iDAN

10 Jun 2011

Bicara Bahasa


Watak Lelaki:
‎.. Azim bayangkan jika kita ini org Jerman tinggal di Jerman, ramai kalangan ibu ayah kecewa lantaran anak mereka tak dapat A+ Bahasa Melayu, Azim saja salah seorang yang berjaya dapat Bahasa Melayu A+... bangga naik ke atas pentas, yang lain terkulat-kulat tenguk Azim dapat anugerah impian semua itu!... Azim tergelak besor! dia pun faham apa yg tersirat di hati ayahnya.

(Aku tak suka membedakan anak-anak, ada ketika ada kita mahir dalam lukisan, ada ketika anak kita suka akan sejarah, ada ketika anak kita sekadar pandai Matematik. Mereka tetap anak kita yang perlu kita kasi semangat & motivasi0


タジュ アリピン Watak Jepun: sukakan ini topik ini.

Watak Lelaki:
Berbanggalah kita dengan bahasa kita. Kita bukan orang Jerman atau Mat Salleh dari Dunia Barat sana. Majlis Sime Darby yang aku hadiri tadi macam aku berada di US sana . Huh!. (Semua ucapan dalam Bahasa Inggeris, yang hadir aku lihat tak seorang pun ada Orang Putih, tapi semua kadang-kadang gelak, kadang-kadang terusik hati)

タジュ アリピン Watak Jepun: dah hebat tu Idan. Idan apa kurangnya penyair dan penyajak tanah air...he2!.

Watak Wanita:
Wahh! ye ke tahniaahh

Watak Lelaki:
Tajul ... Idah: Azim mengadu dia mengatuk dengor orang depan pentas tu bercakap hampir 101% cakap Orang Putih; bukan budak tu tak faham Bahasa Inggeris dia dah memang A Inggerisnya; kalau tenguk DVD mereka suka sarikata Bahasa Inggeris. Sarikata Bahasa Melayu di DVD selalunya merapu!. Sebab apa mengantuk; bahasa org putih ini mana ada seloka, pantun, bidalan pelbagai; langsung tak ada daya penarik atau keindahannya. Kononnya bahasa bisnes tapi alahai! dalam sudut persembahannya memang mengantuk!.

(Aku memang bosan duduk di majlis yang pengantaraannya menggunakan Bahasa Inggeris; aku lebih mudah & selesa bermajlis dengan Bahasa Melayu.)


Watak Wanita:
biasalah dunia koporat bahasa perantaraan adalah bahasa inggeris. Jika anak-anak kita pandai berbahasa Inggeris tu kn satu kelebihan bukan nak berbangga sekurang-kurangnnya anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran tu saja. Sekarang kan kat universiti pun peperiksaan atau nak buat tesis kebanyakkan menggunakan bahasa inggeris kalau tak pandai macam mana nak lulus susahkan bila dah jadi camtu. Entah laa yang penting anak2 berjaya sudah laaa.

(Bagiku secara peribadi memang tak suka amat kita ambil kita menggunakan bahasa Inggeris ini dalam tesis; Laporan Projek Akhir, atau juga majlis atau viva dalam Bahasa Inggeris; ini memberi kesan membantutkan perkembangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara. Ilmu atau bahan dalam Bahasa Melayu kita jua jadi tak rasmi & lambat berkembang jika asyik mendewakan Bahasa Inggeris.)

Watak Wanita: Bagi pejuangan bahasa mmg mereka nampak ini tetapi bukan itu caranya kalau kita sayangkan bahasa, bahasa itu jiwa bangsa; kita maju atau membangun tanpa punyai jiwa atau sejarah bahasa yg boleh dikenang... UKM sering atasi UPM dalam raking universiti di dunia; Jepun yg maju pun tak utamakan bahasa inggeris, banyak lagi negara yg tak mementingkan bahasa inggeris; jerman, cina.

Watak Lelaki:
Bagi abang di Malaysia ini jika nak lebih cepat maju; selain nak utamakan Bahasa Inggeris kita juga kena utamakan Bahasa Cina, bayangkan ekonomi kita dipegang oleh kaum cina, anak-anak kita pula nak masuk kerja di syarikat cina sering dikenakan syarat agar pandai bahasa cina. Perkara bahasa ini jangan dianggap mudah sementelah kalau kita sayang bahasa; jangan sesekali mendewakan bahasa asing.

Perlu diingat Bahasa Melayu digunakan oleh golongan ke Lapan teramai di dunia; sejarah Bahasa Inggeris ini amat baru dalam temadun manusia; malahan pengkaji bahasa telah mengakuinya Bahasa Inggeris ini asalnya cuma 20%; mereka telah mencuri istilah bahasa asing sebanyak 80% bayangkan naifnya Bahasa Inggeris ini. Bahasa yang lebih bertemadun & paling utama pastinya Bahasa Arab. Orang Barat memang terkenal dengan perangai mereka yang asyik mencuri & mengambil teknoloji dari dunia Arab.


Watak Wanita:
betul tu masalahnya kita tak berada di Jepun atau di Jerman...kita berada di m'sia kekadang terpaksa akur dengan Dasar Kerajaan.siapalah kita hanya manusia kecil saja..lantang manalah suara kita siapakah yang akan mendengarnya. Kecualilah kita ada kuasa dan boleh ubah dasar tapi tu kan tak mungkin. Biarlah kat sekolah atau universiti anak-anak pandai berbahasa Inggeris tapi jangan berbangga dan menunjuk-nunjuk akan kebolehan tu pula belajar sekadar tuk menuntut ilmu.

(Perasaan yang Idah nyatakan memang betul, kita kena sentiasa ingatkan anak kita jangan sampai meminggirkan bahasa ibunda kita Bahasa Inggeris; tak rugi pandai banyak bahasa tetapi pastikan kita sentiasa terusana membangunkan bahasa kita agar terus berkembang. Dasar Kerajaan ini harus dipinda dari semasa ke samasa oleh anak cucu kita.)

Watak Lelaki:
Agak abanglah idah, kalau org putih tu buang bahasa orang yang mereka curi; mereka takkan maju malahan mereka akan jadi orang bisu! bercakap pakai isyarat tangan!.
(Jiwa barat sana sebenarnya tak berkembang mana jika mereka tak belajar bahasa asing; Bahasa Arab contohnya; banyak ilmu atau teknologi sebenarnya berkembang dalam dunia Arab; Tamadun Arab Purba)

Watak Lelaki:
Abg sedih bukan apa... bayangkan masa kelompok pejuang bahasa kita nak menobatkan bahasa melayu kita... A Samad Said kena simbah@sembor(sembor tu bahasa dulu, sekarang jadi sembur) dengan air asid; kata mereka dia tak apa-apa sebab dia tutup mukanya dengan jambangnya! (mungkin ini lawak) tapi sampai begitu sekali kita hina golongan yg sayangkan bahasa melayu... rakyat kita tak ramai mana; bayangkan bagaimana orang Indon yang ratusan juta rakyatnya; mereka boleh bersatu dalam satu bahasa indonesia... kaum etnit mereka bukan sedikit; batak lain bahasanya, madura lain bahasanya... biar pun mereka bukan negara maju.. tapi mereka boleh berbangga dengan bahasa indonesia mereka... baik melayu batak jawa petah berbahasa indonesia... kita pula kalau pergi kampung cina sana... masih guna lu.. lu.. gua... gua...

Watak Lelaki:
‎"kita tk berade di jepun atau dijerman.." kita juga bukan berada di barat... ; Ramai pensayarah yang abg kenal terdidik di Jepun pun Jerman amat bagus watak & sikap mereka. Jerman & Jepun lebih kepada ilmu yang terbuka bukan diniagakan; sebab itu belajar di sana percuma bukan di dunia barat; abg pernah hidup dalam masyarakat jepun mereka ini golongan yang amat menghormati hak org lain; malahan sikap jujur mereka banyak yang mengatasi sikap kita orang Islam... abg pernah merayap sendirian di kota London sana; baru sehari merayap abg SUDAH kena ugut kena rampas duit abg! rakan abg juga mengalami peristiwa yg sama; tak ada apa nak dibanggakan di barat sana... moral mereka teruk & runtuh!... Orang barat ilmu ini diperdagangkan tapi tidak di Jerman, Arab atau Jepun.

Watak Lelaki:
Dalam sudut sejarah tiga golongan ini amat kejam. Jerman, Arab atau Jepun. Jika memilih kelompok hidup abang memilih kelompok orang Jepun, rasa selamat & santai di negara mereka; cumanya mereka ini kaki minum mabuk masalah ini amat sukar dibendung; faktor mabuk itu kut! buat org Jepun ni suka bunuh diri.

Watak Wanita: tulah ...m'sia ni apa nak jadi pun tak tau. Masa-masa kan datang jika pemimpin sendiri tak bersatu dan tak sepakat macam mana. Rakyat macam kita ni lagi lah buat hal masing-masing. Macam penulis mungkin ni salah satu cara macam mana nak memermatabatkan bahasa melayu...rajin-rajinlah berkarya memupuk minat belia beliwanis tuk membaca...tu kan usaha murni juga kan.

(Kita sebagai rakyat tak kisah memihak di parti mana, yang penting kena ada satu wawasan, arah mana nak kita tuju, biar ada satu semangat cintakan bahasa di samping menjaga nilai agama. Jangan jadi penyokong yang mencari jalan huru-hara, kena pentingkan keamanan negara)