iDAN

02 September 2009

Isteri Curang Menghadapi Siksa Dunia (Delima Merkah)


Sumber : Blog Dakwah Remaja

Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Saya saja kat sini, untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya...

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang dipakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” Saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

" Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, di belakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang diberi oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,” tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?” saya bertanya.

“Dah! tapi macam biasalah. Bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. Macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,” Jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung & kusut.

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti dipenuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasihan betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu.

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu.”

Disebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang dihabiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,” tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang dah sakit memang macam tu.” Kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya! ustaz ... Saya tunggu.” Katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni...! Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za...! Ni Ustaz Nahrawi datang!” Kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang di permukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;” Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung!”

“Tak adalah, ustaz..! Tanyalah, saya tak kisah.” Jawab Arifin.

“Err... dari mana datangnya bau yang...” Soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo... mmm! dari alat sulit dia.” Kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala ditimpa penyakit sebegini sengaja diturunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,” kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menelefon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,” Katanya.

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?” Pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan."Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...!” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,” Kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

"Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?” Tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya...! dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala.” Jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamdulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia..."

Namun demikian kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Maut sebelum berbuka (Ceritera)


Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Orang ramai bertempiaran lari sebaik gempa berlaku sekitar jam 3 petang (4 petang waktu Malaysia), malah saya sendiri sempat melaungkan takbir kerana terlalu panik,” kata Nanang Setiawan, menceritakan pengalaman cemas ketika gempa bumi di Jawa Barat, semalam.

Dia yang juga Redaktor akhbar Pikiran Rakyat beribu pejabat di Bandung berkata, ketika kejadian, kebanyakan kakitangan akhbar paling laris di Jawa Barat itu sedang bersiap menunaikan solat Asar di surau dalam bangunan syarikat itu di Jalan Soekarno-Hatta, Bandung.

Menurutnya, sebaik gegaran kuat akibat gempa bumi itu dirasai, orang ramai mulai panik sehingga ada antara mereka menjerit ketakutan dan bergegas keluar dari bangunan ke kawasan lapang untuk menyelamatkan diri.

“Kami dapat mengagak berlaku gempa bumi apabila merasai goncangan kuat itu,” katanya ketika dihubungi malam tadi, sambil memberitahu maklumat diperoleh tidak lama kemudian mengesahkan gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter itu berpusat di 125 kilometer barat daya kota Tasikmalaya, Jawa Barat.Nanang yang juga wartawan kanan di Pikiran Rakyat berkata, gempa kuat yang dilaporkan berlaku pada kedalaman kira-kira 30 kilometer di bawah permukaan laut itu mengakibatkan beberapa daerah di sekitar Jawa Barat, terjejas.

Katanya, antara daerah yang paling teruk terjejas akibat bencana alam itu Bandung, Cianjur, Pangalengan, Garut, Priangan Timur, Ciamis, Tasikmalaya, Banjar, Sumedang, Sukabumi dan Bogor.

“Sehingga jam 8 malam waktu tempatan, sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan terbunuh membabitkan 11 korban di Cianjur, Tasikmalaya (lapan), Garut (tiga) dan satu kematian di Sukabumi. Dikhuatiri kira-kira 50 penduduk masih tertimbus di daerah Cianjur, manakala 350 cedera.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pasukan polis, tentera, bomba termasuk Palang Merah masih diteruskan, malah tiada tanda untuk berhenti setakat ini berikutan khuatir ramai yang tertimbun di bawah runtuhan.

“Sukar hendak dipastikan jumlah korban kerana beberapa kawasan mengalami kesukaran komunikasi terutama di kawasan Cianjur yang khabarnya masih ramai penduduk tertimbus di bawah runtuhan bukit berdekatan dan bangunan.

“Berikutan gempa ini, orang ramai bertempiaran keluar dari bangunan kerana panik termasuk pelancong dan penduduk tempatan menyebabkan suasana hingar seketika, malah ada yang berteriak menangis,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, agensi berita AFP memetik pihak berkuasa Indonesia melaporkan, angka korban akibat bencana alam itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 33 orang setakat jam 11 malam tadi.

“Sejumlah 33 orang terbunuh, 305 cedera dan 40 masih hilang,” kata Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan, Rustam Pakaya kepada AFP.

Menurutnya, 11 orang mati di daerah Cianjur, Bandung (6), Banjar (6), Garut (4) dan Tasikmalaya (3) dan masing-masing satu di Kota Tasikmalaya, Sukabumi and Jakarta.

Terdahulu, jurucakap agensi pengurusan bencana, Priyadi Kardono dipetik berkata kepada AFP, lebih 5,000 orang lari meninggalkan rumah masing-masing kerana bimbang gempa bumi susulan di Cianjur, antara daerah paling teruk dilanda kejadian berkenaan.

Nanang berkata, berdasarkan laporan awal daripada wartawan Pikiran Rakyat yang bergegas ke lokasi kejadian, ribuan rumah rosak teruk, malah ada yang ranap sama sekali akibat gempa bumi di Sukabumi, dekat Bandung.

Menurutnya, keresahan penduduk di wilayah Jawa Barat kemungkinan berlaku tsunami kedua selepas Aceh jelas kelihatan apabila masing-masing berlari ke kawasan lapang untuk menyelamatkan diri.

Katanya, dia sendiri berusaha menenangkan diri apabila merasai gegaran maha dahsyat ketika gempa berlaku meskipun Bandung berada pada kedudukan 105 kilometer dari pusat gempa di Laut Selatan.

“Setiap kawasan terjejas membuka pusat perlindungan masing-masing di masjid dan sekolah untuk mangsa gempa berteduh, manakala hospital serta pusat rawatan masih dipenuhi penduduk yang mendapatkan rawatan.

“Kami juga membuka tabung bantuan gempa bumi bagi mengumpul dana membantu mangsa, namun kos kerugian akibat bencana belum dapat dipastikan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Indonesia menerusi Gabenor Jawa Barat, H Ahmad Heryawan, melahirkan kesedihan berikutan gempa yang meragut banyak nyawa penduduk, namun dalam masa sama meminta warganya tidak panik dan bersabar dengan dugaan besar pada Ramadan yang mulia ini.

“Gabenor menyatakan rasa prihatinnya terhadap apa yang berlaku dan meminta penduduk tidak panik, manakala anggota penyelamat sudah diarah memberi pertolongan kepada (mangsa) yang terselamat,” katanya.

SUKABUMI: Gempa bumi kuat berukuran 7 magnitud melanda Jawa Barat, semalam dan mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang.

Seramai 305 dilaporkan cedera dan 40 lagi hilang.

Kira-kira 700 rumah musnah, manakala 600 rosak dalam kejadian itu.

Gegaran berpusat 49 kilometer di dalam bumi berlaku kurang 200 kilometer dari Jakarta dan mencetuskan suasana panik orang ramai.

Ribuan orang bergegas meninggalkan kediaman, kompleks beli-belah dan bangunan pejabat di Jawa Barat serta Jakarta apabila bangunan tinggi bergegar sekurang-kurangnya seminit kira-kira jam 3 petang (4 petang waktu Malaysia).

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono, berkata kebanyakan mangsa terbunuh akibat terperangkap di bawah runtuhan rumah masing-masing.

Ada beberapa kawasan terpencil, katanya, terputus hubungan dan keadaan sebenar di sana belum diketahui.

Pelajar, Rini, berkata pengalaman semalam memang menakutkannya.

“Lantai kelihatan beralun dan dari bahagian atas, terdengar bunyi sangat kuat seolah-olah bangunan akan runtuh,” katanya mengenai bangunan kompleks beli-belah Grand Indonesia yang dikunjunginya. - AFP

Ally tak marah Fasha (Hiburan)

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

"SELAGI Fasha tidak membuat pengakuan secara lisan kisah empat lelaki yang melamarnya, selagi itu saya tidak percaya dia yang bertanggungjawab menulis kisah itu di laman myspacenya," demikian kata personaliti TV3, Ally Iskandar mengenai pendedahan pelakon sensasi itu dalam laman myspace empat lelaki yang pernah melamarnya.

Selain Ally Iskandar, tiga jejaka lain yang dinyatakan pelakon itu dalam myspace pernah melamarnya ialah penunggang negara, Qabil Ambak; bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram serta seorang VVIP dari negara jiran, Brunei Darussalam.

Ally yang pernah berkawan rapat dengan pelakon sensasi itu selama setahun menafikan dia cuba menyelamatkan nama baik pelakon berkenaan, tetapi katanya kecanggihan teknologi memungkinkan pelbagai kejadian tidak diingini daripada berlaku.

"Sesiapa saja boleh menceroboh masuk dan menulis mengikut sesuka hati mereka saja di internet. Oleh sebab itu, selagi Fasha tidak mengesahkan sendiri kebenaran cerita itu secara lisan, selagi itu saya tidak mempercayai dakwaan berkenaan dan tiada apa yang perlu saya marahkan.

"Saya tidak mahu memberikan kenyataan lebih-lebih mengenai tulisan berkenaan kerana saya tidak mahu memanjangkan cerita. Saya tahu mengenai kisah itu pun melalui rakan yang datang bertanya, tidak lama selepas itu saya sendiri menerima e-mel yang dimajukan rakan kisah yang kononnya ditulis Fasha itu.

"Secara jujur saya tiada sebarang perasaan sewaktu membaca e-mel itu, tidak terkejut dan tidak pula melenting. Hanya orang yang mengenali Fasha saja yang tahu orangnya macam mana, jadi kita nak marah pun tak boleh, nak terkejut pun tak boleh. Buat apalah nak dipanjangkan cerita ini kerana bagi saya kisah itu tidak mendatangkan manfaat kepada orang yang dikaitkan dalam cerita itu," kata Ally ketika dihubungi.

ALLY tidak menafikan keakrabannya dengan Fasha.

Ditanya apakah dia pernah melamar pelakon itu, Ally berkata, sepanjang berkawan selama setahun dengan pelakon itu, mereka tidak pernah membincangkan hal yang menyentuh mengenai hati dan perasaan secara mendalam. Perbualan mereka tidak lebih sekadar perbualan biasa seperti dengan rakan yang lain.

Ally tidak kisah jika peminat mahu membuat sebarang spekulasi mengenai pengakuannya kerana baginya mereka berhak untuk bersuara. Yang penting ujar pengantara program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), hanya dia yang tahu apa yang berlaku.

"Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan cerita itu. Jika saya nafikan nanti lebih banyak lagi spekulasi yang akan timbul. Lagipun apa pula kata keluarga saya, keluarga dia dan Fasha sendiri jika kisah ini dibesar-besarkan.

"Jadi terpulanglah kepada orang untuk membuat apa saja spekulasi, biarlah mereka hendak kata apa kerana hanya saya yang tahu apa yang berlaku," kata Ally lagi.

Bagaimanapun, Ally tidak menafikan sepanjang perkenalan itu, dia bukan saja rapat dengan Fasha tetapi juga dengan seluruh anggota keluarga aktres berkenaan iaitu ibu bapa serta adik-beradiknya yang lain.

Bagaimanapun, menurut Ally, keakrabannya dengan Fasha tidak lebih sekadar sahabat sama seperti dia melayan rakannya yang lain. Biarpun mengaku rapat, mereka jarang dapat bersua muka kerana kesibukan Fasha sebagai pelakon popular ketika itu.

Berita Harian

iDAN: Bagai Pinang dibelah dua, rasanya Ally & Fasya sepadan.

Kepala Lembu Dipijak, Quran Dibakar (Ceritera)

iDAN said... Ada ketika mereka berfikir ke arah lain seandainya kita mungkin tak jemu runding berunding. Bukan menyolok sarang tebuan tetapi bak melastik sarang tebuan dengan kerang... agar kerang busuk & berpindahlah sang tebuan. Cumanya kita sering lupa tebuan ini boleh menyerang kita mati tekad mati perjuangan darurat hati darurat hasrat. (Seperkara lagi Abuyon kita pun tidak pasti kenapa permit itu diberikan. Katanya di sana tak sesuai didirikan kuil, penduduk sana bukan menghalang tetapi sekadar mahukan permindahan... Penguasa pula bagai endah tak endah... bila apa jua dibiar menjalar memang terbiasa menjadi liar!) Penduduk bawa kepala tuhan itu Pastinya sudah terlampau marah sampai hilang pertimbangan... biarkan! bak kata Pyanhabib ada ketikanya kita memang diajar agar kurang ajar untuk mengajar!. Musibahnya memang tersurat di mana-mana. Maka itu kita lihat adengan pelik-pelik seperti bakar bendera siap injak-injak lagi.. apa salah bendera itu? Pejuang berani mati, yang mati adalah kanak-kanak tak berdosa, perempuan tak bersenjata. Jika kita ke sekitar masjid lama Serdang ketika senja... Azan bergema & loceng kuil kling-klang bergemerencing sahut bersahut. Masjid kita lusuh terpencil dua kuil mereka gah tersergam semakin membesar jaraknya sepelaung sahaja. Siapa dapat menyekat ini. Itu yang terjadi di Batu Cave tenguk patung yang tercegat itu memang aku tak percaya bumi asalnya Tanah Melayu. Bagaikan Parameswara kembali ke agama lalu. abuyon said... Salam sahabatku Idan, Mari kita tanya apa yang berlaku, apa yang nampak hari ini, adalah keputusan dan tangan orang dulu-dulu Dulu-dulu, siapa punya angkara Tanah Melayu jadi begitu Apakah masjid lusuh di tengah dua kuil itu baru atau dulu-dulu Apakah patung di Batu Caves baru atau dulu-dulu Orang kalau berkuasa, perangainya begini, ia ibarat - bila di orang, salah bila di kita, tak apa Negara kita, negara merdeka rakyatnya bebas beragama tapi kita masih tidak menerima hakikatnya Barangkali benar, ia satu cara mungkin dengan itu, baru suara didengar oleh pekak penguasa Tetapi jika pijak kepala yang berlandaskan agama, itu bermain api namanya Dalam negara merdeka penuh warna bangsanya, jangan sesiapa bermain api agama, takut disimbah minyak, membakar seluruh negara Apakah tidak ada cara, kepala lembu juga yang diarak, padahal lembu itu ibadah kita juga Besar atau kecil atau di mana rumah ibadah mereka atau kita terletak pada bijak pengurusan orang kita juga Tetapi kalau menyalahi syarak meski betul pada adat, kita tentang kita lawan

by Farhan Shah petikan diambil dari Malaysiakini.com Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara. Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh. pig head in UMSebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan. Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ. Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut. Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ. Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa. universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 09Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi. "Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya. Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS. Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut. Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872. Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut. Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing. Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ. Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut. Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit. Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini. Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari. "Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.
iDAN said...

"Laporan yang diterima, terdapat ramai dikalangan mereka yang menyertai demonstrasi tersebut bukanlah penduduk seksyen 23. Persoalannya mengapa mereka juga turut serta?" Rasanya ada mainan dari Pembawa Minyak yang mahukan api memarak di Selangor... (Mungkin) Saya tetap mengatakan... bila apa jua dibiar menjalar memang terbiasa menjadi liar! Siapa yang memberi permit kuil itu didirikan di kawasan yang penduduknya majoriti Melayu itu yang lebih dulu perlu dihakimi...

Melalui YouTube jelas apa yang PR nyatakan untuk memindahkan ia dari jarak yang berdekatan dengan perumahan ke lokasi yang lebih jauh; di kawasan industri. Maknanya niatnya baik. Tetapi telah dipolitikkan masalah yang berlanjutan lebih dari 20 tahun ini. Mungkinkah PR tidak perasan lokasi sekarang biar jauh dari kawasan perumahan tetapi dekat pula dengan kelompok kaum Melayu. Ini yang kita tak pasti. Yang pasti kuil ini masih tidak dipindahkan.

Masalah kuil satu hal, begaimana masalah lain bila berjiran dengan kaum india atau kaum lain di negara kita.

Saya sendiri tinggal di rumah teres yang mana kelompok kaum India kebanyakannya bela anjing. Anak saya pernah digigitnya ketika melintasi rumah jiran waktu mahu ke kedai. Empunya anjing nampak kejadian tersebut tetapi tidak pun datang memohon maaf, anjingnya memang liar tidak diikat; Terbaik memang saya elok buat laporan Polis... sejarah dulu mengajar saya; tahu saya buat. Saya bawa batu besar berdiri depan pagar rumah India tersebut mahu membaling anjing itu sampai mampus!!!. Selepas itu saya tak nampak anjing tersebut.

Itu masalah membela anjing di bandar. Untuk pengetahuan saudara, adik saya (satu ayah lain emak) keluar otaknya mati katak lantaran dibunuh samseng india. Saya yakin adik saya memang bukan cari pasal dengan samseng tersebut... Sampai sekarang Polis tak dapat menyelesaikan kes tersebut.

Itu pula masalah samseng kaum india. Apa kurangnya masalah kongsi gelap kaum Cina. Orang kita pula masalah penagih dadahnya. Sama kesnya rumah milik isteri saya disewa oleh kaum india, saya buat aduan polis lantaran lebih dari 10 bulan dia tak bayar sewa. Sewanya sekitar RM600 sebulan. Terpaksa jual rumah tersebut lantaran tak mampu lagi bayar ansuran di bank ketika itu melonjak naik lebih dari RM1,000. Proses jual beli 5 bulan, bayangkan kami kerugian puluhan RM lantaran si india ini. Akhirnya pembeli rumah, Cikgu kaum Cina bawa samseng, bawa parang, pedang segala baru si india ini mahu pindah. Semasa dia tinggalkan rumah tersebut... hancur!, sampah sarap, rumah sudah tak jadi rumah, hutang bil air, elekrik bertunggak... huh! memang gerladangan. "Kalau kerugian encik tak sampai RM10,000 kami memang payah mahu masuk campur.." Saya ingat kata-kata kopral di Puchong itu. Tapi ada rakan India saya peluk Islam nikah dengan gadis kita orang Kelantan. Memang baik orangnya. Dia amat rapat dengan saya.

Kaum Melayu, Cina & india memang ada masalah masing-masing. Payah kita mahu menuding jari ini silap siapa. Maka itu terkadang memang kita payah mahu meladeni sesuatu kejadian... sekadar membiarkan ketentuan Ilahi... dia pasti menghukumnya. Tangan ghaib-Nya lebih tahu. September 2, 2009 11:39 PM

Khalid cabar pihak lain cari tapak kuil

SHAH ALAM 2 Sept. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mencabar mana-mana pihak supaya mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan kuil selain lokasi yang telah ditetapkan di Seksyen 23 di sini.

Katanya, kerajaan sedia mempertimbangkan jika ada tanah lain yang sesuai untuk mendirikan kuil itu bagi menggantikan kuil di Seksyen 19 di sini yang terpaksa dipindahkan.

"Kita sedia timbangkan cadangan lain jika ada, tak kisahlah di Kuala Lumpur sekali pun.Tapi buat masa ini cadangan kita ialah di Seksyen 23," katanya di sini petang ini.

Menurutnya, bagi menyelesaikan isu pembinaan kuil tu, kerajaan negeri akan mengadakan sesi dialog dengan pelbagai pihak termasuk penduduk untuk menjelaskan keputusan memindahkan kuil itu dan kawasan itu dipilih sebagai lokasinya.

Tambah beliau, risalah juga akan diedar bagi menerangkan sejarah isu itu yang timbul sejak berpuluh-puluh tahun lalu kepada menteri-menteri berminat dengan kontroversi tersebut termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Utusan Malaysia

iDAN: Sebahagian gambar kepala lembu & juga kepala babi telah pun saya buang untuk menjaga sensitiviti sesama kaum di Tanah Melayu.