iDAN

25 Mac 2012

Retro


Tiba-tiba badan hilang upaya nak hantar Azim ke sekolah hari ini; salah satu sebab mungkin rutin seharian asyik tak berubah. Bangun pagi banyak kerja menunggu. Kerja remeh tapi perlu disegerakan. Salah satu kemaskan sangkar kucing. Jika tak kemas bau boleh menganggu ketenteraman pun lalat akan pasti datang. Pokok bunga kena siram. Jika tidak takkan menghijau laman rumah. Tahi kucing luar rumah kena buang. Jika tidak pasti terlanggar dek tayar kereta atau terpijak. Ikan kena kasi makan. Barulah boleh fikir soal sarapan.

Hari ini makcik jual lontong di Sungai Kantan tak buka gerai; terpaksa ke mamak atau cari nasi lemak bungkus. Aku teringin nak tukar selera lalu singgah di gerai mamak depan Surau Saujana Impian.

"Kuih ini berapa seketul neng?" aku lihat neng dari seberang jadi pembantu gerai mamak ini.

"50sen! ish mahalnya neng..." lojik sebab roti digulung taruh ikan sardin memang mahal. Sardin di dalam tin memang dah naik tanpa kawalan.

"Kuih yang lain ni berapa?"

"Sama!"

"Eh takkan sama sekitar rumah saya paling mahal 40sen, masih ramai yang jual kuih sebesar ni 3 ketul RM1"

"Bolehlah bolehlah..." neng tu tersenyum dan tergelak panjang. Memang kalau neng berjual aku suka menyakat..

"Tak apalah neng saya merajuk tak mahu makan!" aku cuma makan kuih sardin gulung memang sedap rasanya; dua ketul rasa dah kenyang. Neng sambung ketawa di samping menyebut merajuk- merajuk.

Terpaksa pusing-pusing Jenaris cari nasi lemak; banyak gerai telah tutup dah sekitar jam 11:00 pagi. Jumpalah gerai sebelah Kamdar; siap bena menu yang berjela digantung. Beli dua bungkus nasi lemah lauk telur goreng RM2 sebungkus. Azim dah makan nasi lemak di gerai neng tadi. Masa aku makan tadi jumpa seorang lelaki muda dari Kelantan; berbual panjang pasal insuran kenderaan yang naik mendadak. Baru kahwin katanya tapi isterinya tinggal di sini.

"Kuih karipan ini macam mana kiranya akak?" gerai kedua aku singgah satu pagi.

"Seketul 4osen; lima ketul RM2!" agak besar kuihnya tapi separuh digoreng hangus oleh suaminya. Macam suruh aku beli 5 ketul, anak atau cucunya leka main pen conteng menconteng.

Sampai di rumah Azim sambung buat kerja sekolah. Aku paksa dia makan karipap sebab aku lihat dia makan sedikit tadi. Tiba saat nak hantar Azim ke sekolah aku lihat Aziq dah segar badan. Aziq memang dah lama ada lesen kereta. Aku rasa nak rehat dan suruh dia bawa kereta perang hantar Azim ke sekolah.

Nampak dia begitu minat dan amat yakin bawa kereta perangku. Pertama kali dia bawa; aku memerhati sahaja dari foyer rumah. Bayangkan baik Mila atau pun Afiz tak berani nak bawa kereta perangku. Hebat si Aziq ni.

"Macam mana rasanya bawa kereta perang ayah?"

"Hebat dan memang berkuasa (power)!, jauh lebih hebat dari kereta Aziq belajar!" beria-ia dia nak bawa kereta ayahnya berjalan-jalan lagi.

"Tayar depan tu kurang angin sebab itu rasa berat stering tu; nanti kita tukar rimnya pasti lagi senang nak bawa." dia hairan kenapa abangnya si Afiz sibuk nak kereta baru sejak dulu Aziq memang suka kereta lama. Suka kereta yang berlubang-lubang kena tembak dia kata nampat retro. Apa benda retro ni.

Anif dalam dilema.


"Anif tak mahu nanti Anif dibandingkan dengan angah, angah tu pelajar cemerlang naikkan nama sekolah dia nanti dikatakan pula Anif pelajar yang jatuhkan nama sekolah!" itu yang dituturnya ketika aku cadangkan dia di SM Gombak.

Memang pilihan awalku mahu dia masuk ke SM Sepang; tapi dah masuk ke asrama STTJ Seremban baru dapat panggilan ke SM Sepang. Bukan surat tawaran sekadar panggilan mengatakan Anif layak masuk ke SM Sepang. Ketika itu dia pun dah kisah di mana tempat belajar.

Semalam aku jadi keliru. Pening dan penat amat memikirkan. Sudah berlalu tiga bulan, Anif rasa tak seuai sekolah di STTJ. Bermula dari jam tangannya dicuri rakan. Kemudian dia risau keputusan peperiksa semesternya teruk. Tak pasti di mana silapnya; jika dia memang pelajar cemerlang apakah masalah persekitaran belajar di sana jadi penyebab dia malas belajar.

"Jam itu nanti kita beli lain; kita beli pun murah. Nanti pencen ayah masuk ayah belikan jam yang sama. Biarlah pencuri tu ambil mungkin emak ayahnya orang susah. Jangan fikirkan sangat!" Anif nampak terima apa yang ayahnya cakap.

Semalam dia mengadu ramai rakannya kena buka gerobok; dia syak pelajar lebih senior ada kunci induk. Sebab tak ada kesan dipecah.

"Tau-tau mee segera hilang, barang makanan habis kena kebas!" memang aku pun pernah berbual masa awal dia masuk asrama. Pelajar yang lama berpesan, biasa katanya gerobok kena pecah. Duit jangan bawa banyak. Dulu pun aku duduk asrama masalah sebegini di asrama memang biasa. Paling tak guna ketika pengawas asrama buat peperiksaan mengejut; ketika inilah ada saja barangan yang kita sayang akan hilang. Selalunya kalangan pengawas asrama itu sendiri yang belut.

"Memang masalah remeh begini sering berlaku di mana-mana asrama Anif, kita kena tahan hati jangan kita jadi orang jahat sudahlah. Datang ke asrama untuk tekun belajar bukan buat hal ganggu orang belajar!" Anif diam saja.

Aku perasan dalam perjalanan ke asrama sepanjang lebuhraya LEKAS aku jeling cermin belakang dia nampak stres sangat. Dapat aku rasa hatinya sejak kebelakang ini memang ada tak kena. Dia tak bilang pun mata pelajarannya jatuh. Semalam baru dia kasi tahu. Banyak dia dapat C. Dia tak dapat tangkap apa cikgu ajar. Tak pasti berapa ramai pelajar di kelasnya macam dia; kalau tak ramai mungkin kita andaikan dia yang terleka.

"Anif tak payah risau masalah C ke A, janji Anif dah cuba; silap kalau kita nak A belaka ada ketika silap baca soalan pun kita boleh dapat B. (macam abangnya dalam SPM tak pernah dapat Bahasa Inggeris B tetiba itulah satu-satu mata pelajaran buat dia dan kemi sekeluarga terkilan amat)... kita ni jadi manusia bodoh asyik nak A tanpa perhatikan CGPA atau sejarah pelajaran kita lalu..." aku cuba menyakin Anif agar jangan putus asa.

Semalam setalah melawat Anif di asrama balik ke rumah aku tanya angah; abgnya Aziq bagaimana pelajarannya ketika awal berada di SM Gombak.

"Aziq masa awal belajar di SM Gombak ada tak dapat mata pelajaran kuputusan C?"

"Ada... awal masuk Aziq memang pelajar bodoh!"

"Abis tu bagaimana Aziq jadi pandai?"

"Aziq belajarlah sungguh-sungguh"

"Nanti adik Aziq balik kasilah dia nasihat; kasi motivasi agar kekal tinggal di asrama!..." memang Aziq ni bukan jenis berbual mesra dengan ayahnya. Dia ikut ibunya sukar nak berbual cara terbuka berbanding anak-anak lain. "...ayah memang tak yakin dia akan dapat keputusan cemerlang jika tinggal di rumah, tenguk kawan dia bergaul pun ayah rasa risau amat!, bukan nampak pelajar jenis kaki belajar ulat buku"

"Entahlah ayah angah pun rasa macam tu di asrama lebih senang belajar sepatutnya..!"

Penat nak fikirkan masalah anak ini; Masa Afiz anak yang sulung sekolah memang dia aku tak hantar tinggal di asrama. SPMnya cukup makan. Kasihan Afiz dia mengaku dia silap pilih kawan masa Tingkatan empat dan lima. Rakannya bukan jenis pentingkan pelajaran. Ini satu masalah keluarga yang amat sukar. Menjaga pergaulan anak ketika belajar.

Teringat rakanku yang anaknya berjaya ketika SPM dan ramai belajar luar negara; mereka tinggal dengan keluarga ketika menghadapi SPM bukan pelajar asrama. Mereka tetap berjaya tetapi memang ibu ayah kena banyak berkorban. Terpaksa hantar kelas tambahan saban malam. Di luar bayaran kelas tiusyen bukannya murah. Masa Aziq di SM Gombak dia masukkan juga kelas tambahan ketika malam tapi bayarannya jauh lebih murah berbanding di luar asrama.

Bukan isu murah atau mahal mahu diperjelaskan. Selalunya ibu ayah akan sanggup berkorban apa saja demi mendapat keputusan peperiksaan anak-anak yang cemerlang. Yang penting minat atau ketekunan pelajar itu sendiri ingin belajar. Tak mungkin boleh dipaksa anak-anak kita belajar. Yang lebih utama kesedaran mahu belajar. Peluang belajar bukan sering kita temui. Seperti kes Anif nan terbelenggu kini: STTJ adalah sekolah yang tersohor. Melahirkan ramai pelajar cemerlang. Sayang amat jika dia tak ambil peluang belajar di STTJ. Kami sekeluarga tengah berdoa agar Anif damai di sana. Agar jangan ada anasir jahat terus menganggu dia. Agar cikgu di sana dapat memantau masalah ini sebaiknya. Ini masa depan anak-anak bangsa kita.

Agar Allah Azzawajalla dapat menunjukkan jalan terbaik buat Anif anak kami.

Kembali ke Asal


Rakanku doakan agar si Anif berubah hati; Aziq abgnya pun dulu macam tu; memang peringkat awal susah nak belajar cara spm yg betul lama-lama dia menjadi pelajar contoh.Susah nak dapat peluang masuk ke sana. Rakanku pun ingat bagaimana yeop susah payah dapatkan tempat di STTJ tu; emaknya Kak Mila tak boleh ikut sangat wawasannya; asyik nak anaknya sekolah agama. Ingat budak tu mahu ke belajar bahasa arab; lagi banyak benda kena hafal. Hari tu beria-ia nak masukkan Kolej Islam Klang. Ingat dekat ke nak berulang alik nanti. Bagi Yeop kalau anak kita sebelum SPM lagi dekat lagi bagus. Lainlah dah belajar di menara gading.

Jika tak terbawa kos sekarang rasanya sempat lagi tukar kos. Janji tinggal di asrama. Lagi pun asrama STTJ jauh lebih dekat dan mudah yeop berulang alik. Dah nak habis satu semester; tinggal setahun setengah saja lagi; bayangkan yeop selalu antara org pertama sampai jemput dia setiap kali minggu bercuti.

Ikutkan hati memang yeop suka anak sentiasa dekat dengan yeop tapi isunya dapatkah dia jauhi pengaruh kawannya; Afiz masa spm memang agak teruk keputusannya lantaran pengaruh kawan dia mengaku berpunca dari kawan... Berhempas pulas yeop buat rayuan untuk masukkan dia ke politeknik tu.

Sedih amat hidup kita ni sering diuji masalah; Anif tu dah dimanjakan sangat dengan kemewahan oleh ibunya; hatta bila semua tak boleh; nak klik telefon bimbit pun tak boleh memang ini memberi kesan. tadi pun dia bisik-bisik dengan ibunya tak mahu ikut atau dengar nasihat ayahnya.