iDAN

27 Januari 2011

Tanah ooo Tanah (Singgahsana)

Tetiba tadi aku dikejutkan oleh panggilan dari waris sebelah arwah Apak. Ingin menuntut hak milik tanahnya. Ianya adalah bekas isteri yang aku kenali sebagai Abg Boi; menurut kata Kak Nomie Abg Boi ini adalah salah seorang anak saudara arwah Apak (pangkat Abang Saudaraku). Abg Boi ada tiga beradik; anak kepada abang yang tua dalam adik beradik arwah Apak. Setahu aku hanya arwah Apak hanya ada empat beradik. Bagaimana pula tiba-tiba muncul lagi seorang adik beradik. Mungkinkah Atok Abadul Rahman ada isteri yang lain.

Sebahagian tanah arwah Apak telah hilang hak milik; aku sekadar dapat menyelamatkan sekitar separuh sahaja tanah milik arwah Apak. Bayangkan setelah hampir 20 tahun arwah Apak pergi; baru muncul mereka ini. Sebelum ini arwah Apak pergi katanya abg Boi ini sering datang ke rumah minta pelbagai hasil tanah. Sedangkan semua tahu; segala belanja pengurusan tanah arwah apak yang biaya. Dari segi hasil tanam pokok getah; buat dusun semuanya dari titik peluh arwah Apak. Bayangkan di geran tanah ada telah dipecah lotnya sejak tahun 1920an lagi. Emmm! sekitar 90 tahun lalu dari arwah atuk kemudian diikuti arwah Apak. Adik beradik tak pernah pun ambil tahu.

Sekitar tiga tahun lalu dalam bualan aku dengan arwah Kak Sala; dia pun mengatakan mana ada hak lagi waris yang lain; arwah Apak telah pun bayar semua nilai tanah tersebut. Tanah itu telah menjadi milik dia sebab adik beradik telah pun dapat bahagian mereka.

"Habis tu saya tenguk Kak Sala, tanah Paya Asap itu masih ramai nama orang lain!"

"Orang lain mana ada haknya lagi; sebab ayah iDAN dah bayar harga tanah tu pada adik beradiknya!"

"Tak ada surat hitam putih payah juga Kak Sala."

"Orang dulu mana ada buat surat hitam putih iDAN, lagi pun adik beradik ayah kau itu tak ada pula nak berebut tanah; sebab itu ayah iDAN tak jual tanah itu; dia anggap biar pun dia yang ambil kuasa; pemegang amanah malahan majukan semua; hasilnya dia sentiasa kasi adik beradik, biar pun adik beradik telah dapat lebih dari harga tanah tu!; lagi pun setahu Kak Sala semua mereka telah punyai hak milik tanah sendiri."

Bila aku telefon Kak Nomie dia pun bercerita hal yang sama!.

"Masa arwah Apak masih hidup iDAN, dia sentiasa jaga masalah adik beradiknya, dia yang buatkan rumah kakaknya Wan Ham di tanah sebelah rumah Pak Alang Kotak, tanah itu sampai sekarang tak ada siapa yang tuntut; cukai tanah itu sejak berzaman arwah Apak yang bayar!" Wan Ham telah meninggal dunai, anak-anaknya pun tiada lagi meninggal dunia semuanya; tinggal cucu. Aku terfikir juga nak tebus tanah Wan Ham ini; sebab memang dulu itu tanggungjawab membayar hasil adalah arwah Apak. Risau amat terlepas ke tangan orang lain seperti tanah Air Hangat.

Aku teringat tanah di Tukang Sidin di mana Wan Wah tinggal, Wan Wah adalah kakak yang paling tua bagi arwah Apak. Tanah Tukang Sidin ini pun aku masih kabaur statusnya. Takkan aku nak tebus semua; anak Wan Wah & cucunya ada lagi. Lagi pun gerannya pun hilang dari peti besi Cap Gajah yang pernah aku cerita sebelum ini. Payah amat nak nebusnya jika cucu-cucunya nanti berebut; nak mengumpul cucunya bagaimana.

Cucu Wan Ham adalah pangkat anak saudara@sepupuku; mana mereka berada pun aku tak tahu. Status tanah Wan Ham ini pun aku masih kabur; dalam geran mungkinkah ada nama arwah Apak & adik beradik yang lain. Samalah tanah di Tukang Sidin.

Berbalik kepada masalah bekas isteri arwah Abg Boi tadi; setelah sekitar 90 tahun tak pernah bayar hasil tanah pun tak pernah keluar modal untuk majukan tanah bagaimana tetiba datang nak menuntut haknya; Jika memang ada hak pun; bagaimana nak mengira jumlah wang cukai tanah yang terbayar. Aku sekadar membayar cukai bagi sekitar 15 tahun; dendanya pun amat tinggi; Aku hanya tebus sebahagian geran tanah & habis sekitar RM6,000 lebih.

Bagaimana pula cukai tanah sepanjang 75 tahun yang arwah Apak biayai. Cukai satu cerita urusan pembangunan tanah yang lain. Lagi pun hak milik tanah dari atuknya (Abdul Rahman) tak pernah pun diambil kuasa atau dibahagikan antara anak-anaknya sebagai harta pusaka secara faraid. Geran terakhir pun tak tahu statusnya. Apakah geran di tangan bekas isteri arwah Abg Boi ini masih boleh digunapakai.

Lagi mengejutkan katanya hak arwah Abg Boi itu ada dalam lebih dari 6 atau 7 geran. Biar bebetul banyaknya geran tanah yang berkait dengan arwah ayahnya; Di tangan aku hanya ada 4 geran sahaja; apakah ada agenda tersembunyi setiap geran pusaka Md Sesh ini.

Jika sah memang ada hak milik buat keluarga Abg Boi ini; pasti ramai lagi berhak akan tanah yang arwah Apak uruskan sebagai pemegang amanah. Jika mahu dibahagikan kepada semua pewaris tinggal berapa luas sahaja buat hak milik arwah Apak yang terpaksa kami bahagikan ke 11 pewaris. Silap-silap cucu arwah atuk Abdul Rahman ini tak pun dapat seluas mana. Emm! nak buat reban ayam pun takkan muatnya jika mahu difaraidkan.

Setahu aku setiap tanah yang status rizab Melayu mana boleh letak satu nama; masa aku ambil kuasa hak milik tanah arwah Emak, nama emak masih tertulis dalam geran; nama aku dimasukkan ke salah satu geran mengikut Hukum Faraid; begitu juga adik beradik yang lain dimasukkan di geran yang lain; dalam kes ini mungkin keluarga Abg Boi ini tak faham kut!; tanah yang mereka andaikan ada hak itu sebenarnya memang tak pernah diambil kuasa; maka itu nama ayah Abg Boi (Abdul Rahman) ada belaka. Takkan semua geran itu mereka nak tuntut?. Jika atuk kami ini (Abdul Rahman) telah pun membahagikan harta pusaka pasti hak milik Abg Boi teramatlah sedikit; tidak punyai hak pada semua geran.

Seumpama tetiba semua anak saudaraku nak semua hak milik tanah, di semua geran yang milik arwah emak! (Opah Kamariah). Pasti kecuh jadinya; sebab hakikatnya; anak saudaraku hanya ada hak milik tanah di mana ada nama ayah@emak mereka tertera di geran sahaja. Itu jelas.