Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

08 September 2013

PETUA RUMAH TANGGA BAHAGIA


Di ruang ini dibincangkan beberapa tips untuk petua rumah tangga agar dapat mencapai bahagia.

Kelebihan Mengamalkan surah Al Qadr :

- Suami merasai kehebatan isteri ketika bersama jika isteri membacanya sebelum berjimak

- Boleh diamalkan selepas Isyak untuk kasih sayang berpanjangan

- Wajah isteri berseri-seri walaupun usia sudah lanjut kesan dari mengamalkan surah ini sentiasa

Bilamana seorang anak gadis dinikahi seorang lelaki maka ia sudah bergelar isteri.

Isteri-bersyukur dengan kurniaan Allah. Lagi banyak bersyukur lagi banyak Allah tambah nikmat.

Isteri jangan marah suami balik lambat, sebaliknya bersyukur suami pulang juga dan ucapkanlah alhamdulillah balik juga suamiku , Allah akan campakkan perasaan kasih dalam hati suami

Tiada seorang isteripun boleh mengubah suami MELAINKAN ISTERI TERSEBUT BERSYUKUR DENGAN ADANYA SUAMI

Ada isteri bila mendapat suami malas bekerja,suami curang – isteri sabar, sentiasa berserah kepada Allah SWT untuk memberikan pertunjuk buat suaminya.

Sentiasa bersabar kerana sabar bererti menahan diri dari menyalahkan takdir SENTIASA MENJADI SEORANG YANG BERSYUKUR Sebutkanlah Alhamdulillah..
insha-Allah Allah akan lemparkan hidayah untuknya.

Suami pulang bawa kain bagi isteri isteri sebut alhamdulillah bukannya mengomen. Suami pulang bawa beras sebut alhamdulillah. Jangan sesekali rezeki masuk ke rumah diterima dengan sungutan & keluhan. Ini pasti akan memahalkan rezeki keluarga nanti.

Bagaimana ingin memikat hati suami yang baran/tengah marah?

Isteri mestilah diam dan biarkan suami meluahkan apa yg ingin dikatanya.Selesai marah, hidangkn air kegemarannya sambil membaca doa ;"Ya Allah lembutkanlah hati suamiku sebagaimana engkau lembutkn besi Nabi Daud as" dan selawat pada Nabi

Selain itu perbanyakkan doa ketika membasuh beras, memasak, menghidang makanan

ALLAHUMMA ANTA ROBBUNA WARROBUHUM WAQULU BUHUM WAQULU BUNA BIYADIK

Ketika baca biyadik genggam beras tersebut dan juga masa mengacau air dan bayangkan wajah suami atau anak-anak kita.

WA INNA MA TAQLIBUHUM

Insya-Allah orang meminumnya akan lembut hati dan tak jadi nak marah pada kita

Bila suami marah banyakkan berdiam diri dan bag imasa untuk dirinya, selidik punca mengapa dia marah. Kadangkala dia marah disebabkan kawan di pejabat, jadi kita akan menambahkan kemarahannya jika bertanya macam-macam.

Jangan simbah minyak pada api yang kecil, cara kita sabar dan hidangkan air.

Bila suami pulang ke rumah, dan kelebihan isteri yang menghidangkan air ialah pahalanya lebih bagus dari puasa sunat setahun. Ada kalanya perempuan sibuk berpuasa sunat tanpa izin suami, sebaliknya menghidangkan air untuk suami lagi bagus dari puasa sunat tadi. Kenapa tida buat kedua-duanya.

Suami menjadi sayang pada isteri adalah kerana air tangan masakan isterinya.Ketika memasak, banyakkan berselawat, ia menjadi berkat dan suami bertambah sayang. Jangan hidang makanan waktu sejuk.
Masakan mesti terbaik untuk memikat hati suami:

2 unsur :

- Sedap
- Berkat

Ketika basuh ikan,sayur,beras banyakkan berzikir dan berdoa dan masakkan dengan kasih sayang sehingga bila suami makan, dia bertambah- tambah pinggannya.

Isteri yang pandai memasak akan sentiasa berada di hati suami walaupun pergi Mekah pun masih lagi teringat-ingat masakan isteri.

Tanya ibu mertua, apakah makanan kegemaran suami.

Secara umum, antara suami dan isteri,yg mana lebih patut memikat, adalah isteri.
Mengapa suami menikahi isteri?

Sebab terpikat yang kena goda dan pikat adalah isteri. Kita mesti pikat suami walaupun usianya 70tahun sebelum orang lain pikat. Memikat itu adalah tanggungjawab isteri.Pujuk hati, ego, menyampah jika suami playboy/mata keranjang dan maafkan kesilapan suami yang curang untuk mendapatkan barakah dan rahmat dengan mengabiskan kehidupan tua dengan keredhaan Allah.

Jadiklah isteri yang pemaaf kita ingin memikat hati suami walaupun kesalahan itu dari suami.

Bagaimana suami ingin respon dengan tindakan kita?

Sperti isteri pakai baju cantik, sembur minyak wangi, pakai make up untuk tunjuk pada suami – tapi suami buat tak faham, apakah hukumnya? Hukumnya berdosa.Sebangai suami, kita wajib bagi nafkah zahir (makan minum tempat tinggal) dan batin ( jimak,memberi kasih sayang).Maka suami bertanggungjawab untuk berkasih sayang dengannya.

Isteri adalah anugerah Allah dan hadiah untuk suami dan jangan melayan isteri dengan pukulan.
Faktor penceraian masakini adalah kerana tiada nafkah zahir dan batin dari pihak  suami manakala isteri tidak tahu memikat hati suami dan isteri asyik mengambil tahu hal anak, hobinya dan membiarkan suaminya terpinggir begitu sahaja.

Kaedah untuk memujuk suami yang merajuk :

- Jangan berdiam diri, pujuk cepat-cepat

- Doakan suami
- Menulis surat (e-mel) dengan mengembalikan detik-detik permulaan percintaan
- Pasangkan video keluarga masa anak pertama
- Tunjukkan surat cinta suami isteri

Kerana jika suami terasa hati, dia akan pisahkan tempat tidur sehingga ada 5-6 tahun tidak tidur sebilik dan tidak berckp gara2 merajuk.

Ada kalangan isteri mengamalkan sihir pengasih.

Seperti air mandian isteri, diberi minum utk suami sehingga suami lemah di sisi isteri

Apa sahaja ilmu dan sihir utk menundukkan hati suami berdosa dan harus jika tidak melanggar syariat

Menggunakan tangkal – hukum dosa dan syirik dan mempercayainya khurafat
Hendak memikat hati suami tidak perlu sihir , cukuplah dengan surah Al Qadr -

Petua memikat suami

- Jaga rambut
- Jaga bau badan
- Baca doa membasuh beras
- Baca surah al qadr

- Amalkan Surah alam nashrah – baca 7 kali setiap pagi.

Insha-Allah suami akan sentias amengingati kita di mana dia berada.
Suami ajak tidur bersama, isteri tidak mahu, malaikat akan melaknatkan sampai subuh.
Tugas sebagai isteri, wajib melayani suami.Tetapi senario masakini, isteri tidak mahu melayani suami, tetapi sibuk gosok baju nak pergi kenduri, lap pasu bunga.

Nampak saja suami, kenyangkan suami penuhi hajatnya. Kan itu lebih baik.

Rasulullah berkata, jika dalam islam benarkan untuk bersujud pada manusia,akan aku suruhkan isteri sujud pada suaminya.

Tugas sebangai isteri, melayani suami

Kebanyakan isteri gaji besar, suami gaji kecil.

Lalu dia katakan duit gaji isteri miliknya sepenuhnya sehingga suami berkecil hati. Padahal jika difikirkan ianya rezeki bersama; dengan izin suami isteri bekerja; atas rahmat SWT rezeki dimurahkan untuk sang isteri.

Bila telah rasa duit gajinya hak dia seorang maka sering isteri bergaji besar bertindak tanpa berbincang dengan suami. Sedang banyak perkara berbangkit akan terpaksa suami ladeni.

Sumber Asal: http://kuchalanakuchabara.blogspot.com tapi telah saya baiki ayat & ejaannya