iDAN

22 April 2013

Puisi Pasar





PASAR BESAR KAJANG

Aku suka melihat di celahan penjaja Cina
orang kita Minang rajin berniaga
tak kiralah apa jua yang dijual
biarpun sekadar pucuk selasih
paku pakis ulaman petai jering
belimbing besi asam keping tempe
jantung pisang atau kerdas dari rimba
aku bakal menjadi pembelinya
sebab nak tunggu tanam sendiri
tak mungkin pokok petai atau jering
boleh tumbuh rendang di konkrit
atau pokok kerdas yang aku sendiri
tak kenal bagaimana rimbunnya

melata di celahan hutan batu di kota.

Aku sekadar dapat membantu sedikit
sebab ulaman tak mahal mana di pasaran
ianya tak sama dengan harga intan belian
tetapi ramai kita tak sedar khasiatnya
bagaikan mutiara yang tersembunyi
tak boleh ditukar dengan wang ringgit
herba dari rimba hasil ladang tradisional
adalah ubatan amat mujarab untuk menjaga
kesihatan kalau pun tidak menjadi penawar
tetapi awet muda memanjangkan usia
agar perniagaan yang mulia & halal ini
biarlah ujud beribu tahun lagi;
datanglah ke Pasar Besar Kajang.

iDANRADZi
Jenaris Kajang
21 April 2013


KICAP MASIN

Aku peminat Kicap Masin: aku telah cuba banyak jenama kicap; termasuk Kicap Belon buatan orang cina. Kicap Mambang China kicap Maggi; Kicap Tamin, Kicap Jalen, Kicap Puteri, Kicap ABC, Kicap Unta; pantang jumpa jenama baru pasti aku akan cuba.

2. Buat masa ini; aku cuma tertarik dua jenis Kicap Masin; satu buatan TESCO sayangnya kicap buat TESCO ni tak selalu ada; yang ada kicap manis; aku tak suka kicap manis. Rasanya semua orang suka Kicap Manis Cap Kipas Udang Habhal; entahlah aku tak suka sangat.

3. Yang menariknya kebelakang ini aku suka Kicap Masin 1Malaysia. Rasanya biasa saja tapi bolehlah aku terima. Ada cadangan kicap masin jenama lain tak?.

(Ada satu cara makan yang menyelerakan; jika buat gulai asam pedas; taruh kuah banyak-banyak dalam nasi taru
h kicap masin ni ish memang sedap.)

SEDARLAH SEBELUM TERLAMBAT




Cer menungkan sebentar; dalam tempoh 24 jam usia awak habiskan. Berapa banyak awak gunakan untuk diri; terutama bekalan ke akhirat kelak pun sekadar duniawi. Awak mungkin masih muda bebas bergerak & tiada sakit kronik seperti aku. Tapi ajal maut jodoh pertemuan tak siapa dapat menentukan. Seperti minggu lalu cadangnya nak ke Bagan Datoh tetapi terhalang pelbagai agenda yang tak diduga. Memang sukar awak nak kata. Moh kita jumpa; top-top kekasih hati dah duduk depan mata. Tak semudah itu.

2. Katakan solat 5 waktu; dari ambil air sembahyang mula solat & berdoa. Kebarangkalian cuma sekitar 10 minit; kali 5 habislah sejam masa kita solat untuk sehari; jika ke surau duduk dengar ceramah habislah masa sejam; baru 2 jam; kemudian bab tidur. paling lama 8 jam. Baru 10 jam.

3. Mana perginya 14 jam lagi. Jika memang kita berniat baik untuk bekerja cari nafkah keluarga; ada sekitar 8 jam bekerja. Kerja itu satu yang berkat jika kita memang berkerja di bahagian yang betul. Bekerja dengan jujur tanpa curi masa atau ambil gaji buta. Berkatlah 8 jam itu. Apa kata kita bekerja untuk naikkan jabatan tapi punyai bos yang dajal. Jahat & tak pernah pun beramal atau tahu nilai kerjaya. Tak pernah keluarkan zakat berniaga. Cukai Pendapatan itu lain. Awak tu mungkin okey; berpaksi kerja itu satu ibadah. Tapi tenguk keliling. Apakah bos rakan atau pelanggan awak tu betul arahnya atau naif. Ego tak beretika; kaki judi; kaki joli; pelbagai lagi kemungkaran. Awak akan muflis di dunia & akhirat.

4. Nilai seorang Islam itu adalah khalifah pasti jumud jika jatuh muflis. Pasti akan dipertikaikan kerjaya makan gaji cara tak bersih. Sebab itu bila dihayati ajaran Islam; Rezeki itu memang 9/10 berpunca dari berniaga. Kerja sendiri bukan disebut makan gaji. Jika terfikir mahu berniaga, berniagalah. Lupakan kerja makan gaji yang amat sukar lari dari unsur bodek; ampu & entah apa lagi mala petaka.

5. Sayang aku pun tak reti nak berniaga; biarpun apakku dari kalangan orang berniaga. Aku telah menghabiskan 28 tahun usiaku berkerja sebagai kuli yang dibenci oleh majikanku yang amat buruk akhlaknya. Aku amat membenci golongan IRC/JIM yang aku anggap bertopeng dengan agama tetapi mereka ini perosak umat Islam; penyekat rezeki manusia. sampai ramai rakanku telah tiada dipergunakan golongan munafik ini yang masih berligar di sekeliling sana. Awas dengan golongan JIM ini yang aku lihat amat bahaya & moga Allah memberikan mereka pertunjuk; pun agar golongan ini kembali ke agama Islam yang sebenar bukan jadi parasit. Bukan golongan JIM saja malahan ramai di luar sana sama saja; lebih kepada kepentingan diri. jauh sekali nak fikir masalah pekerja. Kebajikan pekerja terbiar. Bak masalah di estet sampai kini masih takah sama; rumah kongsi masih dua bilik; gaji pekerja estet masih miskin tegar.



6. Bila awak hitung hidup awak makin hanyut dengan hutang secara riba; dengan kerja yang tak beruntung; berkompromi dengan watak ego & jalan tuju yang dimurkai Ilahi. Menjadi salah seorang perantaran untuk menyampai bantuan bak Ali Baba menyekat rezeki orang; tercicir kelain yang perlu dibantu masih kepayahan; Menjadi batu loncatan mereka yang berkelakuan naif. Baik kembali ke pangkal jalan. Sebab hidup takkan lama. Kita bukan macam manusia purba berbadan gergasi berusia beratus tahun. Sedarlah sebelum terlambat.