iDAN

Memaparkan catatan dengan label Prof Nizam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Prof Nizam. Papar semua catatan

26 Julai 2010

Antara Prof & Penyair 5 (Singgahsana)

Pcb
Sepi Itu Indah

Ada ketikanya hati bagaikan mahu dibedung kesepian. Mahu menukik resah sendiri. Mahu berbicara dalam diri; mahu mengenal apa kekurangan yang ada. Apakah kekusutan yang pernah dialami ini. Suasana ini memerlukan kesepian. Sepi sendiri mebawa diri, agar memberi erti.

Sesungguhnya Hotel Murah ini memberikan aku kenangan paling ranum; lantaran terlepas dari satu bebanan kerisauan akan masalah jodoh Afiz. 10.6.10 lalu Afiz selamat dinikahkan di Machang biar pun banyak rahsia serta kekeruhan berlaku namun kami selamat melangsungkan majlis pertunangan & penikahan Afiz. Afiz telah menjadi suami kini & aku kini telah punyai menantu. Rasmi dari segi agama.

Selepas semuanya selesai, aku sekeluarga meraikan kegembiraan kami di Hotel Paloh Inn milik jutawan Datuk Nordin, Kota Bharu Kelantan. Siapa jua yang pernah bermalam di sini pastinya akan teruja mahu kesini lagi. Faktor pertama tentulah lantaran bayaran sewanya yang amat munasabah. Bayangkan saya & keluarga berenam cuma memerkukan RM120 boleh tidur di bilik yang besar lagi luas bak dewan. Boleh main ping pong di dalamnya; Azim amat suka akan Hotel Paloh Inn ini, siap boleh berlari-lari sekitar kamar & melompat riang celahan katilnya. Ada TV pun bilik air yang luas & air cucur hujan bagaikan air terjun derasnya. Untuk mencari gerai makanan juga hanya seberang jalan sahaja. Siangnya pula boleh melawat kilang membuat batik; pun boleh membeli belah di komplek batik milik Datuk Nordin.

Empat katil bujang & sebuah kelamin RM100, sewa tilam sekadar RM20.

Sepulangnya dari Kota Bharu, Kelantan cadangnya mahu bermalam di Kota Bharu, Perak; tetapi memandangkan rumah Opah Bi belum tentunya ada orang; maka aku bermalam di Hotel Ekonomi Kampar ini. Ahad 13.6.10 ada kenduri di Sahom tak jauh dari Lata Salu.

Sebab itu aku teruja amat nak bermalam di Kampar biar pun sendirian. Ingin mengembalikan kenangan lalu, biar pun aku seorang kesepian di sini. Bagusnya Hotel Ekonomi ini adalah kebersihan & kelengkapannya. Biar pun kamarnya tak sebesar mana tetapi bersih malahan ada Tanda kiblat. Biarpun miliknya bukan orang kita Melayu.

Sepanjang malam aku puas mundur madir sekitar bandar Kampar. Pekan Kampar hanya hidup hingga 11 malam; selepas itu tak banyak kedai dibuka. Terasa aku bagaikan di bumi asing lantaran boleh dikatakan 80% penghuni di bandar ini Cina. Terkenang aku akan sepinya aku sendirian di kotaraya Jepun. Amat sepi sendiri di dunia rasmi orang asing.

Masalah makan tak timbul masih ada kedai yang dibuka sampai lewat malam. Aku memilih untuk makan di Restoran milik orang kita Melayu. Aku cuba makan Nasi Goreng Ikan Masin (Dr Imah marah aku makan ikan masin) bersama Telor Mata Kerbau. Biar pun tidak sesedap masakan di Restoran Erawan tapi kira aromanya menyelerakan aku, perut memang kosong sebenarnya. Aku teringat Sabri ketika makan nasi ganja; memang dia nampak tak puas makan, aku pun sebenarnya nak tambah nasi & kuahnya yang agak unik aromanya. Pekena Milo Panas, Ais Kosong & lepas makan khayal bersama Nusantara.

Tiba di kamar aku memang penat & lenguh urat kaki. Talian yang jarang kuguna 016 9094343 boleh diakses; maka sepanjang malam sebelum lelap aku sempat bermain SMS dengan Amid, Prof Nizam & Kak Imah.

Kak Imah telah 33 tahun tak pernah jumpa; dialah satu-satunya pangkat kakak yang masih hidup & masih aku terkenang. Tak sangka juga sekitar 12:00 tengah malam Kak Imah masih terjaga menjawab SMSku. Satu kejutan yang amat manis buatku. Sementelah dulu pernah Prof Nizam kasi aku nombornya; tapi aku tak simpan di telefonku.

Pernah tinggal beberapa tahun di asrama 73 Jalan Tambun ini.;
banyak tersimpan kenangan pahit manis di sini.

Tak banyak sebenarnya kenangan aku bersama Kak Imah semasa di SMI berbanding Kak Azee yang aku anggap amat licik & asing. Kak Azee aku kenali sejak aku di Sekolah Rendah lagi yang aku anggap bagaikan kakak sendiri tetapi tak sangka dia sanggup menipu meminjam wang pun dia juga sanggup bersama berkompromi seorang lagi sahabat penaku melapah hatiku. Dua orang yang namanya perempuan sampai sekarang amat sukar aku maafkan ketidakjujuran perlakuannya. Lantaran aku masa itu amat naif, jujur & murni mengulit ikatan tetapi dipermainkan oleh sikap kepuraan jenis perempuan gerladangan yang bagiku amat sukar kuterima.

Kak Azee khabarnya ada masalah dengan kekasihnya pun rakan pena seorang lagi rupanya jenis pandai bersendawara suka berpura & bermain kayu tiga. Aku dijadikan mangsa korban oleh dua orang perempuan ini. Padahal ketika itu aku masih di bangku sekolah lagi. Kak Azee orang utara, yang telah berkerja sanggup kebas duit simpananku. Bukan sedikit ratusan RM bagi pelajar sekolah seperti aku pastinya amat tinggi nilainya. Sahabat pena yang rapat dengan Kak Azee ini pula sanggup menjaja hatiku di pasar malam. Huh! kisah lama; perit jika di kenang.

Kak Imah bagiku adalah seorang akak contoh yang bersopan; merendah diri & sepanjang aku di SMI aku sering amat kerinduan akan kehadirannya. Biar pun dia bukan pun pernah menyemaikan rasa kasih tapi dia jujur dalam hubungan. Mungkin sahaja yang sering terbawa-bawa ingatan terhadapnya ke dalam mimpi.

Aku terlelap dengan kenangan indah berbaul dengan tragis di SMI; Asrama Jalan Watson berakhir dengan aku terpaksa berhenti sekolah selama sepenggal. Aku duduk di kampung belajar sendiri ketika mahu menghadapi MCE. Aku adalah pelajar harapan di kampung; ketika itu akulah pelajar paling cemerlang di sekolah kampung; tak ada seorang pun pelajar mendapat 5A ketika itu; aku paling cemerlang mendapat 4A 1B; tetapi Asrama Putra adalah asrama terbiar!, amat terbiar. Kebebasan yang terlampau telah menyekat untung nasibku; ketika penghujung pengajian baru tersedar, memang telah terlambat!.

Sepanjang tingkatan 5 aku tidak pernah masuk pun kelas Sains & Matematik, aku mengikut arus songsang. Maka itu aku makin benci persekitaran Asrama Putra; bilamana asa samseng yang memterbalikkan beja bacaku; aku patah harap untuk kekal menjadi pelajar Rancangan Khas yang terbiar!.

Aku terlena dengan mimpi Dang Wangi & asrama putri masa lalu di Hotel Ekonomi Kampar.

- bersambung

21 Julai 2010

Antara Prof & Penyair 4 (Singgahsana)



Grand Hotel Kampar
Baru dibuka dari sini tak jauh Lata Salu & Gua Tempurung.

"Ingat 5 perkara; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati."

Aku teringat akan kata-kata ini bilamana melihat wajah-wajah sahabat lamaku; memang ada kalangan kami yang telah meninggal dunia. Seperti Allahyarham Kapten Suhaimi katanya dia terlanggar pokok kelapa masa latihan LIMA di Langkawi. Lihat aku & Moghom kami nampak amat tua; lihat rambut Moghom yang memutih pun perut aku yang memboroi rasanya kami ini hanya tinggal mengisi sisa usia sahaja.

Aku terbayang Khalid dulu & sekarang; dulu Khalid nampak sasa lincah; sekarang Khalid nampak mengecil; dia nampak ceria tapi tak tahu apa sebenarnya dalam diri. Dzuan pun bukan sihat mana, dia makan ubat Darah Tinggi seperti aku. Yang lain tu mungkin masih menikmati hidup yang sempurna.

"Hujan lebat sangat ni Isa, jangan memandu laju; sekadar 80kmj pun dah cukup" aku bersuara, aku sering mengingatkan ini kepada rakanku.

"Jalan raya kita ni Isa lebih dari 70% tak selamat, licin; kalau kita laju ketika jalan raya basah memang nak nahas; macam memandu atas cermin." aku teringat bagaimana aku bersama Datuk Prof Radin buat ujian keselamatan dari Seremban sampailah ke Port Dickson; setiap selekoh merbahaya semuanya licin. Kemalangan berlaku sebab terbabas, tergeser terutama waktu hujan. Amat licin

Aku perhatikan Isa nampak fobia, senyap sunyi tak bersuara.

"Kalau kerajaan wartakan 70% jalan raya kita licin pastinya ada yang saman JKR, LLM atau Plus lantaran kita bayar cukai jalan; tapi apa mereka buat dengan jalan raya kita...!" Isa diam sahaja mungkin dia tak faham pun apa yang aku bebelkan.

"Saya baru sahaja kemalangan jalan raya, terlanggar lopak air; Perdana saya berpusing beberapa kali & terbalik beberapa kali; dua tayarnya cabut terlanggar pembahagi jalan & Perdana saya tu tercampak ke parit tepi jalan..."

"Siapa ada lagi dalam Perdana tu.."

"Isteri & anak-anak"

"Habis tu mereka macam mana!"

"Anak-anak tak ada cedera parah; isteri sahaja, luka kena pecahan cermin, tulang sekitar tengkok patah.. "aku membayang sering tulang di dua bahu kita ini jadi mangsa. Ngeri membayangkan Perdana tu berpusing & terbalik beberapa kali. Memang itu musibahnya jalan raya licin.

"Sejak itu memang bila hujan; saya amat fobia, cemas & risau amat memandu!" Isa memandu dengan hati-hati.

Kampar.

Dari Ipoh lagi hujan dah turun, sekitar Kg Kepayang amat lebat tak nampak jalan raya; aku ikut jalan lama sebab aku fikir lebuh raya pun seiring dengan jalan lama. Isa memandu perlahan; aku masih rasakan Isa ini orang asing; tak rasa rakan macam Osman, atau Joe, atau Dzuan. Pun Prof Nizam rakan yang amat aku segani.

Lepas Gua Tempurung hujan makin reda; dalam bualan aku Isa tak tahu pun Kampar dah ada Grand Hotel, TESCO pelbagai; padahal itu kampung halamannya; ayahnya menjadi anggota Polis di Kampar sejak berzaman. Tapi telah lama berpindah!.

"Tak singgah minum-minum dulukah Isa..."

"Tak apalah!" sah dia pun macam aku terasa asing!.

Isa hantar aku sampai ke muka pintu Hotel Regal (Aku panggil Hotel Ekonomi), Jalan Balai. Aku suka hotel ini sebab semasa aku balik dari menghantar Afiz bernikah aku menginap di sini; bersih amat hotel ini; sewanya sekitar RM45 hinggalah ke RM150. Biar pun aku menginap di kamar RM55; semua lengkap; ada Astro, penghawa dingin, air panas, tuala, sabun pun siap ada arah Kiblat!. Taukenya nyonya yang berulang alik dari KL.

Lokasinya memang santai, sebelah hentian bas, mini market; kedai makan bersepah. Paling aku suka hari minggu di Kampar, banyak pilihan sarapan paginya. Melayu, Cina & India makan bercampur di kelompok gerai makanan yang sama. Kalau musim petai; Orang Asli datang naik basikal berjual petai di Pasar Minggu Kampar.

Jika anda mahu melawat Gua Tempurung; Kampar adalah bandar terdekat
jika banyak duit tidurlah di Grand Hotel Kampar;
Jika mahu berjimat tidur saja di Hotel Ekonomi bersamaku.


Pihak perlancongan seharusnya mempopularkan Kampar; perindahkan bangunan lamanya; naikkan taraf ruang jalan kaki; sediakan Internet Cafe. Tasik yang kini makin tenat sebaiknya dipulihkan keindahannya semula. Rasanya daya penarik yang perlu dikembangkan jualan herba cina yang berlonggokan di pasar minggunya antara yang perlu menjadi pilihan utama. Perbanyakkan.

- bersambung

Antara Prof & Penyair 3 (Singgahsana)

75 Jalan Tambun

Yang rapat perhubungan semasa di SMI adalah pelajar yg masuk pada tahun 71, 72 tahun aku di Remove Class & tahun 73. Tahun 74 semuanya telah bertukar asrama. Tidak lagi di Asrama Putra Jalan Watson & asrama 73 & 75 Jalan Tambun Ipoh.

Ada cuma 9 orang sahaja pelajar tahun 72 yang datang ketika alumni di SMI ini. Yang amat menyentuh hati adalah kehadiran Cikgu Harun & Abg Rashid yang menjadi warden asrama kami masih sihat. Usia Cikgu Harun telah pun 70 tahun lebih. Abg rashid pastinya sekitar 60an. Seorang lagi guru perempuan Cikgu Nor Shamsi ini sering datang menemani Cikgu Harun memberi nasihat & motivasi. Aku tak ingat sangat akan cikgu Cikgu Nor Shamsi ini. Lebih ingat akan Cikgu Aziz & Cikgu Mutalib

St Michael's Inst. '72
Duduk dari kiri Wahab, Prof Nizam, Cikgu Harun, Abg Rashid, Cikgu Nor Shamsi dan Amran@Moghom.
Berdiri dari kiri, Khalid, Sabri, Johari@Panjang, Osman, Dzuan@Gajah dan iDANRADZi.


Bayangkan tahun 77 meninggal SMI, banyak amat perubahannya baik sekolah apatah rakan seasrama yang semakin ke Ambang Warga Emas. Hanya beberapa orang sahaja yang nampaknya masih kenal muda belia. Memang inilah anugerah Ilahi buat semua. Tak siapa dapat menolak akan untung nasib, ajal maut; samalah kesihatan yang terjamin.

Sekitar 100 orang pelajar yang datang; bayangkan betapa gamatnya dewan besar SMI; pengecara berucap di hadapan pun masing-masing tak dapat mendengar dengan jelas. wahab yang berbaju batik merah hujung duduk sebelah kiri; langsung tak kenal aku!. Padahal dia hanya sekitar 10 tahun tak jumpa aku. Apatah lagi Khalid & Amran yang tak jumpa sejak 33 tahun.

Geginilah kehidupan, aku berandaian sekitar 10 tahun sahaja lagi dapat diadakan perjumpaan begini; lebih dari itu amat payah rasanya; Tak ramai kalangan kita akan boleh segak gagah memandu sendiri kalau dah menjadi Warga Emas. Memang dunia ini amat kejap untuk kita singgah bermalam.

"iDAN nanti Isa akan hantar iDAN ke Kampar" tetiba Nizam memberitahu, aku tak pasti kenapa dia tidak dapat hantar aku ke Kampar, semasa di telefon dia yang mencadangkan aku tidur di Kampar; katanya ada jalan baru ikut Malim Nawar untuk ke kampungnya.

"Kau tak kenal Isa ini; bekas pemain Kebangsaan Bola Sepak Perak!" Aku menatap wajah Isa memang kelabu; tak nampak langsung wajah yang aku kenali. Isa muda setahun dariku.

Ini benar-benar nahas, desus hatiku; Prof Nizam telah kenakan aku; Aku tak pasti sejauh mana aku dengan Isa zaman di asrama; dibedalnya aku pernah berhutang dengan dia bagaimana. Seperkara lagi seorang Penyair seperti aku belum tentu disukai, sebabnya aku jenis asyik bercakap; ada saja yang aku fikirkan aku mahu luahkan.

"kalau iDAN segan dengan Isa saya boleh hantar" mungkin dia perasan, nampak ketidakcerianya wajah aku.

"Tak apa, janji saya sampai Kampar nanti!, asalkan jangan sampai menyusahkan orang!..." Dalam hati memang aku ni pun telah menyusahkan!. Nak balik dengan keretapi bersama dengan Zuraidah dia masih tak mahu senyum denganku!. Aku terbayang akan Kampar yang memang amat kusukai suasananya. Aku mahu tidur di sana & jumpa nyonya Hotel tu yang telah kenal mesra denganku.

- bersambung

19 Julai 2010

Antara Prof & Penyair 2 (Singgahsana)

Sebak. Melalui FB aku telah lama dapat mengecam Amran atau Moghom, rakan sebaya yang lama tinggal di Asrama Putra 10. Jalan Watson. Tanpa FB rasanya aku takkan kenal Amran, perubahan bentuk wajah & diri menjadikan Amran amat berbeda. Rambut serta keningnya yang memutih menjadikan Amran nampak tidak sepadan dengan usia. Selalunya orang begini pasti ada masalah kesihatan. Itu telahanku.
Amran Dr Kamal & Prof Nizam.
Sampai di SMI aku telah nampak dari jauh Johari atau Panjang. Aku suka panggil Joe sahaja. Joe pula antara yang masih segak & masih mengekalkan kemachoannya. Tak boroi tak banyak uban & masih aktif bersukan. Joe aku agak rapat, pernah beraya di rumahnya sekitar 10 tahun lalu, dia pernah ke rumahku sekitar 15 tahun lalu & dia aktif di FB, banyak muatturun gambarnya di FB maka itu mudah mengenali Joe. "Aku rindu amat kat kau Amran" aku bersalaman dengan Amran & memeluk erat tubuhnya, sebaya tubuhku; perut boroi kami berlaga. Sejak melihat gambar Amran di FB sungguh aku teruja amat nak jumpa dia. "Bagaimana kau sekarang Amran, sihat tak?" Memang aku perasan dia terhinjut-hinjut berjalan. "Sakit... Dan, tenguk kaki aku ini bengkak!" "Kenapa pula?" "Gaut... ini dah 3 bulan tak hilang bengkaknya!" "Dah makan ubat tak ni!" "Sudah tapi beginilah, tak baik-baik juga!" loghat tutur katanya macam orang utara. Hilang loghat Rawanya; jika tak silapku Amran orang Gunung Mesah Gopeng; persimpangan ke kampungku. Kota Bharu Perak. Dia menetap di utara tanah air telah berpuluh tahun. Telahan aku memang tepat, Amran mengidap sakit Gaut; maka itu perubahan dirinya amat ketara. Persiapan telah rapi, awal lagi nampak Cikgu SMI & anak muridnya telah membantu. Jam baru sekitar 11:45 pagi. Tak banyak kerja yang boleh kami bantu. "Moh kita makan di Restoran Mamak Nasi Ganja!." Prof Nizam mengajak kami makan di Restoran Nasi Kandar di hadapan stesen bas ke Tg Rambutan, bas Century. Restoran Nasi ganja ini memang popular sejak tahun 70an lagi. Aku teringat Yot abg yang Sulung pun hantu makan di Restoran Mamak ini. Dulu Yot memang kerja di Pejabat Pos Besar Ipoh. Bahagian Bungkusan. Pantang hari gaji; pasti ke sini. Sekarang Yot telah rosak buah pinggangnya. Aku, Amran & Amid (yang muda setahun dariku) pergi menaiki kereta Prof Nizam. Prof Nizam mahir amat dengan jalan di Ipoh. Ipoh tak banyak berubah, cuma nama jalan telah ditukar & banyak jalan telah sehala. "Sabri dapat tak berjumpa dengan Ijat?" aku perasan Sabri SMS kami semasa kami mahu sampai ke Ipoh, dia ajak makan tengah hari dengannya di Restoran Mamak yang sama. Emmm! ramai yang syakki ada sesuatu perisa yang ditaruh dalam masakan mamak ini, maka semua makan di sini bagaikan ketagih!. Pasti mahu mampir kemabali. Itu yang timbul perkataan Nasi Ganja tu!. "Ijat tak dapat datang sebab rakan kongsinya paksa dia dengan tugasan kargonya" Ijat macam Sabri; pastinya dah boleh dinobatkan Jutawan. Sabri tinggal di Sungai Penchala; banglow agamnya yang boleh dinaiktarafkan istana memang jutaan RM nilainya kini. Sabri satu kelas dengan aku banyak tahun. Ijat pun apa kurangnya; Pengurus Besar syarikat kargo. Dalam blog ini ada gambar dia ketika kami jumpa di Alamanda sekitar beberapa bulan lalu. Restoran Mamak Ganja dulunya ada dua pintu tinggal satu pintu. Mak datok! orang telah berbaris panjang bagai dulu. Stesen ke Tg Rambutan sudah tiada. Balai Polis masih gah; cuma banyak kedai sepanjang jalan telah tutup.
Rahman, Sabri & Tarmizi
"Orang sekarang suka ke Mall, dari belacan hinggalah ke barangan mewah semua ada di sana, kalau dulu kita nak beli barangan dapur kena ke pasar nak beli baju anak terpaksa ke kedai kain..! " teringat bualan Prof Nizam ketika kami melintasi Jalan Hugh Low, sekarang dah tukar nama Jalan Sultan Iskandar. "Sebaiknya majlis bandaran naikkan taraf bandar ini; tutup sebahagian jalan; jadikan lorong jalan kaki, cari satu daya tarikan agar tidak terbiar sahaja bangunan ini.!" aku terfikir juga apa yang Prof Nizam katakan; bangunan lama yang penuh sejarah bagiku elok dibaiki yang tak perlu dirobohkan. Teringat akan Akihabara di Jepun yang popular sebagai bandar elektronik, padat dengan barangan elektrik. Seantero warga Jepun datang ke sini jika mahu mencari barangan elektrik atau elektronik. Kita tak ada lagi bandar sebegini. Masa aku jejak kaki ke Akihabara aku tak dapat faham-faham pun produk baru; aku suka merayap di lorong barangan antik. Semua barangan pelik berkait dengan elektrik ada di sana. Sedang kami baru terima tempahan, Sabri sampai!. Amran tambah nasi, sebenarnya aku juga kelaparan tapi kawal sikit nafsu makan tu; Kasihan Sabri lambat sangat kuah yang dipesan tak sampai. Nasinya telah habis. Kami rata-rata telah basuh tangan. Bila bil sampai aku lihat Sabri cepat-cepat rampas. Prof Nizam yang cadangnya mahu belanja kami, mengeluh. Yang kelakarnya kami keluar pintu sisi ditahan mamak, takut kami tak bayar; Amid apa lagi basuh cukup-cukup dengan mamak tu!. Ada juga mamak yang risau kejujuran orang tua seperti kami. "Sesiapa nak tumpang kereta Sabri pergilah temankan dia!" Nizam bersuara, aku tenguk kereta Sabri pun seriau; Entah BMW model apa!. Rasanya model terkini yang aku lihat!. Ianya parkir betul-betul di depan Restoran Mamak, memang payah nak cari parkir kebetulan ada kosong di situ. Dalam hatiku berbisik, kalaulah Sabri ditahan mamak lantaran silap keluar pintu bagaimanalah naifnya mamak ini. Takkanlah jutawan nak curi makan. "Bayangkan iDAN sahabat kita itu, kalau tak ada masuk RM20K lebih sebulan mana mungkin dapat pakai kereta begitu!, kita sebaiknya tumpang bersyukur dengan kejayaan rakan kita." Prof Nizam bersuara. Aku terfikir akan suasana keluarga Prof Nizam, masing-masing suami isteri telah ada PhD. Pendapatan keluarga Prof Nizam pun lumayan jua. Iyer! hasil usaha & ketekunan mereka belajar. Memerah otak hingga ke akhirnya. Aku teringat akan kereta perangku, telah dekat sebulan tak bergerak lantaran baterinya kondem. Hakikat kehidupan kita terpaksa terima seadanya; jangan banding-bandingkan. Teringat kapcai Arwah Nasha yang sangkut di jalan raya, aku sedar diri. - bersambung

Antara Prof & Penyair (Singgahsana)


"Sepanjang perjalanan dengan teksinya ada sahaja yang dibual, dulu saya rajin telefon dia kalau mahu ke KLIA atau ke mana-mana sekarang sudah agak lama tak kontak dia" Prof Nizam sahabatku yang e-mel, kasi aku numpang ke alumni di St Michael's Ipoh (SMI). Dunia ini amat kecil dia berceritera tentang rakan karibku Mat Rashid (Abg Mat) yang telah berpencen & sekarang mencari nafkah dengan membawa teksi.

Tak sangka Prof Nizam berjumpa & menaiki teksi Abg Mat yang memang rapat denganku ketika kami berkerja satu fakulti di UPM. Aku tahu sangat akan sikap ramah Abg Mat.

"Kadang-kadang kita ini nak bentang kertas kerja banyak yang kena kita mahu fikir & siapkan!. Dia pula tak henti berbual." Aku dengar sahaja bualannya. Sebab aku & Abg Mat kurang lebih sahaja suka berbual. Sering juga bualan kami ini kosong belaka.

Ada benarnya apa yang Prof Nizam nyatakan; orang akan bayar ribuan RM bagi sejam untuk seorang Prof berhujah berbanding aku seorang Penyair. Kalau mahu berhujah sesuatu topik takkan kosong sahaja pengetahuan tentang topik yang akan dibentangkan. Terlalu banyak perlu dirujuk, bayangkan terkadang seorang Prof seperti Nizam akan berhadapan dengan pelbagai peserta atau pengikut; bila dipersoalkan sesuatu persoalan jika dia tidak mengetahuinya secara mendalam, nahas nanti.

Berbeda amat denganku; dunia seorang Penyair sekadar berlabuh dalam minda & daya kreatif sendiri. Satu puisi sekadar RM20 Berita Harian kasi honorarium. Berbeda dengan penilaian Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Selalunya DBP akan memberikan honorarium paling tidak RM200 bagi sebuah puisi. Membentuk Puisi belum pasti sehari dapat disiapkan sebuah puisi.

Ini pertemuan yang kedua setelah 33 tahun aku meninggalkan SMI Ipoh. Jika ada pun ketemu Prof Nizam ini ketika kenduri kahwin di Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak entah tahun bila. Memang kami terpisah amat lama padahal rumahnya di Bangi; mana jauhnya dari Jenaris.

Tak sangka aku dapat menumpang Prof Nizam di saat akhir; melalu internet aku memohon nama aku ditambah dalam sinarai warga Rancangan Khas (RK) pelajar SMI kemasukan sekitar tahun 1972. Aku meninggalkan SMI pada 1977.

Hari Alumni pada 17 Julai 10. Hingga akhir waktu, aku klik internet 16 Julai 10, namaku masih tidak tersinarai. Begitulah nilai Penyair atau Prof apatah lagi kalau Tan Sri & Datuk; bertalu nak turut serta belum tentu orang ambil perhatian pun. (Rakanku Datuk Abdullah datang diundang dengan kad; di berikan melalui tangan. Isk! sensitif. Titik). Ala! awak ni iDAN takkan nak bentang permaidani merah untuk awak tu.

Prof Nilam seorang Pemerhati Politik yang sering bersiaran di kaca TV. Dia adalah seorang tenaga pengajar atau Pensyarah di UKM Bangi.

"Kita ini sebenarnya kehilangan rakan kita yang amat baik & jujur sejak 30 tahun lalu; setelah kita berkerja kita jumpa dengan pelbagai ragam manusia; rakan yang makan rakan, rakan yang pijak kepala kita, rakan yang dengki & pendendam dengan kita. Bila telah berusia begini barulah kita sedar rakan seasrama kita dulu terlalu baik, mereka ramai yang jujur serta !" begitulah bualan aku di keretanya.

Memang terlalu banyak yang kami mahu bualkan, maklumlah setelah 33 tahun kami terpisah. Sekitar dua tiga bulan lalu kami berjumpa berempat di Alamanda manalah ada masa nak berbual panjang jika berjumpa beramai. Bercerita tentang sepanjang perjalanan kehidupan remaja, dewasa, alam rumah tangga serta keluarga terdahulu.

Di SMI peserta yang beralumni sekitar 100 orang; kumpulan aku tahun '72 tak sampai pun 10 orang; aku terpaksa mencari teman menumpang ke sana lantaran tiada kenderaan. Avanza Mila masuk bengkel.

Majlisnya bermula pada 2:00 petang hingga ke 6:00 petang. Malamnya di mana aku mahu bermalam. Aku terkenang persekitaran Kampar yang amat damai ketika aku menginap di sana setelah pulang dari Machang bulan lalu. Aku merindui Kampar!.

Jika anda punyai FaceBook (FB) silalah masukan namaku aku ke kumpulan anda. Aku guna banyak akaun di sana. Sila tambah namaku idanradzi yang lambang lakaran Bunga Ros di sana. Banyak gambar terbaru aku ada termuat di sana.

Lakaran Bunga Ros

- bersambung!