selekoh di jirat cina, aku langsung tak beranipun toleh ke kiri kanan. Tenguk lurus ke arah cahaya lampu kapcai aku sahaja. Alhamdulillah tidak ada sebarang kejadian anih, tapi terasa motor aku mengaum kuat enjinnya. Biarpun gear empat. "Rantai lama tak berminyak kut, dah mula mengetat ler tu tambahan kena hujan" bisik hatiku.

Tiba di Jenaris, dah hampir 2:45 pagi. Buka pintu pagar, lampu di luar rumahku tertutup, lampu luar rumah kiri kanan jiranpun tak terpasang. Cuma lampu suram jalan menyuluhi, aku buka pintu luncur kaca utama rumahku. Aku menyelak langsir agak luas. Aku memberi salam & merapatkan cermin pintu, Langsir tidak aku tutup rapat. Takut terpijak Kak Mila & anak-anak bergelimpangan di anjung. Memang kadang-kadang mereka tidur di anjung rumah. Kak Mila nampak beralih badan. Salam tidak dijawab. Aku terus ke dapur memasang lampu bilik air. Memang kalau boleh aku tak mahu menganggu tidur Kak Mila & anak-anak. Aku membuka pakaian di bilik air sebab sudah basah kuyup.

Cahaya lampu bilik air menyimbah ke meja makan jepon, aku singkap tudung saji. Selalunya Kak Mila ada meyediakan makanan. Aku kena jamah juga jika tidak esok pasti Kak Mila bising. Setelah makan aku barulah mengunci gril rumah, mengunci pintu geluncur cermin dan merapatkan langsir. Aku bergegas ke tingkat atas tidur sendirian di kamar utama. Tarik selimut, alangkah syoknya dapat tidur dalam suasana dngin dan penat begini. Malas nak fikirkan kejadian di makmal tadi. Selawat banyak-banyak dan terlelap!

Rupanya kejadian anih di makmal tidak berakhir di situ. Esoknya pagi-pagi Kak Mila dah bising.

"Ingatkan tak ingat balik rumah, anak siapa abang bawak malam tadi?"

"Hahh anak siapa pulak?"

"Mila nampak ada budak kecik berdiri sebelah motor abang di koridor malam tadi."

"Biar bebetul, tak ada sapapun bonceng motor abang."

Memang malas nak fikir kejadian misteri dinihari, siapa budak kecik yang Kak Mila isteriku nampak itu. Dia ke yang berat sangat hingga mengaum bunyi enjin kapcai aku itu. Suara dia ke yang nak ikut dari makmal malam tadi. Isk.. anak hantupun nak menumpang kasih dengan aku ke?. Bebudak memang suka naik motor kan?. Aku teringat akan Muataz yang berkata di makmal aku ada suara kanak2. Mesti dia.

Aku teringat mimpi aku. Memang aku pernah bermimpi pelik dari celah-celah ruang dinding makmal aku melihat ramai keluar kanak-kanak untuk bermain permainan komputer. Ramai sangat. Terutama dari arah makmal Arwah Nasha. Tentunya ada kalangan kanak-kanak itu yang memang kian ingin intim denganku & mengikut aku pulang di dinihari.

- bersambung

Posted on: Jun 12, 2006 - 12:18 AM by idanradzi

Klik Suram xiv

Tersiar Dalam TokeiKedai

Journal [1]
Kerani Putih | Posted on 10.3.2006 at 2:39 AM

Assalamualaikum... saya seperti terpanggil untuk membaca jurnal ini, walaupun minggu lepas saya tidak berjaya melawatinya kerana masalah server mungkin... saya sebenarnya dihimpit pelbagai perasaan setelah membaca jurnal ini, berbaur perasaan yang tidak mudah dihuraikan dengan jelas di sini... tapi bagi saya, setiap manusia tidak lari dari masalah yang hadir dalam kehidupan kita, masalah keluarga, tempat kerja, persekitaran dan masalah diri sendiri... tapi yang pasti apa saja yang tersurat di sini ataupun yang tersirat di sini adalah pengalaman serta pengetahuan yang sukar dihadapi oleh kita semua... saya berharap mungkin Abang iDAN sudi mengajar saya cara-cara untuk membuat jurnal seperti ini... saya akan teruskan pembacaan saya... untuk mengetahui lebih lanjut kisah ini.. seperti Abang iDAN kata... jurnal ini sudah hampir ke penghujungnya... sekian... Posted on 9.3.2006 0:41 AM



Jurnal Sendiri
idanradzi | Posted on 10.3.2006 at 4:06 AM
Wsalam.. Terima Kasih kerana sudi memberi respon yang positif. Memang saya banyak juga mendapat respon mengejutkan, tak suka saya mencerita pergolakan hati seorang suami. Sebenarnya kita memang kekurangan situs Bahasa Melayu yang dapat menceritakan pengalaman hidup keluarga kita di Msia. Ruang jurnal@blog seharusnya kita dapat gunakan bagi memperkayakan bahasa ibunda kita yang cantik. Nak membina ruang jurnal sendiri memang terbuka. Bagi yang ingin membuat jurnal@blog sendiri bolehlah ke mana enjin capaian & taip sahaja "free blogs " atau kalau nak cuba di  klik di ruang CREATE YOUR FREE JOURNAL NOW ikutlah arahan seterusnya. Ianya percuma dan banyak template yang tersedia, pilih sahaja. Jika mahu menyertakan gambar ianya kena link ke situs lain seperti http://www.photobucket.com banyak lagi situs di internet yang menyediakan ruang untuk gambar bagi journal@blog. Emmm Kerani putih tentunya boleh jumpa sy sebab kitakan dekat sahaja... jika ingin mendalami pembinaan situs sendiri. Wassalam