iDAN

28 Julai 2010

Perkahwinan Jarak Jauh 2 (Singgahsana)

Di blog lamaku Easyjournal banyak aku menulis masalah Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) ini. Entah apakan jadinya blog yang itu; telah berbulan aku tak dapat akses kalau boleh memang aku mahu pindahkan ke server yang ini. Banyak juga tulisanku yang rasanya bermanfaat untuk tatapan semua.

"Kalau boleh anak Apak tak mahu kerja di dua bidang ini; Ketenteraan@Askar & Polis!" aku masih ingat pesanan arwah Apak kepada kami. Hingga kini aku tidak dapat menangkap kenapa arwah Apak tak suka anak-anaknya berkerja di bidang ini.

Pernah berlaku dia aku lihat amat marah dengan anak saudara Abg Jaapor lantaran mengizinkan anaknya menjadi askar. Aku lihat Abg Jaapor tunduk tak menjawab. Macam-macam bebelannya lantaran dia memang benci amat bidang ini.

Aku pernah mendengar cerita semasa arwah Apak dikerah menjadi askar di zaman British; Home Guard/AC - Bekas tentera anak watan yang dilantik khas menjaga keselamatan daerah sendiri ketika zaman British. Arwah Apak lari dari tugasnya. Bukan minat & bidang kerjaya yang sesuai dengan dirinya. Arwah Mak kata dia menyorok di siling rumah. Tak hairan semua orang kampung menggelar arwah Apak Mat Sesh; selalu sahaja mengamuk lantaran naik seh. Maka itu nama Lorong ke rumah aku dinamakan Lorong Sesh sempena nama arwah Apak.

"Kalau anak kita mati ketika masuk hujan nak cari kominis, berapa sangat ganjaran yang kita dapat!, kita yang terpaksa menjaga menantu & cucu. Pencen askar banyak mana sangat!" zaman dulu memang pencen askar amat kecik.

"Dah tu bila adanya selalu di rumah, asyik kena tukar sana sini, anak pun tak kenal ayah!". memang benar, sering askar ini ditugaskan merata. Tau-tau nun ditukar ke Sabah atau Sarawak; amat susah nak bercuti jika ada kenduri kendara saudara mara. Sering pula tak boleh bawa keluarga bersama. Zaman dulu tak banyak rumah kerajaan untuk menampung keluarga parajurit ini.

Samalah anggota Polis, sampai kini aku lihat si Noi adikku (lain emak satu ayah) yang berkahwin dengan anggota Polis masih berstatus PJJ; suami entah bila balik ke rumah jarak antara mereka ratusan kilometer. Gaji anggota Polis hanya kini baru baru dinaikkan agak lumayan; dengan ganjaran yang amat minima maka bagaimana mahu menampung belanja anak-anak terpaksa isteri berkerja untuk menampung kehidupan untuk lebih selesa. Bila isteri telah berkerja bukan mudah untuk bertukar tempat berkerja. Terpaksa memilih berumah tangga secara PJJ.

Kita sebagai suami isteri memang reda sahaja demi mahukan ekonomi yang lebih stabil & kukuh. Tetapi sedar tak sedar pasti anak-anak menjadi mangsa. Kasih sayang terhadap anak-anak takkan sama dapat dicurahkan dengan pasangan biasa yang tinggal sebumbung.

Selalunya pasangan PJJ akan berkata kalau tinggal sebumbung pun tak semestinya dapat dicurahkan sepenuhnya kasih sayang dengan anak-anak. Memang kita sering berfikiran begini apabila kita sendiri telah tersepit dengan situasi PJJ ini. Jarang kita ambik iktibar bagaimana keluarga Rasulullah, lihat rumahnya Rasulullah kita, baginda ramai isteri pun buat rumah yang rapat agar menjadi rumah tangga yang sakinah. Sedangkan kita satu bini nak rumah dua berasingan.


- bersambung!

Resipi rumahtangga bahagia (Delima Merkah)

Apakah itu rumah tangga???



adakah.... anda melihat gambar seperti di atas...dalam rumah mesti ada tangga..kah! kah! kah!
Sekarang saya nk ceritera pasal resipi rumah tangga bahagia..Hummm...mcm mana tu??
Mulakan resipi...jeng! jeng!



Seorang chef ingin mengerjakan kewajipannya..... ;)

Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan al-Quran & Sunnah.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (menggoda, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja
berpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.

Peringatan: Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.

selamat mencuba............. !


nah! ambik rasa saya yg buat ! :D