Di
 manakah negara yang terindah di dunia ini. Jika tenguk dalam TV banyak 
negara Eropah sana cantik & luas ladangnya. Selalunya filem 
hindustan kerap memaparkan keindahan di sana.
 
 2. Dari 
pengalaman aku tempat paling damai adalah di Madinah tak tahu kenapa. 
Suasana di sana amat santai dan tak rasa takut untuk merayap baik siang 
atau malam. Beribadah pun amat tenang biarpun ketika aku ke sana 
masjidnya penuh habuk sebab sedang diubahsuai.
 
 3. Negara kedua 
aku suka ialah Jepun. Di Tokyo biarpun padat penduduknya tapi ada 1001 
ceritera menarik di sana. Keadaan di sana sama rasanya di Madinah, aman 
selamat dan tak rasa gusar biarpun pulang larut malam. Aku juga lama di 
tengah kampung/bendang Jepun; masyarakat di sana menerima aku dengan 
baik. Ketika di sana musim luruh; amat nyaman & damai dengan padi 
yang mula nak menguning.
 
 4. 
Indon, China, Siam (Thailand) & UK aku rasa ketakutan di sana; banyak amat 
kontras & orangnya terlalu ghairah nak jadi kaya sampai sanggup 
menipu, peras ugut & pelbagai jenayah yang tidak baik.
 
 5. 
Malaysia apa jadi, aku lihat masyarakat kita makin kebendaan; kereta 
semakin padat. Senyum semakin kurang, beralah tak mahu. Boleh kata tiap 
kali di jalan raya pasti berjumpa samseng jalanan; bila kita beralah 
akan ada yang ambil kesempatan. Bawa kenderaan macam dikejar harimau 
bagai awak sorang yang bayar cukai jalan. Jika aku bawa stembroll pasti 
ramai yang lenyek sebab panas amat hati di dalam. (ish siapa yang 
samseng ni)
 
- Terlalu banyak negara aku tak punya kesempatan (bajet) pergi. Tapi aku suka tenguk Saluran Astro 707 memang ada negara yang amat indah dan aman. Alangkah baiknya jika aku dapat sampai ke sana.
4. Indon, China, Siam (Thailand) & UK aku rasa ketakutan di sana; banyak amat kontras & orangnya terlalu ghairah nak jadi kaya sampai sanggup menipu, peras ugut & pelbagai jenayah yang tidak baik.
5. Malaysia apa jadi, aku lihat masyarakat kita makin kebendaan; kereta semakin padat. Senyum semakin kurang, beralah tak mahu. Boleh kata tiap kali di jalan raya pasti berjumpa samseng jalanan; bila kita beralah akan ada yang ambil kesempatan. Bawa kenderaan macam dikejar harimau bagai awak sorang yang bayar cukai jalan. Jika aku bawa stembroll pasti ramai yang lenyek sebab panas amat hati di dalam. (ish siapa yang samseng ni)
