iDAN

02 Ogos 2012

Anif Nampak Murung di STTJ Episod 11

Masalah Anif masih tak selesai, tadi Guru Kaunselornya mengadu kepada Mila. Dia nampak murung dan tak ceria. Isunya jadi tambah rumit jika mahu dirungkai semula. Takkan mahu dibawa pulang bilamana di sana dia memang gelisah teringat-ingat pulang ke rumah sebab telah diberikan harapan. olah ibunya & Guru Kaunselor. Bila di rumah pula Anif tak nampak pula dia nampak protes dalam diam: tak minat belajar malahan terus berleka.

2. Siapa yang memberi harapan dia pulang padahal peringkat awal dia suka di sana. Bukan mahu mencari salah siapa. Sebagai Guru Kaunselor sebaiknya fokus kepada kemahuan asal keluarga. Bantu keluarga pelajar untuk menyukai asrama. Kenapa boleh beri kata dua kepada anak murid. Tak sesuai tinggal di asrama boleh pulang ke sekolah asal; Ini sudah satu perlanggaran janji asal dengan keluarga Anif. Sampaikan ke peringkat: Di mana Mila boleh dapatkan borang untuk tukar sekolah tanpa pengetahuan aku sebagai ayah.

3. Keputusan seharusnya berbincang bersama. Jika memang Guru Kaunselor pun Mila sebagai ibunya memberikan ruang dan harapan Anif pulang ke sekolah asal. Pasti masalah akan jadi rumit. Keputusan ayahnya pasti menjadi penghalang atau cabaran buat Anif. Ini akan memerangkap hubungan intim dan salah anggap Anif terhadap ayahnya. Sedangkan dari peringkat awal lagi seharusnya Guru Kaunselor tahu kemahuan ayah pelajar bukan BELOT seolah-olah Guru Kaunselor dikaunseling Anif sendiri.

4. Rasanya semua ibu ayah tak akan lena tidur bila melihat gelagat anak yang merisaukan ketika tinggal di rumah tak nampak ambil berat pelajaran sekolah. Tak nampak waktunya dibahagi sebaiknya antara pelajaran hiburan dan aktiviti luar. Langkah asal pilihan Anif sendiri mahu tinggal di asrama sememangnya amat baik. Lagipun STTJ bukan asrama yang kelas biasa. Kejayaan pelajar di sana memang diakui dan tidak meragukan. Sedangkan sekolah asal dari mata kasar pun amat merisaukan; tambahan pula pengalaman abang sulung Anif belajar di sini memang tak akan menjanjikan apa-apa untuk SPM Anif.



5. Ianya menjadi rumit bilamana kejutan tinggal di asrama yang tak diduga. Moral segelintir pelajar di asrama amat nazak sejak tahun 70an lagi. (aku juga beks pelajar asrama selama 6 tahun) Bermula dari kehilangan barangan yang disayangi Anif tanpa pun diambil perhatian pihak asrama; salah satu menjadi penyebab awal Anif tak selesa tinggal di asrama. Dikekang pula masalah disiplin dengan masalah rambut tak boleh berfesyen. Bukan panjang mana sangat pun hinggalah perkara remeh seperti sukarnya nak keluar dengan keluarga waktu melawat di hujung minggu. Masalah nak kendong beg besar & pakaian bergantung masuk ke asrama, ibu bapa hanya dibenarkan menghantar di pintu utama sahaja ini juga bagi aku adalah disiplin yang amat pelik. Pelbagai cabaran di asrama yang Anif masih tak dapat terima.

6. Berbalik kepada kenapa Anif menjadi pelajar murung dan tak ceria di asrama, Aku sendiri dapat kesan sejak kebelakangan ini. Malahan sikap tidak hormat terhadap ayahnya kian terserlah. Pastinya bermula dengan harapan dia untuk pulang ke sekolah asal terhalang. Sebaiknya jangan sesekali baik Mila atau Cikgu Kaunselor memberikan kata dua atau harapan tanpa berbincang dengan ayahnya. Ini isu BESAR. Malahan telan menjadi masalah berat buat aku sebagai ayah. Bagaimana aku mahu menyakin dia agar memilih jalan ayahnya suapaya dia akan berjaya. Apatah lagi bila di depan Pengetua. Guru Kaunselor bermuka-muka. Ini memang disungut oleh Anif terhadap Guru Kauselor ini. Pasti perkara begini jika kena ke diri kita pun pelbagai perasan terkilan akan terbit. Rasa dipermainkan.

7. Aku sebagai ayah juga kini tertekan, jika aku terima keputusan Anif memang Guru Kaunselor di STTJ sana akan gumbira dan lepas tangan. Pastinya mereka akan buat laporan ke KPM yang keluarga murid yang setuju membawa anak mereka kembali. Hatta apa makna tawaran pun harapan ayah ingin melihat anak mereka berjaya dengan tinggah di asrama STTJ yang gah seantero dunia ini. Pelbagai andaian akan timbul; anak manja, ibu ayah tak dapat memujuk. Padahal ayahnya memang telah berusaha sedaya upayanya untuk mengembira Anif tinggal di sana. Jauh di sudut hati saya kompromi antara Mila & Guru Kaunselor ini menjadi kemelut ini tidak selesai. Anif nampak ceria & tak kusut rasa jika tanpa harapan dari Mila & Guru Kaunselor ini. Ini jelas malahan semasa Pengetua menasihati Anif pun nampaknya Anif bukan pelajar yang tak boleh dipujuk tinggal di asrama. Sebaiknya Guru Kaunselor perlu memohon maaf kepada Anif kesilapan dia memberi harapa. Begitu juga Mila kena menerima keputusan ayah Anif dengan kata dorongan dan harapan. Berdoa agar Anif sentiasa damai di sana. Aku telah puas berdoa dari jauh agar Allah Nan Maha Penyayang akan tetap menunjukkan Anif jalan damai tabah dan menjadi pelajar cemerlang di STTJ sana.

8. Tolonglah jangan kerana Anif murung akan timbul semula ruang atau daya upaya baik dari Mila atau Guru Kaunselor untuk mengadakan agenda WAYANG lagi. Tolonglah kembali ke fokus asal; cari jalan agar Anif tu sedar jika kekal belajar di STTJ sana tak mendatangkan masalah. Dia boleh berjaya di sana. Kenapa mesti mahu ke sekolah asal yang belum tentu sesuai dan masihkah punyai masa setelah tinggal hampir setahun dalam banyak mata pelajaran. Masa terus bergerak kenapa seorang Guru Kaunselor yang diamanahkan tak boleh memujuk atau memotivasi pelajar agar dia dapat menyesuaikan diri bagai pelajar lain tinggal di asrama. Kenapa seorang ibu tak nampak di rumah keadaan kami tak sebaik mana apatah lagi untuk Anif dapat tekun belajar. Takkan tak perasan makan minum kami di sini pun tak terurusan dengan baik banding di asrama. Begitu juga ketika tengah hari; ulang alik ke sekolah juga tak selesa mana. Belum lagi jika nak hantar Anif itu ke kelas malam.

9. Terakhir jika beginilah masalah yang terus melanda kehidupan Anif: aku hanya dapat berserah kepada Allah Azza Wajalla semoga ada ruang dan jalan terpilih agar Anif kembali menjadi pelajar riang selesa dan pandai membawa diri di STTJ sana. Guru Kaunselor JIKA tak pandai kaunseling pelajar agar selesa di asrama pun tekun belajar di STTJ jangan ganggu Anif lagi; apatah lagi menabur janji kosong dan meracuni fikiran Anif,  jika memang tak ada fokus dan kabur kemahuan SEBENAR ibu ayah pelajar baik jangan keruhkan keadaan. Biarkan kami mencari jalan sendiri agar anak kami kekal tinggal di sana.

10. Anif tak pernah pun ganggu pelajar di sana. Pelajar STTJ sahaja yang ganggu Anif dari sebermula dia di sana. Ajar pelajar sana jangan asyik jadi pencuri. Jika pandai tapi jadi pencuri tak guna. Pengawal Keselamatan di STTJ juga belajarlah hormati ibu bapa. Kami bukan penyagak atau perompak sampaikan tak boleh dibenarkan masuk menghantar anak ke ruang pagar asrama. Cer fikirkan jika anak TUAN sendiri terpaksa didera kendong beg dan pakaian dari pintu pagar luar. Ada SUKAkah. Arahan siapa?. Disiplin biarlah bertempat: bukan ikut sedap rasa nak halang perkara songsang dan tak masuk akal.

(Bunyi perkara 9 agak kasar tapi siapakah yang mula membuatkan keadaan jadi rumit)


♥♥♥ Buat rakanku yang terbaca catatan ini; Doakan ke hadrat Ilahi... masalah ini selesai secara baik, agar hati Anif damai dan tekun belajar di sana, jauhkan kekusutan yang memang sering menganggu kita agar suasana JANGAN menjadi gurur. Bebanan masalah sebegini aku lihat memang kerap berlaku kepada keluarga lain. Doa & kesepakatan ibu ayah amat penting. Anak remaja kena faham peluang belajar di tempat yang baik ini tak sering datang; rebutlah peluang yang ada ini sebaiknya.