iDAN

14 Ogos 2015

Percutian Di Hong Kong Sangat Menguji Kesabaran





Saya baru sahaja balik bercuti dari Hong Kong bersama Adam dan adik perempuan saya. Kami pergi bertiga sahaja dan tak ambil mana-mana tour agency.

Kami menaiki Malaysia Airlines dari KLIA terus ke Hong Kong.

Sepatutnya flight kami pukul 9.00am, tetapi penerbangan ditunda selama 3 jam. Katanya terdapat masalah teknikal. Kebiasaan… kalau delay maknanya ada masalah pelepasan di udara yang mungkin clash dengan penerbangan lain.

Kami diarahkan turun semula dan diberi lunch voucher di beberapa restoran terpilih. Jadi kami singgah di Dome cafe yang dekat dengan check point.


Masalah Servis Restoran Di Airport KLIA

Masa duduk di Dome Cafe KLIA, kitaorang nak pesan makanan. Tak ada seorang pun yang melayan kami, sehinggakan memaksa saya ke kaunter berulang kali memanggil pelayan, tetapi masih tak ada yang ambil order.

Adik saya Shieda dah mula berangin, dia terus pergi cari fast food untuk Adam. Hampir 1 jam saya menunggu di Dome Cafe tu, pekerja disitu buat tak tahu saja, makin lama meja makin penuh.

Saya mula naik angin bila Adam cakap dia lapar… Kesian Adam dari pagi tak makan sebab kitaorang keluar awal.



Menggigil badan saya menahan marah, dah macam orang hilang akal saya maki semua pekerja di Dome tu. Tak pernah saya naik darah sampai macam tu sekali. Saya dah tak peduli dengan orang sekeliling, kena ajar diaorang ni.

Kalau tak nak layan orang yang pakai lunch voucher tu…takpe, sekurang-kurangnya datang ambil order, menu pun tak bagi langsung lepas tu buat kita tunggu macam orang bodoh.

Dia orang ingat saya tak ada duit nak bayar agaknya. Yang peliknya, pelanggan yang datang kemudian tu dia orang layan pula, terutamanya mat salleh dan cina.

Sampai satu tahap, saya campak voucher yang MAS bagi kat budak pekerja Dome cafe tu. Nampak muka diorang cuak tengok saya naik angin. Tak habis situ saja, saya pergi check point kaunter sound pekerja MAS yang bertugas. Sampaikan turun beberapa pegawai MAS, kata dia orang voucher tu MAS dah bayar ke Dome Cafe.

Saya bukan heran sangat voucher tu dan faham kalau diaorang busy, tapi jangan buat saya macam orang bodoh dan memilih customer untuk dilayan. Saya bukan minta layanan lima bintang. Akal letak kat mana tak tahulah, tak nampak ke ada budak kecil nak makan. Buat apa bagi lunch voucher kalau dilayan macam tu.

Pihak MAS harus serius dan ambil tindakan terhadap servis restoran yang teruk macam ni. Kita bayar flight tiket beribu RM bukan macam ni cara layanannya. Kebetulan saya MAS Enrich Card members pula tu, memang saya akan buat komplen.


Lokasi Hotel Di Hong Kong

Kami sampai di Hong Kong International Airport dalam pukul 4.00pm. Dari situ kami ambil teksi.

Kami booking Citades Service Apartment hotel yang satu bumbung dengan Ascot Residence. Terletak di tengah-tengah Tsim Sha Tsui, Ashley road. Sebuah servis apartment yang menyediakan kemudahan tempat memasak. Kawasan tu memang dekat dengan tempat shopping dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Kami dah agak mesti susah nak cari restoran halal di Hong kong. Lagipun, bila bab makan ni saya memang cerewet terutamanya apabila melawat negara yang majoriti bukan muslim.


The Avenue Of Stars

Kami sampai petang, jadi malam baru kami pergi jalan-jalan di Avenue Of Stars terletak di sepanjang pantai Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui, Hong Kong.



The Avenue of Stars, Hong Kong sama macam di Hollywood Walk of Fame. Salah satu tempat untuk selebriti dan industri filem Hong Kong.

Kawasan situ juga terletak Museum of Art, Victoria Habour, Kowloon Walled City dan Tsim Sha Tsui Promenade.



Dekat sahaja dengan hotel kami tinggal, memang cantik. Boleh nampak seluruh bangunan tinggi di Hong Kong dan ada kapal berhias disitu.

Balik tu kami jalan-jalan di Nathan road. Banyak betul kedai membeli belah disepanjang jalan, memang meriah.


Sikap Buruk Orang Hong Kong

Hari kedua kami plan ke Hong Kong Disneyland resort. Kalau ikutkan, jalan nak ke Hong Kong Disneyland tak lah susah sangat. Biasalah pertama kali tentulah kita tanya orang sebab tak biasa dengan jalan disitu.

Kami ambil MTR train. Dari situ mula timbul masalah lagi. Orang Hong Kong ni tak hormat dan tak ikut peraturan semasa beratur, berbeza dengan Chinese dinegara kita. Lain macam sikit perangai dia orang, memang kurang ajar. Dia orang tak hormat kita bawa anak kecil, kalau boleh dia orang nak potong line dan suka berebut.

Pekerja di MTR station memang tak membantu langsung. Apa salahnya bagi direction yang betul, lepas tu tak mahu layan pertanyaan kita dan macam tak suka bila kita tanya apa-apa.

Dahlah direction subway diaorang berbelit-belit. Memang panas hati dibuatnya nasib baik kami boleh sabar lagi. Kami cari inisiatif sendiri ikut Google maps.


Hong Kong Disneyland

Dari subway Tsim Sha Tsui station kami ke central. Ambil train ke station Lai King, transit tukar train ke Sunny Bay, dari situ kami ambil train khas ke Hong Kong Disneyland.

Train tu pun direka khas dengan reka bentuk disneyland kartun karakter.

Ooo ya saya nasihatkan pada anda yang ingin kesana, pastikan korang beli kad MTR octopus. Kad ni boleh guna kemana-mana korang nak pegi dengan naik train. Jadi tak payah beli tiket banyak kali.



Ada charge masuk ke Hong Kong Disneyland dan agak mahal. Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma.
HK$440 – RM 180 seorang
HK$320 – RM 130 seorang (3-12 tahun)

Hong Kong Disneyland taklah best sangat jika nak dibandingkan dengan Universal studio. Agak bosan sedikit ditambah pula cuaca tak elok sangat, asyik hujan jer. Disitu banyak tempat mainan macam funfair.



Sepanjang berada disana tak nampak langsung mascot Disneyland, kami banyak ambil gambar saja. Adam pun macam tak enjoy dan asyik duduk dalam stroller. Boring agaknya…

Sempatlah bawak Adam tengok 3D Mickey magic show, baru nampak dia ketawa dan ceria sikit tengok magic show tu.



Kami sempat juga tengok firework depan Mickey castle. Memang cantik sebijik macam dalam movie. Yang ni baru enjoy… Tengok gambar kat atas ni. Cantikkan…

Masa nak balik timbul lagi masalah di MTR station, kami tak jumpa subway exit ke Ashley road. Macam biasa bila tanya dengan pekerja station, jawapan diaorang endah tak endah.

Adik saya hilang sabar, dia tinggi suara baru pekerja MTR tu jawab baik-baik.



Kami sampai di apartment agak lewat sebab sesat jalan. Satu masalah di Hong Kong ni kita tak boleh ambil teksi sebarangan, diaorang takkan berhenti dan kena pergi teksi station yang agak jauh jugak.

Apa punya sistemlah dia orang pakai, tak sistematik langsung!


The Peak Tram Hong Kong

Hari ketiga kami plan ke The Peak Tram.

Lokasi The Peak Tram ni terletak diatas puncak. Jadi kita kena naik train railway yang memang wujud lama dah cuma train tu dimodenkan.

Sekali lagi dia orang ni tak reti nak beratur, suka berebut dan tolak menolak.

INI KALI tahap kesabaran saya dah hilang. Apalagi saya siku saja, saya tunggu saja dia orang bersuara, keluar satu perkataan dari mulut diaorang memang sah kena lempang dengan saya.

Nasib baik dia diam terus. Kalau tak, mahu jer bagi…



Kat atas puncak tu korang wajib naik Peak Tram Sky Pass tower untuk tengok panorama Hong Kong.

Memang cantik sangat… Atas tu juga ada Sky Terrace, Hard Rock cafe, Madame Tussauds dan macam-macam lagi. Banyak juga kedai jual souvenir.

Hah, ni satu lagi perangai peniaga kat situ, memang jenis tak tahu nak hormat pelanggan. Bila kita nak beli barang, dia buat tak tahu sahaja. Jawap macam endah tak endah, boleh pulak tu layan internet. Adik saya naik darah, dia maki pekerja kedai tu, tau pulak dia takut.

Masa nak beratur balik naik train pun saya kena dengan dua couple. Hati memang dah panas dari awal, apa lagi kena semburlah dengan saya.

Memang nak cari gaduh saje dia orang ni.


Ladies Market Hong Kong

Balik dari The Peak Tram kami naik teksi ke Ladies market. Ladies market sama macam Petaling Street, banyak jual barang-barang souvenir.

Saya niat nak cari souvenir untuk bawa balik Malaysia. Sekali lagi mood shopping saya terus terbantut. Tengah nak pilih barang, seorang lelaki cina tiba-tiba maki hamun kita orang, puncanya cuma dia nak lalu, padahal jalan tu punyalah besar.

Apalagi, suhu temperature saya dah tahap maksimun dengan karenah dia orang, saya dengan adik balas maki balik sampai semua orang pandang. Agaknya dia tak sangka kita orang balas maki terus dia terdiam.

Nasib baik sebelum tu saya sempat beli t’shirt dengan fridge magnet itupun tak banyak. Kebiasaannya kalau ke luar negara saya akan shopping banyak barang. Ini kali pertama saya tak beli apa-apa, hanya dua barang ni saja.

Yang buat saya tak puas hati, diaorang ni macam pandang rendah dengan kita. Tak tahu apa masalah dia orang atau memang budaya dia orang macam tu, jenis sombong, kasar dan tak reti hormat orang.

Dalam buruk ada baiknya juga…

Balik dari Ladies Market kami sesat lagi di Mong Kok Road. Direction MTR train carca marba, tak sistematik.

Kami malas nak tanya pekerja MTR dah. Jadi kita orang ikut direction Google maps je. Kalau ikut Google maps, direction ke Tsim Sha Tsui macam dekat… Jalan punya jalan, jauh tak sampai-sampai jugak.

Last-last kita orang tanya seorang budak muda tengah tunggu bus. Dia perasan kita orang macam tak tahu nak kemana. Tiba-tiba dia datang balik kat kita orang offer untuk tunjukkan direction ke MTR station.

Budak muda tu ada cakap jalan kat Kowloon complicated, terlalu banyak cabang jalan. Kalau tak tahu memang boleh sesat.

Dia teman kita orang sampai ke MTR train station sebab dia kesian dan takut apa-apa jadi kat kita orang. Terharu sungguh, akhirnya ada juga orang yang baik hati.


Pertama Dan Terakhir

Saya memang tak syorkan kalau korang nak bercuti ke Hong Kong dan boleh hilang sabar dibuatnya.

Saya boleh katakan “Hong Kong is not a welcome country”.

Satu lagi walaupun matawang HK$ rendah, jangan sangka harga barang juga rendah. Barang-barang memang mahal sungguh. Nak beli barang kena pandai sebab harga yang diaorang tawarkan memang maksimun tinggi.

Terus terang saya katakan ini adalah percutian saya yang paling teruk dan saya tidak akan bercuti kesana lagi.

Saya banyak bercuti ke luar negara. Tak pernah saya dapat layanan buruk sebegini. Memang betul-betul menguji kesabaran saya.


Bukan pasal negara ni tak cantik, cuma sikap orang di Hong Kong ni yang tak cantik; kasar, berlagak, sombong dan kurang ajar. Seolah-olah diaorang pandang rendah pada kita orang Asia ni, padahal dia orang pun Asia juga.

Kalau korang nak tahu, Hongkies ni takut bila kita keras, garang dan marah diaorang balik… Saya tahu sebab saya dan adik buat macam tu huhu…

Satu lagi kalau nak tanya apa-apa jangan tanya orang yang dah berumur, tanya orang muda. Orang tua kat Hong Kong ni ada masalah middle aged crisis agaknya haha…

Kalau setakat seorang dua saya tak ambil kisah sangat, ini boleh dikatakan semua. Cara mudah kita kena keras dan kena balas kurang ajar juga. Kalau kita takut, lagi dibuli-bulinya, korang jangan bagi muka.

Habis hilang mood kami nak berjalan-jalan. Banyak tempat kami tak pergi sebab sakit hati sangat.

Saya bukan racist dan saya ramai kawan-kawan Hongkies, semuanya ok dan hormat kita. Tak sangka pulak bila saya ke Hong Kong jadi macam ni.

Mungkin timing kami bercuti kesana tak baik atau musim angin barat daya diaorang datang kot hoho.

Apa-apapun kepada yang nak kesana hati-hatilah ya dan mungkin pengalaman anda baik sahaja. Dari segi tempat memang cantik dan menarik sangat.

Artikel travel saya kali ini agak lain dari yang biasa saya tulis. Itu tujuan saya berblogging, saya akan tulis apa yang saya rasa, sama ada baik atau buruk.

Terpulang kepada anda untuk menilainya ya…

Sebaiknya jika hendak bercuti pastikan anda membuat persediaan.

Sumber http://www.akmaomar.com