iDAN

29 Januari 2011

Kematian masih misteri

KUALA LUMPUR: Kematian seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) Jumaat lalu, masih misteri dan kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu maklum balas polis Amsterdam, Belanda berhubung siasatan kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu, mangsa, Chin Sew Lin, 34, ditemui mati di tempat letak kereta Hotel Radisson, dihuninya bersama pramugari lain.


Mangsa dipercayai diserang sebelum dicampak dari tingkat empat hotel berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail berkata pihaknya belum dapat mengulas lanjut berhubung kejadian itu berikutan masih menunggu laporan daripada polis di Amsterdam.


“Kita (polis) tidak mendapat sebarang maklum balas dari sana lagi. Namun, kita difahamkan polis Amsterdam sudah menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kita berharap ia akan siap dalam tempoh terdekat.


“Setakat ini masih belum ada perkembangan terbaru dan saya tidak mahu mengulas lanjut berhubung kejadian itu,” katanya ketika sidang media di Pusat Beli Belah Summit, Subang Jaya, di sini, semalam.

27 Januari 2011

Tanah ooo Tanah (Singgahsana)

Tetiba tadi aku dikejutkan oleh panggilan dari waris sebelah arwah Apak. Ingin menuntut hak milik tanahnya. Ianya adalah bekas isteri yang aku kenali sebagai Abg Boi; menurut kata Kak Nomie Abg Boi ini adalah salah seorang anak saudara arwah Apak (pangkat Abang Saudaraku). Abg Boi ada tiga beradik; anak kepada abang yang tua dalam adik beradik arwah Apak. Setahu aku hanya arwah Apak hanya ada empat beradik. Bagaimana pula tiba-tiba muncul lagi seorang adik beradik. Mungkinkah Atok Abadul Rahman ada isteri yang lain.

Sebahagian tanah arwah Apak telah hilang hak milik; aku sekadar dapat menyelamatkan sekitar separuh sahaja tanah milik arwah Apak. Bayangkan setelah hampir 20 tahun arwah Apak pergi; baru muncul mereka ini. Sebelum ini arwah Apak pergi katanya abg Boi ini sering datang ke rumah minta pelbagai hasil tanah. Sedangkan semua tahu; segala belanja pengurusan tanah arwah apak yang biaya. Dari segi hasil tanam pokok getah; buat dusun semuanya dari titik peluh arwah Apak. Bayangkan di geran tanah ada telah dipecah lotnya sejak tahun 1920an lagi. Emmm! sekitar 90 tahun lalu dari arwah atuk kemudian diikuti arwah Apak. Adik beradik tak pernah pun ambil tahu.

Sekitar tiga tahun lalu dalam bualan aku dengan arwah Kak Sala; dia pun mengatakan mana ada hak lagi waris yang lain; arwah Apak telah pun bayar semua nilai tanah tersebut. Tanah itu telah menjadi milik dia sebab adik beradik telah pun dapat bahagian mereka.

"Habis tu saya tenguk Kak Sala, tanah Paya Asap itu masih ramai nama orang lain!"

"Orang lain mana ada haknya lagi; sebab ayah iDAN dah bayar harga tanah tu pada adik beradiknya!"

"Tak ada surat hitam putih payah juga Kak Sala."

"Orang dulu mana ada buat surat hitam putih iDAN, lagi pun adik beradik ayah kau itu tak ada pula nak berebut tanah; sebab itu ayah iDAN tak jual tanah itu; dia anggap biar pun dia yang ambil kuasa; pemegang amanah malahan majukan semua; hasilnya dia sentiasa kasi adik beradik, biar pun adik beradik telah dapat lebih dari harga tanah tu!; lagi pun setahu Kak Sala semua mereka telah punyai hak milik tanah sendiri."

Bila aku telefon Kak Nomie dia pun bercerita hal yang sama!.

"Masa arwah Apak masih hidup iDAN, dia sentiasa jaga masalah adik beradiknya, dia yang buatkan rumah kakaknya Wan Ham di tanah sebelah rumah Pak Alang Kotak, tanah itu sampai sekarang tak ada siapa yang tuntut; cukai tanah itu sejak berzaman arwah Apak yang bayar!" Wan Ham telah meninggal dunai, anak-anaknya pun tiada lagi meninggal dunia semuanya; tinggal cucu. Aku terfikir juga nak tebus tanah Wan Ham ini; sebab memang dulu itu tanggungjawab membayar hasil adalah arwah Apak. Risau amat terlepas ke tangan orang lain seperti tanah Air Hangat.

Aku teringat tanah di Tukang Sidin di mana Wan Wah tinggal, Wan Wah adalah kakak yang paling tua bagi arwah Apak. Tanah Tukang Sidin ini pun aku masih kabaur statusnya. Takkan aku nak tebus semua; anak Wan Wah & cucunya ada lagi. Lagi pun gerannya pun hilang dari peti besi Cap Gajah yang pernah aku cerita sebelum ini. Payah amat nak nebusnya jika cucu-cucunya nanti berebut; nak mengumpul cucunya bagaimana.

Cucu Wan Ham adalah pangkat anak saudara@sepupuku; mana mereka berada pun aku tak tahu. Status tanah Wan Ham ini pun aku masih kabur; dalam geran mungkinkah ada nama arwah Apak & adik beradik yang lain. Samalah tanah di Tukang Sidin.

Berbalik kepada masalah bekas isteri arwah Abg Boi tadi; setelah sekitar 90 tahun tak pernah bayar hasil tanah pun tak pernah keluar modal untuk majukan tanah bagaimana tetiba datang nak menuntut haknya; Jika memang ada hak pun; bagaimana nak mengira jumlah wang cukai tanah yang terbayar. Aku sekadar membayar cukai bagi sekitar 15 tahun; dendanya pun amat tinggi; Aku hanya tebus sebahagian geran tanah & habis sekitar RM6,000 lebih.

Bagaimana pula cukai tanah sepanjang 75 tahun yang arwah Apak biayai. Cukai satu cerita urusan pembangunan tanah yang lain. Lagi pun hak milik tanah dari atuknya (Abdul Rahman) tak pernah pun diambil kuasa atau dibahagikan antara anak-anaknya sebagai harta pusaka secara faraid. Geran terakhir pun tak tahu statusnya. Apakah geran di tangan bekas isteri arwah Abg Boi ini masih boleh digunapakai.

Lagi mengejutkan katanya hak arwah Abg Boi itu ada dalam lebih dari 6 atau 7 geran. Biar bebetul banyaknya geran tanah yang berkait dengan arwah ayahnya; Di tangan aku hanya ada 4 geran sahaja; apakah ada agenda tersembunyi setiap geran pusaka Md Sesh ini.

Jika sah memang ada hak milik buat keluarga Abg Boi ini; pasti ramai lagi berhak akan tanah yang arwah Apak uruskan sebagai pemegang amanah. Jika mahu dibahagikan kepada semua pewaris tinggal berapa luas sahaja buat hak milik arwah Apak yang terpaksa kami bahagikan ke 11 pewaris. Silap-silap cucu arwah atuk Abdul Rahman ini tak pun dapat seluas mana. Emm! nak buat reban ayam pun takkan muatnya jika mahu difaraidkan.

Setahu aku setiap tanah yang status rizab Melayu mana boleh letak satu nama; masa aku ambil kuasa hak milik tanah arwah Emak, nama emak masih tertulis dalam geran; nama aku dimasukkan ke salah satu geran mengikut Hukum Faraid; begitu juga adik beradik yang lain dimasukkan di geran yang lain; dalam kes ini mungkin keluarga Abg Boi ini tak faham kut!; tanah yang mereka andaikan ada hak itu sebenarnya memang tak pernah diambil kuasa; maka itu nama ayah Abg Boi (Abdul Rahman) ada belaka. Takkan semua geran itu mereka nak tuntut?. Jika atuk kami ini (Abdul Rahman) telah pun membahagikan harta pusaka pasti hak milik Abg Boi teramatlah sedikit; tidak punyai hak pada semua geran.

Seumpama tetiba semua anak saudaraku nak semua hak milik tanah, di semua geran yang milik arwah emak! (Opah Kamariah). Pasti kecuh jadinya; sebab hakikatnya; anak saudaraku hanya ada hak milik tanah di mana ada nama ayah@emak mereka tertera di geran sahaja. Itu jelas.

26 Januari 2011

Melaka (Singgahsana)


‎28,29 & 30 Jan ini saya berada di http://www.malacca-hotels.com/philea-resort/

Siapa sekitar Melaka bolehlah kontak saya. Sila klik maklumat saya ada tertera no tel 016 di sana... mana tahu kut kita boleh bersua...

Siti Zuhairah paksu kata nk gi cameron..x jd ekk..gi melaka yer..


Idan Radzi ada banyak progrem terpaksa dipinta; pertamanya nak ke Cameron tapi sebab banyak guna duit nak buat kamar sauna@store di rumah ni.. maka ganti ke Frazer Hill yg bajetnya murah, makcu punya kompeni ada banglow agak murah sewanya. Semua penuh sebab biasalah Raya cina...



Siti Zuhairah tu lah..lawa lah paksu..dlm kayu...siti suka mcm nie...mewah tu...



Idan Radzi Melaka ni dah lama kompeni Makcu kerja nak kasi anugerah khidmat 25 tahun, nampak hotelnya macam menarik... mmg tak pernah menginap di sini lagi.
Nama sahaja 5 bintang terkadang tak semeriah mana banding di Impiana di Cerating tu... Impian Beach Resort biarpun sekadar 4 bintang...

Raya cina nanti dari rabu, khamis & jumaat kami ke PD kami bercuti bersama menantu kami Husna tu cuma; apartment dua bilik milik kompeni tempat makcu kerja.

Jadilah rakan saya di FB mungkin ada komen yang menarik & bagus buat ingat.

23 Januari 2011

Terperangkap


Ramai antara kita terperangkap akan resmi duniawi, semakin hari semakin ramai isteri telah keluar rumah sampai tidak punyai masa meladeni keluarga terutama suami yang semakin terbiar; apatah lagi bila ego melanda terhadap suami yang jauh lebih rendah kedudukan atau statusnya. Malahan ramai antara ulamak moden terlalu taksufkan hak wanita, keutamaan wanita sampaikan mentafsirkan sesuatu yang merugikan kaum wanita atau tugasan seorang isteri itu sendiri.

Cuba amati ini; bagaimana Islam asasnya meletakkan kedudukan wanita di atas muka bumi ini.

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah SWT untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.


Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti di bawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami : Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami : Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah.

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami : Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus.

4. Menghamilkan benih suami : Fadhilat : mendapat pahala syahid.

5. Isteri mandi Junub dengan suami : Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak : Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka serta sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan : Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredaan suaminya terus masuk syurga.

Amati betul-betul, Islam tidak pernah mewajibkan isteri memasak tetapi Islam menjanjikan pahala membuat haji & umrah tiap kali mengenyangkan suami. Namun jika asyik makan luar bagaimana mungkin isteri dapat pahala sedemikian apatah lagi berkira amat dalam berbelanja, asyik mahukan suami keluarkan belanja.

Pun baca lagi tentang perempuan.

Wanita

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

3. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

4. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memeberati auratnya iaitu memakai purda di dunia ini dengan istiqamah.

5. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

6. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah” Allah akan memberkati rezekinya.

7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu di Baitullah

Isteri

8. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

9. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

10. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

11. Jika wanita memicit suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan wanita memicit suami bila di suruh akan mendapat 7 tola perak.

12. Wanita yang hidup bersederhana dengan tidak membebankan suami, maka setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga.

13. Isteri yang menyediakan makanan yang mengenyangkan untuk suaminya akan mendapat pahala haji dan umrah.

14. Isteri yang memberi / membuatkan segelas air untuk suaminya akan mendapat pahala 1 tahun puasa sunat.

15. Setiap titisan air masakan dan basuhan wanita akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

16. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.


17. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

18. Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, dan suami yang melihat isterinya dengan penuh kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

19. Isteri yang mandi junub bersama suaminya akan mendapat pahala seperti sedekah 1000 ekor kambing kepada fakir miskin.

20. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

21. Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

22. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Ibu

25. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

26. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

27. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

28. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

29. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

30. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan di kira sebagai mati syahid.

31. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

32. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

33. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya oleh Allah dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

34. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

35. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

36. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

38. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

39. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

40. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

41. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

42. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

43. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” "Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

20 Januari 2011

Setelah beberapa Abad berlalu 3


"Atok saya terima cucu atok seikhlas hati saya, kenapa ada semua jampi serapah ini.. wong kuning pelbagai... saya tak suka semua ini takut saya jadi suami dayus semuanya ikut saja cakap isteri..!" darah mudaku memang sukar dikawal dalam abad pertama perkahwinan.

"Ala! iDAN jampi penunduk ini bukan berniat jahat, ianya untuk kebaikan; Atok kasi pun dengan niat jodoh cucu akan berkekalan... Maya ni pun satu hal... macam mana boleh terlepas semua ini ke tangan suami.." sungut Atok Suratman dengan loghat Jawanya yang pekat.

"Saya takutlah atok bila sebut wong kuning... bukankah wong tu bahasa jawa halus maksudnya orang kuning..."

"Ala itu sekadar ibarat pantun...." kemudian atok cakap Jawa, terasa hati... aku memang dugu tak faham.

"Macam inilah esok iDAN datang ke rumah atok nanti atok tunjuk berapa ramai pasangan & orang bermasalah jumpa atok & dapat atok damaikan!"

Perbualan di atas adalah kenangan zaman mula kahwin, tapi nama sebenar Atokku ini rasanya tak elok aku tulis. Telah pun lama meninggal dunia. Ianya kisah benar di mana dalam masyarakat mana pun ada pelbagai jampi serapah yang di panggil pelbagai. Pemanis, pedinding diri, penunduk macam-macam jampi.

Esoknya aku ke rumah Atok Suratman & dia telah bersedia dengan sebuah beg plastik berzip rapi.

"Nah tenguk ini betapa ramai orang mengadu pada atok, semua mereka kini bahagia sebelumnya sering bergaduh sakan..." aku terkesima melihat wajah-wajah di gambar pelbagai saiz; ada yang masih muda, cantik, orang berumur, gambar orang Jepun pun ada.

"Yang gambar Jepun ini kenapa pula atok!" aku mula rasa reda marahnya setelah entah berapa hari aku tak bercakap dengan Maya isteriku.

"Yang ini iDAN ada orang tu asyik kena marah bosnya, dia lama berkerja tak pernah naik pangkat; gajinya pun tak bertambah banyak bagai rakan lain..."

"Atok boleh tolong dia ke..?"

"Sekadar berusaha agar bosnya akan lembut hati & kasihan kepada dia, ini semua ketentuan Tuhan!" Atok Suratman sentiasa beribadah, setiap maghrib & Isya dia pasti solat di surau. Terasa pula malu sebab semalam aku marah-marah akan dia; tenguk dia perah kapcainya dengan sungutan cakap Jawa aku rasa bersalah amat.

Hari ini aku bersalaman & mohon maaf atas kekasaran percakapan aku semalam.

Niat itu yang penting, jangan ada yang yang pergi jumpa dukun dengan harapan pasangannya bagaikan kerbau dicucuk hidung. Jangan sampai isteri gunakan Nasi Kangkang, suami sampai tak berani nak tegur salah isteri. Jadikan suami dayus atau jangan sampai isteri makan hati didukunkan hingga tak dapat nak tegur suami yang buat maksiat depan mata.

Dalam rumah tangga sebaiknya ada tolak ansur, ada timbang rasa, ada kejujuran, ada keikhlasan dalam membimbing pasangan kita ke arah yang baik lagi sempurna. Suami berhak menegur isteri tak solat begitulah sebaliknya. Isteri jangan didera dalam ibadah, jika suami malas puasa jangan paksa isteri masakkan makanan. Ada perkara isteri atau suami kena bertegas. Hadapilah kerenah pasangan kita dengan tabah serta banyakkan berdoa agar pasangan kita dapat pertunjuk dari Nan Esa dalam meladeni kehidupan ini.

Malahan ada antara ulamak membenarkan isteri pakai susuk dengan niat nak pikat hati suami bukan untuk melawa; tapi harus diingat susuk itu jangan dengan benda yang haram. Jika menggunakan jarum emas memang emas itu hiasan perempuan. Silapnya orang bersusuk melaram di luar rumah sampai semua lelaki gilakan dia. Haram bersusuk itu lantaran mana ada perempuan sekarang ini dapat menjaga sepenuhnya aurat.

Berniat mendapat seri muka ketika mengambil air sembahyang pun rasanya akan menampak seri wajah kita yang kusam. Bersangka buruk terhadap pasangan kita pasti akan melahirkan wajah yang curiga & menakutkan pasangan kita tiap kali merenung wajah kita. Bayangkan air muka kita yang ketakutan melihat perompak yang bersenjata; begitulah wajah pasangan kita yang asyik bersangka buruk. Bungkam menyampah.

Dalam hidupku cuma ada seorang dua perempuan yang aku temui menjaga auratnya dengan sempurna, itu pun pernah aku tertembung dengan tidak sengaja dia membuka aurat sewaktu aku tetiba membuka kamarnya ketika ahli keluargaku ada di dalamnya. Ramai kalangan kita nama saja menutup aurat tapi pakaiannya menikan mata; memukau sukma lara. Pakai baju labuh seluar ketat bagai pakaian getah. Pakai tudung tapi melilit di tengkuk sampaikan dada terdedah. Bukan nak mengungkit; jawapannya tetap ada jika ditegur: dari terdedah belaka baik tertutup, yang mengatakan nampak bentuk & susuk badan itu adalah lantaran mata lelaki yang gerladangan. Sementelah kitab kita itu tulis apa?.

Berbalik pada dukun tadi; pasti kita tertanya-tanya, bagaimana pula jika kita jumpa orang alim seperti kumpulan Klinik Darussyifa' yang diasaskan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ini. Aku adalah salah seorang yang rajin ke Tuan Guru Klinik Dato' Dr. Haron Din di Bandar Baru Bangi. Rasanya tak mungkin 100% kalangan kita umat Islam yakin & percaya dengan air jampi Tok Guru. Entahlah.

16 Januari 2011

Setelah beberapa Abad berlalu 2 (Singgahsana)



Nhadia cahaya mata Kak Nomie

Setelah beberapa abad berlalu; kehidupan ini berlalu bagaikan telah tersurat. Tidak siapa dapat menduga akan jodoh pertemuan. Ajal maut jodoh pertemuan mana mungkin kita menentukan.

"iDAN kalau boleh janganlah iDAN cari jodoh orang Jawa" emak bersuara suatu pagi.

"Kenapa pula emak tak mahu anak bungsu emak ini dapat jodoh dengan orang Jawa!" aku begitu selera makan sardin mentah taruh kicap, asam limau, bawang & cili.

"Susah kita nak sesuaikan budaya kita Melayu dengan cara hidup mereka.." aku lihat emak makan ulaman, pucuk jambu, pucuk kelempung hutan, pucuk jering juga pegaga yang dikutip sekitar rumah.

"Budaya, adat resam semua itu bukankah sekadar ikutan kita, ianya bukan hukum hakam agama emak.." aku pun sama berulam cicah sambal belacan taruh ikan bilis.

"Budaya adat resam itu melambangkan kesopanan kita bangsa Melayu; lagi pun payah iDAN nak bercampur dengan masyarakat yang lain tutur bahasanya. Mereka perantau iDAN sentiasa mencari harta tidak sama kehidupan mereka dengan kita anak bumi jati di negara ini.."

Aku teringat kata-kata itu yang pernah arwah emak lafazkan padaku. Semuanya lantaran heboh seMalaya surat cintaku di rampas Cikgu Rashid; Bila aku selidiki kenapa arwah emak tidak suka anaknya ketemu jodoh dengan orang Jawa; Dapat kufahami kini. Ianya amat sukar dicatatkan takut ianya akan menyinggung banyak hati & kaum kerabatku. Sementelah aku & abangku arwah Abg Din jodohnya kebanyakan orang Jawa.

Bila difikirin Yot yang jodohnya orang Melayu sekampung lagi; jodohnya tidak kekal porak-peranda jua. Hanya Kak Nomie yang sampai kini damai bersama Abg Ali asalnya dari Sabah. Dari kaum Dusun jika tak silapku. Kaum atau bangsa itu bukan masalahnya.

Persoalkan masalah kaum; sebut sahaja kaum cina pasti kita terbayang masalah kongsi gelapnya, sebut sahaja kaum india pasti terbayang akan samsengnya, sebut Melayu nah! lagi bernanah masalahnya; dari dadah, buang anak, terkini berbalah dalam politik; semua kaum ada masalah sendiri.

Maka itu pentingnya agama. Agama yang dapat membataskan kita untuk membetulkan permasalahan di dalam masyarakat kita. Jika kita sentiasa menghayati agama ikut pertunjuk al-Quran & Sunnah Rasul segala dapat disatukan.

Isteri kena hormati suami & suami pula kena sentiasa menjaga tanggungjawabnya.

Dalam rumah tangga jika berlaku perbalahan sebaiknya kita kembali ke arah agama segalanya akan jadi mudah. Keluarga kedua pihak seharusnya mencari jalan damai; bukan campur tangan untuk memisahkan atau memutuskan jodoh. Sering berlaku kita asyik mencari silap pasangan kita, menjadikan ianya penyebab untuk berpisah. Sedangkan jarang kita menerima kelemahan seseorang sebagai kemaafan & memberi peluang demi peluang agar pasangan kita membaiki diri.

Kesabaran dalam memahami kerenah & kekurangan pasangan kita amat penting. Ada pasangan kita kuat beribadah tetapi amat naif dalam menghormati kita; ada pula tak sealim mana tapi amat sabar ketika berhadapan dengan silap laku kita.

Bila terkenang akan arwah emak, aku jadi amat terkesima. Ingin tahu bagaimana pendidikan awalnya. Tanyalah pada anak-anaknya pernahkah emak meninggi suara, tanyalah pada cucunya pernahkah Opah Kamariah ini marah-marah malahan menantunya pun amat kagum kesabaran arwah emak.

Amat sukar kita menyelami hati budi seseorang, amat sukar jua kita mahu memastikan diri kita sempurna sementelah kita lahir di dunia ini pun lantaran sikap kita yang melanggar pantang larang di syurga. Namun kenapa mahu kita akur dengan kelemahan diri; sampai pasangan kita mahu kita berubah pun amat degil & amat egonya.

Awin di Pantai sekitar Morib

- bersambung

14 Januari 2011

Setelah beberapa Abad berlalu (Singgahsana)

Setelah beberapa abad berlalu tetiba aku temui kembali anak buah@anak saudara yang telah remaja. Sebahagian telah pun berkahwin sebahagian masih dalam dilema percintaan. Paling ramai adalah anak saudaraku sebelah arwah Abg Din. Dari 21 orang cahaya mata Abg Din hanya sekitar 3 orang yang rapat denganku yang lain bagaikan hilang membawa diri.

Terbaru aku ke Kampung Endah tak jauh dari Pantai Morib meraikan Awin anak Sulung Kak Azie isteri kedua Abg Din, Awin ketemu joodh dengan orang Ketereh; katanya keluarga lelaki punyai syarikat penerbitan. Tenguk kereta mewah beberapa buah seperti BMW terkini parkir de depan rumah nampak keluarga besan Kak Azie ini adalah dari kalangan orang berada. Bila kurisik asal pertemuan mereka melalui laman sesewang; tentunya FB yang banyak menemukan pasangan yang nun jauh berada.
Awin memang gadis jelita lantaran Kak Azie ibunya pun seorang wanita nan cantik. Bila sebut Ketereh nampaknya makin ramai keluargaku jodohnya orang di sana; seingat aku Noi anak Cik Peah (satu ayah lain emak) jodohnya orang Melor, Nurul anak Kak Nomie jodohnya orang Kota Bharu Kelantan, Afiz anak sulungku juga orang Machang kini Awin pula dapat orang Ketereh; jika tak silap Zul Abg kepada Noi juga jodohnya orang Kelantan tak dapat dikesan mana perginya isteri Zul ini; paling akhir aku ketemunya ketika arwah Apak nazak di Hospital Besar Kuala Lumpur sekitar 15 tahun lalu.

Semua anak saudarku memanggilku Paksu, lantaran aku anak bungsu; di pihak keluarga Mila pula memanggiku Pak Long lantaran Mila anak nan sulung.

-bersambung

09 Januari 2011

Majlis Kahwin Afiz (di Bandar Baru Bangi 8 Januari 2011)


Tarikh kenduri di pihak lelaki telah ditetapkan

8 Januari 2011... Sabtu!

(Bukan Ahad agar senang orang jauh mahu bermalam di Lembah Klang.
)

Lokasi

Dewan Cempaka
Tingkat 3
Kompleks PKNS Bangi
Persiaran Bangi
Pusat Bandar
Bandar Baru Bangi

(Atas Pasaraya Billion Bandar Baru Bangi)

12:00 tengah hari hingga 5:00 Ptg.

Majlis bersandingnya sekitar jam 1:30 tengah hari.

Kad telah ditempah; tanpa kad pun tak semestinya tak sudi hadir. Sudi-sudikanlah mengintai kami. Inginkan kad hantar alamat ke e-mel saya di FB atau idanradzi@yahoo.com
Katering telah pun ditempah.

kita jamahlah bersama sekadar apa nan ada.

Sirih junjung berhis indah,
Tetamu berteduh di pohon cenderai,
Bertunang sudah bernikah sudah,
Kini tiba masanya pengantin dirai

(Pernikahan Afiz & Husna telah pun berlangsung pada Jun 2010 lalu)

Lembayung Senja menggamit malam,
Menangis jentayu menanti hujan,
Hajat mulia menyusul salam,
Pohon restu kehadiran tuan.


Klik peta untuk besarkan

Peta lebih lengkap
(klik kan save & boleh dibesarkan)

Hotel bajet terdekat

http://www.amanihotel.com.my

Hotel mewah

Equatorial Hotel Bangi
atau klik
sini

Buat masa ini Tetamu yang telah bercadang Akan Hadir insyaAllah

1. Cikgu Zu & keluarga
2. Oja & Epol serta keluarga
3. Keluarga Tok Perak Sg Jelok
4. Roslan dari Perak & keluarga
5. Cikgu Badrul dari Ipoh & keluarga
6. Fairus & famili sepelaung!.
7. Man & Nora sekeluarga
8. Hashim & Famili
9. Zaki Mamat & keluarga
10. Tok Wan & keluarga
11. Sabri & keluarga
12. Hamid SMI & keluarga
13. Dzuan & keluarga
14. Johari KB & keluarga
15. Kak Nomie & keluarga
16. Tajul Ana & keluarga
17. Prof Nizam Bangi & keluarga.
18. Siti Kak Nomie & Pasangan
19. Nurul Kak Nomie & keluarga.
20. Nasuha & Kelurga
21. Linda & keluarga
22. Liza & keluarga
23. Nornadia dengan ayahnya Sahak & keluarga
24. Fareez geng mancing & keluarga.
25. Chef Rashidi & keluarga (30 lebih tak jumpa)
26. Khairu@Keroi Badree sekeluarga rakan SMI (30 tahun lebih tak jumpa)
27. Pak Wahid sekeluarga
28. Ulan sekeluarga.
29. Abg Soib sekeluarga.
30. Nasir Ina sekeluarga.
31. Abg Mansor & keluarga.
32. Syukria & keluarga katanya Mak Mertua ada sekali.
33. Abg Jan sekeluarga.
34. Jamal Sh rakan SMI & keluarga.
35. Dik Ieja & keluarga.
36. Syafik & keluarga.
37. Jaja & keluarga
39. Ramsinah Abdul Latib & keluarga rakan di SMI Ipoh.
40. Syed & Keluarga Najihah jangan tak datang..
41. Salleh IT & keluarga... baru bual tadi dia datang sebelah petang
42. Atan & keluarga dia SMS pasti datang...
43. Mior & anak-anak pun waris dah telefon dia...
45. Juliana Baharudin anak saudara & keluarga (anak Zami Ismail)
46. Khairul Shahzuan Khairudin bersama pasangan pun Kak Azie & Abg Lan
47. YuShafiza Khairudin bersama emak & rakan.
48. Azuwa Ad bersama famili.
49. Nordin & keluarga
50. Rahsia ada yg tak mahu namanya dicatat tapi pastikan hadir.

tetamu lain adalah kerabat
Kak Mila (sekitar 600 tetamu) & rakan Afiz & Husna ( sekitar150 tetamu)

Yang terlupa catat namanya jangan pula tak datang; pastikan datang.

(Yang Mungkin Hadir dari Respon di FB agak ramai... agar menjadi tetap hadir, faktor usia saya menjadikan majlis ini amat penting. Si Aziq cahayamata kedua itu nampaknya ingin mengejar cita-citanya maka pasti lambat amat untuk kami mengadakan majlis sebesar ini. Inilah masanya nak kenal keluarga saya, bila sudah usia 60an nanti saya pun mungkin dah nyanyuk!.)

6.1.11

Majlis di Machang telah pun berjalan lancar; amat meriah dengan kunjungan saudara mara Mila seramai sekitar 40 tetamu (sebuah bas) & saudara maraku dengan tiga buah kereta. Kami banyak menyimpan kisah indah ketika berada di Kelantan sana. Agar jalinan dua keluarga ini akan bertambah erat.

#####################

Semua Saudara Mara, Sahabat Handal, Rakan Taulan & yang mengenali Penyair iDANRADZi, dijemput Hadir bersama keluarga & rakan taulan!.

Moh! kita ke Machang Pada10.12.10 hari Jumaat;
Majlis Kenduri Kahwin & persandingan Afiz anak sulung Penyair iDANRADZi.

Bertempat di Rumah Pengantin Perempuan Husna, Kampung Belukar, Pulai Chondong, Machang, Kelantan. InsyaAllah kita bermalam di Kota Bharu setalah majlis selesai.

Sepanjang hari 9, 10 &11 Disember 2010 talian 016 9094343 akan sentiasa dibuka.

Peta Rumah Husna di Machang

Ketika di Machang InsyaAllah saya akan tidur di rumah tumpangan Datuk Yamud.

DESA PERMAI RESTHOUSE & RESTAURANT
Batu 24 1/2, Lorong Yamud,
18500 Machang, Kelantan,
Tel : 09 - 975 1152

Santai tempat ini. Banglo Agam yang damai. Saya pernah bermalam di sini sekitar bulan Jun tahun ini.

9.12.10 Khamis malam Jumaat saya telah tempah empat bilik,
kami tiga keluarga bermalam di sini. Bilik telah penuh ditempah.


Paloh Inn Hotel.
Wisma Nordin,
Lot 74, Kg. Paloh, Jalan Pintu Geng,
15050 Kota Bharu, Kelantan. Malaysia
Tel:+609-7433 629 Faks: +609-744 6277

http://paloh-inn.nordinbatik.com

Lokasi nan menarik & rasanya tak puas menginap di sini.

Buat Masa ini yang konvoi bersama saya ke Machang Keluarga Kak Nomie & Yong Yah;
anda bagaimana?.


10.12.10 Jumaat malam Sabtu, saya telah tempah dua bilik di Hotel ini... Moh!lah menginap bersama. Bilik masih ada kosong; Bagi satu keluarga RM100 muat untuk 7 orang. Saya telah menginap di sini memang selesa ada segala; Air di bilik mandinya mak datok! macam air terjun!.


08 Januari 2011

‘Syukur bukan buat maksiat’

KUALA LUMPUR: “Kadang-kadang ada sebab Allah tidak memberi kekayaan kepada seseorang itu kerana mereka tergolong dalam kategori manusia lupa diri. Apabila diberi nikmat walaupun sedikit, mereka gagal hingga mampu terjerumus kepada perkara yang tidak elok,” ulas penceramah bebas, Fauzi Mustaffa mengenai kegiatan maksiat penoreh getah yang melanggan pelacur di kebun masing-masing.

Menurut Fauzi, kenaikan harga getah yang melambung tinggi seharusnya digunakan sebaik mungkin golongan itu untuk melakukan perkara bermanfaat seperti menabung untuk menunaikan haji sebagai tanda syukur kepada Allah.

“Ujian Allah bukan saja dalam bentuk musibah, tetapi Allah juga menguji kita dengan memberikan harta. “Sungguh sedih apabila kenaikan harga getah ini menjadikan manusia sering lupa daratan dengan melakukan kerja tidak berfaedah dan melanggar suruhan Allah. Sepatutnya apabila mendapat nikmat, bersyukur supaya ia bertambah, kekal dan berkat, bukan dengan cari pelacur.

“Jangan jadi manusia lupakan kulit. Bertaubat dan bersyukurlah dengan nikmat ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro kelmarin, melaporkan polis membongkar kegiatan tidak bermoral itu di kebun getah di pekan Jementah, Segamat, Johor dan menahan seorang pelacur serta beberapa lelaki dipercayai terbabit kegiatan maksiat itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata pelacur terbabit dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit.

MyMetro

07 Januari 2011

Trauma hilang orang tersayang

KUALA LUMPUR: Trauma akibat kehilangan orang tersayang dipanggil dalam bahasa saintifik ialah ‘gries’ atau tindak balas tubuh dan mental yang berlaku apabila terjadinya kematian individu amat disayangi termasuk ibu bapa, kekasih atau pasangan hidup.

Pengarah Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussain Habil berkata, jika pesakit trauma tidak menjalani rawatan pakar atau inisiatif sendiri untuk pulih seperti melakukan aktiviti keagamaan, perbincangan serta nasihat daripada orang terdekat, kebarangkalian dirinya menjadi lebih parah atau disebut ‘patological gries’ semakin tinggi.


Dr Hussain berkata, trauma secara normal boleh pulih dalam tempoh kurang daripada enam bulan, namun jika tidak dirawat hingga ke tahap parah akan memakan masa bertahun-tahun untuk pulih seperti sedia kala.

“Ramai sebenarnya pesakit seperti ini yang berpunca daripada kehilangan orang dikasihi. Jika sebab kemalangan atau sakit pun trauma, lebih-lebih lagi andainya punca kematian sebab dibunuh.


“Tanda-tandanya ialah tak boleh tidur, tak berselera makan, murung dan sentiasa teringat kepada si mati. Ia tak boleh dibiar berlarutan sebab akan mengganggu aktiviti harian termasuk kerja dan bersosial,” katanya.


“Lebih teruk jika tanda seperti diabaikan tanpa rawatan, individu itu akan mengalami halusinasi. Umpamanya kerap mimpikan si mati, terasa seperti orang tersayang itu selalu berada di sisi dan kerap terdengar suara panggilan walaupun hakikatnya tidak ada,” katanya.

Beliau yang juga pakar psikiatri Fakulti Perubatan UM, berkata kaedah rawatan yang dilakukan di hospital biasanya pendekatan kaunseling dan jenis-jenis ubat kurangkan tekanan mengikut tahap pesakit untuk meleraikan gries atau trauma itu.


Bagaimanapun, katanya, halusinasi adalah berbeza dengan gila dan ia lebih kepada kekuatan mental dan kejiwaan yang boleh dirawat.

“Kalau tak dapat atasi trauma dengan kaedah mudah seperti ritual sembahyang dan zikir, berbincang dengan kawan dan dalam masa sama sentiasa bermimpi terutamanya menakutkan, kena pergi dapatkan rawatan pakar. Jangan sampai tahap parah sebab ambil masa panjang untuk baik,” katanya.

Dr Hussain mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai keadaan anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, bermimpi Allahyarham datang ke pejabat, seolah-olah menggambarkan impian arwah supaya melebarkan empayar perniagaan.

Laporan memetik, selepas enam bulan pemergian ibu tercinta disebabkan kematian sadis bersama tiga individu lain di Banting yang menggemparkan negara, dia yang lebih mesra dipanggil Rita meluahkan berasa seperti Allahyarham masih hidup.

MyMetro

06 Januari 2011

Suami baran bakar rumah

SETIU: Ekoran masalah rumah tangga yang tidak berkesudahan, seorang suami panas baran dipercayai membakar rumah keluarganya di Kampung Balik Bukit, Setiu, tengah malam kelmarin.

Mangsa, seorang pembantu di stesen petrol berdekatan yang berada di rumah jirannya ternampak kepulan asap tebal datang dari rumahnya jam 12.30 tengah malam.


“Mangsa mengesyaki suaminya membakar rumah mereka kerana mendakwa suaminya pernah mengugut berbuat demikian ketika berlaku perkelahian suatu ketika dulu,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad.

MyMetro

05 Januari 2011

Bukan murah

Oleh Hayati Ibrahim

PUTRAJAYA: Bukan murah perbelanjaan untuk membawa pulang seseorang yang dilarikan ke Pulau Lombok, Indonesia, malah bagi satu-satu kes, kos yang diperlukan boleh mencecah sehingga RM30,000.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, jumlah keseluruhan kos bergantung kepada lokasi atau kampung wanita dilarikan, serta jumlah denda yang dikenakan akibat memasuki negara berkenaan tanpa dokumen sah.

“Paling rendah kami kendalikan RM6,000 dan paling tinggi RM30,000, ini kerana ia bergantung kepada di mana mereka berada serta kesukaran yang perlu dihadapi ketika proses membawa gadis ini pulang ke Malaysia.

“Bukan murah membawa mereka pulang kerana semuanya memerlukan duit. Kita kena bayar harga tiket kapal terbang, penginapan dan denda kerana mereka masuk ke negara berkenaan tanpa sebarang dokumen sah.

“Mengikut undang-undang mereka sepatutnya kena penjara sekurang-kurangnya lima bulan, tetapi kebanyakan mereka bernasib baik tali persahabatan antara Indonesia dan Malaysia rapat, memudahkan perjalanan dan proses membawa pulang anak gadis ini,” katanya.

Abdul Azeez berkata, sehingga kini Kelab Putera 1Malaysia membawa pulang 40 anak gadis yang dilarikan pemuda Lombok ke pulau itu dan secara purata perbelanjaan dikeluarkan untuk membiayai kepulangan mereka melebihi RM300,000.

“Jika tiada duit, mereka tidak boleh dibawa balik kerana kebanyakan keluarga gadis meminta bantuan daripada kami untuk membawa pulang anak mereka.


“Contoh kes terbaru yang dibantu kelab iaitu Shafika Marlina Abdul Safie, 16 dari Teluk Intan, Perak yang dipercayai dilarikan seorang pemuda Lombok dikenali Misbah ke pulau berkenaan 4 September lalu, kami membelanjakan RM8,000 untuk membawanya pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa terutama mereka yang mempunyai gerai di hadapan rumah supaya sentiasa memantau anak gadis mereka yang berusia belasan tahun supaya berhati-hati dengan pemuda dari pulau terbabit, kerana kejadian itu mungkin akan berlaku sekiranya tidak berwaspada.

Ini kerana katanya, beliau percaya pemuda dari Lombok ini menjadikan anak gadis yang membantu ibu bapa di gerai di hadapan rumah sebagai mangsa untuk dilarikan ke kampung halaman mereka.

MyMetro

04 Januari 2011

Keindahan hati budi, rohani penentu kerukunan rumah tangga

KUALA LUMPUR: Aspek kerohanian dan keindahan hati budi tidak harus diketepikan bagi memperoleh kehidupan ideal, malah dalam menentukan kerukunan rumah tangga ia faktor paling utama.

Moderator Halaqah di TV9, Ahmad Shukri Yusoff berkata, dalam menjaga kerukunan rumah tangga, penting juga aspek komunikasi bersama suami dan anak.


“Dalam resipi rumah tangga, memang aspek kecantikan dan penampilan luaran tidak dinafikan, tetapi pada masa sama aspek lain juga perlu, iaitu keindahan hati budi dan kerohanian.

“Kemahiran berkomunikasi juga penting lebih-lebih lagi berdepan dunia hari ini yang memerlukan kekuatan hati.


“Cantik luaran bukan segalanya, kerana sampai satu tahap kita tidak mampu menghalang rambut beruban dan kulit berkedut. Malah, sampai masa ajal memisahkan kita dengan pasangan kita dan ketika itu, agamalah yang kekal,” katanya.


Beliau mengulas muka depan Metro Ahad semalam, yang melaporkan mengenai kegebuan dan kemampuan Maizawati Zainal, 35, walaupun sudah melahirkan ramai anak dan kini hamil anak ketujuh. Model sambilan itu mengamalkan enam petua bagi melengkapkan impiannya menjadi wanita ‘sempurna’ di mata lelaki, iaitu berpantang, makan makanan panas, jamu serbuk, minum air akar kayu, mengelak daripada meminum ais dan minuman berkarbonat serta meminum madu setiap pagi dan malam.

MyMetro

03 Januari 2011

100 ikat perut diberhenti kerja

Oleh Hamizah Badiran

KLANG: Kira-kira 100 pekerja sebuah kilang membuat komponen aluminium di Meru, dekat sini, mendakwa terpaksa mengikat perut selain ‘dikejar’ pihak bank kerana tidak mempunyai wang untuk membayar hutang tertunggak selepas diberhentikan tanpa notis oleh pihak pengurusan syarikat awal bulan ini.

Mereka mendakwa berasa tertipu oleh majikan yang memberhentikan mereka tanpa notis, gaji dan wang caruman setiap bulan yang dipotong daripada gaji didapati tidak dicarum ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Wakil pekerja, Christian Berrnard, 35, berkata mereka dihalang dari memasuki kilang terbabit pada 8 Oktober lalu apabila pintu masuk berkunci dan tiada lagi operasi dijalankan.

Berikutan itu, katanya, 31 pekerja tempatan, 52 pekerja asing dan bakinya pekerja warga India yang bekerja di kilang utama di situ serta dua cawangannya di sini, hilang pekerjaan.


“Lebih dikesali, ada kalangan kami tidak menerima gaji sejak tiga bulan lalu. Bagi pekerja India, mereka mengalami kesukaran menyediakan persiapan untuk menyambut Deepavali.


“Kami merayu pihak pengurusan kilang bertanggung jawab atas masalah ini kerana kami tiada pendapatan lain untuk menyara diri dan keluarga,” katanya ketika ditemui di depan kilang itu di sini, semalam.

Pekerja, Rozita Yusof, 37, yang sudah tiga tahun bekerja di kilang itu sebagai kerani logistik kesal kerana diberhentikan kerja secara mengejut dan tanpa sebab munasabah.

“Majikan tak bayar gaji saya RM2,000. Macam mana saya nak tanggung lima anak yang memerlukan wang untuk perbelanjaan harian dan sekolah mereka selain saya semakin resah kerana memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan pinjaman bank.


“Sekarang ini, bukan mudah untuk mencari kerja baru walaupun saya sudah cuba hadiri banyak temuduga,” katanya. Sehubungan itu, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 12 Oktober lalu.

Satu laporan juga dihantar kepada Pejabat Buruh pada 20 Oktober lalu meminta jabatan itu mengambil tindakan bagi membela nasib mereka.

Mengikut notis dikeluarkan Jabatan Insolvensi pada 14 Oktober lalu pula, urusan perniagaan membabitkan syarikat itu perlu dihentikan serta-merta selepas mengalami beberapa masalah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berjanji akan membawa masalah pekerja terbabit kepada pihak Kementerian Sumber Manusia hari ini.

02 Januari 2011

Enggan ulas tuntutan RM40j

KUALA LUMPUR: Peguam Ravi Nekoo yang mewakili peguam adik-beradik berhubung pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta daripada keluarga jutawan kosmetik itu.

“Buat masa ini saya tidak boleh memberikan ulasan lanjut. Selepas menerima dokumen terbabit baru saya boleh beri ulasan,” katanya ketika dihubungi semalam.


Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan keluarga Sosilawati akan memfailkan tuntutan ganti rugi RM40 juta terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

MyMetro

01 Januari 2011

Serah RM200 elak diperkosa drebar teksi

KUALA LUMPUR: Bimbang diperkosa, seorang wanita berusia awal 20-an menyerahkan wang tunai lebih RM200 dan telefon bimbit miliknya kepada seorang pemandu teksi selepas lelaki terbabit mengugut mahu merogolnya, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam di Bukit Bintang, di sini, pemandu teksi berusia lewat 30-an itu mendakwa mahu merogol mangsa kerana tertarik dengan kecantikannya.


Menurut sumber, mangsa yang baru pulang dari bekerja diugut suspek sebaik memasuki teksinya.

“Mangsa yang bersendirian dan panik dengan ugutan itu merayu berulang kali supaya tidak diperlakukan demikian.


“Pada mulanya suspek tidak mengendahkan rayuan itu sebaliknya berkeras untuk membawa mangsa ke tempat sunyi dan merogolnya,” katanya.


Sumber berkata, mangsa mengugut membunuh diri dalam teksi berkenaan membuatkan suspek terdiam seketika.

“Suspek meminta mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga kepadanya.


“Mangsa yang akur dengan arahan suspek dibenarkan keluar daripada teksi berkenaan sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

MyMetro