Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

09 November 2006

Ibu Strok (Ceritera)

Ibu kena strok selepas tahu anak dibunuh

KUALA LUMPUR: Ibu kepada wanita Mongolia, Attantuya Shariibu@ Aminah, 28, yang dipercayai mati dibunuh kejam di Shah Alam, bulan lalu, diserang angin ahmar selepas dimaklumkan mengenai kejadian menyayat hati itu.

Ibu mangsa sukar menerima kenyataan anaknya mati dibunuh sebaik berita itu disampaikan wakil Kedutaan Mongolia di Thailand.

Berikutan itu, ibu mangsa yang sepatutnya diterbangkan ke negara ini semalam terpaksa menunda penerbangannya sehingga keadaan kesihatannya stabil.

Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi, berkata bapa, ibu dan adik perempuan mangsa dijangka dibawa ke Malaysia, Isnin ini bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan serpihan tulang yang ditemui di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, kelmarin.

Menurutnya, kanak-kanak berusia 16 bulan yang dipercayai anak hasil hubungan sulit mangsa dengan penganalisis politik terbabit turut dibawa bersama ke negara ini.

“Kehadiran anggota keluarga mangsa amat diperlukan bagi membolehkan ujian DNA dibuat untuk menentukan sama ada penganalisis politik itu adalah bapa kandung kanak-kanak lelaki berkenaan.

“Kedua-duanya dibawa ke negara ini dengan kerjasama Kedutaan Mongolia di Bangkok dalam beberapa hari lagi. Kedutaan Mongolia menghubungi saya dan memaklumkan perkara ini semalam dan mereka akan diiringi pegawai kanan Kedutaan Mongolia,” katanya.