UPSR Dikekalkan, PMR Dimansuhkan 2016
Salam sejahtera buat semua.
Sejak timbul isu pemansuhan UPSR dan PMR
pada bulan Jun yang lalu, reaksi pelbagai pihak mulai timbul terutama
daripada para pelajar, guru-guru dan pihak Kementerian Pelajaran
sendiri.
Ada pihak yang menyokong agar
kedua-duanya dimansuhkan, manakala tidak kurang juga pihak yang berusaha
mempertahankan kewujudannya. UPSR dan PMR sudah sebati dalam pendidikan
di Malaysia, namun disebabkan kebergantungan yang terlalu tinggi
terhadap sistem berasaskan peperiksaan, ramai mula merasakan perlunya
ada rombakan besar-besaran dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Hari ini, PMR diumumkan akan dimansukan mulai 2016.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan di semua sekolah mulai 2016 dan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun Enam pula akan dikekalkan tetapi dengan diberikan perubahan pada bentuk dan format.
– Utusan
Pasti ada pihak yang mengutarakan, tanpa
PMR pasti pelajar akan malas belajar di peringkat menengah rendah. Ini
sebenarnya sebuah persoalan yang diutarakan dalam kondisi kita menilai
sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.
Tentang format dan perubahan dalam
sistem pendidikan kali ini, kita biarkan kepada pihak yang sepatutnya
untuk melaksanakan perubahan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin, teruslah memberikan sumbangsaran agar sistem pendidikan sedia
ada dapat dipertingkatkan dan menjadi medium terbaik dalam melahirkan
modal insan yang terbaik dan cemerlang.
Apa pula komen anda dengan pemansuhan PMR dan pengekalan UPSR?
beliamuda: Apa perasan 58,534 pelajar PMR 2010 yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang ni?
(Dilawati sebanyak 2,585 kali, 11 kali hari ini)