iDAN

30 November 2012

Terbiar

Dalam hatiku sering berkata perpisahan jauh dengan anak-anak adalah satu kerugian bagi kita yang tak punya anak ramai sebab kita hilang ikatan kasih sayang secara bersemuka... tetapi mereka ada waktu sendiri untuk mencari ilmu. Agar anak-anak kita dapat mencapai cita-cita yg mereka dambakan.

Amat sedih jika keluarga terdekat tak pernah menyayangi apatah merindui bagai kita merindui anak nan jauh, malahan zaman kini sering sangat ibu ayah diabaikan malahan dicerca dibiari ketika mereka kian uzur & sakit. Lagilah hidup ini rasa tertekan bilamana orang yang seharusnya menyayangi kita sering membenci kita sebab keuzuran/sakit kronik pun kekurangan diri untuk melimpahkan kesenangan buat keluarga tercinta...

Kebendaan dunia sering membuat kita lupa akan kematian... ada harta pun lebih mementingkan orang luar yang tidak pasti akan menolong kita di akhirat sana. Kenapa mesti mahu buat dosa dengan pasangan awak, anak-anak & kalangan keluarga sendiri. Malahan sering orang tua menghembuskan nafas terakhir bukan di kelompok keluarga terdekat. Ketika sakit bukan anak yang menjaga tetapi menantu. Tak ada siapa mahu mengajar mengucap ketika terlantar nazak di hospital sendirian. Lagi teruk ada yang meletak ibu ayah di rumah orang tua bagai al-Quran lama sebab laki bini leka mengejar dunia.


Aziq Kini di UTM Skudai Siri 6



Apakah yang sering kita lakukan jika sendirian; tak dapat tidur. Jika anak bujang tentulah bermain SMS. Jika ada Galaxy Note pasti boleh berinternet. Yang paling penting berjalan jauh begini perlukan ada teman berbual.


2. Tadi Azim ada datang ke bilikku. Katanya ibunya mahu dia temankan. Selalunya begitulah Azim asyik jadi mangsa. Di rumah pun begitu jika ke mana-mana dia yang jadi penemanku yang setia. Afiz tidak lagi; sukat mahu pergi minum bersama ayahnya lagi; malahan nak menonton wayang pun amat payah bersama. Husna isterinya asyik menghalang. Biarpun kami duduk sebumbung; di rumah bukan tinggal sendirian. Aziq &; Anif memang amat sukar rapat dengan ayahnya; kecuali ada tujuan tertentu. Aku tahu dia tak selesa jika atidur sekamar dengan ayahnya; katil pun jenis katil kelamin; dengkur ayahnya pasti akan ganggu tidurnya. Lalu aku sarankan dia tudur bersama ibu &; adik-adiknya. Apatah lagi kamar di atas sana memang cukup tilam segala.


3. Akhirnya aku terlelap jua; sedar-sedar sudah Subuh. Bila aku congak aku cuma tidur-tidur ayam. Sedar pagi aku masih kabur bagaimana mahu menuju ke UTM Skudai. Tak sangka bandar Skudai memang amat asing. Cadangnya mahu membuat rondaan mencari arah ke UTM sebelum pendaftaran terpaksa aku batalkan. Sesat di awal aku sampai di Skudai sudah memenatkan. Bila aku tenguk kesesakan di Taman Nusa Bestari aku memang tak tergamak mempertaruhkan masa senggang yang pasti akan bercelaru.







4. Sementara menunggu Mila & anak-anak bersiap; aku sempat berbual dengan penyewa hotel bajet yang aku bermalam. Dari bualannya dia terpaksa menyewa tiga bilik. Jadi kosnya memang lebih mahal dariku. Anaknya ada lelaki & perempuan takkan nak tidur sekali. Kebetulan anak perempuannya sama mahu mendaftar di UTM tapi bukan kos yang sama. Aku sempat pekena Milo panas di restoran Mamak sebelah hotel. Nampak keluarga ini makan amat menyelerakan. Ayahnya seperti aku jua orang Perak; isterinya pun macam Mila orang Klang. Tapi dari bualanku mereka lama di Sabah; mungkin VVIP sebab dari gaya & kenderaan yang dipakai status keluarga ini kira orang berada.


5. Keluarga ini bergerak awal. Mila &; anak-anak nak sarapan di restoran Mamak yang sama. Setelah sarapan dan daftar keluar hotel aku menuju ke UTM Skudai. Tak sesat tapi jalan masuk ke UTM memang sesak amat. Telah tersedia kain rentang untuk pelajar baru jadi tak sukar mencari pusat pendaftaran. Jumpa kandang kuda tak jauh dari situ Fakulti Kejuruteraan tempat Aziq belajar nanti. Aziq jenis berdikari jadi aku sekadar duduk di khemah menunggu. Memerhati gelagat ibu bapa yang datang; semua muka sukar senyum denganku. Zaman kini manusia semakin kendiri. Bersikap aku adalah aku. Akukunya semakin pengap &; buat jiwa raga ego tak sudah. Jadi aku layan menungan sendiri di bawah pohon tua yang bisu &; kaku. Mila, Azim &; Anif entah apa sembangnya nun jauh duduk di celah manusia asing membiarkan ayahnya mengantuk.


6. Setelah daftar tiada agenda untuk keluarga; bagus juga sebab aku pun terpaksa awal ke STTJ Seremban untuk hantar Anif ke asramanya. Perjalanan dah tentu ambil masa sekitar lebih 5 jam; aku bukan jenis pemandu laju. paling tidak terpaksa berhenti sekali dua kut mengantuk. Jam 12:00 tengah hari paling sesuai untuk bergerak.


7. Aku lihat kemudahan kolej di UTM biasa; agak lama bangunannya. Aziq dapat tingkat bawah rakannya orang Perak. Nampak ayah &; ibu rakan Aziq seorang yang alim. Mereka cuma ada dua orang cahaya mata. Adik rakan Aziq perempuan masih menuntut di KL. Senyap tak banyak bercakap. Ada beberapa barangan seperti kunci kabinet yang Aziq lupa sediakan, koperasi UTM tutup maka kami terpaksa ke bandar Skudai untuk makan tengah hari & membeli beberapa barangan keperluan Aziq. Aku ingat nak makan di hentian rehat sahaja maka kami belikan Aziq McD secara pandu lalu. Tetapi bilamana aku ke Aconsave di Skudai ada gerai yang nampak santai. Kami buat keputusan makan bersama Aziq sebagai jamuan perpisahan yang tentunya agak panjang. Tak pasti bila Aziq boleh balik ke Jenaris.


8. Perjalanan ke Seremban lancar; aku pun rasa segar sahaja mungkin doa dari Aziq keluarga &; rakan-rakan. Aku hanya berhenti sekali untuk solat. Cuma semasa mahu masuk ke Seremban jalan sesak sebab dah sekitar jam 5:00 petang lebih. Biasalah jika hari minggu memang sekitar Senawang sentiasa sesak. Ngam-ngam kami sampai di STTJ dalam masa yang ditetapkan. Tak boleh lebih dari jam 6:00 petang. Terima kasih Allah Azza Wa Jalla yang memudahkan perjalanan kami.


Nampaknya rumahku bertambah sepi. Tiada Aziq tiada Anif tentunya suasana rumah semakin lengang. Bila Mila, Afiz &; Husna bekerja tinggallah aku & Azim berdua. Beginilah hidup berkeluarga. Andainya aku pulang ke kampung halaman menjaga harta pusaka ayahku Md Sesh; aku tak pasti begaimana Azim sendirian di rumah. nak naik bas kena awal menunggu jika menunggang basikal tentunya amat bahaya; Jenaris semakin sesak dengan kenderaan lagipun nak bawa beg sekolah dengan basikal bukannya perkara mudah.


Titik.