iDAN

17 Oktober 2008

MMms 17 Hayalan & Impian (Singgahsana)

Aku beralih dudukku, bersebelahan dengan suami berkulit putih yang membawa bayi yang baru lahir. Isterinya nampak penat lantaran tentunya masih dalam pantang.

" Anak sulung ke ni, apa sakitnya? " Aku bersuara.

" Haa ahh anak sulung. Asalnya demam kuning, nampaknya sudah pulih tapi doktor mahu membuat rawatan susulan, lagipun tiap malam asyik menangis sahaja "

" Bersalinnya kat mana? "

" Memang di hospital ini "

" Lambat sangat kan?... kena menunggu! saya perasan tadi adik ini di depan saya pagi tadi!.. Nak panggil apa iya namanya? "

" Fazli.. " ... " Memang sudah rasa tak larat lagi menunggu ini, 9:00 pagi saya sudah sampai "

" Ada dua bilik kosong, elok suruh orang rumahnya bawa anaknya berihat dalam bilik tu "

" Tak apalah kot ada orang lain lebih tenat! "

" Rumahnya Fazli kat mana iyer! "

" Shah Alam, abg sakit apa? "

" Sakit orang tua, asalnya doktor syak ada batu karang dalam buah pinggang, melarat ke darah tinggi, hari ini sampai 180/120 lebih tu yang doktor kata kena duduk wad, kena hantar dengan ambulan tadi! "

" Orang rumah saya pun pernah kena sakit batu karang dalam buah pinggang, memang sakit bila kena serang, kasihan tenguknya ! "
" Habis sekarang macamana? "

" Nampaknya macam okeylah setelah dipecahkan dengan cahaya laser tu! "

" Itulah pasal, kes saya masih awal sudah buat X-ray tak nampak pun batu karang tu, tengah tunggu giliran untuk buat rawatan ultra sound ... "

" Kena buat ujian tu di sini ke? "

" Tak! kena buat ujian kat Hospital Kajang .. kes buah pinggang saya Hospital Kajang yang merawat.. Sejak November tahun lalu "

Lim Apek 2025 nampak lebih gelisah, kejap-kejap membuka pintu doktor. Sambil memberui isyarat tangan; tiada!. Aku nampak ada seorang bagai orang berpengaruh di Hospital Serdang ini. Bersama dengan beberapa lelaki yang memakai tali leher. Semua pesakit bertumpu ke arah perempuan berbangsa cina yang nampak berpengaruh itu. Mungkin dia ketua doktor, entahlah. Tapi ramai Pembantu Perubatan yang nampak diarahkan menyemput pesakit yang tenat di bawa ke bilik rawatan kecemasan melalui pintu berkunci tempat aku sesat waktu Zuhur tadi. Termasuk adik yang kena denggi, warga Indonesia & beberapa orang lagi. Tapi warga Bangla masih tunduk rapat di depan tiang dekat pintgu bilik doktor.

Fazli juga bangun bersama isterinya & cahayamatanya. Menuju ke arah mereka yang dibawa Pembantu Kesihatan. Lim Apek 2025 & kekawannya yang rancak berbual kembali bising. Aku duduk berdekatan dengan kumpulan mereka. Sempat berbual dengan pasangan yang kira sudah berpencen. Dari bualanku dia menyatakan, Hospital Putrajaya pun lambat juga layanannya. Tapi Hospital Serdang ini katanya lagi teruk. Suami yang membawa anak perempuannya berpakaian seragam sekolah, meminta diri. Katanya isterinya yang ke Serawak telah sampai di KLIA. Malam nantilah dia akan datang semula membawa anaknya. Lim Apek 2025 bising sampai nak ngadu ke wakil rakyat. Dia kata dia kenal rapat dengan entah siapa nama Datuk yang disebutnya.

Sekitar jam 6:00 petang barulah angka giliran bergerak. Dalam masa yang sama pesakit makin bertambah. Aku rancak berbual dengan Abang Rustam ( Bukan nama sebenar). Dia sakit bengkak di kaki kirinya. Asalnya gatakl biasa sahaja. Melarat begitu cepat. Tumbuh bintat-bintat bagaikan bisul. Dia berkerja sebagai pemandu pengangkutan di kilang Jepun di Puchong. Payah sangat mendapat cuti. Terkadang hari raya pun katanya kena berkerja. Nampak ceria wajah Lim Apek 2025 bila nombor 2024 di panggil.

" Haiyaa... satu hari mahu tunggu baru dapat jumpa doktor! " Dia bersuara & masuk berjumpa doktor.

Waktu yang sama pemuda gempal berkaca mata juga dipanggil doktor. Mesti doktor dari Pusat Rawatan UPM ramai yang telah bertugas. Barulah agak lancar rawatan yang diberikan. Namun pesakit makin bertambah, aku nampak seorang lelaki yang disorong dengan kerusi roda, tangan berbalut dengan kain penuh darah. Macam terputus sahaja. Semasa Abang Rustam menerima rawatan, pemuda gempal berkaca mata keluar & duduk di sebelahku. Dari bualan aku dengannya. Sakitnya bagaikan sama dengan abang kandungnya.

" Subuh tadi bila saya nak nimum... tetiba sahaja air keluar dari mulut. Terasa sakit rahang kiri ini & hirut. "

" Apa kata doktor tadi "

" Dia kata harap-harap tidak melibat sakit rahang yang serius & dia telah panggil doktor pakar. Kena jumpa doktor pakar rahang baru tahu sakitnya. Saya rasa sudah tidak sabar tadi, ingat hendak ke doktor pakar swasta sahaja. Bagus juga ada doktor pakar di sini! " Dia memang berkemampuan, seorang guru yang mengajar di Shah Alam. Isterinya berkerja, katanya sebentar nanti akan datang menjemput dia. Waktu tengah hari memang aku perasan isterinya ada datang sekejap. Biasalah orang berkerjaya. Tidak dapat bersama sekadar menjenguk sebentar.


Hayalan & impian semata. Rupanya wad kecemasan langsung tidak merisaukan hati seorang kekasih

Aku mencongak waktu, seharusnya Mila telahpun menjemput Afiz & sekarang telah berada di hospital. Hayalan & impian semata. Rupanya wad kecemasan langsung tidak merisaukan hati seorang kekasih yang bergelar isteri. Tiada SMS, tiada panggilan, tidak juah menjenguk wajah bagai dalam hayalanku. Jam 6:16 petang. Banyak sangat nombor yang bermula dengan 2000 yang dipanggil. Mana nombor 1000. Kenapa ada dua angka ini pun aku tak pasti. Apakah pangkal 1000 lebih kronik?. 1015! huh cuma berjarak 2 angka sahaja lagi. Jika satu angka ambil masa setengah jam. Mahu sampai malam aku di ruang menunggu. Tidak dapat aku bayangkan jika aku mengikut kata Pembantu Perubatan untuk berihat di bilik rawatan tadi. Mahu telah berdengkur kuat. Gempak satu wad kecemasan. Aku terus meneguk minuman isotonik 100Plus.

Masih berhayal bagaimana nanti jika aku tidur di wad.

- bersambung

16 Oktober 2008

MMms16 Terasing (Singgahsana)

Aku bangun & memohon diri dari isteri Hamzah, pergi ke kaunter hadapan & bertanya dengan petugas di situ di mana Surau.

" Tak jauh dari kantin, Encik kena keluar wad ini ikut arah kiri menuju ke lobi utama "

Aku menekan suis pintu untuk keluar. Aku disapa angin kering & cuaca panas di luar. Rasa bebas dapat melihat persekitaran hijau. Sakit dalam diri hinggap di celahan dedaun megar. Aku merasakan diri bagaikan melayang. Pening, rasa kabur pandangan pun lesu badan amat malas mengulus diri. Apatah lagi dengan perut yang kosong. Hampir seratus meter aku melangkah sendirian untuk sampai ke lobi utama.

Memang mewah & cantik ruang lobi utama Hospital Serdang. Apatah lagi ianya gah di atas bukit. Kalau pun tidak dapat menyaingi Hospital Putrajaya tapi jauh lebih mewah & medan berbanding Hospital Besar Kuala Lumpur. Bangunan baru mestilah mementingkan keselesaan. Persekitaran juga rekabentuk. Jam waktu itu telah melebihi pukul 3:00 petang. Sebelah kiri ada kedai runcit, bersebelahan dengan kedai menjual makanan pun terdapat telefon awam. Sebelah kanan, kantin yang agak besar tapi tak ramai pun pengunjung.

Aku ke kedai runcit untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbitku. Habis. Mungkin esok baru ada kata jurujualnya. Aku membeli pen untuk aku menconteng buku catatan & memecah duit untuk mengguna telefon awam. Aku keluar & berbaris di telefon awam. Huh! dari ada lebih kurang 5 telefon, cuma satu yang boleh digunapakai. Ada dua orang sahaja di hadapanku. Seorang bagaikan pekerja hospital & seorang lagi kakak yang agak montel. Tak ubah berbadan macam Makcik Sala, emak saudaraku di Desa Tualang. Kak Sala mungkin itu namanya sesuainya.

Aku sebenarnya terkenangkan Mila, apakah dia telah ada di rumah. Aku cuba dail Jenaris. Tiada jawapan. Cuba dail telefon bimbit Mila pun tidak dapat talian. Aku mencongak-congak waktu. Tentunya masih dalam perjalanan mengambil Afiz dari kursus KFCnya di Kajang. 5:00 petang Afiz balik ... lambat lagi, seharusnya Mila singgah sekejap untuk menjenguk keadaanku. Cuma impian & harapanku.

Aku terkenang mahu berbuka!, puasa tak rasmi; aku terus menuju ke kantin. Tak banyak pilihan menu di kantinnya. Aku lapar nasi sebenarnya. Bila aku buka termos nasi kosong. Menu selebihnya memang tak menarik seleraku.

" Adik!.. nasi dah habis ni?.." Aku memanggil mamat yang berniaga, mirip cina macam muka orang Sabah pun ada.

" Maaf abang!, nasi baru nak masak! "

Isk! ini mesti berniaga tak mahu kaya. Aku terkenang suasana Hospital Tengku Ampuan Rahimah (TAR) Klang . Kantinnya meriah. Bukan setakad kantin, kedai runcitnya sarat dengan barang makanan siap ada Kuih Pau panas lagi. Harga memanglah mahal berbanding di luar tapi sarat dengan pengunjung. Banyak pilihan makanan. Menyelerakan.

Terputus seleraku. Apatah lagi melihat cuma ada ayam goreng nampak macam hangus & kecut sahaja, sayurpun saki baki adanya. Jauh sekali ada sambal, ulam-ulaman dan penganan yang menyelerakan. Aku mengambil keputusan mencari roti di sebelah kedai runcit sahaja.

Aku mencari-cari roti kelapa kot ada, mengidam nak makan roti berinti kelapa. Huh tiada cuma ada roti coklat. Belasah sahajalah asalkan perut berisi. Aku membeli air mineral & minuman isotonik100 Plus.

Aku duduk di bangku lobi, memerhati gelagat pengunjung sambil makan roti. Aku nampak arah tanda ke Surau. Kena masuk melalui pintu yang dikawal Pengawal Keselamatan. Pengawal muda seorang perempuan langsing tinggi lampai. Macam wajah orang seberang. Setelah makan beberapa buku roti & meneguk air isotonik100 Plus. Rasa selesa. Terasa terisi perut aku yang pedih sejak tadi. Teringat si Surya. Emmm mana boleh dalam kawasan hospital nak berkepit dengan si Surya. Tak jadi aku keluarkan dari beg sendangku. Aku terbayang Lim Apek 2025 yang tentunya gelojoh bersama sang Dunhillnya di dalam tandas. Memang tak cantik nampaknya!. Melanggar peraturan pula tu!

" Encik nak ke mana ini?.." Aku ditahan olah Pengawal Keselamatan perempuan langsing ketika baru mahu melintasi daun pintu ke ruang legar menuju surau.

" Nak ke Surau kejap! " Sambil aku menunjukkan fail plastikku yang ada tiket giliran pun kad hospital. Dia tak banyak soal.

Aku macam orang hilang haluan. Tak nampak tanda surau & bertanya dengan Neng pencuci. Memang agak tersorok suraunya di lorong sebelah kanan. Sebaik selesai syolat aku terfikir mencari jalan pintas mengikut dalam bangunan untuk pergi ke wad kecemasan. Memang ada arah tanda ke wad kecemasan. Tapi ruang legar menuju ke wad itu agak sunyi. Nampak hanya pekerja hospital. Jururawat & doktor sahaja. Tak nampak orang awam melalui lorong ini. Sikap degil aku terus memberanikan diri, menuju ke arah wad kecemasan.

Lengang. Cuma banyak bilik rawatan yang kosong sepanjang menuju wad kecemasan. Tiada siapa pedulikan langkahanku. Baik doktor mahupun jururawat. Malahan pengawal keselamatan yang aku temui juga buat sardin sahaja. Aku tiba ke pintu wad kecemasan. Cuba menolak; Berkunci. Jadi aku terpaksa patah balik, aku pasti jika diketuk daun pintunya pasti ada yang akan membuka tapi apa pula persoalannya nanti. Memang bukan boleh bebas mengikut lorong yang aku lalui. Tentunya untuk lorong kecemasan sahaja.

Patah balik!.

Sepanjang aku kembali ke ruang lobi utama. Aku memang terasa amat seram sayogia aku bayangkan jika dirawat dalam bilik yang lengang lagi sepi di lorong sunyi ini. Tentunya bilik-bilik rawatan itu untuk mereka yang kritikal. Sakit tenat lagi kronik. Sudah pastinya Malaikat Maut mengintai selalu (MMms) di ruang bilik rawatan itu. Lagipun entah berapa ramaikah mereka yang memutuskan nafas terakhir di kamar sepi itu. Harap-harap aku tidak dikurung di kamar sepi lagi puaka itu. Apatah lagi aku seorang diri. Tak seorang keluarga pun yang risaukan kesihatanku. Hanya doktor yang memutuskan sakitku kritikal. Kroniknya tanggunglah sendiri. Desus hatiku.


Kroniknya tanggunglah sendiri. Desus hatiku.

Setibanya aku di ruang menunggu wad kecemasan. Nombor giliran masih tidak berganjak. 1015 bila nak dipanggil. Aku lihat isteri Hamzah sudah ada gengnya duduk sebaris di bangku lain. Agak terkebelakang mengadap pejabat farmasi. Bangku menunggu mengadap bilik doktor penuh semua. Kak Sala yang aku temui di kantan tadi pun sudah bersama dengan saudara mara dia, agak ramai. Pemuda gempal berkaca mata masih berdiri wajahnya masih begitu. Nampak wajahnya menahan sakit.

Aku nampak ada ruang untuk duduk antara pasangan suami isterinya yang anak lelaki terbaring dengan pasangan yang mendapat anak sulung. Aku duduk di sebelahan suaminya yang anaknya sakit, usia suami ini hampir sebaya denganku. Agak serius orangnya payah amat hendak senyum. Tentunya risaukan cahayamatanya. Isterinya nampak ramah & bagaikan mahu berbual.

" Sakit apa anaknya ni.. bang " Sekadar memanggil abang, supaya terasa aku lebih muda.

" Kata Pegawai Perubatan tadi, besar kemungkinan denggi, darahnya anak saya sudah diambil tadi... keputusan tak tahu lagi! " Isterinya terus memicit-micit kepala anaknya. Nampak genangan airamata di kelopak mata anaknya. Sakit sangat. Demannya terlalu kuat.

" Apalah kerja doktornya.. sejak pagi tadi masih tak dipanggilnya! " Aku nampak keresahan seorang ayah.

" Entahlah abang saya pun tak larat lagi rasanya menunggu!.."

" Inilah masalahnya, kalau pergi ke klinik memang mereka suruh ke hospital... sudah sampai ke hospital begini pula keadaannya, jam 9:00 pagi tadi kami sudah di sini " Aku tak berani nak berkata. Bagiku memang denggi kita tak boleh biarkan lama. Aku sekadar berbual seadanya lagipun aku dapat rasakan resah seorang ayah. Dia macam memaksa diri berbual denganku.

Berapa ramai pesakit yang menderita di depan mataku tanpa layanan doktor berjam-jam. Sehari suntuk. Betulkah ini wad kecemasan?. Tenguk wajah-wajah warga pendatang itu pun aku sudah rasa amat simpati, apatah lagi anak sekecil ini mengerang kesakitan!.

Aku terkenang berita di akhbar yang sering aku baca. Keluarga mangsa yang diabaikan pihak hospital kerajaan ada yang sampai membawa kes ke mahkamah tidak dapat menerima pemergiaan orang yang disayangi lantaran terlampau lewat mendapat rawatan. Aku dalam kelompok yang sama. Dalam kelubung kesakitan. Nak buat macam mana?. Kemungkinan itu banyak, kekurangan doktor pun mungkin. Ramai sangat pesakit pun mungkin. Kekurangan kelengkapan alat perubatan pun mungkin... menjadi kelewatan yang amat mencemaskan ini.

Sakitku pula bagaimana!?. Emmm boleh bertahan lagi kan iDAN!. Aku terus meneguk air isotonik100 Plus. Aku teringat telefon bimbitku yang aku tutup lantaran amat sedikit lagi kuasa baterinya. Aku ke balik air, membuka sekejap telefon bimbitku. Keluar nada telefon lama ...SMS dari FairusKAW lagi .. bukan Mila. Dia yang kerap bertanya khabar ingin tahu perkembanganku. Aku tak berani nak menjawab, biar tergantung SMS itu. Aku lebih mahukan prihatin seorang isteri! tapi nilai simpati seorang kawan sudah cukup dapat meredakan resahku, tapi tidak sakitku. Hari makin petang. Telah Asar tentunya.

- Bersambung

Hospital Serdang...
pEnGaiLSeJaTi | Posted on 18.4.2007 at 11:05 AM
Bila abg idan cite mengenai hospital serdang,teringat pulak saya semasa menjaga isteri di wad bersalin hospital serdang tempoh hari...memang hopital ini ramai pengunjungnya lantaran keadaan hospital yang cantik dan masih baru...kadang-kadang bila bosan berada d iwad,saya suke duduk berehat dikawasan loby sambil melihat gelagat manusia...

15 Oktober 2008

MMms15 Kosong (Famili)

Aku bangun mengambil beg kain sendangku menutup lampu bilik kecemasan. Pembantu perubatan tentunya sibuk di bilik sebelah, dia tak perasan aku senyap-senyap keluar dari bilik kecemasan. Ketakutan sendirian dengan kesakitan membangunkan jasadku. Amat seriaunya dengan intaian Malaikat Maut. Kaum kerebatnya pasti tidak akan belas kasihan jika ingin menyabut nyawaku. Sendirian dalam kesakitan tentunya mengelirukan nanti, takutnya nanti lidahku kelu untuk menyebut kalimah Allah SWT. Tak dapat mengucap dua kalimah syahadah. Tak mungkin aku boleh bertahan sendirian di bilik terkurung ini. Ada baiknya aku bangun, mengadap bilik doktor menunggu nombor tiketku 1015 dipanggil.

" Macam kenal saja..., kita pernah jumpa dekat mana iyer! " Aku menyapa seorang lelaki sekitar umur 30an yang bangku sebelahnya kosong. Aku melabuhkan diri di bangku plastik keras.

" Saya staf UPM juga, Hamzah... kerja di Fakulti Sains " Dia menghulur tangan, tentunya dia perasan aku memakai baju yang ada logo UPM. Aku teruja.

" Sakit apa iyer!? " Pasti dia nampak aku keluar dari bilik kecemasan.

" Biasalah orang tua, katanya ada batu karang dalam buah pinggang tetiba sahaja tekanan darah saya melampau tinggi hari ini " Aku duduk gelisah melihat nombor di skrin 2021 & 1009. Aku nampak isterinya berkulit putih bertudung sopan ada di sebelahnya.

" Apa kata jururawat yang merawat tadi? "

" Kena jumpa doktor dulu barulah dapat rawatan susulan, tadi doktor di Pusat Kesihatan UPM mahu saya ditahan di wad, dia tak kasi saya kerja kena hantar dengan ambulan, apa namanya tadi?... "

" Hamzah! "

" Hamzah apa hal...? Nak jumpa doktor juga ke? "

" Tak! emak saya kena tahan di wad, subuh tadi dia ngadu pening-peing nak pitam lepas sarapan dia terjatuh di bilik air. Tak tahu kat bilik mana dibawa doktor? "

" Sejak jam berapa tadi sampai ke hospital? !.. Ramainya orang ni! "

" 9:00 pagi lebih kot!.. memang bertambah ramai berbanding pagi tadi "

" Tak tanya doktor keadaan emaknya "

" Sudah, dia suruh kami tunggu, katanya ada darah beku di kepala "

" Bahaya tu! "

" Doktor dah kasi ubat, kot ubat itu boleh pecahkan darah beku itu, dia kata kalau tak berjaya dicairkan kena buat pembedahan "

Kes emak Hamzah macam sama dengan kes emak Dr Asraf, terjatuh di bilik air. Tak tahu berapa lama emak Dr Asraf tak sedar di bilik air. Bernasib baik cepat dihantar ke klinik swasta. Ada darah beku di otaknya tetapi Doktor swasta itu kasi ubat sahaja untuk dipecahkan darah itu. Kata doktor jika lambat diberi rawatan memang kena bedah untuk mengeluarkan darah yang beku itu.

" Sakit apa asalnya emak .. Hamzah? "

" Darah tinggi, merebak ke jantung & bebaru ini doktor kata ada masalah otot sekitar tengkuknya... kerap kejang di tengkoknya! "

" Berapa iyer umurnya? "

" 67 tahun, ayah pun sudah setahun lebih meninggal! " Aku perasan selalunya jika isteri sakit mesti ada suami menemani. Memang tak nampak sejak tadi tiada orang pangkat ayah di sebelah Hamzah.

" Sakit apa iyer!.. arwah ayahnya meninggal"

" Jantung! macam emak, kira sudah tua pun.. 73 tahun "

" Emmm.. arwah ayah saya 69 tahun sahaja, meninggal sebab sakit jantung juga... asalnya kencing manis!, memang sama sahaja sakit orang berumur ni, tak jantung, buah pinggang!, kencing manis... payah nak panjang umur zaman kita ini! "

Hamzah melihat jam tangannya dan memohon diri untuk mengurus anak sekolah katanya. Aku bertanya dengan isterinya Hamzah apakah emak mertuanya ada sakit kencing manis. Katanya tiada, cuma darah tinggi itu sahaja yang lebih lima tahun telah menyerangnya. Emmm... dari darah tinggi ke jantung! Lazimnya begitu. Aku teringat sakitku.

Aku melihat pemuda gempal berkaca mata kejap-kejap bangun, kejap-kejap berdiri. Mulutnya masih hirut nampak sangat dia sedang menahan sakit. Hampir setengah jam, nombor giliran berjumpa doktor langsung tak bergerak. Di sebelah mini geluncur nampak perempuan yang dalam pantang tadi menyusukan anak. Suaminya yang berkulit putih nampak gusar di wajah. Sebelah bertentangan ada seorang adik lelaki sekitar umur lapan tahun terbaring. Mungkin demam, emaknya memicit-micit kepala anaknya, ayahnya nampak gelisah. Ada sepasang suami isteri agak berumur di bangku depanku petah berbual dengan lelaki yang membawa anak perempuan berpakaian seragam tadi. Suaminya memakai ketayap, suaranya agak garau & bila bercakap memang aku di belakang pun jelas mendengarnya. Sebelahnya ada apek yang menaiki kerusi roda. Sesekali duduk berbual dengan pasangan suami isteri tadi. Mereka berlima tak abis bercerita. Aku dapat tangkap sikit-sikit bualan mereka.

" Awak nombor berapa iyer Lim? . "

" Lagi empat orang, satu jam tarak gerak-gerak.. 2025 " Lim, Apek 2025 bersungut. Sesekali aku lihat dia menolak kerusi roda mengetuk pintu bilik doktor. " Tak tahu apa dia bikin dalam bilik " Sesekali dia menolak pintu & mengintai.

" Tarak doktorlah, tadi jururawat bilang ada kemalangan " Memang Apek 2025 ini pelik amat keletahnya. Kejap-kejap masuk ke bilik air.

" Lim... jangan banyak sangat merokok laa.. awak bukan sihat sangat " Ke bilik air dia merokok rupanya. Ada dua orang lelaki baru sahaja balik dari kantin mungkin.

" Ada rokok lagikah.. kantin tarak jual rokokkah? Saya punya rokok sudah habis! " Kelakar, lagi orang larang merokok lagi minta rokok.

" Mana ada kantin hospital juak rokok!, Hari ini kita jangan merokoklah, nanti doktor periksa jantung awak lagi teruk! " Benarkah kantin di hospital tiada jual rokok? Atau sekadar Pakcik itu mahu sekat Apek 2025 itu dari merokok. Kawasan larangan merokok mestilah tidak menjual rokok.

" Haiya!, awak serupa saya punya nyonya, banyak bising kalau saya merokok!, "

" Saya masih banyak rokoklah Lim... awak sakitlah Lim.. "

" kasi.. kasi..kasi!! " Emmm dapat capai sang Dunhillnya terus ke bilik air.

Aku nampak seorang Bangla berkerusi roda macam Apek 2025 mengadap tiang depan bilik doktor. Macam hendak diciumnya tiang. Tidak bergerak-gerak pun kerusi rodanya. Kakinya sebelah kiri nampak kaku. Patah tentu. Ada seorang lagi yang berkerusi roda sebelah adik yang terbaring di pangkin dekat mini gelungsur. Macam dari seberang, Indonesia; Amat uzur, ada tiga rakan sebayanya mengurut-urut kepalanya. Dia tunduk sahaja langsung tidak bersuara. Demam denggikah? Dari wajahnya yang muram nampak sakit teramat sangat. Keterbiaran. Apakah ini wad kecemasan, atau wad biasa. Aku nampak nyanyo yang seawal aku sampai tadi didatangi tetamu. Dari bualan aku agak dia waris keluarga yang kemalangan selain sebuah keluarga India yang keluar masuk begitu ramai. Aku terkenang kakak yang uzur berkerusi roda semasa seawal aku datang, telah tidak kelihatan mesti tengah di rawat bilik kecemasan macam emak Hamzah. Kenapa pula dengan pemuda dari luar ini orang Indonesia tidak dapat layanan sebaik kakak tadi. Pun Bangla yang patah kaki entah berapa lama perlu bergelut dengan kesakitan. Orang yang sebegini seharusnya paling tidak dapat berbaring di dua bilik yang kosong, salah satu bilik yang aku tinggalkan tadi; Sementara ketemu doktor. Kenapa perlu ditangguhkan rawatanya.

Doktornya mana? hampir sejam kini nombor tidak bertukarpun di skrinnya.


Tiada pun panggilan dari Mila isteriku. Kosong! sekosongnya penantianku.

Aku teringat telefon bimbit aku, aku buka ke tutup! his! hampir habis baterinya. Tiada pun panggilan dari Mila isteriku. Kosong! sekosongnya penantianku. Jam telah mengincut ke 2:44 petang. Perit kesakitan & kosongnya perut makin menggigit diri. Doktor di Pusat Kesihatan UPM yang mengarahkan aku puasa dari 12:00 malam sebelum pergi buat ujian tekanan darahku. Hasilnya beginilah! Melonjak tekanan darahnya. Aku terus mencongak waktu & berharapkan kedatangan seorang isteri untuk bersama menyapa igauan kesakitan ini. Jangan biarkan aku mati duduk sendirian. Jika Dr Datin pun amat risau akan kesihatanku, apakah tiada orang yang menyayangi aku risaukan diriku. Keluhku dalam berpura segar-bugar. Tentunya Mila dalam perjalanan ke Jenaris. Emmm baik aku matikan saja telefon bimbitku. Aku tak syolat lagi. Di mana iyer suraunya!.

- Bersambung

Air Ikan (Harum Aroma)

Air Ikan 1.67
Kiriman: Nik Hamidah Nik Ismail
Sumber: Nenek Kebayan
Hits: 2021 Rating: 1.67 Review: 0

Bahan-Bahan:



1 ekor ikan merah
2 jag air
1 biji telur itik
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu lada sulah
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa

Cara:
Mula mula siang ikan merah (buang sisik dan isi perut) ambil isi sahaja (tinggalkan tulang), potong nipis dan bulat2. Panaskan air di periuk yang sesuai gitu... Tumbuk tumbuk sampai lumat bawang merah & putih (pakai lesung)..ok..

Selepas air mendidih, masukkan bahan2 yg ditumbuk dan kemudian rendam kan isi ikan selama 5 minit sahaja (jangan lebih2 tau)...Toskan kan isi ikan...kemudian..ambil air rebusan ikan maka jadilah resepi "AIR IKAN"..

Cadangan Hidangan:
Untuk 1 orang sahaja.kalau nak lebih...masak banyak2 lah.
Tambahan:
Masakan ini mudah disediakan..jika ada bahan bahan nya gitu..

14 Oktober 2008

MMms 14 Sakat (Famili)

Aku mengelamun jauh di katil Wad Kecemasan Hospital Serdang. Sendirian menahan kesakitan. Begini rupanya mereka yang diserang sakit darah tinggi. Pandangan mata agak kabur. Badan terasa melayang tidak seimbang. Berbaring sendirian begini bagaikan menanti sapaan Malaikat Maut. Wad Kecemasan, entah-entah di katil ini telah puluhan pesakit dipanggil pulang. Namanya saja sudah kecemasan.

" Ahh aku tak mahu mati sendirian.."

Mesti Mila tengah sibuk menjemput Azim & Anif dari Sekolah Kebangsaan di Telok Panglima Garang. Kemudian Mila kena jemput Afiz kursus KFCnya di Bandar Kajang sebelum jam 5:00 petang. Aku sebenarnya banyak berselindung dari anak-anak & Mila kesakitan yang aku tanggung. Sayogia sakitnya pun selalu menyerang ketika mereka tengah nyenyak tidur. Jika kena serang waktu siang selalunya aku mengurung diri lama di bilik air. Setakat buah pinggang tentunya boleh tahan, tetapi bila darah tinggi melonjak sememangnya amat payah untuk bernafas. Jadi tak hairan Mila langsung tak kisah akan kesakitanku. Ataupun mungkin dia balas dendam lantaran dia selalu mengadu tentang sakit bahunya. Aku bagaikan tak endah sahaja. Biarpun jauh di sudut hati hati aku memang tertanya-tanya akan apakah puncanya. Dalam bual aku dengan teman-teman aku selalu juga bertanya tentang sakit Mila itu. Dia pun sering pergi sendirian menemui doktor di Kuala Lumpur.

" Mila kenapa tidak buat temujanji pada hari Sabtu supaya sesekali aku dapat menghantar Mila berjumpa doktor pulak tu kenapalah perlu berpakaian cantik sangat mahu berjumpa doktor " Sungutku sebab sering dia pergi dengan pakaian bagaikan mahu pergi majlis makan malam. Tak sesuai jumpa doktor.

" Bila lagi nak ambil peluang cuti sakit, lagipun nak buat apa ganggu hari cuti. Mila pergi dengan Madam Lee, takkan nak pakai jubah berjumpa doktor! " Itu alasan dia.

Aku sebenarnya amat teringin melihat klinik yang sampai mengenakan lebih dari RM1,000 satu suntikan. Canggih sangatkah klinik yang Mila pergi? Pun aku amat tidak bersetuju seorang isteri berhias cantik keluar sendirian. Takut iman tak sekuat mana digoda oleh lelaki geladangan di luar sana. Aku teringat masalah keluarga Dr Shaiful, ( Bukan nama sebenar ) isterinya keluar rumah memang bergaya lantaran kerjayanya memerlukan ketrampilannya. Membuat kerja rawatan kecantikan, Mak Andam & jualan pakaian anggun di Butik tentunya memerlukan ketrampilan untuk kepercayaan pelanggan. Akhirnya terjemak dengan godaan Artis Alim hinggakan Dr Shaiful sendiri memerangkap isterinya berkhalwat. Musibah berhias di luar rumah dengan iman yang tipis. Jika isterinya keluar rumah berpurdah, berpakaian serba hitam macam Amoi Arab di Iran, tentunya tidak terserlah kecantikannya & pasti tiada siapa yang akan tergoda. Pun ingin menggoda. Huh Mila sudah beransur tua, jika masih mahu menarik perhatian lelaki memanglah tidak sesuai dengan gelaran Hajjahnya.

Sesekali apa salahnya kena bersusah sikit sebab suaminya uzur. Aku harapkan Mila & anak-anak akan datang menemani aku di wad kecemasan ini sebaik sahaja Afiz habis kursusnya. Jangan pula sampai aku dipindahkan di wad baru mereka datang. Bagaimanalah keadaan di wad nanti. Malas nak fikir.

Tiba-tiba telefon didadaku bergegar & berdering perlahan. Aku membayangkan tentunya Mila yang bertanya khabar. Skrin tertulis Shaifudin. Bukan Mila.

" Dekat mana ini iDAN? "

" Terbaring di katil Wad Kecemasan Hospital Serdang.. "

" Ishh! apa hal pula kena tahan kat wad tu? "

" Emmm... sakit orang dah tua, tekanan darah terlampau tinggi, masalah buah pinggang pun masih tak selesai ..."

" Ooo tak apalah, berihatlah.. apa-apa hal nanti telefonlah! " Macam ada masalah.

" Apa hal abg Din! masalah komputer ke? " Aku sengaja bertanya sebab jarang Shaifudin itu telefon.

" Haa ahh, komputer anak ini ada masalah ingat nak minta tolong kau tengukkan! "

" Tak tahulah abg Din bila dapat keluar wad ini, nanti kalau sudah kerja boleh saya tolong betulkan.. "

Ingatkan komputer, memang tak menang tangan. Banyak komputer tersadai di makmal masih tidak selesai. Selalunya tiada barangan gantian membuatkan aku tenggelam punca untuk membaikinya. Teknologi komputer amat cepat berkembang. Amat payah mahu mencari perkakasan lama. Jika masalah perisian sememangnya amat cepat boleh diselesaikan. Masalah perkakasan yang sering menjadi penghalang.

Aku melihat jam di tangan. Hampir 1:30 tengah hari. Belumpun sempat aku mahu bangun untuk berjumpa dengan gadis berkacamata tadi ( Pembantu Perubatan ). Dia sudah datang menolak meja kecil beroda yang lengkap dengan alatan rawatan.

" Tinggi lagilah Pak Cik tekanan darah ini.." Habislah mesti kena masuk wad. Aku diam sahaja.

" Sementara menunggu doktor! Kalau rasa pening Pak Cik boleh rihat di katil ini ... "

" Tak apalah, saya rasa okey, saya hendak berihat dekat kerusi luar sahaja menunggu nombor saya dipanggil " Aku perasan nombor tiketku tidaklah jauh sangat dengan yang tertera di skrin. Jarak enam orang sahaja.

" Elok Pakcik rihat sahaja di bilik ini, kalau tak selesa ada dua bilik kosong, sini & hujung sana!, saya akan kasi Pakcik makan ubat tekanan darah tinggi, bila Paling akhir Pakcik makan ubat? "

" Jam lapan tadi... "

" Dekat enam jam... kejap iyer Pakcik saya ambil ubat .."

" Terima Kasih dik! " Nampak amat prihatin Pembantu Perubatan ini. Mungkin dia lihat tekanan darahku tinggi sangat kot. Tekanan darah tinggi yang melampau memang boleh membuatkan pesakit strok & boleh mengakibatkan pembekuan darah di otak.

Gadis berkacamata mata berlalu, tak sempat nak kuintip tag namanya di dada. Kecil sangat pun tagnya. Aku duduk di birai katil, melihat melalui tirai yang renggang, ramainya pesakit & pengiring di luar menunggu. Gadis tadi datang semula dengan membawa ubat & segelas air. Aku memakannya dengan harapan akan susut tekanan darahku & akan boleh balik. Tak mahu ditahan di wad.


Mesti mainan suku sakat Malaikat Maut. Atau syaitan bertanduk menyakat.

Aku bangun & merapatkan tirai sebab ramai sangat mata-mata sedih nampaknya memerhatiku dari luar. Rasa tak selesa diperhatikan dengan kesedihan. Aku bukanlah sakit tenat sangat, wad kecemasan ini gimik sahaja. Dr Datin yang paksa aku datang sini. Berbaring semula di katil & cuba mendengar kalau-kalau nombor 1015 tiketku dipanggil. Tak dengar pun suara rakaman memanggil angka giliran. Huh tak nampak nombor giliran dari bilik yang aku berbaring. Kot terlepas pula nomborku. Aku cuba memejamkan mata, tidak mengantuk apatah lagi lantaran perut telah terasa pedih. Masuk angin. Cuma telan air kosong sejak lewat malam tadi. Mana tidaknya aku makin lemah.

Masalah di UPM datang semula, tidak boleh pejamkan mata. Nampak kerenda dijunjung orang. Jenazah akulah itu. Mesti mainan suku sakat Malaikat Maut. Atau syaitan bertanduk menyakat. Ah! perasaan degil aku datang. Memang tak sesuai aku baring di sini. Baik aku duduk di bangku depan bersama dengan pesakit lain. Aku bangun mengambil beg kain sendangku ...

- Bersambung

Respon diolahkan

SSS
harap abg beransur sihat
Posted on 27.2.2007 6:31 AM

asm abg iDAN,

ini kali pertama sss masuk blog abg... sss terkejut sbb abg masuk wad.. darah tinggi & buah pinggang ..sss fhm perasaan abg.. sss pun pernah hadapi nya.. ketika sss terlantar di wad slps menjalani pembedahan barah sss mengharapkan insan tersayang di sisi.. tapi syg, dia hanya muncul di saat sss keluar wad... itu semua tinggal kenangan.. skrg sss dan dia tiada ikatan yg menghubungkan kami lagi...

sss harap abg bykkan berehat, bertenang, jgn byk berfikir...
sesekali abg kena rehat.. menikmati alam... membiarkan tubuh kite merasai bhwa kita mencintai tubuh kita dgn membiarkan seketika tubuh kita bertemankan alam yg cukup tenang dan segar.....


Nurul & Sss...

Rasanya jika cinta amat mendalam terhadap orang yang dicintai, apatah lagi telah lebih dari 20 tahun bergelut dengan olahan cinta. Pahit manis telah rutin diredah bersama. Tentunya dalam jiwa tidak mahu diri ini menyusahkan orang yang disayang. Isteri mahupun anak-anak. Sebab itu sampaikan ada yang sanggup memilih jalan buntu macam Arwah Nasha. Tapi agama menolak jalan itu. Ada lebih baik sakitnya dirahsiakan saja. Kuasa Ilahi memang doktorpun terus bertangguh seperti temujanji 15hb baru ini; tiada kata putus. Ubat & kudrat sahaja kini menyambung segalanya.

Sakit diri ini tidaklah sekronik mana, jika amat kronik mestilah doktor tidak akan membiarkan pesakitnya bebas bergerak di luar wad. Tahanan sementara di wad kecemasan itu sekadar sapaan... MM. Dia bukan ke datang 70 kali tiap hari menatap wajah kita, itu jelas dalam kitab. Cumanya kita ini banyak dosa maka itu Ilahi menguji kita dengan kesakitan lagi & lagi. Memang itu hakikatnya.

Sss dulunya kerap diserang nyilunya barah dalam diri, rasanya tak jauh bedanya nyilu yang menyerang dalam buah pinggang. Begitu juga serangan darah tinggi yang menarik semua sendi-sendi. Bagusnya sakit menyerang ketika orang yang disayangi sedang nyenyak tidur. Kak Mila pun jauh dari Jenaris. Dia pun tengah resah akan masalah emaknya keluar masuk hospital. Biarlah dia resah dengan masalah itu sahaja.

Nurul sudah tenguk mesin hayat kan??? Dirinya ini panjang umur lagi.. kan?

Capaian Berkait

13 Oktober 2008

MMms 13 ... Jenuh (Famili)

5:11 Ptg 1/21/2007

Dekat sahaja jaraknya Pusat Kesihatan UPM & hospital Serdang, takkan lebih empat kilometer mengikut ladang MARDI. Aku terus dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Serdang. Ramai sangat orang, Pesakit Kritikal bercampur aduk dengan pesakit luar.

" Abg iDAN kat mana ni? Apa kata doktor.." Tetiba sahaja aku terima panggilan dari Fairus.

" Sedang kat dalam ambulan ini menuju ke Hospital Serdang, doktor tak kasi abang kau ini duduk rumah, darah tinggi aku ini naik "

" Wad apa tu... "

" Wad Kecemasan, nanti kalau kena tahan kat wad aku telefon Fairus!... dah sampai hospital ni " Aku terus mematikan telefon, bateri pun tinggal sedikit, lagipun malas diganggu ketika begini.

Memang cantik Hospital Serdang, aku tak pernah sampai ke Hospital Serdang. Mana tak cantiknya baru sangat beroperasi.

" Abang pergi ke kaunter itu kasi surat yang doktor kasi tadi... kami balik dulu " Pesan rakan pemandu sebaik sahaja aku dihantar di muka pintu Wad Kecemasan Hospital Serdang.

" Terima Kasih!.." Aku melihat ambulan berlalu. Badan ketika itu sememangnya rasa melayang sahaja. Pandangan mataku pula bagaikan berpinar-pinar. Sememangnya bila darah tinggi naik, akan terasa diri akan melayang, pening & pandangan mata kabur. Apatah lagi sendirian menerokai saat sakit begini. Tidak ada siapa menemani, aku kena redah sendiri. Kalau aku rebah pun tentunya ada yang akan memimpinku. Harap-harap begitu sebab aku berada di Wad Kecemasan kini.

Bau ubatan di Wad Kecemasan memang akan tambah menyesakkan nafas. Aku menghulurkan surat Dr Datin ke Pembantu Perubatan yang berpakaian seragam serba biru. Tak kurang ada lebih dari tiga orang Pembantu Perubatan di wad tersebut. Di samping beberapa orang Pembantu Hospital, pakaian biasa & seragam putih.

" Encik duduk di bangku menunggu depan tu nanti kami panggil nama encik "

Aku terbayang saat yang sama semasa aku di Wad Kecemasan Kajang dinihari November lalu. Entah berapa lamalah aku terpaksa menunggu. Kali ini aku tidak berapa cemas, tadi awal pagi aku telah telan ubat darah tinggi & tahan sakit. Ke Pusat Kesihatan UPM sekitar 10:45 pagi; Kini baru jam 11:44 pagi rasanya aku boleh bertahan. Tiada serangan batu karang di buah pinggangku tidaklah merisaukanku.

Di bangku menunggu ada dalam belasan orang. Selain aku, ada empat lima orang yang nampak dalam kritikal. Yang sekadar menemani. Dua orang pesakit duduk di kerusi roda, Salah seorang darinya, wanita sekitar 30an nampak amat uzur. Senyap tak berkata, tak nampak di mana orang mengiringinya. Tak pasti dia sakit apa. Di depanku ada seorang ayah sebayaku dengan anak perempuannya berpakaian seragam sekolah. Sebelah kanan bangku depanku seorang Ibu sedang memujuk anaknya menangis. Kelihatan dia memakai stokin, pasti dalam pantang. Suaminya ada bersama. Segak suaminya, putih, nampak jernih wajahnya & baik lagi sopan orangnya. Ada nyonya muda sebelahku ditemani suaminya. Sebelah kiriku seorang yang agak gempal berkaca mata nampak seorang diri, kejap-kejap bangun menerima panggilan telefon. Nampak mulutnya herot macam ditarik. Sakit sangat nampaknya. Emm memang sesak dengan pesakit.

Semuanya senyap sepi melayan fikiran masing-masing, hanya Pembantu Perubatan yang ke hulu ke hilir membuat rawatan.

Memang ada notis agar pengunjung mematikan telefon bimbit, tapi perbagai bunyi nada dering aku dapat mendengari. Sesekali Pembantu Hospital yang duduk di kaunter menegur juga tapi degilnya pengunjuung memang terusan mengabaikan notis di dinding.

" Sila Bersabar Kami Mengutamakan Pesakit Yang Kritikal Untuk Dirawat " Aku terbaca notis warna hijau tertempal di dinding.

Aku nampak lagi notis yang tertulis di pintu " Laluan Tidak Kritikal ". Isk aku silap masuk pintu ke?. Aku bangun & menekan suis di pintu utama; Aku mundur mandir di luar, mencari-cari jika ada pintu kecemasan. Memang tiada. Aku masuk kembali ke tempat di mana aku harus menunggu & bertanya kepada Pembantu Hospital. Apa maksudnya " Laluan Tidak Kritikal ".

" Biasanya jika pesakit yang tak boleh bangun yang dihantar ambulan... kemalangan umpamanya barulah kami akan terus ke Wad Bedah di mana doktor akan terus merawat mereka, Laluan Tidak Kritikal kami kena buat rawatan juga sebelum berjumpa doktor bertugas " Aku diam sahaja. Aku dihantar dengan ambulan tapi boleh bangun. Maknanya kena melalui rawatan daripada Pembantu Perubatan sebelum ketemu doktor.

Nasib aku pasti akan sama seperti di Wad Kecemasan Hospital Kajang. Entah berapa jam aku terpaksa menunggu... sabar sajalah, lagipun tiada pun nampaknya bayang Malaikat Maut mengintai aku; Bisik hatiku. Memang ada lojiknya kata Pembantu Hospital. Jika setiap pesakit terus sahaja dirawat pasti tak menang tangan untuk doktor merawatnya. Berapa ramailah doktor yang ada. Pesakit jantung, asma, atau kemalangan jalanraya yang tidak lagi boleh bertahan, terkapar & diusung, itu yang kena didulukan tentunya.

Ada sekitar lima buah bilik untuk Pembantu Perubatan membuat rawatan kecemasan. Salah satu bilik kelihatan seorang lelaki India agak tua sedang dirawat. Selang beberapa ketika dibawa dengan kerusi roda oleh anaknya, tentunya ke wad rawatan untuk ketemu doktor. Tempat aku menunggu itu ibarat tempat saringan sebelum ketemu doktor. Jika benar-benar amat kritikal barulah dapat segera ditahan di wad seterusnya untuk rawatan terapi.

Memang bosan tiada teman berbual, aku sekadar memerhati pengunjung. Aku melihat pasangan yang membawa anak baru lahir tadi dipanggil. Kedua-dua suami isteri masuk ke bilik rawatan yang cuma ditutup dengan langsir berwarna merah jambu. Selang beberapa ketika keduanya keluar & membiarkan cahayamata mereka dirawat oleh Pembantu Perubatan. Seketika. Terdengar cahayamatanya menangis mungkin kena suntikan atau lapar susu. Ibunya kelam-kabut masuk ke bilik rawatan & barulah terhenti tangisan anak tadi.

Di luar kelihatan ambulan membawa seorang yang tidak sedar diri, berlumuran darah diiringi dua tiga orang saudaranya India. Ianya terus dibawa dengan katil beroda tentunya terus dimasukan bilik bedah.

Bilik rawatan yang lagi satu dipanggil pula lelaki gempal yang mulutnya herot tadi, dari celahan langsir aku nampak Pembantu Perubatan bersama rakannya meletakkan perbagai corong & kabel di dadanya. Apakah masalah jantung?.



Jam 12:55 tengah hari barulah namaku dipanggil.

" Maaflah Pak Cik agak lama baru kami panggil " Pembantu Perubatan perempuan muda berkacamata bersuara. Emmm bila dipanggil Pak Cik terasa aku ini makin tua.

" Tak apalah, saya faham ramai sangat pesakit "

" Itulah pasal, kami ada doktor dua orang sahaja, bila ada kemalangan jalanraya memang jadi macam inilah, hari ini sudah ada dua kemalangan " Dia membaca surat Doktor Datin.

" Kena tekanan darah tinggi ni, kejap iyer! saya periksa tekanan darah Pakcik " Dia meneliti lagi surat Dr Datin.

" Maaflah baju lengan panjang saya ini ketat, perlu tak saya buka baju? "

" Tak perlu Pakcik! " Sambil membalut Otoscope ke lengan sebelah kiri aku. Aku berdiam diri tidak berkata-kata & menenangkan diri & melegakan pernafasan.

" Masih tinggi lagi tekanan darah Pak Cik ..! "

" Emmm tak tahulah saya, mungkin sudah tua, melarat pula sakit ini, asalnya masalah buah pinggang saya sahaja, mungkin batu karang buat kencing saya berdarah; bagaimana dengan jantung saya? "

" Jantung tak pasti lagi, tapi biasalah Pak Cik darah tinggi akan melibatkan semua; Ini pun sudah 170/110 lebih, kalau sampai ke 200/130 boleh strok, bila paling akhir Pak Cik didapati berdarah air kencingnya "

" Tiga minggu lalu kot, dulu tak sampai dua minggu mesti saya kena serang sakit di buah pinggang saya ni, jika kena serang pasti kencing saya berdarah "

" Macam inilah Pak Cik, lepas ini Pak Cik boleh rihat di bilik sebelah, setengah jam lagi kita buat sekali lagi ujian tekanan darah Pak Cik, Pak Cik pergi daftar untuk berjumpa dengan doktor dulu, dalam jam 1:30 tengah hari ingatkan saya jika saya lupa "

Aku beredar dari Bilik Rawatan & pergi mendaftar. Emmm 1015 nombor tiket yang aku miiki. Baru nak berjumpa doktor. Di ruang menunggu ada tiga kali ganda orang yang menunggu untuk berjumpa doktor. Tak sanggup nak lihat perbagai ketenatan pesakit di wad kecemasan ini. Aku masuk ke bilik kecemasan yang tanpa penghuni. Berbaring sambil menghidupkan telefon bimbitku. Aku memperlahankan nada dering & menghidupkan gegaran di telefon bimbitku. Mengelamun & berfikir. Jika begini lewatnya mendapat rawatan doktor, mesti aku terlepas dari tahanan wad lantaran tentunya tekanan darah tinggiku nanti akan menyusut. Memang aku malas sangat nak tidur di wad.

- Bersambung

12 Oktober 2008

MMms 12, Sepanjang Hari di Wad Kecemasan Hospital Serdang ( Famili )

9:05 Malam 1/16/2007

Tiket 1163 jam 10:38 Pusat Kesihatan UPM Senin 15 Januari 2007.
( Kajian nombor 1+1+6+3 = 11 1+0+3+8= 12 12+11 = 23 2+3 = 5 ) Tiada satupun no empat. Bagus!

Bilik Konsultasi 10. Dr Dasibah ( Bukan Nama Sebenar ) @ Dr Datin.

" Apa masalah sakit iyer... Haridan.. " Sambil dia klik komputer yang sentiada menyala di mejanya. Aku duduk mengadap bertentangan dengan Dr Datin tapi nampak tertera namaku huruf besar HARIDAN MOHD RODZI.

" Dr Kassim tak ada ke hari ini iyer, tak mahu jumpa dia ke? "

" Jika nak jumpa dia tak apa saya boleh telefon dia.."

" Tak kisah, lagipun hari ini sekadar hendak buat rawatan susulan, nak periksa tekanan darah saya " Pembantunya seorang gadis cuba menarik baju lengan panjang aku. Aku sengaja memakai baju T lengan panjang ada logo UPM sebab kad namaku tertinggal di kereta Mila, di Pulau Carey. Kot dia ditanya pasal kad pintar UPM nanya aku tak dapat buat pemeriksaan tekanan darahku.

" Jangan buat macam tu, sensitif sikit Otoscope ini "

" Maaflah doktor saya tak terfikir pula baju lengan panjang saya ini ketat "

" Tak apa boleh dibuat tanpa selak baju itu, baju itu nipis sahaja "

" His tinggi sangat ni!... bila awak tahu ada sakit tekan darah ini " Nampak keramahan Dr Datin ini, orangnya memanglah cantik, jernih airmukanya. Nampak kesenangan hidupnya dari layar wajahnya. Tak dapat aku ramal berapa umurnya. Empat puluhan kot.

" Tak boleh ni... kita periksa lagi sekali, awak tenangkan diri & jangan bercakap " Puss... periksa & tenang itu orang sekarang jarang guna mestilah cakap orang putih!

" Emmm masih sama, saya kena tambah ubat ini," Dia menaip sesuatu di komputernya. " Macam mana, awak nak duduk di wad ke, atau kami tahan 4 jam di wad kecemasan kami " Nampak serius ayatnya.

Aku terdiam, aku terbayang suasana di Wad Kecemasan UPM itu; aku memang rasa trauma, pejam mata nampak kerenda dijunjung orang. Ooo tidak, memang tak mahu ke situ, biar kat hospital ramai orang!. Wad Kecemasan UPM memang amat lapang & selesa, tapi tak ada siapa masa aku ditahan tempuhari. Bilik Jururawat pula terasing di luar. Tidak!.

" Tak boleh saya duduk rumah ke doktor, kalau ditahan kat wad itu kat hospital mana? "

" Hospital Serdang "

Aku terkenang akan Fairus, dia kata Hospital Serdang memang amat lapang & selesa. Siap karpet lagi. Itu kelas dua, bagiku yang layak. Bagaimana pula kalau pensyarah & VIP ? Di kelas satu Mahu terbenam kaki kot karpetnya.

" Bahaya awak duduk kat rumah, tekanan darah macam ini perlu tahan di wad, duduk di hospital makan ubat, makanan boleh dikawala, rihat di sana " Masa itu aku lihat bacaan tekanan darah baru dalam 160 lebih ada / tu aku tak ingat biasanya sekitar 110 lebih. Siapa yang pakar tentang tekanan jantung ini mesti faham. Aku ingat kalau Dr datin lihat bacaan semasa aku sakit mengatasi 180 mesti dia lagi bising. Silap-silap dia gari bawa aku ke hospital.


Ooo tidak, memang tak mahu ke situ, biar kat hospital ramai orang!. Wad Kecemasan UPM memang amat lapang & selesa, tapi..

Bahaya duduk rumah, memangpun aku bukan jenis mahu makan berpantang macam Abg Isa. Aku ini ... apa orang kita cakap, tolak besi kayu. Semua belasah. Aku teringat Abg Isa, bila doktor kata dia telah lebih berat & lebih kolestrol, hari-hari dia timbang dirinya di makmal Tok Perak. Bila turun saja 1 kg bukan main suka dia, siap melonjak-lonjakkan tangan. Aku tenguk Abg Isa itu machoo segak lagi. Tak adalah seboroi aku. Seantero dunia dia klik di internet. Hafal belaka mana makanan ada kolestrol, mana yang kurang.

" Awak tak rasa pening-pening ke? .."

" Emmm sikit-sikit saja.. doktor! " Bila doktor sebut pening, memang secara automatik aku teringat waktu bangun tidur, punyalah hantapnya badan nak bangun. Mila kata memang aku ini malas bangun pagi, dah matahari nak terbit baru nak sembahyang subuh.

" Kalau boleh saya suka duduk rumah lagi... doktor, makan ubat sahaja di rumah " Aku mengulangi ayat tadi.. " Bukan apa saya kena menguruskan dua orang anak saya, emaknya jauh di Pulau Carey menguruskan dua orang anak lagi.. "

Dr Datin diam sahaja. Tentunya dia tak minat dengan masalah pesakit. Dia lebih minat menyembuhkan sakit.

" Tak apalah doktor, saya akan cari ikhtiar untuk menguruskan masalah peribadi itu, saya memilih ke Hospital Serdang "

" Tadi awak datang dengan siapa? "

" Seorang "

" Okeylah kalau macam itu saya hantar dengan ambulan.. "

" Tak boleh ke saya pergi sendiri doktor " Macam kritikal sangat jika naik ambulan.

" Jangan!.. kot jadi apa-apa kat perjalanan macamana "

Memang aku teringat peristiwa jiran sekampungku. Masa memandu motorsikalnya, dia terasa pening & minta izin berihat di rumah Pak Dolah di kampungku. Bila dia minta berbaring Maksu Limah berilah bantal sebagai tetamu. Tetamu yang tidak diundang itu, terus lelap & tiada nyawa. Senang sangat perginya & riuhlah sekampung. Berarak nak hantar jenazahnya ke kampung sebelah. Penangan darah tinggi.

" Awak tunggu di luar saya keluarkan surat untuk awak ke Hospital Serdang. "

Aku termenung di luar Bilik Konsultasi Dr Datin, ada kira-kira empat atau lima orang lagi menanti di luar untuk menerima rawatan. Aku tak nampakpun mereka sayogia fikiran aku meracau & berhayal. Aku terkenang Afiz yang aku hantar pagi tadi ke KFC Kajang. Jadi jam 6:30 pagi aku telah ke pejabat untuk cop jari. Kasi can Afiz tidur, penat sangat dia kerja di KFC. Hari ini ada kursus katanya, di KFC Kajang Jam 9:00 pagi - 5:00 petang. Dia kena dijemput semula untuk berkerja jam 6:00 ptg di KFC Tesko Kajang. Macamana. Pasti aku sangkut di wad Hospital Serdang, siapa nak jemput Afiz. Aku terbayang wajah Mila. Tentunyalah itu penyelesaiannya.

Sepanjang riwayat hidup aku memang aku tidak pernah bermalam di hospital. Sejak kebelakangan ini saja aku asyik ditahan di Wad Kecemasan, sudah masuk kali ketiga. Tapi sekadar sepanjang hari sahaja.




" Encik Haridan, ini suratnya, Encik pergi ikut pintu hujung sana tu, ada tangga & ada bilik pemandu di hujung bawah sana.." Pembantu Doktor mengarahkanku. Nyaris tak aku langgar pintu geluncur kaca, aku asyik mamai, kalau tak aku telah terbang ke bawah. :(. Tak payah kena bermalam di hospital yang bagiku adalah tempat yang sering Malaikat Maut keluar masuk. Macam itu ke Malaikat Maut macam cerita Death Note Dewa Maut yang jadi teman baik Raito.

Kebetulan ada pondok telefon awam bersebelahan dengan tak kurang tiga buah ambulan, telefon bimbitku sudah berapa minggu aku tak tambah nilai. Duit banyak lagi dalam akaun. Perkhidmatan tiada, beku macam itu sahaja duitnya, sudah prosedur Celcam macam itu. Nasibku begitu baik, sekali saja aku membuat panggilan ke Mila sudah dengar lagu Mawi, yang teramatnya aku dot dot dot.

" Mila kena ambil cuti petang nanti, ambil Afiz sebelum jam 5:00 di KFC Kajang, tengah pekan tu, bukan KFC Jalan Sungai Chua.."

" Ngapa pula? "

" Ayah kena tahan kat wad kot, tengah tunggu ambulan ini, nanti ayah kasi tahu kat wad mana di Hospital Serdang tu..! "

" Habis tu, budak berdua ini macamana, mereka sekolah agama petang ini "

" Terpulanglah, Mila kena fikirkanlah.. macamana " Mila anak sulung telah terbiasa pandai buat keputusan sendiri. Tegas bukan garang. Silap aku beri arahan mesti dibahasakan silap-silap keluar bahasa jawa dia. Jangan banyak perintah; Terkedu aku nanti.

Aku ke Bilik Pemandu & menghulurkan surat yang Dr Datin kasi. Aku sempat membacanya, surat rasmi, bukan memo. Tertera kes aku dikategorikan kes kemalangan & kecemasan, Kritikal. darah tinggi berhubung kait dengan jantung.

Dekat sahaja jaraknya Pusat Kesihatan UPM & hospital Serdang, takkan lebih empat kilometer mengikut ladang MARDI. Aku terus dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Serdang. Ramai sangat orang, Pesakit Kritikal bercampur aduk dengan pesakit luar.

Maka terjadilah drama bagaimana aku boleh lari keluar! ( Bukan lari keluar ahh, tapi tetiba tekanan darahku jadi normal..)

Bersambung

11 Oktober 2008

MMms Episod 11 ... Kena Hantar Dengan Ambulan ( Famili )

22:37 AM 1/16/2007

1082, Nombor tiket. 9:50 PkUPM 12.1.07 Cantik tanggal itu. 12+1= 4. Empat nombor maut. Aku sendirian ke Pusat Kesihatan UPM (PkUPM). Ramai mahasiswa, tentunya pelajar cina yang ramai. UPM kini kian dibanjiri pelajar cina lantaran sistem merit..., yang pandai lagi cemerlang sahaja layak memasuki UPM, anak bangsaku makin tercicir!.

Aku tercari-cari Kerani Putih, tak nampakpun dia, cuma aku jumpa Zevior, dia demam.

"Macam mana kaki sekarang, terasa tak sakitnya bila berjalan" Dia baru bercuti panjang kerana kemalangan jalanraya & cedera kakinya. Patahkah atau sekadar kecederaan serius tapi berbulan dia cuti sakit. Jalan tak sesegak dulu, tentunya kesan cedera tempoh hari masih ada.

"Okei, kaki saya okei..awak apahal iDAN.. sakit apa? "

"Biasalah Zevior sakit orang tua "

Tak sempat nak berbual dia telah dipanggil doktor. ku leka melihat pelajar yang ramai sangat cina, amoi & pekerja di PkUPM memang muda-muda belaka. Sistem ISO mereka begitu kemas, tempat menunggu jua amat selesa dengan kusyen mewah di ruang yang lapang.

Pintu 3 tertera nama Dr Mohd Kassim Shafi.

PkUPM menjanjikan setelah mendapat tiket; 22 minit mesti dipanggil doktor. Lebih dari jangka waktu itu boleh komplen. Jadi memang aku tidak perlu risau lama menunggu. 1082 dipanggil.

Aku menghulurkan memo Dr Chong kepada Dr Kassim. Dia membaca & memulangkan semula kepadaku. Dulu Dr Chong memfailkan memo Dr Husni, lain pula cara Dr Kassim. Dari pertuturannya pasti dia bukan orang Malaysia. Indonesia mungkin.

"Ish bapak punya tekanan darah ini terlalu tinggi" Dr Kassim tak puas hati dengan bacaan tekanan darahku, dua kali dia buat dengan alat pengesan yang baru. Tak puas hati & mengambil yang lama. Emmm masih sama 160/100 ke 170/110 lebih.. sekitar itu juga bacaannya. Setelah dua kali dia membuat ujian.

"Saudara Haridan kena makan ubat tekanan darah tinggi.., nanti saya beri " Huh sakit apa pula ini.

"Tak adakah kaitan dengan masalah batu karang saya? "

"Masalah darah tinggi ini berasingan, bapak kena banyak menjaga makan " Isk padanlah bila kena serang sakit semacam badanku.

"Apakah makanan yang pantang saya makan "

" Barangan masin, ikan masin terutamanya, jangan makan ikan masin " Aku ini kembar P. Ramlee mesti kena makan ikan masin. Tak ada ikan masin memang tak selera.

"Nanti saya beri ubat tapi Isnin nanti kena datang semula, kena buat rawatan susulan, hendak lihat perkembangan tekanan darah tinggi ini.." Huh! mengadap lagi.

"Doktor masa saya diserang batu karang, perut kembung bagai nak pecah & saya sukar bernafas, dada saya amat sakit, tidakkah ini boleh merebak ke jantung & boleh melibatkan strok? " Memang melampau sakit & kembungnya, jika dicucuk jarum peniti masa kembung itu mahu pecah, mungkin boleh melantun terbang bak nenek yang terbang sayogia disumpah dengan sihir oleh Harry Plotter.

"Kebarangkalian itu memang ada, jika darah tinggi memang akan melibatkan jantung, kejap saya periksa jantung bapak " Dia meletakkan alat pacu jantung Stethoscope bagi mengesan keadaan sebenar dadaku. Letak kat neneng, sudu hati, dada...

"Memang kebarangkalian itu ada, jantung bapak memang dikesan sakit di sini. kena di buat diagnosis terapi di Hospital, klinik kita tentunya tiada kelengkapan sedemikian.." Isk kronik.

Aku tentunya terdiam, dari sakit yang sedikit bagiku cuma batu karang kian melarat-larat. Aku terkenangkan si Surya, aku tidak pernah memberitahu aku ini seorang perokok kepada doktor. Pesakit lagi Perokok memang aku pasti para doktor amat benci. Kalau aku jadi doktorpun silap-silap aku suntik ubat cepat mati kepada perokok. Doktor kejam! maka itu memang tak layakpun aku jadi doktor. Lagipun aku bukan perokok tegar. Seharian tidak merokok pun tidak menjadi masalah bagiku. Jika aku tres sangat barulah terkenang akan si Surya tu. ( Perokok jugalah itu iDAN oii )

Maka tercatatlah sejarah Jumaat 12 Januari 07 sebermulanya aku makan pil darah tinggi. Lafaz & amaran Malaikat Maut, Atacand candesartan cilexetil; Macam jampi serapah pula bunyinya. Perkataan "sartan" itu yang paling seram terpaksa aku telan. "sartan" apakah tiada nama lain, Macam bunyi syaitan pula. :(

Mengikut bacaan yang aku lihat di radas tekanan darah Otoscope sekitar 170/120 sekitar itu. Okeylah berbanding masa jumpa Dr Imah dulu sampai 180/130 lebih. Masa itu memang ketika ada rasa sengatan di sekitar buah pinggangku.

Senin 15.1.07 emmm!... aku suka mengkaji tentang nombor; campur semua jadi 14, empat lagilah tu..

Memandai sahaja aku mereka cerita seram ..ketakutan sendiri; Mana boleh percaya nombor iDAN oii, tak pasal jatuh kurafat nanti. Silap-silap syirik mempercayai kekuasaan nombor berbanding kuasa Ilahi.

Jumaat itu aku tidak diberikan sijil cuti sakit. Lagipun aku rasa diriku kuat melawan sakitnya. Boleh kerja. Memang aku kagumi akan kelancaran ISO Pusat Kesihatan UPM. Tidak banyak masa yang dicurinya, piagam yang mereka gunakan banyak membantu pesakit untuk mengajar pesakit menilai waktu. Mencegah lebih baik dari dirawat. Cepat mengesan sakit, pandai menghargai masa sihat. Kesan sakit dari awal agar dia tidak merebak. Aku pernah mendengar ceramah kesihatan, masa awal kesakitan itu yang bakal menentukan kritikal atau tidaknya seseorang itu. Terutama serangan jantung, tidak boleh bertangguh biar pun seminit, bila dada terasa sakitnya cepat bertindak mencari rawatan. Langkah keselamatan awal banyak membantu diri seseorang itu dari terlantar tenat atau maut.


Apakah ini Gensha yang kerap menjejakiku...

Aku terkenang akan Afiz, dia cuti hari ini, aku berkira petang nanti mahu membawa dia & Aziq ke makmal. Kerja makmal memang tak pernah habis. Borang SKT pun masih tidak dilengkapkan. Aku tak berangan naik pentas lagi, 1999 aku pernah mendapat anugerah cemerlang peringkat Universiti; Biarpun tahun lalu aku dapat markah cemerlang peringkat fakulti ianya sudah cukup satu penghormatan buatku. KJ jabatanku yang baru KKK yang perasan prestasiku. Aku tak nafikan aku dapat membangunkan makmal yang aku ambilalih, dulunya amat teruk & kini makin anggun; Padat penghuni & limpahan pujian dari mahasiswa. Sayang telah dirampas pihak Dekan makmal yang aku bangunkan itu.

Aku jadi mangsa permindahan & terpersuk di makmal kecil ini. Makmal yang baru aku pindah kini, rasanya aku lemas lantaran ruang yang amat terhad, barangan padat kira alatan purba berlonggok di makmalku... huh! malas nak fikirkan. Bab cemerlang tadi; Ramai lagi kalangan rakanku yang masih tidak naik pentas. Sejak dikenalkan SSB lagi. Berbual dengan mereka yang tak pernah dapat anugerah cemerlang ini memang akan tambah menaikkan tekanan darahku. (ewaa! dah boleh guna ayat ini). Tekanan pekerjaan memang banyak menyebabkan pegawai jadi stres & diserang sakit jantung. Apatah lagi risiko persekitaran kerja di kompleks kejuruteraan yang banyak membuat penyelidikan. Universiti Penyelidikan.

Pasti tidak sama risiko kerja di segi kesihatan jika berkhidmat di kaunter pembayaran, berbanding dengan makmal penyelidikan. Maka itu di setengah jabatan stafnya ada elaun kritikal lantaran sentiasa ada kebarangkalian dengan tugasan harian. Kerja kritikal & sakit kritikal. Kait mengait. Tafsirkanlah sendiri.

Emak Mila masuk wad lagi sejak Selasa lagi kot,

Skrin Sony Ericsson 9 Jan 07 12:35 Tengah Malam. Mila di Pulau Carey
As'kum, yong br bg tau, mak masuk wad lg... wad 7A.

Jumaat malam Sabtu semasa aku di makmal aku tidak membuka telefon bimbitku, tertinggal di Jenaris. Aku dapat meramal kemungkinan Mila tidak pulang. Pasti dia ingin menjaga emaknya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Memang aku perasan Mak Nyaie Afiz ni makin lemah. Telah bertahun kena cuci buah pinggang. Dia makin putus asa. Terkadang dia bagaikan ingin menentang sendiri sakitnya tanpa bantuan siapapun. Apatah lagi bantuan mesin yang naik jelak dia berteman. Tangannya pun telah tak tahu mana satu urat mahu disuntik bagi mencuci darahnya. Terkadang kena tebok perut lantaran terlampau kritikal.

Aku terkenang Cikgu Nanyan yang berbual panjang masalah yang sama. Cerita dia jumpa dukun jantung di Grik ada aku cerita dalam jurnalku. Perkakasan yang membantu menyembuhkan pesakit terkadang sekadar meneruskan hidup, pulih seperti sediakala memang tidak mungkin lagi.

Tiba di Jenaris dari makmal sekitar 11:00 malam, kira awal sikit takut pula Mila balik awal. Biasa sekitar jam 9:00 malam dia telah sampai di Jenaris. Kata Anif dia tenguk TV dulu ada cerita paling dia suka. Mutiara Hati. Lepas magrib baru bersiap nak balik.

Skrin Sony Ericsson 12 Jan 07 07.57 Magrib Pulau Carey. SMS isteriku.

" As'kum. mak nyaie belum keluar & ibu cdg nk jg dia esok lg pun esok anif dah mula kelas tambahan jd mlm ni ibu x balik ya yah... lps hanif hbs kelas ibu hantar dia org balik lps tu pegi hospital utk jg mak mlm ahad tu.. ptg ahad ibu balik kajang " ( Kelas tambahan itu Mila guna Inggeris )

Bab menjaga ibu memang tak jadi masalah. Tapi bab kelas tambahan Anif. Bermakna jika setiap minggu Mila kena hantar Anif Kelas Tambahan, dalam seminggu tak akan sampai dua hari kami dapat berkumpul. Aku pun buat mesyuarat ringkas dengan Afiz & Aziq. Afiz pun kurang setuju dengan keputusan ibu. Anif jika mahu ke kelas tambahan untuk persiapan UPSR dia di sini pun bersepah ada. Cumanya di sini memang agak mahal berbanding di Teluk Panglima Garang itu. Aziq pula kata asal jumpa ibu hari Sabtu tak kisah. Jangan hari Ahad baru jumpa sudahlah katanya.

Aku pula melangkau jauh. Usia makin pendik, bila lagi aku nak bersama anak-anak. Nanti Anif & Azim langsung tak rasa aku ini ayahnya. Anif pun sudah pandai keluar ayat sebegini. Jangan silap tafsir permintaannya.

"Macam ini ke Ayah Anif? " Wah mana dia dapat ayat itu?. Aku sengeh melebar. Anif seorang anak yang amat lembut wataknya boleh keluar ayat itu.

Aku menyuruh Aziq telefon mementangkan keputusan mesyuarakat kami bertiga. Mestilah dia tak berani. Aku juga yang kena membentangnya. Aku pun membuat panggilan & tentunya ditentang hebat oleh Mila. Dia berkeras dengan cadangannya. Aku memulangkan segala keputusan pada Mila. Biarpun telah ada ketegasan & memberi keputusan antara kami. Lalu meletak telefon.

Inilah hakikatnya, kenapa makin ramai manusia kini kian pendik umur, apa tidaknya seperti catatanku. Kemelut sana sini. Masalah kerjaya yang tidak habis. Wawasan keluarga pula bertindih; Seharian aku mendengar keluhan sana sini, seperti isteriku Mila, tak nampak mana arah, mana tujuan yang perlukan diutamakan, suami, anak-anak, kerjaya, ibu, adik beradik atau apa@siapakah?. Kitab ada memandu. Tapi kabur!. Pun dunia aku yang makin singkat ini. Di mana aku mahu ruangkan waktuku. Aku cuma ada isteri, anak-anak, kerjaya & teman-teman. Adik beradik & keluargaku sememangnya amat jauh & membuat hal masing-masing. Terkadang sahaja ada gangguan. Seluruhnya hidupku cumalah mutlak teruntuk isteri & anak-anakku, aku nampak kerjayaku tidaklah dapat membantu aku sepenuhnya. Maka itu aku izinkan isteri berkerja; Kerjayaku.. aku anggap sebagai amal jariah semata, aku buat semampunya, imbuhan tidak seberapa. Apatah kini aku jatuh sakit sekronik ini. Emmm! bagaimana iyer!.

Mila balik Siang Sabtu, Anif tak jadi ambil kelas tambahan, aku sempat melawat Mak Nyaie di hospital. Malam minggu Mila jaga ibunya. Aku menjaga diri & anak-anak.

(Sakit berangkaiku makin kronik@kritikal. Terpaksa dibawa dengan ambulan ke Hospital Serdang. Mengapa macam itu?)

- bersambung.

iDAN: Nov08

10 Oktober 2008

MMms 10 ... Prosedur ( Famili )

12:49 Tgh hari 1/14/2007

Awal pagi aku cuba telefon Fairus@PengailSejati, teringat ingin pergi ke Pusat Kesihatan UPM (PkUPM)bersama dengan dia. Dulupun aku ajak dia, masa dia nak temankanku Pak Wahid pula menyerah diri nak hantar aku. Tak dapat berbual, talian Maxis dia merapu. Aku yakin aku sihat & boleh bergerak sendiri, lagipun serangan sakit kronik tak datang lagi. Mungkinkah lantaran tamparan Rowatinex Anethol Trithione.

"9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari lebih baru selesai.. bayangkan Zali, kau congaklah berapa lama baru selesai" Zali@Tok Perak.

"Tu le pasal, aku telefon kau awal pagi masih tak bergerak "

"Aku manalah tahu, aku ingat kalau sudah buat temujanji dengan doktor tak perlulah nak ambil nombor berbaris berbagai, lagipun jururawat yang muka macam Cik Peah@Anak Mami tu yang kata datang pukul 9:00 pagi, siap tulis di sampul surat lagi! , aku fikir telah tetap jadualnya jadi tak perlulah aku ganggu jadual pertemuan para-para doktor "Cik Peah adalah emak tiriku, isteri kedua arwah apak. Muka macam anak mami, becok mulutnya, tapi jururawat di hospital Kajang ini jauh lebih putih, cantik & muda berbanding Cik Peah, aku cuba intai namanya di kad tergantung, teramat kecik tulisannya. Tak nampak; Jika nak ISO kad nama itu memang penting!. Kena besar tulisannya; baru nampak nama.

"Aku terfikir juga nak ambil nombor untuk kau masa hantar isteri aku kerja, tapi tak tahu bila kau nak sampai!" Isteri Tok Perak memang kerja di Hospital Kajang tapi bukan di wad yang sama, Jabatan Pembedahan Am.

"Kalau orang rumah aku kerja di wad itu tentunya dia boleh tolong "

"Akupun silap, tak dapat maklumat yang tepat, kalau aku tahu nak ambil nombor, nak berbaris semua tu, mesti aku akan datang awal, kau pun tahu rumah aku lebih kurang sepuluh minit dah sampai ke hospital tu! Cik Peah tu yang silap suruh aku datang jam 9:00 pagi"

"Emmm! pukul 7:00 pagi orang dah ramai berbaris nak ambil nombor iDAN! "

"Haa ahh! Atuk yang bawa cucu itu kasi tahu dia datang seawal pagi, Zali apa maksud lilitan riben di tudung kepala rona biru, & rona merah "

"Merah itu pembantu jururawat, biru itu jururawat "

"Bukankah orang rumah Zali sudah jadi Ketua Jururawat "

"Ish! mana pula, ketua jururawat yang pakai pakaian seragam rona biru "

" Ooo..! jadi emak AC tu ketua jururawatlah, dah pencen kot emak AC tu.. " Aku teringat masa aku bertandang ke rumah AC Mizal zaman dedulu, perasan mak dia yang sebecok Cik Peah pakai pakaian seragam biru. Jururawat kerajaan memang terkenal dengan becok mulutnya. Tak semua tapi ramai macam tu.

"Habis.. tu sakit kau macam mana..? "

"Merebak!, ibarat kapcai tersumbat ekzos, mestilah lari semuanya kelancaran enjin, aku ingatkan doktor terus saja buat ultrasound atau scan tapi kau tahu... aku kena tunggu lagi berapa lama .. "

"Berapa lama..? "

"Sebulan lebih lagi, 15 haribulan Februari nanti baru jumpa doktor, itupun belum tentunya akan dibuat ultrasound, mungkin doktor ada sebab melewatkannya, hendak tahu kot takut aku ada sakit lain, kencing manis umpamanya. Aku sekadar dapat ubat tahan sakit, pihak hospital cuma ambil darah & air kencing, tak masuk akal nak dapat ubat tahan sakit, nak buat ujian darah & air kencing kena buat temujanji sebelum sebulan " Huh aku teringat akan bayaran RM1, besar manalah sangat nilainya, tapi aku adalah pegawai kerajaan, berjasa lebih 25 tahun terpaksa menerima layani sebegini.

"Memanglah keputusan ujian air kencing mengambil masa dua minggu di hospital tu..! "

"Mereka takut aku ada aids kot "

"Ujian aids makan masa lebih lama dari itu iDAN oii .."

Prosedur sahaja agaknya yang melambatkan semua. Bagiku jika ada kesungguhan para doktor, semasa aku di tahan di Wad Kecemasan November dulu sudah boleh diambil contoh darahku. Sebab masa itu sememangnya aku berkeadaan amat kronik, air kencing pun bercampur darah. Jika sudah berkejar ke hospital jam 3 pagi, apakah masih sakit auta namanya. Sebab itu aku kata aku nampak Malaikat Maut. Jika bersungguh-sungguh setiap para doktor kasihan & mahu bersama merasai derita sakit orang seperti aku, kenapalah tidak bertindak segera. Apatah lagi tahu yang tekanan darahku melampau. 190 lebih... aku perasan tekanan darah Mak Mertuaku kena ditahan di wad pun tak setinggi itu tekanannya. Mak Mila memang keluar masuk wad sebab sakit buah pinggangnya. Kenapa boleh dibiarkan aku berkiaran mencari penawar sakitku. Emmm! mesti sebab para doktor tenguk aku machoo, segak lagi kot, senyum memanjang. Tak ada tokoh seorang pesakit kot!.

"Dua orang doktor telah mengesahkan aku kencing berdarah, tiga orang doktor telah mengesyaki aku punyai batu karang dalam buah pinggang, Dr Tengku di Klinik Husni sibuk bersungut & suruh aku cepat buat ultrasound; Kenapa pula Dr Chong masih bertangguh & kembali ke peringkat ujian awal "

"Mungkin dia tidak yakin dengan keputusan ujian doktor lain "

"Betul juga, mungkin itu prosedur jabatan dia, takut nanti terjadi perbagai kemungkinan bila dibedah, akan dipersalahkan pula pihak hospital... biarlah Zali aku masih boleh bertahan lagi"

Memo dua helai doktor dari Klinik Husni memang telah dilampirkan di rekod perubatanku di di Jabatan Pembedahan Am, Hospital Kajang. Seharusnya ada juga memo dari pihak Wad Kecemasan Kajang & UPM bagi menguatkan kes aku di Jabatan Pembedahan AM itu. Bagi siapa yang pernah terkena serangan seperti aku mesti mengakuinya. Keperitan yang amat sangat memang amat membahayakan.

Semasa pertama kali aku diserang sakit jam 1:00 pagi November 06 lalu yang dekat cumalah Hospital Kajang. Mila ada di rumah waktu itu. Rasanya kalau mahu menunggu siang mungkin telah arwah aku ketika itu. Bernafas pun semakin payah. Aku mengharapkan Mila menghantar. Mana aku tahu aku ada masalah tekanan darah & jantung. Kait mengait dengan buah pinggang. Suntik baru hilang sakitnya.



Afiz & Aziq sudah ke alam mimpi... Aziq cahayamata yang kedua.

Kali kedua aku diserang, kira-kira 6:00 petang telah terasa sakitnya, masa itu aku berpuasa sunat Khamis, aku berbuka di makmal. Kebetulan aku Afiz & Aziq mahu menggunakan komputer di makmal hari Khamis itu. Aku cuba bertahan kesakitan, lepas sahaja berbuka aku telan dua biji ubat tahan sakit, langsung tak berkesan. Eris juga risau berjam aku di bilik air. Sampai menunggu di luar bilik air. Masa itu memang perut membengkak. Tak ada apapun boleh aku lakukan di bilik air. Cuma aku risau anak-anakku takut melihat aku menahan kesakitan. Aku melindung kesakitan takut mereka risau. Bila kira sudah terlampau sakit, tidak tertahankan sakitnya; Aku bergegas ke Klinik Husni Seri Serdang, itu yang terdekat dengan UPM lagipun aku pasti Klinik Husni memang selalunya tak ramai pesakit. Aku cuma perlu suntikan tahan sakit itu sahaja.

Kali ketiga diserang, waktu yang sama 1:00 pagi di Jenaris. Afiz & Aziq sudah ke alam mimpi. Mila, Anif & Azim di Pulau Carey. Aku berani bertahan sebab aku ada segumpal ubat, telan cecair yang doktor beri, tak berkesan, telan ubat tahan sakit, bukan dua biji, bukan tiga biji. Tak berkesan juga, tidak tidur semalaman. Entah sayogia lebihan ubat kot yang buat habis rosak organ aku. Tak sampai hati nak susahkan Afiz & Aziq. Lagipun jam sudah ke arah dinihari. Sebab itu aku terfikir ke Pusat Perubatan UPM. Mahasiswa cuti ketika itu, pasti di sana sunyi, lagipun aku memang kerja hari itu. Doktor Imah yang mengesan aku punyai masalah tekanan darah.

Memang jadinya rekod perubatanku bertaburan. Kalau dulu semua rekod sakitku bertumpu di Klinik Husni. Tapi dalam keadaan ini aku memang tak boleh bergantung dengan seorang doktor. Perbagai boleh berlaku. Sakit tiga serangkai, buah pinggang, tekanan darah & jantung. Memang sakit kronik. Sekelip mata sahaja memang aku bakal dikebumikan di sisi kubur Mona Fendi. :(. Memang Mona Fendi dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, kira dalam kariah tempat tinggalku. Jantung mana ada amaran. Jika diserang sakit jantung Malaikat Maut kenyit mata sahaja, melayanglah nyawa kita.

Tiba-tiba aku dikejutkan oleh tolakan pintu Fairus,

"Ada abg iDAN kat sini..! " ... " Ada pun..! "

"Saya dapat cuti hari ini, dua minggu kot!, tulang belakang patah " Macam tak sungguh-sungguh. Orang tulang belakang patah mana boleh jalan bisik aku dalam hati, tapi aku nampak dia pegang filem X-ray. Serius ke si Fairus ini.

"Kau tau Fairus, aku ingat akulah orang paling susah di dunia untuk dihubungi melalui telefon, rupanya kau lagi teruk!, mengalahkan menteri " Sungutku.

"Baru balik dari klinik UPM ( Pusat Rawatan UPM lah tu ) abg iDAN "

"Laa aku memang bercadang nak pergi dengan Fairus! "

"Kelas abg iDAN klinik UPM tu.. tak sampai sejam semuanya beres "

"Baru kau tahu!, mereka ada ISO lah Fairus, perasan tak kat pintu tertampal jika lewat dari 22 minit kita boleh komplen "

"Hari itu abg iDAN pergi berapa lama baru selesai! "

"Lama juga, lagipun aku kena tahan kat Wad Kecemasan berjam sebab tekanan darahku "

"Saya kena cepat balik!, orang rumah ke klinik ... lenggang perut :), abg iDAN pergilah cepat Kerani Putih ada kat sana dia demam " Fairus memang orang yang bersopan, tak pernah guna perkataan aku membahasakan diri. Dua hari sudah memang Kerani Putih lepak di makmalku. Aku perasan dia asyik tarik hingusnya. Komputer anak buahnya memang terburai aku kerjakan, papan utamanya tak berfungsi, sudah rapuh segala plastik di papan utamanya.

Fairus acuh tak acuh sahaja pergi, biasalah si Fairus, kalau dapat cuti. Memang tak boleh lekang nak tidur kat ketiak isterinya. Isteri Fairus tengah sarat mengandung anak sulung. Senyap suaranya mungkin masuk ke bilik dia buka Forum Pancing sebelum balik. PengailSejatilah katakan.

"Zali aku sudah lambat ni.., aku kena ke Pusat Rawatan UPM, nak serahkan memo Dr Chong ini!"

"Orang sudah balik klinik dia baru nak pergi " Sergah Tok Perak, tentunya dia penat nak layan aku berbual.

"Awal lagi ni Zali.. belum jam 10:00 pagi " ... " Lagipun aku tau Pusat Rawatan UPM itu tak akan dera aku, takkan sampai sejam pasti aku sudah boleh balik "

Aku yakin bila sebut bab sakit mesti Tok Perak terbayang wajah isterinya yang terpaksa berhadapan dengan pesakit di Hospital Kajang yang padat sepadat-padatnya.

- bersambung

iDAN: Nov08

09 Oktober 2008

MMms 9 ... Pembedahan Am Penyair iDANRADZi (Famili)

3:28 AM 1/12/2007

(Siang tadi di Jabatan Pembedahan Am, Hospital Kajang.)

Igauan November lalu bagaikan datang lagi 22 November 06 lalu telah dilakukan X-ray, nampaknya masih kabur & masih misteri penyakitnya.

"Sememangnya melalui X-ray kita cuma berkemungkinan dapat mengesan batu karang 30% sahaja, selebihnya kena melalui scan, atau ultrasound atau banyak lagi cara lain" Dr Chong menjelaskan kepada aku. Sambil menulis borang laporan rawatan ISO, Hospital Kajang nak ikut jejak kami kot. ISO yang memeningkan.

"Doktor bila agaknya saya boleh melalui proses scan atau ultrasound itu "

"Hari ini kami buat ujian darah & air kencing dulu, mungkin seminggu dua lagi kita akan berjumpa kembali" Jelas Dr Chong

"Tak lama sangat ke dua minggu itu doktor, saya takut diserang sakit lagi!, tambahan sekarangpun tekanan darah saya makin tinggi, tidakkah nanti boleh strok & melibatkan jantung pula" Aku memerhati radas yang menguji tekanan darahku. Wow melonjak 200 lebih bacaannya, nampak menurun sedikit demi sedikit.

"Saya harap tidak sampai begitu, nanti saya kasi ubat tahan sakit " Begitu yakin tapi memang tidak memberikan harapan bagiku.

"Isk! tekanan darah En Haridan melampau tinggi ini " Nampak iras kerisauan di raut mukanya, Dr Chong nampak muda, tentunya usianya sekitar 30an, dari cop memo tertera MBBS (Malaya). Mesti baru berkerja.

"Nanti saya tenguk X-ray awak "

Dia pergi ke meja sebelah, meletakkan X-ray di lampu pengesan. Ada tak kurang dari lima orang doktor, muda belaka di Bilik nombor 4. Aku sudah mula rasa tenang diri. Tadinya memangnya aku kalut & stres amat. Apabila jururawat yang berlilit merah di tudung kepalanya, jururawat yang sama wajah mirip anak mami; mengatakan hari ini sekadar jumpa doktor bukan untuk buat ultrsound atau scan. Memang aku tidak menjangkakan sedemikian. Tentunya aku yang tersilap maklumat, lantaran tidak sabar ingin tahu apa sakitku yang sebenarnya melalui ultrasound atau scan.

Lagipun telah dua kali aku diuji akan air kencingku; ada darah. Paling akhir semasa aku pergi ke Klinik Husni. Dia begitu yakin aku memang punyai batu karang di dalam buah pinggang. Doktor di Pusat Perubatan UPM juga mengatakan begitu. Aku ditahan di Wad Kecemasan Pusat Kesihatan UPM pada 22 Disember 06 tempoh hari. Kira telah kronik sakitku



Aku juga menjangkakan bilamana telah buat temujanji jam 9:00 pagi 11 Januari ini pasti tidak perlulah berbaris mengambil nombor & akan terus sahaja untuk aku melalui proses ultrasound atau scan. Rupanya anggapan aku meleset. Prosedurnya masih panjang. Setelah aku jadi pesakit gabra sendirian lagi kebingungan tanya sana tanya sini, barulah aku di berikan tiket nombor giliran. 1092. Huh nasib tidak ada angkat 4 lagi. Gerun juga dengan angka 4 itu. Tertera di tiket tersebut 9:00 pagi. Menunggu proses kedua pun hampir setengah jam. Entah berapa lama aku akan menunggu lagi.

Di kamar menunggu. Aku sempat berbual panjang dengan seorang bekas perajurit. Katanya dia menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan bersalin. Dari ceritera pembangunan bandar Kajang hinggalah dia mengeluh panjang tentang masalah untuk mendapatkan geran di mana dia membina rumah kini, di tapak bekas lombong di belakang Sekolah Leftenan Adnan katanya. Ada yang telah menetap lebih dari 20 tahun masih kerajaan negeri tidak kasi geran. Memang harta tanah di Selangor ini mahallah amat.

"Tak tahulah saya abang, tadi saya dengar berita di radio dalam kereta, kalau di Perlis, siapa juga yang ingin membangunkan hotel di sana kerajaan negeri akan kasi tanah percuma lantaran mahu menggalakkan pembangunan di Perlis"

"Kita mungkin tiada kepentingan ekonomi bagi kerajaan kita, nilai tanah di Kajang mungkin terlalu mahal.. " Aku tahu dia memang tertekan. Bekas perajurit; bagaikan jasanya tidak dikenang. Aku diam saja.

"Tapi kita ini bukankah anak peribumi, anak watan di tanah air kita sendiri, untuk kita menumpang membina hidup dalam ruang tanah selesa pun amat payah, saya sendiri hairan bagaimana bangsa lain, contohnya kilang-kilang haram yang dimiliki kaum lain, boleh terus berkembang, boleh ditukar status dari tanah haram ke tanah tol, kemudian silap-silap dapat hak milik tetap! "

"Itu adalah pengaruh duit, mereka banyak duit... semua boleh jadi "

Banyak perbualan menarik dengan abg bekas perajurit tersebut, apabila nombor tiket 1092ku menyala, aku memohon diri & masuk ke Pejabat rawatan Jabatan Pembedahan Am. Memang terkejut beruk. Sepadat-padat manusia di dalamnya. Bangku disusun pun sampaikan berlaga lutut. Yang mahu dirawat sedikit punya ramai yang mengiringi apatah lagi. Di luar, di dalam macam sama sahaja; memang tidak terfikirkan olehku. Padat, padat dengan wajah kesakitan. Sakit puan, golongan istimewa, banduan, emmm! perbagai jenis orang. Termasuk banduan pun ada.

"Encik ke yang bawa senapang patah kat pintu itu?.. " Tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang jururawat.

"Hah!.. bukan saya punya "

"Siapa yang punyai senapang iyer..! "

"Entah-entah polis yang bawa banduan tadi tak? " Sangkaku.

"Tak mungkin polis tadi ada bawa pistol sahaja " Dr Chong mencelah.

"Pak cik yang hujung sana kot " Jawap seorang doktor perempuan yang bagai sebaya dengan Dr Chong.

Lor.. mesti pengawal keselamatan punya kes yang sakit. Padanlah bawah senapang patah. Biasalah bila sudah umur peringkat pencen. Nampak akan raut ketuaan pakcik jaga tersebut.

Ketika itu sudah hampir jam 1:00 tengah hari. Congaklah berapa jam aku menanti di bilik menunggu. Dari duduk sebelah gadis yang mengiringi ibunya. Lari duduk ke sebelah warganegara Indonesia, dia juga dalam bualannya sama sakit denganku. Bangun ke tandas, ke hulu ke hilir berbual dengan seorang pangkat Atok yang menghantar cucunya ke seawal 7:00 pagi. Sampailah beberapa orang sahaja diluar. Maknanya akulah kumpulan akhir menerima rawatan.

"Dari filem X-ray ini memang tak nampak batu karang dalam badan Encik Haridan "

"Bagaimana pula dengan tekanan darah saya doktor "

"Haa ahh iyer sudah ada bacaan tu " Sambil mencatatkan di rekod rawatanku " Tinggi ni.."

"Patutnya berapa iyer doktor, bukankah bergantung dengan berat badan & umur ..? "

"Berapa iyer umur Encik Haridan " Sambil membelek di kad peribadiku.

"Emmm ada tulis dalam ni.." .... " Sepatutnya sekitar 130 ke 140 sahaja.."

"Maknanya saya telah pasti ada masalah tekanan darah tinggi " Aku mencari kepastian.

" Yes!, saya ingat kes tekanan darah tinggi ini saya serahkan kepada doktor panel Encik Haridan di Klinik Husni "

"Doktor... saya lebih suka kes tekanan darah saya ini diserahkan ke Pusat Kesihatan UPM, sebab Klinik Husni tu tidak dibuka 24 jam, jika kes kecemasan payah saya nanti. Pusat Kesihatan UPM saya rasa ada khidmat 24 jam "

"Baiklah saya tulis memo untuk Encik Haridan serahkan ke klinik UPM, untuk kes tekanan darah tinggi, kes batu karang ini kami yang akan ambil "

"Sepanjang minggu ini bagaimana dengan sakit dalam perut Encik Haridan? "

"Masih sakit, terutama jika saya berhenti makan ubat yang diberi oleh doktor di Pusat Kesihatan UPM, tapi tidaklah seteruk ketika tiga kali saya kena serang dulu itu.. "

"Cuba pusing sikit badan Encik Haridan " Dr Chong menekan sedikit di rusuk sebelah kananku.

"Sakit tak? "

"Okey... " Apalah ini doktor, mana mungkin dalam keadaan sakit tak menyerang boleh dirasakan sakitnya. Bukannya buah pinggang itu letakkannya dikulit belakang kita.

Aku menganggap batu karang itu berada bagaikan di dalam sebiji gelas yang kecil di tengah perut boroiku, mungkin dia tidak melekat & boleh beralih, bukan mustahil ketika dia sakit disebabkan berada betul-betul menghalang pundi kencingku. Keadaan sekarang tentunya okey! sebab ianya tidak menghalang kelawasan buang air kecil.

Aku baru perasan sebelah mejaku, macam kenal sahaja; aku lihat akan Abang yang terbaring di bangku menunggu, ketika pertama kali aku diserang sakit kronik November 06 lalu & diintai Malaikat Maut tempoh hari. Di Wad Kecemasan Hospital ini. Abang tersebut mungkin dari sakit dada melarat masalah jantung, lantaran masa menunggu terlalu lama untuk dirawat tempoh hari, cuma tekanan darah tinggi dia sahaja yang dapat dikesan. Mesti masalah kesihatannya tidak selesai hingga ke hari ini. Dia dirawat oleh seorang doktor perempuan. Hampir sebaya Dr Chong.

"Saya kasi ubat tahan sakit, hari ini kerja tak? " Dr Chong bersuara.

"Tak! "

" Saya kasi Sijil Cuti Sakit hari ini, nanti Encik Haridan buat ujian air kencing dan ujian darah "

Aku senyap, sambil memerhatikan Dr Chong menyelesaikan rekod di kad perubatan & entah apa lagi borang ISOnya. Tentunya aku rasa makin tertekan. Mahu tidaknya, belum tentunya dua minggu lagi aku akan dapat dibuat ujian terapi. Alasan doktor mesti ada, perlu dibuat perbagai ujian sebelum dibuat ultrasound atau scan segala. Takut ada sakit lain akan merebak kesan dari ujian terapi, mungkin orang yang punyai sakit kencing manis atau penyakit kronik yang lain ... lain cara ujian terapinya. Selebihnya tentunya pesakit terlalu ramai kena menantikan giliran. Agakanku sekadar menyedapkan hati sendiri.

" Okey Encik Haridan, ini memo untuk doktor UPM, ini pula Sijil Cuti Sakit untuk hari ini, Ini surat untuk ambil ubat tahan sakit, nanti di kaunter luar mereka akan ditetapkan temujanji kita lagi, jangan lupa sebelum balik buat ujian darah & air kencing "

"Terima kasih doktor "

Aku menunggu lagi di luar untuk mendapatkan kad temujanji. 15 Februari 07. Waduh..! janji Dr Chong tadi cuma selewatnya dua minggu, tapi kini lebih sebulan akan terpaksa menunggu episod sakit agar tak tenat seterusnya!. Aku terpaksa berharap jangan ada lagi intaian Malaikat Maut dalam aku bertarung sendirian dengan ugauan kesihatan dalam tempoh aku menunggu 15 Februari 07 nanti. Beginilah nasib pesakit orang awam di hospital kerajaan. Aku terbayang PK UPM tentunya lebih pantas khidmatnya tapi tak semua peralatan ada. Seperti ujian Ultrasound.

Harapanku alangkah baiknya sakit ini akan hilang sendiri bagaikan sakit misteri. Bolehkah!?. Lagipun selama ini pun cuma andaian para-para doktor, belum nampak apa-apapun benda yang menghantui kesakitanku. Secara rasmi telah lima orang doktor aku temui. Apakah benar sakit dalam buah pinggang?. Kalau batu karang mana pengesahannya, kenapakah aku tidak terasa kesakitan ketika buang air kecil; Sindrom dari segalanya yang pasti sakitku kini kian merebak; Darah Tinggi kini sah melanda di badanku. Esok lusa entah sakit apa lagilah yang datang menyergahku.


Punyai umur yang panjang itu nampaknya bagaikan cuma impian. Bersedialah untuk mati bisik Malaikat Maut. Memang itu yang selalu dirasakan bila kita diserang sakit sebegini; nyilu amat.

Perut terasa makin pedih, masuk anginlah itu lantaran tidak makan apa-apa kecuali minun air kosong sejak bangun tidur subuh tadi. Tok Perak seawal pagi telefon & berpesan, isterinya yang memang ketua jururawat di hospital ini, dia berpesan kalau nak buat ultrasound atau scan di perut memang sebaiknya berpuasa. Seawal 10:00 malam sebaiknya berpuasa. Maka aku berpuasalah lagipun tak jadi masalah berpuasa lantaran aku selalunya puasa sunat pada hari Isnin & Khamis. Tapi telah hampir sebulan aku tak berniatpun berpuasa. Sementelah sakit inilah. Pernah aku berdegil berpuasa sunat, terentap segala usus, urat saraf segalanya. Tentunya ada yang tak kena dengan niat puasaku kot. Allah Azzawajalla menolaknya dengan ujian kesakitan. Kesakitan bagiku adalah lantaran dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Aku akur.

Aku ke farmasi, untuk mengambil ubat tahan sakit. Entah jenis apa tak pernah aku lihat sebelum ini. Mesti bahasa Malaikat Maut. :( . Diclofenac Sodium. Sodium ini yang aku faham adalah bahasa kimia. Telan kimia dalam perut lantaran takut mati. Tersenyum Malaikat Maut. Nampaknya aku semakin banyak mengenal bahasa Malaikat Maut semenjak November 06 lalu. Rowatinex Anethol Trithione. Macamana boleh ujud perkataan begini. Cuba aku tafsir sendiri. Rowa... roh wafat kot, tinex ... ti macam mati nex.. nex mungkin singkatan nanti dari bahasa orang putih. Roh wafat akan mati. Tak takut ke? Ish! nyanyukan orang dalam kesakitan. Yang pasti ubatan yang aku telan sejak kebelakangan ini sememangnya berjenama belaka amat penat hendak menghafalnya. Olfen mepha, Magnesium Trisilicate Co., Hyoscine N-Buttylbromide. Kasmah Booty yang gedengpong pun aku terpaksa telan.

Aku terus menghidupkan kereta perangku. 1:14 tengahhari. Panas. Apatah lagi kereta perangku meragam sejak lama akan penghawa dinginnya. Tengah ngumpul duit nak membaikinya adalah saja aralnya. Pefaham sajalah zaman serba serbi perlu duit.

Aku teringat Drama Jepun sembilan VCD Kon'na Koi no Hanashi ; A Story of Love,yang baru aku beli, heronya yang dipanggil Pakcik Jam ( Oyashima ) seorang jutawan [: b oleh Jingpeng anak Yorosei oleh langsung tidak percayakan cinta & persahabatan. Pelakun utama wanita Kaori Fujimura & kakaknya Misha tinggal berjiran dikelompok kemiskinan bersama Yorosei. Yorosei ditinggalkan isterinya Tashima yang percayakan kekayaan adalah kebahagiaan. Kaori pula jatuh cinta dengan Pakcik Jam. Tenguk kelembutan watak Kaori aku pun akan jatuh cinta. Encik Jam merahsiakan sakitnya; punyai sakit barah hanya dijangkakan boleh hidup lagi enam bulan sahaja. Watak Yorosei yang miskin, percayakan nilai cinta & persahabatan berbanding duit amat menonjol dalam drama ini.. ah! jauhnya aku mengelamun.


Matsushima Nanako sebagai Kaori Fujimura

Aku terbayang wajah Afiz yang kepenatan didera KFC, Aziq sekolah hari ini, aku terbayang keanggunan Avanza Kemek milik Mila. Jika dia yang menghantarku tentunya aku tidak akan disalai begini, tapi ada baiknya jika bersalai dalam kereta yang tanpa penghawa dingin bagaikan berada di dalam bilik sauna. Sauna percuma. Terimalah seadanya pemberian Ilahi, panjatkan kesyukuran biarpun kita berada dalam serba serbi kekurangan. Aku teringat bagaimana Afiz kepanasan semasa bersauna denganku di Century Mahkota Hotel Melaka. Nampak wajah Anif & Azim di layar kerinduanku. Mereka jauh. Amat jauh rasanya waktu sebegini, Entah apa yang mereka lakukan di Pulau Carey bersama dengan ibu mereka.

Nampaknya memang aku akan terusan berperang sendirian dengan kesakitan ini. Aku mengharapkan dengan kekuatan diri sendiri kini, apa tidaknya sebulan lagi pun tak tahu ceritanya bagaimana. Terpaksa ikut sahaja jadual yang diberikan oleh pihak hospital. Jadual & prosedur orang awam. 15 Februari 07 berulang lagi tanggal itu di kotak ingatanku. Sayogia aku ingin tahu keputusan darah & air kencing pun amatlah terlalu lamanya. Teramat lama. Terima sahajalah. Aku sekadar bergantung dengan pil tahan sakit kini. Selepas sebulan pun belum tentu segalanya jelas, sementelah hampir tiga bulan pun masih kabur apakah sakitnya. Menjelang bulan Februari tentunya ada tindakan positif dari Jabatan Pembedahan Am Kajang. Harap-harap begitu.

Terkadang aku ingin menceritakan derita sakit dalam diri ini tapi tak pasti kepada siapa.

Esok aku perlu ke Pusat Kesihatan UPM (PkUPM) lagi. Huh! @#|~|!~

http://en.wikipedia.org/wiki/Konna_Koi_no_Hanashi

- Bersambung

iDAN: Nov08

08 Oktober 2008

MMms 8 Penyair iDANRADZi Masuk Wad Kecemasan Lagi (Siri Famili)

22 Disember 06

"Bagus lagi cerita Diamond Girl Angah! " Terkadang aku panggil Aziq .. Angah.

"Haa ahh..! ayah yang pilih..." Dia bersungut lantaran cerita With Love agak kurang sesuai untuk tontonan keluarga.

Siri drama Jepun yang aku beli di TESCO memang payah nak mengagaknya. Di kulit VCD yang terdapat 9 keping semuanya tulisan cina, bergantung dengan gambar sahaja sememangnya payah mengagak cerita di dalamnya. Diamond Girl memang menarik ceritanya. Pelakonnya utamanya Alisa Mizuki memang berkesan wataknya. Ada moral cerita yang baik. Kisah kehidupan syarikat guaman yang menarik. Tapi With Love - Cinta Internet juga 9 keping VCD agak banyak adengan ranjang & kecurangan cinta yang & kelonggaran moral cinta & cerita.


Alisa Mizuki

Leka menonton Drama Jepun hingga lewat malam tiba-tiba terganggu lantaran sakitku menyerang lagi. Dari Jam 10:00 malam memang terasa sakitnya tapi aku bertahan. Tetapi apabila kira-kira jam 1:00 pagi aku bagaikan tidak tahan lagi. Mahu mengejutkan Afiz atau Aziq tak sampai hati. Tidak sampai hati mahu menganggu mimpi manis anak-anak. Mahu telefon Mila kasihan pula takut dia risau di Pulau Carey. Sememangnya bila dia berada di Pulau Carey, tiada e-mel cinta tiada SMS ... terasa amat akan betapa jauhnya nilai cinta di hati seorang kekasih yang bergelar isteri. SMS yang saban hari dia kirim amat payah sesat ke telefon bimbitku. Kalau ada SMS pun cuma kepada Aziq atau Afiz. Itu aku perasan. Apatah lagi aku pun bukan jenis orang yang menyukai telefon bimbit, jika aku buka telefon bimbitpun sekadar terdesak ingin menggunakannya.

Amat berbeda cinta sebelum pernikahan & cinta yang makin ke hujung usia begini. Bagiku cintaku makin bersemarak tapi nampaknya bahang cintaku bagaikan merentongkan serinya cinta seorang kekasih. Ah! kenyanyukkan seorang pesakit tua. Titik.

Bila aku terkenangkan tangis Arwah Apak ketika Arwah Emak pergi; aku amat mengagumi cinta Arwah Apak. Biarpun dia punyai lebih dari seorang isteri, tapi jelas dia amat kehilangan cintanya terhadap Arwah emak. Aku tahu cinta Arwah Apak tak pernah berpura-pura terhadap Arwah Emak. Cintanya kepada Cik Peah sekadar sikap remajanya. Cinta Arwah Apak kepada Opah Bi lebih kepada ingin membantu Opah Bi. Tak sama cinta Arwah Apak kepada Arwah Emak.

Bila aku kenangkan cinta Mak Mertuaku terhadap Arwah Pak Mertuaku, aku masih tertanya-tanya akan hujungnya. Aku tak nampak langsung Mak Mila menangis ketika pemergian Arwah Pak Mertuaku, malahan aku lebih terkesan akan tangisan isteri muda Arwah Pak Mertuaku yang sampai kini aku tak tahu di mana dia berada. Seolah-olah cinta keluarga mertuaku pecah lantaran keputusan Arwah Pak Mertuaku nikah lagi seorang di akhir hayatnya. Mungkin juga Mak Mertuaku tidak mahu menunjukkan kesedihannya. Meraung menangis ketika kematian itu selalunya orang India. Tetapi berbeda dengan Opah Bi & Arwah Apak bagaikan melimpah tidak hentinya kehilangan cinta di hati mereka. Aku teringat Arwah Opah Bi meraung menangis ketika pemergian Arwah Apak.

Apakah semua poligami ini akan pincang & payah menimba akan kejernihannya.

Selain cinta terhadap Allah Azzawajalla , bagiku dalam hidup ini seharusnya hanya ada satu cintaku terhadap seseorang. Mutlak untuk seorang kekasih yang kini bergelar seorang isteri; Sayogia usiapun makin ke akhirnya. Tua. Jika dalam usia yang mencecah 40an masih memikirkan kesepian & cinta lain rasanya dunia ini pasti menuju ke arah kiamat. Aku tak faham kenapa seusia begini masih ada kalangan suami atau isteri mengejar cinta lain. Apakah tidak cukup cinta yang dianugerahkan Ilahi. Setua ini. Apakah Jodoh yang telah melahirkan Zuriat ini masih silap. Apakah yang masih ada bagi isteri atau suami ke arah lain sedari cuba membahagiakan anak-anak. Mengikut kata hati & membiarkan seisi keluarga terpisah & terbiar akan kasih sayang.

Bila aku terbaca akan kisah Mak Mertua yang kian mendesak meminta bantuan kewangan kepada seorang anak perempuan yang telah bernikah. Aku teruji & terfikir, apakah perjalanan hidup ini amat perlunya mengumpul harta. Apakah wang ringgit itu amat perlu untuk keluarga yang ditinggalkan oleh seorang isteri sampai memiskinkan keluarga sendiri. Apakah tanggungjawab seorang anak perempuan itu masih amat perlu terhadap keluarganya berbanding rumahtangga, suami & anak; Apakah dalam saranan agama Islam itu ramai kalangan pasangan suami isteri tidak amati. Anak lelaki yang diutamakan menjaga ibu & ayah. Bukan anak perempuan. Isteri seharusnya mengutamakan suaminya berbanding keluarga sendiri.

Aku sering mendengar masalah yang sama, aduan yang sama dari kawan & taulan. Isteri terus membantu keluarga hinggakan suami tak langsung punya simpanan. Apakah kata-kata ini tidak ujud.

"Ani berkerja semata-mata ingin membantu abg & keluarga; Keizinan abg untuk Ani berkerja tidak akan Ani persalahgunakan.." Pernah ayat ini diceritakan olah temanku dilafaz oleh isterinya. Bagi isterinya suami bagaikan Tuhan ke dua. Selebihnya dia tidak pernah hiraukan selain keluarga. Memang aku melihat akan kebahagiaan mereka.

Huh! sakitku semakin kuat; aku telah menelan ubat tahan sakit telah 3 biji. Makin bertambah sakit. Berbaring mengiring ke mana pun sakit. Berdiri apatah lagi. Nafas memang semakin payah. Aku sekadar dapat banyak berdoa, agar aku lebih kuat & dapat bertahan hingga siang esok. Lagipun kad pengenalanku & semua dokumen entah cicir di mana. Aku syak di makmal. Aku telah tefeon Eris kot tercicir di dalam keretanya. Bagaimana tanpa kad pengenalan mahu mendapat khidmat doktor.

Afiz & Aziq lena tidur, aku naik ke tingkat atas & turun ke bawah. Mundar-mandir menahan sakit sendirian.


Aziq makin pandai mengail & memintal cacing ke mata kail.


Awal pagi, setelah syolat subuh aku terus berkejar ke tempat kerja. Pelupa aku ini rupanya. Beg duit & pengenalan diri ada terletak di meja tulis di makmalku. aku membawa akan filem X-ray. Aku mereka-reka ke mana mahu aku pergi mendapat rawatan; apakah ke Hospital Kajang lagi; emmm! .. telah lebih 10 jam aku menahan sakit. Tahankah lagi. Aku terfikir pergi ke Pusat Kesihatan UPM (PkUPM). Kebetulan Pak Wahid pun sakit gigi & mahu ke klinik yang sama; pada awalnya sememangnya aku ingin mengajak Fairuz menemaniku. Fairuz memang pembaca Forum Pancing yang setia. Baca saja forumku, dia tahu aku sakit; terus telefon ku...

"Tak apalah Fairuz terima kasih!.." & aku terus ke PkUPM.

Pak Wahid perasan nombor tiketku untuk berjumpa doktor ujungnya 4. 1094. Empat nombor mati katanya... Asyik kena sakat aku ini.

"Tekanan darah Encik terlau tinggi..! " Aku diam sahaja. Nampak sopan sangat doktor perempuan yang tentunya hampir sebayaku.

"Apakah Encik sebelum ini ada masalah Tekan Darah Tinggi "

"Tak pernah, saya kerap juga pergi buat ujian tekanan darah.." Kataku dengan kesakitan yang makin reda.

"Kena beri suntikan & ditahan di Wad Kecemasan " Huh! wad yang sama lagi.

"Mungkin kerana Batu Karang, sampai membuatkan tekanan darah Encik berubah "

Aku dibawa oleh pembantu doktor ke Wad Kecemasan. Katil 4. Nak buat macam mana memang asyik nombor itu. Aku terbaca di internet, Darah Tinggi antara punca Angin Ahma menyerang. Strok menyerang. Padanlah nafasku sesak tiapkali sakit.

Aku memang tak sabar untuk discan cara ultrasound. Tapi kata doktor tadi, semalam dia buat panggilan sendiri, ke Hospital Serdang lagilah lewat 16 Januari baru ada kekosongan bagi pesakit di PkUPM membuat scan ultrasound itu.

Aku cuba terlelap di Wad Kecemasan, anehnya ... tiap kali aku pejamkan mata. Asyik nampak bayangan kerenda yang diusung orang. Apatah lagi dalam Wad Kecemasan cuma aku seorang sahaja. Wadnya jauh lebih besar & selesa berbanding Hospital Kajang. Kebas cucukan jarum suntikan diponggong masih sakit. Tapi sakit di dalam diri makin kurang.

Hampir sejam & jururawat amat muda yang mungkin pelajar tahun akhir datang membawa alat ujian tekanan darah.

"Okey dah kot & mestinya saya boleh balik "

"Nanti dulu takut bila Encik bangun... pening & boleh tumbang... nanti saya tanya doktor " Mungkin dia perasan tekanan darahku tak normal.

Beberapa Minit kemudian baru aku diarahkan berjumpa doktor di pintu 5. Doktor perempuan yang amat sopan yang sama.

"Tekanan darah Encik masih border, masih tak terlalu baik tapi menurun sedikit berbanding tadi, saya kasi dua ubat satu tahan sakit & satu lagi ubat untuk cuba pecahkan batu karang tu " Aku diam sahaja.

"Jika berulang lagi sakitnya Encik boleh datang sini untuk suntikan atau apa-apa ikhtiar sementara menunggu scan ultrasound itu.. "

Aku mengucapkan terima kasih & ke kaunter 8 untuk mengambil ubat. Aku tertembong Ana yang sememangnya berterusan mengambil ubat di PkUPM. Diabetes. Aku terfikir bagaimana layanan di UPM berbanding Hospital Kajang, memang antara langit & bumi, & ubat yang diberipun amat berbeda. Tahan sakit & Rowatinex. Apakah akan pulih segera dengan ubatan ini. Emmm! sakitnya telah terbiar lebih dari sebulan. Bolehkah. Yang Pasti sakit & penantian aku masih panjang! & aku memang takut akan bayang-bayang itu.

- Bersambung

iDAN: Nov08