Salam ialah mengucap السلام عليكم.
Dalil firman Allah تعالى :
ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مباركة طيبة كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تعقلون
Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.
Hadis Nabi صلى الله عليه السلم
عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز
Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.
Rukun salam:
- Orang yang memberi salam.
- Orang yang diberi salam kepadanya
- Lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawabnya.
Syarat orang yang memberi salam
Islam dan mumayyiz.
Ertinya apabila memberi salam oleh seorang islam sekalipun kanak-kanak yang mumayyiz wajib menjawab salam.
Syarat orang yang menerima salam:
Islam, mumayyiz dan baligh.
Ertinya harus memberi salam kepada kanak-kanak mumayyiz.
Dan wajib orang yang baligh menjawab salam kanak-kanak mumayyiz.
Syarat bagi ucapan salam
- Mestilah berlafaz pada memberi salam dan menjawabnya.
- Mengeluarkan suara serta memperdengarkan salam ketika memberi salam dan menjawabnya.
- Hendaklah berhubung antara memberi salam dan menjawabnya.
Ucapan memberi salam
1. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته . dengan lafaz ramai (kamu) dalam bahasa arab (كم) sekalipun orang yang diberi salam seorang sahaja.
2. السلام عليكم (kesejahteraan itu di atas kamu)
3. السلام عليك (kesejahteraan itu di atas engkau)
4. سلام عليك (sejahtera di atas engkau)
Ucapan menjawab salam
- Ucapan menjawab salam yang afdhal وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai, sekalipun orang yang memberi salam hanya seorang.
- وعليكم السلام
- وعليك السلام
- عليكم السلام
- السلام عليكم ini sama dengan lafaz memberi salam
- سلام عليكم
Hukum memberi salam dan menjawabnya.
Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.
Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.
Ucapan salam antara dua lelaki
- memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
- memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
- memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.
Ucapan salam antara dua orang perempuan
Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.
Ucapan salam antara lelaki dan perempuan
- Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
- Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
- Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
- Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
- Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
- apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
- harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.
Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa
- Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya
- Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.
Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak
- Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.
- Sekiranya orangyang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.
Ucapan salam antara orangyang boleh bertutur dengan orang yang bisu
- Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.
- Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.
Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.
Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.
Salam antara muslim dan kafir.
Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.
Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafasوسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.
Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir
Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.
Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita
Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.
Wajb orangyang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.
Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:
- sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)
- sedang jimak.
- sedang istinja.
- sedang minum.
- sedang makan.
- sedang tidur.
- sedang mengantuk.
- sedang sujud.
- sedang sembahyang.
10. azan.
11. ikamat.
12. di dalam bilik air.
Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.
Adab memberi salam
Hendaklah yang memulakan memberi salam:
Kanak-kanak kepada orang dewasa.
Orang sedikit terhakap orang yang banyak.
Orang yang dating terhadap orang yang duduk
Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki. والله اعلم
Dikirim dalam Bahan Ilmiah
almalakawi
Darim Blog http://kepalalabuchi.blogspot.com
Tanda - tanda KIAMAT |
” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dan merata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib,
“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W,
“Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain
daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”
Mari kita tambahkan ilmu dengan hadis dibawah lagi:
(Sekiranya hadis di bawah mempunyai kesalahan harap dimaafkan )
Di antara tanda-tanda kiamat:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1) diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” - Sahih Bukhari.
~ dah mulai kan?…
(fyi, hari ini kaum militan Yahudi sedang berusaha mengepung dan membakar masjid Al Aqsa. Palestina sedang mempertahankan. Mari kita berdoa berdoa utk kejayaan dan kemuliaan Islam).
2) Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keledai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - Sahih Muslim.
~ Dah tampak kan?…
3) Bermaharajalela alat musik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda
menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (musik) & penyanyi2 wanita” - Ibnu Majah.
~ S’pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Audition, Jom Heboh dan macam-macam lagi.
4) Menghias masjid & membanggakannya.“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” - H.Riwayat Nasai.
~ terlihat sudah masjid2 besar tanpa jamaah…
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.” - H.Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ Ada anak tak mengakui orang tua karena malu. Isteri pula memandang aib terhadap suami lantaran suami sakit kronik & semakin boroi.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di
muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” - H.Riwayat Ahmad.
~ Boleh kita hitung berapa ulama besar yang tinggal.. .
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin
Luka’ (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - H.Riwayat Thabrani.
~ George bush, pemimpin yang kurop, Ulamat lebih menjaga periuk nasi dari hukum-hakam.
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” - H.Riwayat Ahmad.
~ Terkadang sesama muslim kenal pun tak bertegur sapa…
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
~ Pakaian zaman sekarang ini (tube, spaghetti strap, g-string & ll)
10) Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - H.Riwayat Thabrani
~ Tak percaya lihat saja sendiri…
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan
membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” - Sahih Muslim.
~ Cuba baca majalah2 yang popular sekarang ini…
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang-nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” - H.Riwayat Ahmad.
~ tengok peperangan di Iraq.
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2″ - Sahih Muslim.
~ Dubai dah turun salju… Mina dah kena banjir.
Dari Blog : http://mangx7.multiply.com/