iDAN
08 Ogos 2011
Caduet untuk Darah Tinggi kurangkan Kolestrol
Orang barat memang jujur dalam memahami keperluan awam. Dalam perubatan doktor mereka amat terbuka & tidak pernah berlebihan dalam mempromosi produk mereka. Ubat yang dimakan menjadi antara dua, penawar atau racun. Jika salah cara pengambilan memang akan menjadi lebih parah.
Paling penting pesakit kronik kena tahu kesan sampingan ubat yang mereka makan. Perkara ini sebaiknya diuar-uarkan agar semua pesakit faham & wajar cepat bertindak. Adalah penting membaca panduan perubatan dan kesan sampingan di kotak atau surat lampirannya. Jika tiada panduan dalam Bahasa Melayu eloklah suruh rakan anda membantu terjemahkan panduan tersebut kepada pesakit; ini amat penting.
Caduet yang doktor berikan kepadaku untuk merawat sakit ini memang punyai beberapa risiko. Padanlah dua tiga hari lalu aku boleh tumbang & tak boleh bangun lantaran kesan ubat ini. Demam atau terasa tak sedap badan adalah antara faktor tindak balas hormon badan diperingkat penyesuaian awal perubatan.
Panduan permakanan & sindrom ubat yang dilampirkan di kotak ubat ini berbahasa Inggeris. Bahasanya terlampau rumit dengan bahasa perubatan. Bila aku jelajah di laman sesawang nah! aku dapat bukti atas kesan sampingan awal ubat ini. Ianya adalah pesanan dari pembuat ubat ini di New York. Perempuan mengandung atau menyusukan anak memang tak boleh makan. Kesan kepada bayi yang dikandung akan membawa pelbagai risiko.
Bagi orang tua seperti aku, jika lambat dikesan, buah pinggang akan diserang. Biarpun risiko buah pinggang ini diperakui sekadar berisiko rendah; tapi boleh berlaku jika lambat pesakit mengesan tanda-tandanya. Peringkat awal sememangnya ianya akan menganggu saraf sendi atau sengal sekitar buah pinggang.
Jangan sesekali berleka untuk membuat pemeriksaan terapi setiap tiga bulan, ini amat penting untuk mengetahui kesan ubatan yang dimakan.
Tindakan mengurangkan dos dengan mengambil makanan atau herba semulajadi amat baik berbanding terlebih dos yang tentunya akan mengakibatkan pesakit merana mendapat kesan sampingan yang dikatakan amat tipis atau rendah ini.
Langgan:
Catatan (Atom)