iDAN

14 Februari 2012

Mayat mendiang Whitney Houston akan disemadi Sabtu ini


2012/02/15
NEW YORK: Mayat mendiang diva pop, Whitney Houston akan disemadikan Sabtu ini selepas majlis pengebumian tertutup di gereja New Jersey, tempat penyanyi itu mengasah bakat menyanyi dalam kumpulan koir.

Berikutan itu, ribuan peminat Houston tidak dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir memandangkan keluarga mendiang tidak bersetuju mengadakan majlis memperingatinya selama dua hari di kompleks sukan Newark.

"Majlis pengebumian akan diadakan pada jam 12 tengah hari Sabtu ini di Gereja New Hope Baptist," kata jurucakap pihak pengendali pengebumian di Newark. - AFP

Whitney Houston meninggal dunia : lemas dalam bilik mandi

LOS ANGELES: Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston, mati dalam bilik hotel disewanya selepas sekian lama bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol, semalam.

Berusia 48 tahun, Whitney ditemui lemas dalam tab mandi oleh pengawal peribadinya.

Menurut sumber, turut ditemui di bilik hotel itu, beberapa botol mengandungi ubat.

Katanya, paramedik berusaha menyedarkan penyanyi terbabit tetapi dia akhirnya disahkan mati pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.

Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 19, dilaporkan menjerit-jerit dan bertengkar dengan polis yang enggan membenarkannya masuk ke Hotel Beverly Hilton untuk melihat mayat ibunya.

Rakan sepupu Whitney, Dionne Warwick, yang turut bergegas ke hotel itu berkata, Bobbi “tidak dapat dipujuk” sesiapa.

Setakat ini, punca kematian Whitney belum diketahui.


DIANGGAP antara penyanyi bersuara paling merdu, Whitney berjaya merangkul banyak anugerah, termasuk Grammy sepanjang pembabitannya sebagai artis.

Sumber berkata, tiada ubat larangan ditemui di suite tingkat empat hotel berkenaan, tetapi petang kelmarin, Whitney dilihat berfoya-foya berlebihan, selain mabuk dan berborak dengan kuat di lobi.

Ketika mayat penyanyi itu diusung ke ambulans, beberapa ela dari situ, sejumlah selebriti, termasuk Britney Spears dan Kim Kardashian mengambil bahagian dalam majlis parti menjelang Anugerah Grammy di hotel sama.

Whitney sepatutnya hadir di majlis yang dianjurkan mentornya, Clive Davis.

Suasana parti itu bertukar apabila Davis memberikan penghormatan kepada Whitney sebelum berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan muzik.” Selebriti turut memberi penghormatan kepada Whitney sepanjang malam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutig Grammy, Neil Portnow, berkata majlis itu sama sekali tidak akan dibatalkan.

Menganggap Whitney sebagai rakan, Portnow berkata, Jennifer Hudson akan mengadakan persembahan di majlis anugerah itu hari ini untuk memperingati penyanyi terbabit.

Berita kematian Whitney mendorong ramai tokoh terkenal turut memberi penghargaan terhadap penyanyi yang terkenal itu.

Menurut Simon Cowell, Whitney adalah “diva sebenar” dan seorang daripada penyanyi memiliki suara terhebat pernah didengarnya.

Rihanna pula berkata, dia menangis apabila mendapat tahu kematian Whitney, manakala Mariah Carey terlalu sedih kerana kehilangan seorang kawan.

Mitch Winehouse, bapa Amy Winehouse - penyanyi yang mati akibat ketagihan dadah tahun lalu - berkata muzik Whitney dan anaknya akan kekal selamanya.

Sumber tidak disahkan berkata, Whitney ditemui bersendirian dalam tab mandi dan mungkin mati akibat lemas.

Jurucakap polis mengesahkan, mereka menerima panggilan dari hotel itu pada jam 3.43 petang dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian. - Internet

Undang-undang bersara umur 60 tahun bagi swasta akan dibentang

Posted on December 16, 2011, Friday

MELAKA: Rang undang-undang mengenai had umur persaraan 60 tahun bagi sektor swasta akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang, jika perkara itu diterima wakil majikan dan pekerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pada masa ini perkara tersebut masih dalam perbincangan di antara Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MUTC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

“Ini adalah satu rancangan kementerian (untuk umur bersara pekerja swasta dilanjutkan 60 tahun) dan kita masih dalam proses menggubal rang undang-undang itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen ke sembilan Kolej Antarabangsa Melaka (KAYM), di sini semalam.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa umur persaraan pekerja sektor swasta akan dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun, selepas mendapat sokongan MTUC dan MEF.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata, pada masa ini had umur persaraan sektor swasta tidak ditetapkan daripada segi perundangan.

“Umur bersara mereka terpulang kepada majikan yang mempunyai pendirian masing-masing dalam isu itu,” katanya.

Beliau berkata, rang undang-undang itu mengambil kira jangka ha-yat penduduk negara yang kini me-ningkat kepada 75 tahun.

“Bermakna seseorang itu pada umur persaraan 55 tahun, masih mempunyai 20 tahun kehidupan untuk mereka aktif dan bila tidak lagi bekerja akan menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Beliau berkata, apabila diluluskan kelak, rang-rang undang itu juga akan memberi perlindungan kepada pekerja swasta. Pada majlis itu, seramai 410 graduan menerima ijazah, diploma dan sijil. — Bernama