Mengurangkan
Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.
Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menggalakkan Pokok Ros Berbunga
Siram pokok bunga ros dengan air cucian beras. InsyaAllah pokok akan
mengeluarkan bunga yang banyak.
Menghilangkan
Bau Petai Di Mulut
Goreng sedikit beras tanpa minyak. Kemudian kunyah beras tersebut
sehingga lumat di mulut dan makan. InsyaAllah, bau petai atau jering
tersebut akan hilang dengan mudah.
Mengilatkan
Emas
Untuk mengilatkan emas, rendamkan emas dengan air asam jawa semalaman, kemudian
gosok dengan ubat gigi.
Baju Terkena
Minyak
Jika baju terkena minyak masak atau sambal, bubuh bedak atau tepung di tempat
yang kena dan biarkan semalaman.
Mengilap Perabut
Lama
Ambil bekas air, isikan lebih kurang satu liter air kemudian masukkan dua sudu
cuka. Lapkan perabut anda dengan menggunakan bahan tersebut dengan kain yang
lembut. InsyaAllah perabut anda akan kembali berseri.
Menghilangkan
Mabuk Perjalanan
Petua 1 : Jika anda mabuk kerana menaiki
kenderaan, anda boleh berbekalkan sebiji limau. Ciumlah limau tersebut semasa
dalam perjalanan, Insya-Allah rasa, meloya anda akan hilang.
Petua
2 : Bancuh air didihan nasi bersama
sedikit gula. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
Menghilangkan
Darah Pada Pakaian
Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena
darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman dan kemudian cuci dan
bilas seperti biasa.
Menghalau Semut Halus
Seringkali bila kita meletakkan barangan terutamanaya makanan ada saja semut
halus yang menghurunginya. Cara mudah untuk menghalangnya adalah dengan
menconteng disekeliling barangan tadi dengan kapur tulis. Dengan demkian semut
halus tidak akan menganggu barangan tadi. Serbuk kapur tulis juga boleh
ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya.
Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke
atasnya. Laplah bahagian luar dan dalam cermin kenderaan anda dengan menggunakan
tuala tadi.
Elakkan Anak Mengigau
Jika anak anda sering bangun dan berjalan semasa tidur jangan risau. Sembelih
ayam jantan dan ambil balongnya warna (Merah) diatas kepala atau dibawah
lalu dimasak , ianya boleh di makan oleh sesiapa saja bersama nasi setelah
dimasak gulai atau digoreng tidak memudaratkan kesihatan tetapi Ayam hendaklah
disembelih halal,dan berilah makan kepada anak anda. Petua ini telah dicuba
dan ternyata berhasil. InsyaAllah.
Pakaian
Terkena Cat
Rendamkan pakaian bersama minyak tanah. Biarkan beberapa jam.
Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
Mengharumkan
Bilik Tidur
Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas-ramas dan pintalkan. Letakkan
ditempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda boleh juga letakkan
beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai. Bilik tidur anda akan
sentiasa harum dengan adanya daun pandan atau limau kasturi berkenaan.
Terkena Atau
Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera
sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak
dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang
terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari. Insyaallah baik.
Air Akuarium
Tahan Lama
Bagi
membuat air akuarium lebih lama bertahan dari selalu ditukar
ganti , masukkan seketul arang bagi menjernihkannya.
Menggemukkan
Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahu ikan bilis lalu diberikan kepada
binatang peliharaan untuk dimakan. InsyAllah, ini akan
menggemukkannya.
Menghindarkan
Tikus
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di
tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus.
Membuat Minyak Urut Kelapa
Ramuannya ialah 3 camca besar halba, 4cm halia, 4cm kunyit
hidup, 3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah dan minyak kelapa dibuat
sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak sehingga
menjadi minyak. Cara membuatnya ialah tumbuk kasar halia, kunyit hidup,
bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga
panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
Melebatkan
Misai dan Janggut
Ambil setengah gelas santan pekat yg dicampurkan dengan 1/4
gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga
dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada misai dan
janggut anda. Hasilnya amat memuaskan.
|
|
Menghilangkan Karat Pada Pakaian
Petua 1 :
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.
Kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. Biarkan
beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
Petua
2 : Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan pakaian
terlebih dahulu. Sapu sedikit kapur pada kesan karat tersebut dan perahkan limau
nipis keatasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.
Menghilangkan
Kesan Kotoran Pada Seterika
Petua 1 :
Gosokkan seterika yang panas di atas sehelai daun pisang.
Hasilnya seterika dapat digunakan semula dengan licin dan
sempurna.
Petua 2 :
Ambil sehelai kertas suratkhabar. Lipat 2 atau 3 hingga ia
menjadi agak tebal sedikit. Kemudian, gosoklah seterika di atas
kertas tersebut berkali-kali. Nescaya seterika kembali bersih.
Mengharumkan
Almari Pakaian
Petua 1 :
Balut kulit limau dengan kain.
Untuk cantik, ikat bungkusan ini dengan riben dan letakkan dalam
almari.
Petua 2 :
Letakkan dua helai daun pandan ke dalam almari tersebut.
Lilin
Tahan Lama
Pada lazimnya kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik
terputus.Tetapi kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair. Jadi untuk
menjadikan lilin ini menyala lebih lama,cubalah anda simpan lilin ini di dalam
peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum anda gunakan. Lihatlah hasilnya
anda pasti kagum.
Suburkan Tanaman
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah
tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi
lebih subur dan hijau.
Digigit Binatang Bisa
Cara menghilangkan rasa sakit digigit binatang bisa seperti lipan, kala jengking
dan sebagainya, cubalah sapukan air perahan tembakau atau biji asam jawa
ke tempat yang sakit itu. Lakukan berulangkali.
Menghalau Nyamuk
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan.
Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang
gelap.
Pakaian
Terkena Dakwat
Petua 1 : Bancuh sedikit susu dengan
sedikit air, biarkan pekat. Celupkan dan rendamkan pakaian yang
terkena dakwat ke dalam bancuhan selama 20-25 minit. Kemudian,
basuh dan bilas seperti biasa.
Petua 2 :
Titiskan air limau yang bercampur dengan garam dan gosokkan
perlahan-lahan dengan tangan. Kemudian, basuh dan bilas seperti
biasa.
Menghilangkan Bau Asap Rokok
Letakkan sedikit hampas serbuk kopi di dalam tempat habuk rokok. Nescaya
baunya akan bertukar menjadi wangi.
Melancarkan Laci
Yang Tersekat
Jika laci almari atau meja anda tersekat-sekat dan sukar ditolak-tarik, ambil
lilin dan gosokkan pada bahagian tepi-bawah laci anda. atau jika laci anda
menggunakan rel di bahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian itu, selepas
itu pasang kembali laci anda dan sorong tarik beberapa kali dan lihatlah
hasilnya. Laci anda pasti akan lebih lancar.
Mengelakkan Muntah
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan sebelum memulakan perjalanan
jauh bagi mengatasi hal ini :
1. Hanya mengambil makanan yg lembut atau cair beberapa jam sebelum memulakan
perjalanan
2. Pilihlah tempat duduk di bahagian depan samada bas atau kereta
3. Jika menaiki bot duduklah di bahagian tengah kerana kurang pergerakan
dan tumpukan perhatian kepada sesuatu objek yang tetap seperti pulau atau
kaki langit dan jgn sesekali berbaring
4. Tarik nafas dan gosoklah sekeliling leher anda atau halkum bagi mengelakkan
rasa mual
Membentuk
Semula Bunga Hiasan Lama
Bunga hiasan lama jangan dibuang. Jika terlalu kotor dan berhabuk ceraikan
dari gubahan dan kocakkan di dalam air sabun, kemudian jemur hingga kering.
Cuba gubah bunga tadi dalam bentuk baru atau guna bekas gubahan yang lain.
Gubahan akan kelihatan baru dan menyerikan semula.
Mengelak
Kain Batik Cepat Luntur
Ambil beberapa helai daun betik dan rebuskan dengan air. Ketika
air rebusan masih panas, masukkan kain batik ke dalam air
tersebut dan biarkan semalaman. Selepas itu, bolehlah dicuci
seperti biasa. InsyaAllah, kain tidak mudah luntur.
Jika Kereta Di masuki Air
Ada masanya tanpa kita sedari kereta kita dimasuki air menyebabkan permaidani
menjadi basah. jika dibiarkan bau yang tidak menyenangkan pasti muncul, lagi
pula kita bimbang akan berlaku kekaratan pada lantai kereta yang pasti akan
memakan belanja yang besar untuk membaikpulih. Jika anda menghadapi masaalah
demikian kami cadangkan anda mencuba petua ini. Keluarkan pelapik getah dan
selakkan permaidani yang basah itu. Letakkan beberapa lapis akhbar lama dan
tutup kembali. Letakkan juga beberapa keping akhbar lama diatas permaidani
sebelum anda meletakkan semula pelapik getah tadi. Gantikan akhbar lama itu setelah 2 hari dan ulangi sehingga anda dapati
kelembapan telah tiada lagi. |
|