10.3.2006
Kenapa harus kau terus datang aduhai Arwah Nasha. Saban hari, saban ketika bagaikan ingin menyatakan sesuatu. Mungkinkah kata-kata aku semasa di depan Restoren Jenaris itu mahu kau canggahi. Antara kata aku di depanmu. Semasa itu aku nampak kau begitu layu menyedut rokok Kretek Surya. Kau sedut semahunya & malas melepaskan asap dari rongga jantungmu.
"Nasha dalam hidup berumah tangga. Baik isteri mahupun suami, ada ketikanya pasti terganggu oleh pujukan orang luar. Kekadang gangguannya hanya sementara. Orang ketiga yang hadir memang boleh mempurak-perandakan rumah tangga. Kalau isteri kita terganggu memang kita terpaksa banyak bersabar, kadang-kadang kawannya sekerja yang mahukan kebebasan, contohnya teman kerja dia yang dah mendapat fasah atau kuluq memang menjadi penghasut paling bahaya. Kita kena banyak menasihatkan isteri secara baik & beransur-ansur. Jangan putus asa. Apatah lagi bilamana isteri telah tergamak meminta cerai atas alasan yang tidak kukuh. Memang Agama mengatakan isteri sedemikian tidak dapat mencium bau syurga. Kita tak mahu emak kepada anak-anak kita dicampak ke neraka atas sebab cabaran dunia yang amat sebentar kita singgahi ini. Itu cabaran suami sebagai ketua. Menceraikan isteri tanpa alasan munasabah bermakna kita mencampakkan dia ke neraka. Sebab alasan perceraiannya tidak diterima Allah. Alasan ekonomi tergugat, masalah kerja, masalah remeh dunia yang boleh diselesaikan bersama memang bagaikan perangkap yang akan memisahkan anak & ibu, isteri & suami di akhirat nanti."
"Kes isteri aku lain iDAN, aku takut dia kejar lelaki lain, jika dia berlaku curang aku terpaksa berpisah. Kau sendiri tahu kan? Aku akan jadi lelaki dayus jika tinggal sebumbung dengan isteri curang."
"Ani belum sampai ke tahap itu, kau jangan fikir sejauh itu. Malahan kau tak pernah pun terserempak dia dengan lelaki itu. Dia sendiri kata lelaki itu keluarga angkat dia."
"Abis tu, yang dia tak abis-abis berSMS. Aku ada ceritakan? Bila aku cuba nak sentuh diapun dia menepis aku, jika kat dapur cepat-cepat naik ke tingkat atas, terus capai telefon bimbit & sms."
"Mungkin dia SMS kawan perempuan di ofis dia. Nasha sendiri kata kan... selepas peristiwa di Bukit Dukung, Ani ada mengadu kepada kawan perempuan di ofis dia."
"Aku syak bukan, mesti dia SMS lelaki keparat itu."
"Nasha !!! jika kita sebagai ketua rumah tak baik terus bersangka buruk dengan isteri, anak-anak, dengan keluarga kita. Terus bersangka buruk akan jadi tambah keruh rumah tangga kita. Bersangka buruk boleh menimbulkan rasa cemburu buta, cemburu buta boleh membuatkan isteri rasa terkongkong. Tak siapa suka terkongkong."
"Tapi kes isteri aku, aku rasa bukan lagi aku boleh kongkong dia, aku rasa aku sudah tak boleh kawal isteriku. Aku rasa dia tidak jujur di belakang aku."
"Harap-harap janganlah begitu. Nasha kena banyak berdoa. Perubahan perangai Ani selepas dia diberhentikan kerja. Mungkin itu cuma gangguan sementara. Harap-harap rumah tangga Nasha akan kembali ceria, kembali bahagia. Empat cahaya mata Nasha itu bagi aku sudah cukup kuat mengikat kasih sayang keluarga Nasha."
Memang itu yang aku berbalah pendirian dengan arwah. Aku seorang yang masih bergantung harapan. Amat payah mengalah dalam soal menagih cinta. Sedangkan Arwah Nasha bagaikan sudah putus asa. Tiap kali berbual dengan dia, dia masih terusan dengan pergelutan ketidakjujuran isterinya. Memang aku tak punyai apa-apa suntikan untuk membetulkan keadaan pincang rumah tangganya. Aku teringat keruntuhan rumah tangga Abang Din (abg kandungku) lantaran kecurangan isterinya. Impaknya terlalu kuat; Hinggakan Abang Din tidak mengaku Islam lagi & menyalahkan takdir Ilahi. Memang aku tak mahu perkara yang sama terjadi kepada sahabat aku sendiri. Aku yang terlibat dengan kemelut rumah tangga Abang Din rasanya tak sanggup memikul bebanan kedurjanaan seorang isteri.
Kekinian kemelut rumah tangga Arwah Nasha bagaikan kembali merasuk jiwaku. Segalanya bagaikan kembali bercelaru. Apatah lagi rumah tanggaku sendiri amat payah untuk kutafsirkan. Kesetiaan. Kesetiaan itu bagaikan tiang seri rumah tangga. Memang hati akan amat tergugah bilamana nilai setia terhadap pasangan boleh diragui.
Cuma, biar seteruk mana pun pergolakkan rumah tangga; Perlulah diingat, bukan jalan pintas nak lari masalah rumah tangga dengan menduakan suami, pun sebaliknya suami melakukan zina dengan perempuan lain. Bukan cara itu caranya. Islam melarang suami-isteri melakukan zina lantaran impaknya bukan sekadar pada diri masing-masing, tapi anak-anak, keluarga & masyarakat. Kita mengambil mudah masalah zina ini sebab tidak berjalannya hukum hudud. Apa hak suami atau isteri untuk hidup lagi jika sudah terjemak dengan zina, curang dalam rumah tangga? Apa haknya untuk hidup?
Bangkai; Bukan lagi mayat tarafnya manusia yang curang begitu. Bangkai berjalan!. Masyarakat kena membaling batu ke arah penzina!. Itu hudud. Itu saranan Islam. Emak, ayah, anak-anak, Pak mertua, semua kena membaling penzina yang bergelar suami atau isteri; Sampai mati. Jika kasihan terpaksa menanggung dosa zina tersebut. Itu yang dikatakan bangkai tadi, bila mayat tak ditanam terus merewang bukankah bangkai namanya.
Pergilah risik di Jabatan Agama Islam kita, berapa ramai sudah bangkai merayap di bumi yang namanya Islam ini. Tolonglah jauhi perkara terkutuk itu.
Ingatlah kita sebenarnya mengejar mati. Cinta kita kepada Allah Azza Wa Jalla seharusnya amat sejati. Bukan mengejar cinta manusia yang kerap berbaur palsu. Hidup & mati mana boleh kita pisahkan. Jangan mengejar kemajuan diri yang tak terurus, jangan mengejar kemewahan tak bersyukur, jangan mengejar kebendaan yang menyesatkan, jangan mengejar kecantikan jadi ego, jangan mengejar pangkat jadi angkuh, jangan mengejar gelaran tak berjasa. Kita jadilah orang sederhana. Mengejar keimanan, keinsafan, kesyukuran itu itu lebih bagus.. sebab semua itu akan mengingatkan kita tentang mati. Mati yang abadi. Jika kita ingat diri, sedar diri, insaf diri, tentunya kita akan takut untuk melanggar dosa-dosa besar yang Allah S.W.T ingat-ingatkan. Zina tadi, hudud yang wajid kita laksanakan.
Kenapa Islam dituduh sekejam itu dalam melaksana hududnya. Mahukan suami atau isteri penzina direjam tepi jalan sampai mati. Kejamkah? Hudud tidak kejam. Islam tidak kejam.Yang pasti Agama jijik akan pencurang!. Sebabnya impak tadi... impak kepada suami yang terpaksa menanggung!. Abang Din hampir tak siuman!, lantaran isterinya curang; Memang aku teringat Abang Din (Kini tiada lagi meninggal kemalangan) dalam masalah Arwah Nasha. Arwah berkeyakinan isterinya menduakan dia. Betapa impak itu amat kuat apatah lagi memang arwah amat menyintai isterinya.
Lantaran hukum huhud itu tak berjalan, berapa ramaikah isteri kini begitu berani menduakan suami. Suami mendapat aib sendiri. Isteri kini semakin bebas bergerak. Selalunya akan mudah terperangkap bilamana ada permasalah rumah tangga. Bila bermasalah terdedah pula dengan lelaki geladangan@keparat. Mudah sangat lupa diri kononnya ingin menagih simpati.
Apa Islamnya kita kini!. Lelaki yang dilantik menjadi ketua begitu berani menggoda isteri orang. Terusan beralasan bertepok sebelah tangan tak akan berbunyi. Bukan aku yang tergila-gilakan dia, dia yang kejar aku. Tanpa kita fikirkan, betapa menderitanya suami yang jadi mangsa kecurangan isteri tercinta. Tanpa memikirkan betapa sedihnya anak-anak tidak lagi tinggal bersama ayahnya sendiri.
Kawin cerai, kawin cerai bagaikan jadi perkara biasa. Memang mudah bunyi nak kawin lain, nikah sahaja dengan perempuan lain jika isteri bermasalah. Tapi bagus ke?, baik ke perceraian itu; satu yang halal tapi yang amat dimurkai Allah Azza Wa Jalla. Suka sangatkah Allah Azza Wa Jalla murka kepada kita. Bilamana sebut saja tentang anak-anak jika kita bercerai nanti!.. "Lantaklah! anak-anak akan ikut ibu atau ayahnya.. puntang-panting!" & Bagusnya kita bila berani berkata...
"Anak-anak akan faham nanti, yang ayah & ibu ada perasaannya sendiri!. Mereka ada haluan mereka sendiri."
Biarpun kita tahu dia akan beribu atau berayah tiri. Hilang langsung sikap keibubapaan kita yang namanya ummah Ilahi.
- bersambung
(Anoh datang ni! mintak buat CD perisian pulak)
Terbit di kalayak ramai
Posted on: Jun 14, 2006 - 12:36 AM by idanradzi
TokeiKedai
Posted on 10.3.2006 at 3:26 AM
Klik Suram xv