iDAN

13 November 2010

Warkah Untuk Abg Mansor

  • Idan Radzi
    Memang betul abg Mansor ramai sangat komplen beruk ban celcom itu teramatlah lembabnya; nak buat kerja kalau guna ia memang tak jadi kerja; jadi petapa tunggu bukan main lama!.

    Streamyx kira okeylah; saya pakai yang 512 kbps pun dah kira laju;... nak muatturun lagu atau movie bolehlah tapi kena pandai cari software yang boleh sambung jika talian terputus. Seperti software BitLord untuk muat turun movie di Bittorent.

    Layanan pengguna pun mereka janji 48 jam mesti sempurna...kira boleh bersabarlah. Pasti akan selesai dalam tempoh itu selalunya. Jika guna talian macam abg Mansor cadangkan itu pasti lagi gempak sebab ianya lagi laju...1Mbps mahulah anak saya tak tidur asyik muatturun movie...
    Lihat seterusnya..
    26 minit yang lalu ·
  • Idan Radzi
    Memang PDRM ada unit khas yang memantau blog & apa jua laman web yang anti kerajaan; silap kasi maklumat akan cepat sampainya berita kita kena tangkap... macam kes pemblog yang hina SultanJohor tempoh hari... memang kena kejor.

    Maka itu kalau kita buka blog orang mudah amat kita lihat hari ada esok penulisnya senyap; negara kita bukan bebas bersuara.
    22 minit yang lalu ·
  • Idan Radzi
    Iyesss memang benar itu yang pernah saya mengadu ke biro aduan awam... dulu ada Warkah Untuk PM dalam bab ini... bayangkan jika anak kita dari mula masuk ke pejabat kerajaan jadi ofis boi (Budak Pejabat) sampailah ke pencen macam itu... tetap ofis boi... saya memang kasihan bab ini...Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) jaman kita dulu termpau jumud; pulak tu kesatuan sekerja asyik mementingkan diri.

    Saya masih ingat masa saya mengadu sampai ke JPN dulu... Kepertama terlampau kecut; NC pula kata saya ni tak ikut protokol... memalukan UPM dll...Zul Murai mengalahkan murai lagi... sampaikan nak sekat pencen saya... kalangan mereka tak paham peranan org yang kita gaji di Biro Aduan Awam JPN itu... kita bukan ada kepentingan tapi kita sedih amat melihat anak bangsa kita jadi hamba di negara Merdeka...
    8 minit yang lalu ·
  • Idan Radzi
    Alhamdulillah hasilnya semua dapat durian runtuh... sampaikan yg malas kerja pun dah berubah gila kerja... sy dipanggil ke JPN masa tu... sy berundur sebab dah pencen cuma sy banyak berikan cadangan melalui Warkah Untuk PM itu apa kebajikan... yg boleh dipertimbangan.

    Dalam bab talian internet ini seharusnya kerajaan rajin memantau agar lebih rendah sewaannya. Dulu awal SMS bukankah sampai lebih 10sen satu SMS sekarang dah 1sen... itu sebaiknya.
    8 minit yang lalu ·

  • Idan Radzi Pak Lah gunakan Warkah untuk PM sebagai baiki masalah pegawai kerajaan & membuatkan Biro Aduan Awan di jabatannya bergerak!... sekarang dah tukar PM Dato' Sri Haji Mohd. Najib... guna FB dekati rakyat tetapi ada yang durhaka caci PM di medan terbuka; bila kita klik Halaman Utama FB Dato' Sri Haji Mohd Najib kita itu pasti kita rasa terkilan.
    3 minit yang lalu ·