iDAN

29 Julai 2013

Sumber Ilham Penyair iDANRADZi

 

Assalamualaikum Sahabatku Sdr ZZZZZ:

Mingguan Warta Perdana (MWP) yang terkini rasanya tak ada orang kita kenal; sy tak beli jika tenguk rakan rapat tak ada karyanya; emm ikut bajet (biasanya sy beli juga) MWP di sini selalu sampai hari Khamis atau Jumaat tapi kena cari di 7eleven bukan kedai mamak depan rumah sy tu. (Sepelaung saja kedai mamak di depan saya)

Di majalah Dewan Sastera (DS) tu selalunya tiap bulan jika ada puisi yang rasa menarik sy memang terusan hantar di DS; tak pasti bulan berapa puisi itu sy hantar; tahun ni baru kali kedua puisi sy tersiar. Sy rasa dua puisi setahun terbit di DS dah memadai. Bermakna paling tidak ada lebih 5 puisi (kadang ada dua puisi dalam sebulan sy hantar ke DS) & 1 (satu) cerpen  yang tersimpan di meja DS sana; tak termasuk tahun-tahun sebelumnya. Tahun depan mungkin boleh disunting semula jika tak tersiar & hantar ke penerbit lain. Editor DS mengamalkan sikap keterbukaan pun kasi hak samarata, jadi tak timbul masalah bagai di BH hari minggu asyik penyair yang sama mendapat ruang di hati editornya. Sy perhatikan DS kasi agihan saksama kepada semua penyair; cer perhatikan. Sikap begini sy rasa amat terpuji.

Kebarangkalian di BH varsiti itu editor berlainan yang kelola di BH hari minggu; sebab sy hantar sekitar beberapa buah puisi (rasanya tak sampai lagi 5 buah puisi) satu telah tersiar, baru tahun ini sy mula menghantar ke BH varsiti sebab sy memang bekas staf di UPM rapat dengan ramai rakan & pensyarah di Bahasa Moden UPM... hahaha di BH hari minggu agaknya dah lebih 50 buah puisi satu pun tak mandang tersiar sejak MATA (Sabtu 02.03.09) . Bayangkan sekitar  3 atau 4 tahun sy terus menghantar kalau sebulan sebuah puisi pun sudah 30 lebih jumlahnya... sy rasa sebulan bukan satu dua buah puisi sy hantar ke BH. Sy dah labelkan editor di BH tersebut terlalu KEJAM & EGO agaknya (masih hijau tak marah pun) lantaran sanggup berlakon menjadi watak membunuh ilham orang tua yg tak berilmu ini untuk berangan-angan menjadi penyair. Biarlah beliau punyai hak membakulsampahkan karya sy tapi sy tak pernah pun rasa mahu beralah; minggu lalu pun sy masih tetap menghantar karya terbaru sy ke BH.

Mingguan Malaysia (MM) sy rasa masih bersikap adil; bukan sebab dia sudi terbitkan karya sy tapi paling tidak editornya terima karya siapa jua bukan berulang penyair yang sama; biarpun tahun lalu puisi sy hanya sebuah terbit di MM; 13.5.12  - Cahaya Terapung & tahun ini pun baru sebuah. 19.05.13  -  Pahat Masih Berbunyi.

Iyer Media Terkini 1 Ogos tak ada karya rakan kita (Rakan Kita: ada sekitar empat atau lima rakan yang intim dengan sy kini; Sdr ZZZZZ, Ustaz Adid; Sutradara Kamal Ishak; Abg R Hamzah, Abg Zan.. ada lagi ke yang benar-benar intim dengan krya sy ni?)

Terima kasih Media Terkini; MWP & Suara Keadilan yang prihatin dengan karya saya. Sy tak pasti dengan editor Harakah tahun lalu ada sekitar 4 atau lima buah karya sy terbit di Harakah; tahun ni masih tiada karya sy dapat menambat hati editor Harakah.

Sy tak pernah memilih atau mengetepikan mana-mana penerbit; terus menghantar karya selagi terdaya; (jangka hayat sy pun amat pendek sebab sakit kronik ini amat menghantui sy) Wanita; Jelita; Solusi; Ooo Sayang juga BH tersimpan berpuluh-puluh mungkin dah masuk ke ratusan karya saya di meja/silap-silap dibatulsampahkan oleh editor di sana. Salinan karya masih tersimpan di e-mel sy. hati sy berkata ...tak ada ruginya jika terus berkarya; lafaz karya adalah lafaz dari sumber ilham bersih suci dari Ilahi; suarakanlah...  Bila masa lapang insya-Allah akan sy akan semak & sunting semula mana karya yang terpinggir itu & hantar ke editor yang prihatin dengan karya sy.

Wassalam
 
iDAN
http://idanradzi.blogspot.com
 
e-mel ini sy petik dari e-mel kepada rakan Penyair sy yang tidak kena mengena dengan konflik karya yang sy lalui . jangan pula sampai ada sikap kronisme dalam dunia sastera Tanah Air.