iDAN

13 Mac 2008

GANJARAN SYURGA (Agama)

DARI Ibni Umar katanya: Rasulullah (s.a.w.) bersabda katanya: Aku lihat seorang itu berada bebas dalam syurga kerana memotong (membersih) sebatang pokok yang tumbuh di tengah jalan raya dan menghalangi perjalanan orang ramai (riwayat Muslim).

Huraiannya;

Dalam hadis ini, Rasulullah menceritakan mengenai balasan mereka yang melakukan kerja kebaikan untuk kemudahan orang ramai, yang mana balasannya dia akan mendapat syurga dan bergerak bebas di dalamnya.

Kesimpulannya;

Alangkah besarnya pahala balasan yang akan didapati oleh mereka yang bekerja untuk menyediakan kemudahan kepada orang ramai, iaitu syurga.

Utusan

Posted on 15.3.2008 at 6:45 PM