iDAN

20 Mac 2011

Lewat Lagi



"Azim nanti kejutkan ayah sebelum jam 8:00 pagi" aku pun tarik selimut sambung tidur.

Hari ini 21.3.11 ada temujanji dengan Dr. Aditya Adawiyah Darwis; (nak panggil nama ringkasnya apa iyer!; Aditya macam bukan pulak nama perempuan; Adawiyah panjang, Iyah macam bersilatlah pulak.. Dr Diyah okey kut!.) Rasanya agak dah kelewatan aku buat ujian terapi. Sebabnya bukan apa, aku yang sengaja larikan banyak jadual pertemuan. Selalunya aku ganjakkan sekitar seminggu. Bukannya apa ubatku banyak lagi berbaki; tak mungkin habis ditelan biar pun sekitar sebulan lagi. Terakhir aku pergi bukan waktu kerja, rupanya makmal untuk buat analisa darah tutup pada Sabtu & Ahad.

"Alamak telah jam 9:15 pagi, bagaimana aku nak sampai ke Pusat Kesihatan UPM (PKupm) sebelum jam 10:00 pagi" aku terjaga setelah diulit mimpi ngeri, rasa dikejar hantu pun ada, rasa berperang pun ada. Mimpi di siang hari.

Aku lihat Azim di anjung rumah terlena dengan TV terpasang cerita kartunnya.

"Kenapa Azim tak kejutkan ayah!; bukankah ayah berpesan kejukan ayah sebelum jam 8:00 pagi'

"Azim tertidurlah ayah!" nampaknya matanya masih merah layu mengantuk lagi. Berharapkan anak bungsu yang tak cukup tidur, itulah musibahnya.

Kapcai aku kurang angin, rantainya mula mengendur. Aku perah kapcai sampai maksimun, tak selaju mana pun. Asapnya sahaja yang lebih. Sudah makin uzur nampaknya kapcaiku ini. Sampai di PKupm jam 10:05 minit pagi. Dapat nombor giliran 1122. Kamar Dr Diyah bertanda nombor 10. Jumpa Kak Midah isteri abg Fendi jiran menyewa satu rumah di 1052, Seri Kembangan sekitar 20 tahun lalu. Kami menyewa bersama sekitar tahun awal 80an jika tak silap aku berpindah ke Kampung Malaysia Tambahan tahun 85. Rasanya pernah cuma sekali terserempak dalam tempoh 20 tahun lebih. Dia sakit macam aku jua; tapi hari ini dia diserang lelah pula.

"Hari ini ada temujanji untuk ujian darah kan?" nampaknya hari ini Dr Diyah dalam suasana jiwa nan baik.

"Haa aah! saya lewat lagi malam tadi tidur lewat tenguk bola" aku pun pelik tetiba aku teringin nak tenguk bola sepak. Malam tadi Chelsea lawan dengan Manchester City. Menarik perlawanannya dengan berkesudahan 2-0. Itu pun setelah Drogba dibawa masuk. Aku tak kenal sangat pemain pasukan kegemaranku ini. Tapi malam tadi aku tetarik permaian David Luiz yang memang ligat & dapat menjaringkan satu gol.

"Pasukan mana iyer main malam tadi!" tak sangka Dr Diyah bertanya soalan yang mengejutkan.

"Arsenal!" aku main sebut sahaja tersasul lantaran memang aku bukan hafal semua akan pasukan di Eropah sana.

Jika orang tanya piala apa; mungkin aku akan tergagap lagi. Liga Perdana England (EPL) agaknya; mungkin sekarang semuanya nak merebut gelaran Juara Liga Perdana.

"Emm! beratnya pun kurang cuma 0.5 kg mungkin sebab tak makan lagi" aku akur mana ada aku diet pun, setelah ditimbang berat badanku.

Bila aku lihat bacaan tekanan darahku teramatlah merunsingkan; agak tinggi. Maknanya besar kemungkinan glukos jua memang masih tinggi.

"Kita ambil sampel darah nanti petang baru tahu keputusannya" Dr Diyah mengarahkan aku ambil sampel darah di maklmal.

Setelah dua tiub darahku diambil, aku bergegas pulang sebab kena hantar Azim sekolah sekitar jam 12:00 tengah hari. Malam tadi aku e-mel Fairus jika nak datang jumpaku nampaknya tiada siapa pun yang teringin mahu berjumpa denganku. Masing-masing dari hari ke sehari tambah sibuk dengan urusan duniawinya.

Petang nanti kena mengadap Dr Diyah lagi.




Adoi! melampau naiknya glukos, peringkat kedua tertinggi yang pernah aku alami. 11.++ mmol/l (jika tak silap aku pernah naik ke 14.++ mmol/l) mungkinkah tersilap makan atau lantaran makan ubat nan tak teratur, atau lantaran aku makin kurang makan goji. Mungkinkah lantaran stres amat masalah peribadi yang buat aku sukar tidur malam.

Begitu juga tekananku yang melonjak naik, telah sekitar 3 bulan masih tak berubah sekitar 155/95 mmHg ianya amat tak disukai oleh doktor yang merawat pesakitnya.

Tiga perkara yang terpaksa aku ambil perhatian:

1. Turunkan kadar gula, kena banyak berpantang.
2. Jaga tekanan darah tinggi dengan jangan stres.
3. Turunkan berat badan dengan banyak bersenam.

28.4.11 aku kena berjumpa doktor lagi. Sudah rutin begini telah masuk tahun ketiga aku diamok@amuk oleh sakit kronik ini.