iDAN

07 Mac 2006

Suram 6 Februari xii Dukun



7.3.2006

- Dukun handal? Emm payah aku nak percaya, masa Kak Mila tinggalkan aku dulu, memang aku ada juga pergi cari dukun-dukun ni. Tapi nampaknya hati Kak Mila itu kebal, pakai dukun apa pun tak pergi. Memang aku pernah terjumpa ayat bahasa jawa "Wong Kuning..." dia nuntutnya dengan Atoknya.(Ejaan Bahasa Baku Atuk)

Atoknya memang Dukun Jawa yang handal. Aku pernah berbalah dengan Atoknya kes ilmu yang Kak Mila nuntut itu. Apa benda wong kuning itu, rupanya wong itu bermaksud orang; apa benda orang kuning... Bagiku rona kuning adalah lambang pemujaan syaitan & perkara ghaib. Sebagai contoh, amalan menjamu pulut kuning, kain balutan pusaka lama, seperti keris lama, selalu dibalut kain kuning & raja-raja yang majlisnya banyak guna kain kuning. Daulat sultan & raja zaman dulu memang terkenal dengan keramat & kuatnya.

Dia kata tak ada apa-apa dengan ilmu yang Kak Mila amalkan tu. Kemudian Atok Mila ajak aku ke rumahnya. Atok Mila ada tunjuk satu beg kecil, penuh dengan gambar orang yang pernah berubat dengannya. Kira macam ilmu pengasih, ilmu penunduk, tak ubah bagai kes pemujaan; muka orang cina, India & Jepun pun ada.

"Atok Mila dah meninggal kalau tak boleh kita cuba berubat di sana."

"Aku macam yakin isteri aku itu kena buatan, rasa tak percaya dia boleh abaikan rumah tangga, lupakan anak, lupakan suami dalam sekelip mata macam ni... Kau bayangkan iDAN, aku nak sentuh diapun dia tepis aku. Mana lagi nak bersama. Payah sangat kau carikan aku janda iDAN... boleh iDAN!...?"

"Ish... kau bior bebetoi Nasha, cari janda, kejar janda! dalam keadaan rumah tangga kau macam ini bukan jalan penyelesaian. Lagi haru-biru rumah tangga kau nanti. Kau berchit-chat ...tu takkan tak jumpa seorang jandapun."

"Aku tak pandai mengayat lerr iDAN, aku tahu kau handal dalam bab mengayat ni...ramai orang cakap kau ramai simpan janda."

"Bior bebetoi Nasya, mana ada janda yang giler kat aku, bila pulak aku simpan janda. Kau tahu kes janda iZAN dari Pantai Remis tu kan? Kes janda iZAN itu pun bukan aku simpan, kau tahukan siapa orang yang simpan; Sampai aku putus saudara dengan orang tu. Dia kawan baik kita juga. Janda itu yang datang malam-malam bukan aku simpan janda Nasha oii!. Tapi masa itu kau tahukan... Jaga semua rapat dengan aku, Rahman Sudan pun ada tiap kali janda itu kat bilik aku. Lagi yang mereka kata aku simpan janda tu.. janda mana?"

"Kau kata kau ada janda kaya yang dari Teluk Intan tu? Siapa iyer namanya aku lupa; Itu yang lagi seorang yang kau kata suaminya gantung dia tak bertali, yang pernah Tukun terserempak kau berdua di Makmal Tanah itu."

"Ya Allah ... sapa yang cerita ni Nasha? Banyak sangat kau tahu?"

"Adalah... "

"Sapa? Tukun? Jaga?"

"Tak elok lerr aku cerita, tapi aku tahu kau mesti boleh tolong kenalkan aku mana-mana janda."

"Nak buat apa dengan janda tu Nasha, nanti akan datang masalah lain pulak, lagi huru-hara."

Janda Teluk Intan itu mungkin arwah Nasha maksudkan Mala, sekarang dah putus hubungan pun dengan aku. Memanglah Mala pernah datang makmal & balik lewat malam hingga 2:00 pagi. Tapi ada Pengawal Keselamatan temankan aku, aku yang ajak Pengawal Keselamatan tolong temankan aku takut terjadi perkara buruk. Takut kena tangkap basah pula. Sampaikan Pengawal Keselamatan; Azman namanya, jatuh hati dengan janda itu. Tiap hari asyik tanya bila Mala nak datang lagi. Sayangnya perhubungan kami terputus mungkin Mala dah kawin lagi, masa dia pernah rapat dengan aku, dia baru saja bercerai kali ke dua, suami pertamanya meninggal dunia sakit kanser, suaminya kedua bercerai sebab penagih dadah. Mungkin Mala itu yang arwah mahu aku kenalkan.

Yang Tukun terserempak itu pula dah kawin dah, Sia namanya; dia tinggal satu blok dengan Abg Ali yang aku cerita dalam coretan aku tempoh hari. Aku dah tiada apa-apa hubungan lagi dengan dia. Kak Mila pun tahu perhubungan aku dengan dia. Malahan pencuci yang kerja satu ofis dengan Kak Mila pun tahu bagaimana bahayanya sesiapa berhubung dengan Sia itu. Kenapa pula Arwah Nasha beria-ia nak aku kenalkan dengan janda?... Emm buang tebiat ke dia ni? Desus hatiku.

"Aku nak cari kawan saja lerr iDAN, bukan aku nak nikah dengan janda itu. Lagipun aku masih sayangkan isteri aku itu. Aku cuma rasa terbiar bilamana aku tidak diperdulikan. Itu yang aku berharap sangat iDAN carikan dukun yang dapat mengubat isteri aku itu."

"Memang ada seorang dukun yang pernah aku pergi, rumahnya dekat Batu Cave, dia memang sah menggunakan jin untuk memuja seseorang; Contohnya jika isteri lari rumah dia boleh puja dengan menggunakan pakaian isterinya; baju yang memiliki kolar. Dengan menulis ayat al-Quran di kolar baju; Pada malam Jumaat baju itu kena ditinggalkan semalaman di rumah dukun tersebut. Dengan menyeru nama perempuan atau isteri pada lewat jam 1:00 pagi, jika pemujaan itu berhasil pasti lelaki atau suami yang ingin memuja perempuan tersebut akan terjaga malam biar tengah tidur nyenyak. Terbangun bilamana terdenting di telinga bunyi nyilu seperti seseorang mengetuk paku di tiang."

"Apadia?... bunyi paku?; Cam mana kau tahu semua tu?"

"Itu kisah lama lerr Nasha, tak perlulah aku cerita segalanya; tapi bilamana datang semula pada hari esoknya; Memang aku terkejut beruk, pada kolar baju tersebut ada paku tercucuk. Mungkin malam sebelumnya aku terjaga jam 1:00 pagi itu atas pemujaan dukun tersebut yang menggunakan paku. Handalkan dari jauh boleh mengejutkan pasangan dengan detingan paku yang dipuja oleh dukun tersebut."

Aku menceritakan sedikit pengalaman hidupku, bagaimana dukun itu di rumahnya memuja baju & paku. Dalam waktu yang sama aku di rumah boleh terjaga. Lewat jam 1:00 pagi bunyi bagaikan ada orang mengetuk paku di tiang rumahku. Bukankah itu namanya pemujaan, guna jin tentunya!.

"Nak buat macam mana dengan baju & paku tersebut?."

"Pesan dukun itu, nanti apabila balik ke rumah, pakukan baju tersebut di Tiang Seri."

"Rumah di bandar mana ada Tiang Seri."

"Kalau tak ada Tiang Seri pakukan saja di tiang bilik rumah, seeloknya bilik utama, tempat kita selalu tidur. Adalah ayatnya yang dia suruh bacakan; siap dia suruh selawatkan Nabi lagi. Habis saja baca ayat & selawat Nabi ketuk paku tersebut; janganlah kuat sangat sampai terbenam; buatlah berulang-ulang; Ketuk & ketuk lagi, seeloknya pada pertengahan malam, pasti perempuan atau isteri yang jauh tak akan dapat tidur. Teringatkan kita & terpanggil dengan pemujaan tersebut; Akan kembali ke rumah, kalau perempuan itu anak dara pasti gila angau kat kita .... Emm tapi kau tahu Nasha perkara tersebut boleh jadikan kita syirik; perantaraan dukun, baju, paku & ayat apatah! untuk menambat hati orang kita sayang."

"Itu ikhtiar iDAN"

"Ikhtiar lain ada Nasha; Bagi aku, Nasha lebih baik banyakkan sembahyang hajat, minta tolong secara langsung ke hadrat Allah S.W.T. itu yang aku amalkan bilamana aku susah hati; Apatah lagi ketika kau sendiri tahu yang aku pernah ditinggalkan oleh Kak Mila hampir setahun. Buatlah sembahyang hajat berterusan, seeloknya ketika tengah malam; tak kisah lerr kalau siang sekalipun. Pintalah agar Allah eratkan kasih sayang suami isteri. Dukun itu perantaraan; macam kes aku cerita tadi, memang sah dia guna jin. Takut pulak dalam pandangan Islam kita menjadi syirik bila kita minta pertolongan dia. Perantaraan dengan jin."

"Aku nak mencuba iDAN, dari aku terusan dihambat resah begini. Aku teringin nak tenguk anak-anak aku kembali riang bersama emaknya. Pun yang penting aku; aku memang tidak mahu kehilangan isteri aku. Kalau aku biarkan Ani tu terusan melarat, apa akan jadi dengan rumah tangga aku. Aku mahukan rumah tangga aku kembali bersatu. Amal ibadat aku tak sebanyak mana iDAN, mungkin Tuhan tak rapat dengan aku... apa salahnya jika ada orang yang rapat dengan Dia kita pinta dia sampaikan hajat aku. Bukan aku nak suruh dukun tunaikan hajat aku!. Apalah kuasa dukun tu...Semuanya izin Tuhan juga kan?.. Aku sedar dalam segi amal ibadat aku memang kosong!"

"Jangan cakap begitu Nasha, amal ibadat itu perkara ghaib, kita sendiri tak tahu keintiman kita dengan Ilahi sejauh mana. Amal ibadat kita penuh atau kosong, itu urusan Dia Nasha. Kita cuma dapat berharap, jangan putus harapan, sebab doa kita itu boleh menukar takdir, kita kena yakin itu. Tak baik kita berserah diri saja tanpa berusaha beramal."

"Emm! jadi kau tak bolehlah tolong aku?."

"Bukan tak boleh Nasha, aku takut aku dapat dosa kering, bersubahat."

"Tak sampai ke situ iDAN, ini kemahuan aku!... kut... cara itu ada kebaikan demi keluarga aku."

Aku memang putus dalihan; Arwah Nasha bersungguh-sungguh nak mengubat isterinya agar kembali pulih seperti dulu, kembali ke rumah, kembali menguruskan anak, kembali menyintai dia .. tapi dengan melalui dukun.

Aku berkeyakinan Allah Azza Wa Jalla akan memberikan pertunjuk kepada siapa yang dia sayangi. Allah Azza Wa Jalla yang akan menyatukan hati kita, diri kita, badan kita, batin kita, jiwa kita, raga kita, pun cinta kita; Segala-galanya adalah ketentuan Dia, Dia yang menjadikan kita maka Dia yang akan menguruskan soal hati sesama kita. Aku tak mahu ada dukun, ada bomoh, ada perantaraan yang akan mengambil kesempatan ketika sesak lara begini. Aku boleh terima jika arwah nak jumpa Harun Din, aku rajin ke Darul Syifa itu. Aku boleh tolong hantarkan dia ke sana, tapi bukan dukun apatah lagi bomoh.

"Cam.. nilah Nasha."

Emm aku saja nak menyedapkan hati Arwah, aku sengaja berjanji dalam keterpaksaan.

"Nasha, yang kenal rapat dukun itu Abg Ipar aku, aku sendiri tak ingat jalan nak ke rumah dukun itu. Masa Abg Ipar aku buat kerja Kereta Sewa, memang bilamana ada penyewa yang tak pulangkan kereta dia gunakan khidmat dukun yang sama. Memang penyewa tersebut tak senang duduk, mesti akan pulangkan kembali kereta sewa tersebut. Memang handal dukun itu Nasha. Nantilah raya nanti aku selalunya mesti ke rumah Abg Ipar aku di Taman Seri Gombak itu, memang tak jauh dari rumah dukun tersebut, dekat Batu Cave. Aku akan cerita masalah Nasha pada Abg Ipar aku, mesti dia akan boleh tolong tunjukkan rumah dukun tersebut."

"Terima Kasihlah iDAN, kau jangan lupa tau!"

- bersambung!

(Isyam ajak makan jap, selesa makan di Fakulti Bahasa Moden, harap2 ada ulam tenggek burung, atau pucuk selasih, emmm musim durian ini ntah2 ada sambai tempoyak)

Tersiar DiTokeiKedai Jun 08, 2006 - 12:51 AM by iDAN

Posted on 7.3.2006 at 1:28 AM

Klik Suram xiii