iDAN

30 Jun 2009

Tuah Ayam Nampak di Kaki (Singgahsana)




Mana satu petrol pilihan anda? Petronas, Shell, Esso, Mobil, BP, Caltex atau apa lagi?. Jika dulu ada ProJet tak pasti kenapa ditutup tetapi yang nyata semua stesennya diambil alih oleh Shell. Jika anda sayangkan negara anda ramai suka ke stesen Petronas, dapat membantu syarikat milik negara sendiri. Pilihan di tangan anda terpulanglah kepada anda membuat pilihan.

Jika dulu stesen minyak sekadar menjual minyak petrol & disel, sekarang tidak lagi; jika anda ke stesen minyak anda akan dapat membeli belah; perbagai barangan terjual. Kecuali bawang, belacan atau barangan basah di dapur.

Jika kita mengikuti perkembangan stesen minyak di negara kita, dari masa ke semasa kita akan dapati di samping kita membeli minyak perbagai tawaran & peraduan diadakan. Terkini jika kita membeli dengan jumlah RM30 di Esso & Shell kita akan mendapat memasuki peraduan dengan hadiah sejumlah wang yang lumayan. Tak payah nak tulis slogan atau mengisi borang. Cumanya jika di Shell anda kena menggunakan kad kredit CitiBank.


Esso pula anda kena mendaftar kad Smile; rasanya langkah Esso ini adalah paling mesra pelanggan. Biasanya ramai yang trauma jika berurusan dengan bank, sebut bank sahaja dah seram sejuk. Rasanya lebih selamat jika menggunakan kad Smile atau dulunya RealReward di Petronas. Guna duit tunai tanpa berhutang.

Guna kad kredit bukannya tak bagus, cumanya jika kita terlewat bayar terimalah musibahnya. Menguntungkan sebelah pihak sahaja. Jika anda mampu guna kad kredit, rasanya anda juga mampu berbelanja secara tunai. Perancangan wang itu yang penting.

Aku sendiri sering membeli minyak di stesen Esso, telah menggunakan kad Smile sejak berzaman. Lagi pun semasa berulang alik dari kerja memang stesen minyak Esso yang mudah aku singgah. Tidak terlalu ramai pelanggan malahan minyaknya ada pilihan. Baru atau lama.

Tak pernahlah aku menang peraduan tetapi aku pernah nenuntut hadiah yang ditawarkan untuk pemegang kad Smile. Terbaru aku kehilangan kad Smile, ianya diganti secara segera di mana-mana stesen minyak dengan hanya mengisi borang kehilangan agar mata ganjaran tidak akan hilang. Sebaiknya anda telefon nombor 1-300-880-323 ini agar kad tersebut tidak sampai dituntut oleh orang lain akan mata ganjarannya. Ianya boleh disekat penggunaan kad yang lama & anda boleh guna yang baru tanpa bertangguh.



Kenapa tidak anda mencuba nasib dengan memiliki kad sebegini yang tidak pun perlu mengeluarkan belanja. Tak kiralah jika anda membeli minyak sekadar RM5 untuk kapcai anda, janji anda mengumpul mata ganjaran. Sesekali jika anda mengisi minyak untuk kereta anda apa salahnya isikan RM30, mana tahu tuah ayam nampak di kaki tuah anda nampak di stesen minyak.

Aku pernah berbual dengan Pakcik yang berkerja di kaunter stesen minyak Esso sekitar Jalan Cheras, bertanyakan tentang peraduan yang tertera di poster stesen minyak mereka.

"Pernah juga satu dua hadiah kita menangi di stesen minyak ini, yang selebihnya banyak ke negeri lain!" Hah! kenapa anda di negeri lain itu tidak mencuba?.