Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

21 November 2012

WARKAH UNTUK HELMI


Suara Keadilan (SK) Keluaran 14 November sy ada baca puisi sahabat baik sy Ustaz Adid...

Masa tak menyebelahi kita; semalam sy berkejar ke kedai yang simpan akhbar lama; katanya baru sejam tadi pihak pengedar SK ambil akhbar mereka tu: yg sempat sy tenguk cuma 14 November; mungkin tarikh sebelum itu ada puisi Helmi; tak pasti.

Nak jadi malang kapcai sy sangkut sebelah kedai akhbar tu; gara-gara ke Kajang tunggangi ia; kapcai sy tu mmg lama tersadai tak dibawa jalan jauh. Sedari rumah mmg susah hidupkan enjinnya teringatkan Helmi minta tengukkan karya; hatta beranikan jua perah kapcai tu. Tak ada pilihan bengkel konon nak tolong kaum india punya bengkel sebelahnya ada bengkel cina tanya lam pencucuh/plug Yamaha SS pun dia tak ada. Mana larat nak tolak moto tengah hari panas terik eh.

Dah tukar plug baru beli kat bengkel india; agak jauh menapak masih tak boleh hidup enjinnya; jauh juga kena tolak moto ke kedai india tu. Ada kedai cina yg bagus jujur di Sungai Chua jauh dari situ. Alahai duit org pesara mana ada banyaknya; ada sekitar RM50 sahaja dalam poket. Di bank pun sy dah korek abis; takkan nak korek ASB. India tu minta RM120; tenguk cara dia kerja dah tahu; TERKENA sy. Belum apa hal dah terburai semua kapcai antik sy.

Di Jenaris sy ramai kena pomen moto. Pergi Kajang sekitar jam 1:00 tengah hari duit tak cukup terpaksa tunggu Afiz balik sekitar jam 6:00 petang; bayangkan tunggu bas ke Jenaris sekitar 2 jam lebih menunggu (agaknya ada sekitar 10 tahun lebih tak pernah naik bas awam); giler betul jadual bas ke Jenaris. Pening loya tak tahan asap kenderaan tepi jalan tu. Gelisah amat menunggu bas. Sudahlah tak bawa topi rambut sy mak aii panjang tak terurus tambah pening kepala; pasti orang tenguk mengumpat orang tua sasau mana ni sesat di Kajang.

Sekitar jam 5:00 petang baru sampai Jenaris. Bila tanya kawan yang memang lama buka bengkel moto; (Sekarang pomen di Raja Bengkel Kereta sebelah rumah) katanya koil untuk api dari sebelah CDI tu cuma RM50 termasuk upah. Bila bawa Aziq tolong bayarkan. Emm india ni kasi kos: RM150; maknanya sekitar RM100 dia kenakan sy. TERSEMBELIH.

Balik rumah pergi kedai mamak terhibur hati top-top puisi sy terbit lagi di Suara Keadilan; tapi susunan ayatnya TERPAKSA pihak editor ubah sebab ruang puisi amat kecil. Harap-harap pembaca faham apa yang sy tulis. Terima kasih Suara Keadilan yang intim dengan sy & kena waktunya menghiburkan hati sy yang mmg tengah GUSAR.

India tu siap berpesan agar sy datang lagi ke bengkelnya: emm sanggupkah?.

Malam tidur nyenyak dah penat amat.
 
Dari dinding FB
 
sy  = saya