Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

24 April 2014

BICARA PESARA

Usia tak pernah dapat kita mudakan biarpun seketika
sedetik berlalu akan menandakan diri makin tua
akan kembali ke bumi sendirian mengadap Ilahi
makin berusia makin dekat diri yang asalnya tanah pusara
akan kembali bersemadi ke janin tanah tanpa kompromi.


Aku adalah antara kalangan rakan awak yang makin tua
ada ketika aku rasa malu nak kenalkan diri ini
lantaran aku tak lagi macho jauh sekali segak shat
rambut dah beruban mata semakin kabur
nak tersenyum puas pun aku makin diganggu rongak
nak cabut gigi takut alahan ubatan sebab ada diabetes
hatta aku kini makin banyak menjadi petapa sepi
duduk diam-diam di teratak Jenaris ini meladeni diri.

Ada siapa nak jadikan aku rakan berbual atau jalan-jalan
ada siapa nak bertukar pengalaman hidup separuh abad
ada siapa nak sama-sama kembangkan minatku berceritera
bergurindam atau menulis puisi yang tak pernah berhenti
ada siapa nak ajak aku ke mana-mana bersantai damai.

Bila usia kian ke hujungnya mana mungkin nak fikirkan
nak mengumpul harta atau menjadi seorang kaya
kehidupan telah pun diaturkan agar syukur seadanya
cuma tolonglah jangan rampas hak mutlak aku ada
sementelah di ambang warga emas ini biarlah aku sempat
berehat & meniti hari tua dengan hidup yang sempurna.

iDANRADZi
Kota Bharu Perak

-Abad atau kurun (century dalam Bahasa Inggeris), merujuk kepada tempoh masa seratus tahun. Satu abad bersamaan dengan sepuluh dekad. Manakala 10 abad bersamaan satu alaf.