Ramai yang keliru dengan pelbagai jenama air 
mineral yang ada di pasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu yang mana yang 
harus saya pilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya 
berdasarkan deria rasa di hujung lidah saya.
Air mineral yang ‘sedap’ diminum, tiada rasa payau, maung, segar : itulah jenama 
pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mempunyai 
kandungan mineral yang sama.
Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih 
air mineral. Apatah lagi jika air yang berisipadu 500ml dibayar dengan nilai 1 
ringgit. Bayangkan kalau ada pengilang yang hanya mengambil air paip dan 
membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang dikeluarkan tidak 
berbaloi.
Sebenarnya derai lidah kita dapat rasa air paip atau air mineral jika kita memang selalu minum air meniral. Cukuplah kalau kita makan di restoran cuba buat pesanan air suam atau ais kosong; selalu kita dapat agak ini air paip atau air bertapis. Sering berlaku rasa sabun sebab restoran ini terlampau nak jimat air. Sudah namanya berjimat mahukan mereka kasi kita air mineral yang okey atau air bertapis.
Perbincangan ini menjurus kepada kandungan 
mineral yang sepatutnya ada dalam air mineral.
Apa sebenarnya air 
mineral?
Di Malaysia semua pengilang yang mempunyai lesen 
membotolkan air mineral tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh 
Kementerian Kesihatan di bawah Akta Makanan 1983 dan 
Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Akta ini mewajibkan semua pemilik lesen 
menyatakan punca air dan  keputusan analisis air dari makmal yang diluluskan. 
Ini termasuklah analisisa mikrobiologi setiap tiga bulan, analisis kimia setiap 
enam bulan dan analisis radioaktif yang dilakukan setahun sekali.
Selain itu, pengilang diwajibkan menggunakan 
penutup botol berwarna kecuali putih. Ini adalah untuk membezakan antara air 
mineral semulajadi atau air minuman biasa.
Air mineral di Malaysia didapati dengan dua cara. 
Pertama air yang berasal dari 
bawah tanah yang dikorek dan dipam naik, dan akan melalui proses penyulingan. 
Kemudian air itu dibotolkan.
Air ini mengandungi beberapa mineral semula jadi 
dari dalam tanah. Proses penyulingan ini menggunakan beberapa langkah penapisan 
bertujuan membuang kuman dan bahan-bahan asing. Ianya boleh dikenali dengan 
warna tudung botol yang berwarna.
Oleh itu pengilang mesti menyatakan punca air 
secara jelas dan cara pemprosesannya.
Sebagai contoh saya mengambil satu jenama air 
mineral ”MELODIES”. Pengilang menyatakan pada labelnya ‘AIR MINERAL SEMULAJADI’ 
dengan isipadu minima 500ml.
Pengilang menyatakan alamat kilang dan 
pengedarnya. Di samping itu, sumber air dinyatakan dengan jelas “Lot 919 Mukim 
Batang Kali, Daerah Hulu Selangor, 44300 Selangor”
Proses yang digunakan juga dinyatakan ”Air 
Mineral Semulajadi ini diperolehi dari mata air sedalam 320 kaki dan diproses 
melalui teknologi penapisan dan pensterilan ultraviolet yang moden.”
Kandungan mineral juga tertera di label. Ini 
adalah contoh perlabelan yang baik.
Cara kedua ialah dengan menggunakan air 
paip yang disuling. Dalam proses itu beberapa elemen mineral ditambah pada air 
paip. Namun setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria 
dan bahan kimia dalam air, kadar mineral dalam air juga dikurangkan. Ia boleh 
dikenal dengan warna tudung botol yang berwarna putih.
Terdapat pelbagai jenama air mineral di pasaran. 
Air mineral seharusnya mengandungi bahan-bahan mineral  dengan kadar 250 ppm, 
sama ada yang ditambah atau diperolehi secara semulajadi.
Air mineral seharusnya mengandungi:
1. Magnesium
Ia diperlukan untuk mengawal pengecutan otot, 
pengaliran impulse saraf, dan mengaktifkan enzyme yang 
menghasilkan tenaga. Struktur tulang memerlukan magnesium. Magnesium juga perlu 
dalam mengembangkan saluran darah bagi mengelakkan serangan sakit jantung.
Mereka yang tidak mempunyai cukup elemen ini akan 
mudah merasa nervous, hilang tumpuan, pening, sakit kepala dan 
migraine. Air mineral selalunya mengandungi bawah 20 mg/l magnesium di 
dalamnya.
2. Kalsium
Orang dewasa memerlukan kira-kira 800mg kalsium 
setiap hari. Kalsium diperlukan untuk menguatkan struktur tulang, gigi dan 
selaput sel.
Kalsium juga mengawal pengecutan otot dan 
pengaliran impulse dalam saraf. Pereputan tulang 
(osteoporosis) dan patah tulang juga disebabkan oleh kekurangan 
kalsium. Selalunya kandungan kalsium dalam mineral water ialah kurang 100 
mg/l.
3. Potassium
Dua hingga empat gram biasanya diperlukan dalam 
sehari. Seperti mana kalsium dan sodium, potassium juga diperlukan untuk 
pengecutan otot, dan penghantaran impulse saraf. Jika potasium kurang 
dalam badan, ia menyebabkan tubuh akan menjadi lemah dan mudah penat. Biaanya 
kandungan potassium kurang dari 5 mg/l dalam air mineral.
4. Sodium
Jumlah yang biasa diperlukan ialah 3 gm sehari. 
Fungsinya juga serupa dengan kalsium, potasium iaitu penting untuk pengecutan 
otot dan pengaliran impulse. Dalam air mineral mengandungi antara 10-1,200mg/L 
sodium.
5. Sulfate
Sulfate membantu perkumuhan dan penyahtoksinan 
(detoxification) dalam hati dan membantu merangsangkan pengeluaran 
hempedu. Ia penting bagi pergerakan usus (peristalsis). Kebanyakan air mineral 
yang dibotolkan mengandungi kurang dari 100 mg/l sulfates.
6. Bikarbonat
Ia penting untuk menstabilkan pH cecair dalam 
badan. Ia juga boleh didapati dalam perut. Apabila kita terlalu penat, asid 
laktik akan terhasil dan dineutralkan oleh bikarbonat. Kandungan bikarbonat 
antara 50-200 mg/L dalam air mineral yang dibotolkan.
7. Elemen mineral yang lain
Selain dari mineral-mineral tadi, tubuh kita 
memerlukan beberapa elemen mineral yang lain, antaranya iron (zat 
besi), iodine, copper, fluoride dan 
zinc. Ia diperlukan hanya beberapa milligram. Namun kadang kala 
elemen ini tidak ada dalam air mineral.
Oleh itu harus dipastikan sama ada air itu 
benar-benar mengandungi mineral asas. Antaranya kalium, magnesium, sodium, 
 potassium, chloride dan sulphate.
Air mineral juga digunakan sebagai air mandian 
ketika zaman Roman. Pancuran air di Abano Terme berdekatan Venice 
adalah pancuran air yang hangat digunakan sejak dulu untuk mandian dan 
minuman.
Air paip yang disalurkan dalam paip dalam 
sesetengah negara mempunyai kandungan mineral yang baik. Sebagai contoh Zurich 
adalah bandar yang mempunyai air paip yang baik.
Di Amerika Syarikat, US FDA mengkelaskan air 
mineral sebagai air yang mempunyai sekurang-kurangnya 250 bahagian mineral di 
mana satu juta bahan pejal dilarutkan (ppm). Mereka mewajibkan semua mineral ini 
harus diambil dari air dalam tanah, dan bukannya ditambahkan ke dalam air 
paip.
Semasa tahun 70an saya masih ingat kami se asrama minum air paip sahaja; zaman itu mungkin air paip tidak tercmar; hasilnya kami segar bugar dan ramai yang tinggi lampai. Hasil bahan mineral yang amat bagus dari air paip. 
Oleh itu jangan terperanjat jika terdapat air 
mineral yang agak mahal. Ia haruslah berbaloi dengan sumber air dan cara 
pemprosesannya. Sebelum membeli air mineral, lihatlah dulu labelnya.
Wallahu a’lam
Susunan Penyair iDANRADZi

