Minyak Zaitun & Khasiatnya
Terdapat 3 jenis minyak zaitun:- Extra Virgin Olive Oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad. - Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan. - Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.
Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.
Benarkah begitu? Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.
Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.
Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Jadi apa ditunggu lagi?
Minyak zaitun
merupakan minyak yang dapat dari sumber pohon zaitun. Khasiatnya cukup
banyak sehingga disebutkan dalam al-quran mengenainya. Ketahui apakah
khasiat dan keistimewaan minyak zaitun.
Khasiat Dan Keistimewaan Minyak Zaitun (Menarik!) |
Apa keistimewaan pohon zaitun sehingga dipuji sedemikian di dalam al-Quran dan hadith? Minyak Zaitun ini selain rasanya yang lazat dan digunakan oleh manusia selama ribuan tahun, pohon-pohonnya indah dan berumur panjang. Akar-akar pohon zaitun kuat mencengkam ke bumi sehingga nampak seperti berdiri kukuh perkasa. Ini menimbulkan rasa hormat dalam tamadun-tamadun yang menanamnya. Pohon Zaitun menyimpan pelbagai misteri kesihatan yang luar biasa.
Pakar bedah yang menjalankan pembedahan
pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard
menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di
kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka. Menurut Barnard,
komuniti ini adalah yang jarang sekali menghidap serangan sakit
jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang
terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak
zaitun. Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.
Andrew Weil, juga mengaku minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan.
Tubuh badan manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di
dalam minyak zaitun iaitu asid oleat. Minyak zaitun mengandungi lemak
mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar
kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan.
Minyak zaitun juga mengandungi polyphenols yang bersifat anti
inflamasi.
Makanan-makanan yang mengandungi anti-oksidan adalah makanan kelas satu dalam dunia kesihatan masa kini. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melambatkan proses penuaan, melawan kanser dan alergi.
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun
merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya
bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean
semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi
Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak
zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri
menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
- Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
- Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
- Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
- Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
- Antioksidan
- Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
- Membekal vitamin E
- Kecantikan (kulit dan rambut)
- Kestabilan asid lemak
- Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
- Kegunaan masajterapi
- Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
- Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
CARA PENGAMBILAN:
1.Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3.Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).
Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati). InsyaAllah.