iDAN

22 September 2010

Minyak Gamat punca angkara anak kita Melayu sukar mendapat BM... A semasa UPSR


oleh Idan Radzi pada pada 22hb September 2010 pukul 12.41 ptg

1. Azim keliru dengan soalan BM, soalannya lebih kurang begini.

Ketika perlawanan akhir bola sepak , Stadium Bukit Jalil ..... dengan penyokong pasukan kedua-dua pihak, sepanjang perlawanan stadium sentiasa..... dengan sorakan penonton.

UPSR biasalah dengan jawaban okjektifnya A padat... riuh B dipenuhi... bising C dibanjiri... gamat D dilimpahi ... bergema

Cubalah anda bayangkan ketika anak kita berumur 12 tahun mahu mencari jawapan yang tepat. Aku seorang penyair pun keliru, sebab boleh dikatakan semua jawapan boleh belaka. Soalan Perangkap. Dari pengamatan aku mungkin kut! jawapan yang tepat adalah C.

2. Isu yang timbul bila sebut gamat anak Melayu terbayang Minyak Gamat & pastinya gerun nak pilih ini. Tiap kali ke Pulau Langkawi kita sering jadikan Minyak Gamat sebagai cenderahati. Kaum Cina mungkin sekadar kenal Minyak Cap Kapak atau Tiger Balm. Sebut Gamat mereka akan teruja memahami maksudnya.

3. Bahasa Sukan sering berbeda dengan Bahasa Baku; aku pun tak faham kenapa mesti ada Soalan Perangkap begini yang buatkan anak-anak kita pecah kepala memikirkan jawabannya.

Maka tak hairan lah si Aziq gagal mendapat A dalam UPSR lantaran Soalan Perangkap ini; bak nak main teka-teki. Sedih juga hati ini si Aziq mendapat 4A 1B. Bahasa Ibunda sendiri dia gagal mendapat cemerlang. Aku tak salahkan dia tapi aku tetap mengatakan ada kalangan cikgu tak peka pengaruh Minyak Gamat dalam masyarakat kita.

Aku tetap berdoa Azim sepandai Anif akan mendapat A dalam BMnya.